Monday, June 2, 2014
buang sawang
Makoi kemain berdebu dan bersawang blog nih.. lebih setahun tak tulis apa-apa di sini... janji nak tulis about trip to Europe pun tinggal janji aje ek?
Let's see... 2013 aku tulis 3 entry aje? muahahaha... patut la aku takde follower kaw-kaw..
Tahun 2014 ni tahun ke 5 aku bertukar ke KL dari Cameron Highlands... bila tengok arkib.. paling banyak aku mengarut ialah pada tahun 2009. Aku masih bertugas di Cameron Highlands ketika tu (nampak sangat takde keje... ngulor tulis blog je kejenya...) hahahaha takde lah... masa tu stress keje agaknya... perlukan sesuatu untuk luahkan perasaan... errr sesuatu ke seseorang? