Monday, March 29, 2010

Nicholas



Another You - Cromok.. cover by Mr Nicholas.

Wednesday, March 24, 2010

update

Alhamdulillah.. kak long dah keluar daripada ICU pagi semalam. Now dah kembali ke wad biasa. Diberitakan blood count dah naik ke 43. Hasil minum sup ketam 3 hari berturut-turut.

Semalam, sampai je rumah terus kerah kanak-kanak 2 orang tu mandi. Makan dinner cepat2 dan terus ke Carrefour Ampang beli lauk sket, ayam seko, ikan kembong 10 ekor kecik2, halia dan sayur bayam 2 ikat. Cukup la utk beberapa hari nih.

Lepas tu bergegas ke hospital. Berbondong-bondong kami anak beranak. Sengaja je bawak baby Aqil sbb dah 6 hari dia tak jumpa ibu dia. Since ibu dia demam last Tuesday, dia tido dengan bibik. Kemain besar dia gelak2 dapat main2 dgn ibu dia. Hehehhe.. kebetulan mak kak long dan adik2nya pun datang jugak. Bertambah lagi 2 orang kanak-kanak. Gamat gila satu hospital dengan 4 orang kanak-kanak menjerit-jerit bergurau-senda sampai akhirnya Irfan pekena pelempang dgn aku. Terus senyap empat orang kanak-kanak selama 10 minit. Lepas tu... mereka kembali menjerit seperti biasa. Hahahaha.. migraine guwe.

Anyway.. aku mmg garang gila nak mampos dengan kanak-kanak kat rumah tu. I'm more like my father. Aku cakap sekali jer... derhaka jugak.. hanger naik atas betis. Hahahaha... aku ni takde la temper sgt.. tapi saje je tunjuk kuasa kat kanak-kanak nih.

Pukul 10 malam gak baru kami balik. Kesian dekat Aqil dah garu-garu kepala kengantukkan. Orang sakit pun nak berehat. Pening kepala kut dengar kanak-kanak menjerit dengan aku-aku sekali menjerit suh dorang diam.

Sampai rumah jer kanak-kanak berdua terus tido. Dengan aku-aku sekali tak larat nak bukak mata dah.

So today, the same routine I guess. Adei.. I am a homely person. Balik keje terus balik rumah. Pada aku... tersangat penat kalau masih berlegar2 diluar selepas waktu kerja. We need rest. But for time being, terpaksalah jadi auntie mithali kejap.

Pagi tadi dua kanak-kanak taknak pergi sekolah. Nak pi hospital jumpa ibu. Aku cakap la nanti balik sekolah, mak ngah balik kerja.. kita pergi la hospital jumpa ibu dan pelbagai ayat2 magik yang lain. Baru la kanak-kanak ini nak bangun mandi dan pergi sekolah.

p/s: kesian anak-anak aku nanti kalau mak dia garang cam rimau. I am under training to control my temper with youngster.

Monday, March 22, 2010

Sup Ketam vs Demam Denggi

Alarm telefon berkokok-kokok kat telinga. Dalam hati dah nak marah. Apasal pulak alarm ni bunyik. Hari ni kan hari Ahad. Terus aku off alarm tersebut.

10 minit kemudian, aku terjaga "woiiiii!!! Hari ni Isnin la!!! Pi kejeeee!!!!"

Haiyaaaaa..

Nak kata aku tido lewat smlm... dalam pukul12 juga la. Aku tido awal pukul 11.30 sbb ngantuk gila. 5 minit lps tu chenta plak call. Sayang punya pasal aku layankan je lah.. ntah apa aku merapu pun tak pasti lah. Nanti kena check semula dgn dia apa yg aku 'mengigau' kan malam tadi. Kahkahkah..

Hari minggu nih aku terasa penat gila. Diberitakan kak ipar aku masuk wad sbb denggi. So budak2 semua ada kat rumah. Nasib baik la ada maid. Kalau aku sorang2 je yg jaga memang dah salin kulit jadi rimau dah kut.

So.. kak long admit masuk wad hari Jumaat lepas. Sabtu dan Ahad aku masakkan sup ketam untuk dia. Sup ketam ni elok utk naikkan platlet darah. Sapa2 yg demam denggi tu elok korang buatkan dia sup ketam instead of bagi air 100 plus aje. About air 100 plus utk orang demam. Aku belajar 1 benda dgn nurse kat ICU (kak long masuk ICU sbb blood count dia jatuh gila2 ke 13, normal person blood count is about 150.. bayangkan la betapa teruknya keadaan dia).

Ok sambung. Nurse2 tu kata.. minum 100 plus tu boleh. Tapi kena keluarkan gasnya. Bukak penutup dan biarkan semalam pun tak memadai utk keluarkan gas dalam air tu. Kita suppose goncang dan bukak penutup botol tu beberapa kali sampai takdak buih naik dah. Itu cara yang betul untuk ambil 100 plus ketika demam. Memang bagus minum 100 plus ketika demam selain alternatif ambil paracetamol yang berfungsi sbg penahan sakit sahaja. Hehehehe... baru la ku tahu... patut la selama ni demam minum 100 plus berbotol2 tapi takde kesan.

Cite pasal sup ketam dan blood count. Di khabarkan daripada 13 dah naik 20. Alhamdulillah. Tapi kak long malas nak minum air dan sup ketam tu sbb kat ICU susah nak kencing. Apatah lagi nak berak. Wakakakaka... nurse akan bagi dia pot mcm baby tu. Tunaikan hajat anda di atas katil ye. Kalau dalam keadaan tak sedar.. takpe lah kan.. hehehehe.. Along pun menyakat la bini dia. "Nurse, dia takmo kencing.. takot nanti abis dengar bunyik orang goreng ikan". Wakakakaka... hamlau punya laki.

Ye la.. Hospital Pantai Pandah Indah ni mmg tak ramai orang. Dekat wad pun tak ramai orang.. ini kan pulak kat dalam ICU. Senyap sunyi aje la kaedahnya. Hahahaha..

Orang tu sakit2... kita yg pelawat ni tak tahan perut nak tergelak.

Ok. Tak padan dengan nama entry.. lupa pulak nak amik gambar sup ketamnya. Masaknya mudah aje. Macam masak sup ayam.. cuma tukar ayam kepada ketam. Tumis la kawan2 rempah tu... bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia. Masuk air, kentang, ketam dan sup bunjut. Bila ketam dah merah dan dah masak. Masukkan tomato dan garam ikut sukati. Tapi untuk orang sakit ni... minimumkan minyak dan garam tau. Kalau nak lagi best.. buh la selai daun kunyit, tabur daun sup dgn bawang goreng. Hehehehe... ni orang tak sakit pun suka makan nih.. ;-)
haaa ini sup ketam aku cilok dari FB faze.
Dah tentu bukan dia yang masak kan ;)

Wednesday, March 17, 2010

cinta sufi

Yup! Novel baru dari Ramlee Awang Murshid soon will be in the market!!! Yihaaaaa.... lompat bintangggg!!!! Aku cedok berita gumbira ini daripada blog RAMFC.. boleh copy and paste link nih>>>>> http://www.kelabram.com/2010/03/cover-cinta-sufi-novel-bonus-april-alaf.html

Kali ini novel sambungan kepada trilogi Bagaikan Puteri. Aiyooo kecintaan pada Laksamana Sunan akan kembali mekar disanubari. Kehkehkeh.. aku ada tabiat yang suka mengulangkaji pelajaran bacaan setiap novel yang aku ada. Tetapi sangat2 bergantung kepada tahap memori kepala hotak aku ni utk mengingati jalan cerita novel tersebut lah. Kalau tgk cover pun aku dah bleh ingat every detail.. takyah mengada2 nak ulang baca. Agak seronok juga aktiviti ini sebenarnya. Cuma ralat sket sbb dalam berkoyan2 novel yang aku pernah baca... tak semuanya aku beli dan berada dalam simpanan. Ada juga novel yang dibeli berkali-kali-kali tetapi tetap hilang (sangat sedih.. mungkin aku patut membelinya sekali lagi untuk kali kelima!!!). Atau novel pinjam yang lepas dibaca dan dipulangkan lupa pula tajuknya untuk dibeli kemudian sebagai collection item. Tak salah membeli buku walaupun fictions. Janji ada juga la tempias2 budaya nak membaca. Hahahaha...

Jika minggu lepas tidak berdaya physically and financially utk ke PWTC (Matta Fair 2010) maka apa la salahnya kalau kita beramai2 dan berkobar2 ke PWTC hujung bulan (selepas gaji.. yaribbaaaa!!) utk ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 pulaaa!!!!

mari lah... mari lahh... (ceh poyo... tgk2 aku terpeleot lg dirumah di waktu kejadian nanti... hahahaha)

kebah

My dear silent reader, Alhamdulillah... I'm a lot better compared for a few past weeks.. both mentally and physically. Minggu ni minggu cuti sekolah. Pagi2 pergi keje pun tak semak sangat kepala hotak dgn traffic jam. Perjalanan ke ofis selalunya ambil masa sejam sengah. Now dah jadi sengah jam sahaja. Tapi dah jadi habit keluar rumah before 7.30 am. So punch card dapat la pukul8.03 am atau 8.04 am. Balik pulak tetap la pukul 5.40 or later.

Nevermind, bukannya ada suami dan anak2 berderet di rumah yang perlu diuruskan. Balik rumah pun aku lepak dalam bilik je since dah ada astro sekarang ni. Plus letih tgk orang buat muka ketat sepanjang masa kat rumah tu. I'm sorry if your work schedule go crazy like hell, but then jgn la tensen2 tgk aku bersenang-lenang melepak di rumah. Alhamdulillah. I think I'm lucky in certain matter because my job only took me 8-5 basis. Anyway, nama aku ada dalam geran rumah. Sukati lah. Kadang2 terasa mcm aku menyewa bilik di rumah sendiri. Semua barang2 aku 'mesti' letak dalam bilik aku. Alasannya semak tgk barang2 aku merata dalam rumah *sigh* Bilik aku mesti berkunci sepanjang masa sbb saya mempunyai 2 orang anakbuah yang sangat seronok bermain with my makeup set. Mmg la aku bukannya pe'mekap' sangat orangnya. Dan mmg la certain people cakap 'apa sangat la kalau nak dibandingkan dgn anak aku/ anakbuah aku/anak kawan aku.. etc'... walaupun harga sebatang gincu hanyalah RM70. Tapi RM70 itu sangat banyak jumlahnya buat orang seperti aku tauuuuu.

Ok. Biar la sampai situ dulu luahan perasaan. Hahaha..

Meh sambung our good mood tadi. Sejak kerja dkt hq ni... my motivation going far low under expected. Mungkin ada kena-mengena dgn idea 'cuti tanpa gaji' tersebut. Semasa di Cameron Highlands my aim adalah untuk blah dari sana secepat mungkin. And I didn't prepare myself what to do after my aim successfully achieved.

Early this year I become friend to so-called 'my-future-mak-mertua'. From there I learn a lot about my chenta. Belum jadi suami tapi semua buruk-baik dia dah ada dalam kocek. And now I'm not really sure about what we have. Better serahkan pada-Nya. At least aku sudah berusaha. I guess so lah. Not sure if it can be categorised as not berusaha enough. Well, like I said in my previous entry. I don't care much anymore. Stick with it ok.

About work. My lady boss is a perfectionist. Still trying to catching up with her quite high standards. Although aku duk berfacebook je sepanjang hari. Hahahaha... ampunkan aku wahai rakyat jelata sekalian. Mmg aku ni sgt tidak produktif. Mungkin sbb I'm no longer boss. Hahaha.. less responsibility. Plus my new unit ni pun byk kerja syok sendiri. Orang tak suruh buat pun model urban growth ke apa. Tapi saja2 cari kerja. Hahaha.. thats my boss words.. not mine.

About health, demam yang tak berapa kuat tu mmg tak berapa disedari pun bila kebahnya. Selsema pun dah takdak. Lubang hidung pun dah tak kering kelupas2. Telinga sumbat pun dah pop. Batuk je ada sket2 lagi. Aku ada terbaca artikel pasal tibi kat newspaper. Simptomnya adalah demam, selsema, batuk berpanjangan melebihi 3 minggu, susah nak bernafas dan berpeluh malam. Oooo patut la doktor hari tu ada tanya ada berpeluh malam2 ke idak. Tapi aku memberi jawapan bangang ketika tu 'mmg la berpeluh doktor.. off air-con'. Hahaha..

About work, tiba2 dah masuk bulan Mac and not quiet sure apa yang berlaku sepanjang dua bulan pertama tahun 2010 ni. Gone with the wind. My work as desk officer utk projek PIP yang di KPI kan tahun ni tak start2 lagi. Apa nak jadi ntah. Itu la orang cakap... jgn di ikut sangat rasa hati.. nanti mati.. kena pelangkung dgn bos sbb tak siap kerja. U have to stay focus and strong. But u don't have to be continuously strong and it's ok to be weak 'sekali-sekala'. From there I learn that I don't have many friends, I don't have any skills to express my emotion to my own family, I am fat, I am pathetic and I am genuinely a boring person. From there also I learn that I don't know how to have fun and cheer up myself.

Ok lah. I better stop here before I start cursing myself more and more and feel sorry with my life.

Thursday, March 11, 2010

komen baru

Tiba2 aku mendapat comment yang agak luar biasa. Takot plak aku nak approve komen beliau. Tulisnya begini.
Hello,

I am Sxxxxx Rxxxxx, Affiliate Executive of usainstantpayday.com, world’s largest bad credit loans community. I came across to your site and I must say that you have got an amazing site that has attracted a lot of visitors including me. I would be glad if you join our affiliate program because your site has full potential to send traffic to my website.

The highlights of our program are:

1. Absolutely FREE registration.

2. You put up a banner or text link or lead sign up form on your site/blog/forum and send traffic from your site/blog/forum to our website. You can also promote via means of email marketing, PPC, telemarketing, etc

3. We will pay you $25 for each lead. (Affiliates are earning up to $1500 per week with our program)

Please note that we try to contact the leads 7 times before marking it a dead lead.

So what are you waiting for? Join Bad Credit Loans Program and earn dollars!! http://www.usainstantpayday.com

For more questions please visit [url=http://www.usainstantpayday.com]http://www.usainstantpayday.com[/url]

This Program will definitely help both of us mutually. You send your potential visitors to our site and we pay you for this.

Please note that for doing email marketing you need to approve the email from us as we do not want any kind of spam activities to take place.
Looking forward for a long term business relation
Thanks,

Sxxxx Rxxxx
sxxxx@usainstantpayday.com
Affiliate Executive
http://www.usainstantpayday.com

Hmmmmm... persoalannya...
  1. Apa ini? Tak paham.. legal ke illegal?
  2. Bila pulak blog aku ni generate high traffics? Abis kuat pun 2-3 org visitors je per day. Hairan sungguh.
  3. Gagah sungguh minah ni mengoffer ye.. perlu ke aku mengikut saranan belio? Muahahaha.. sekiranya benar boleh buat duit.. sure dah berkoyan duit aku dapat dari nuffnang tau.
Kalau ada sesiapa nak komen.. sila la komen... apakah mendealahnya usainstantpayday inih..

Monday, March 8, 2010

telinga sumbat

Dah 3 minggu aku duk batuk berkahak. Disusuli dengan 2 minggu selsema. Sampai hari ni masih tak baik2. Semalam.. kemuncak lah agaknya. Hidung tersumbat tu biasalah. Kali ni telinga pulak sumbat. Hembus hingus kuat sangat.

Hari ni buat pertama kali aku ke Poliklinik Komuniti Tanglin. Sekangkang kera daripada pejabat. Memang selalunya aku tak cukup mulut kalau berjumpa dengan doktor. Habis semua nak mengadu. Hahaha.. aku sendiri pun tak tau kenapa jadi gitu. Maybe Im just pretending that within a few minutes of consultation... that particular doctor is the most caring person I've ever met. Yup.. anggap sahaja doktor itu sbg orang yang paling caring terhadap kita.. walaupun kadang2 ada juga doktor yang nak tak nak ke tgk muka sakit kita. Hahaha.. sgt kasihan.

Pelajaran aku dapat hari ni ialah:
  1. Etika makan/minum ubat batuk. Sebenarnya cara pengambilannya bukanlah dihirup mcm air sirap. Sebaliknya kita sip sikit-sikit sampai habis 1 sudu atau mengikut sukatan. Lepas tu jangan minum air. Itu pasal 3 minggu aku ngerjakan ubat batuk yang dibeli di farmasi tapi tak baik2 sbb cara pengambilan ubat tu salah. Ooooooo... baru ku tau.
  2. Servis di klinik kerajaan tidak selembab dulu. Kehkehkeh.. Aku sampai di klinik dan ambil nombor pukul 2.23pm. Nombor dipanggil pada 3.10pm. Settle ambil ubat pukul4pm. Lama tersangkut dekat doktor sbb doktor suruh aku sedut gas kat mesin mcm org asma tu utk keluarkan kahak. So masa yang diambil hanya 1jam setengah. Wahhhhhh... kira laju la tu kalau nak dibandingkan zaman 80an-90an dulu.. mau 3 jam ko tersidai kat kerusi tu tunggu nombor naik. Promottt.. promott...
  3. Aku baru tau selama ni aku demam. Cuma tak berapa tinggi temperature. So aku keep on abaikan aje. Masih pergi kerja seperti biasa walaupun sepanjang hari sgt tidak produktif sbb aku cuma main game dan surfing sahaja.
Sebenarnya doktor bagi aku time slip sampai pukul 5. Dalam hati ada taman dah ni sbb bleh balik awal. Dah ambik ubat kat farmasi.. dah nak sampai pintu gate pejabat.. baru terperasan... ALAMAK!! Aku wp3.. bukan wp2!!! Arghhh... aku balik pukul 5.30 bkn pukul 5. Haihhhh!! Tekanan perasaan la nak patah balik. Disebabkan dekat sangat klinik tu.. aku tak bawak kereta. Jalan kaki sudah. So kemalasan la nak patah balik mintak doktor tambah lagi sengah jam. Huh!!

Thursday, March 4, 2010

habis sudah

Usaha aku 2 tahun ni adalah sia-sia. Sekali lagi aku terserempak dgn manusia yang gemar membuang masa aku.

If you are having a relationship with someone... dan dengan selamba je mengeluarkan statement seperti "Yang gaduh2 nak cepat ni kenapa? Its all in your head aje. All your friends kawin.. you pun nak kawin.. abc... ikut turutan.."

I was like...... whats wrong with that????

Aku rasa semua orang which are in a relationship pun nak macam tu. Hahahaha... apakah aku yang bongok atau....

Recently I am become friend to his mother. Berkoyan2 cerita dari kecik sampai ke besar semua dalam poket aku. Tapi aku masih berharap something magic happen. Nampaknya harapan semakin nipis daripada kulit bawang. Memang betul la agaknya lelaki berkualiti sudah pupus ke tahap kritikal.

Lantaklah. I don't care anymore.

Wednesday, March 3, 2010

takdak mood

Yup. Alasan utama kenapa dah lama aku tak update apa2 kat sini. Takdak mood. Takdak idea nak tulis apa. Penyakit M menyerang mengakibatkan banyak kerja-kerja tertangguh. Kerja-kerja yang bosan nak dibuat. Mana pergi cik Zura yang fokus dan kuat kerja dulu tu ya? Dia pergi holiday ka?

Huhuhu.. sebenarnya jiwa agak kacau lately. Me sorang aje yang tau cerita sbb she's the only person who always being here walaupun sekarang ni kemain jauh dia duduk kat Alaska sanun. Sangat baik ini orang kan? Hehehe.. apa yang aku ada? Baru tersedar yang selama ni itulah tujuannya aku memblog seorang diri. Bukan sbb nak cari kawan, cari duit atau gila glemer. Tapi hanya tempat untuk 'bercakap' seorang diri - ber monolog dan syok sendiri.

Memang lah perangai manusia sunyi gemar bercakap seorang diri seperti ini. I don't really care kalau ada sesapa yang baca. Tapi sejak kerja gomen ni kadang2 risau juga sbb bercerita pasal kerja. Takut kalau tercakap rahsia kerajaan tanpa sengaja. Rasanya takde rahsia apa pun yang diceritakan. Hanya keluhan dan luahan rasa seorang pekerja. Lebih kurang sahaja seorang pekerja dengan seorang pekerja lainnya walau di mana sahaja pekerja itu bekerja. Ye tak? Terima kasih pada sesapa yang sudi baca. Aku bleh nampak kat blog traffic tu everytime korang baca. Tak bosan ker? *wink*

Akhir-akhirnya ni hidup kembali tidak ceria. Usia dah nak masuk angka 3 bulan depan. Apa benda paling seronok yang aku pernah buat? Hmmmm... ntah. Apa benda paling berani mati aku pernah buat? Hmmmm... ntah. Apa benda paling membanggakan yang aku pernah buat? Hmmmmm... ntah. I am nothing. Takde ape yang penting dan special pun yang aku pernah buat selama ni. Ke mana hilang nya usia? Pembaziran sahaja yang paling banyak berlaku. Tabiat always standing in a safe side pun sangat tidak membantu. No life. No fun. Tidak mendatangkan impak kepada sesiapa termasuk diri sendiri.

Sad. Yes I'm sad. Semangat yang hilang mesti dicari dan dikembalikan semula. Realiti bukan macam dalam novel. Setiap kali kita 'hilang' akan sentiasa ada orang disekeliling yang tolong 'cari'kan. Kadang2 aku fikir... setiap perempuan perlu menunjukkan sifat lemah beliau sekali-sekala. Sekiranya tidak ditunjuk, orang sentiasa fikir kita kuat dan tidak perlu diberi sokongan dan pertolongan. Itu pendapat aku. Dari pengalaman aku. Tidak berasa untungnya bersikap berdikari dan tabah sepanjang masa. Kerana takde sapa pedulik kat ko pun. People assume you are naturally strong and independance. Sudahnya ko dan diri ko jugak yang memujuk diri sendiri dan berlagak tenang dan ceria acapkali. Untuk apa? Untuk menyenangkan hati orang2 tersayang disekeliling. Supaya mereka tidak risau. Maka simpan semua dalam hati ya ;-)

Merapu sudah ka? Antibodi minah ni terjejas agaknya. Minggu ni masuk minggu ketiga aku batuk. Minggu kedua aku selsema. Dan minggu pertama rasa tak sihat badan. Berbuih la orang2 disekeliling aku melalak suh aku pi klinik. Minta maaf. Bukan taknak pergi tapi tidak berkemampuan buat masa ini. Aku cuma telan ubat batuk yang dibeli di farmasi sahaja. Nak ke klinik kerajaan yang sekangkang kera dari pejabat tu aku tak larat. Tapi ada sapa kisah? Aku pun tak kisah. Lantak ko lah. Harap2 batuk dan selsema ni akan sembuh dengan magiknya. Hehehe..

Ok.

Hmm...

Yup.. ok... click publish post now.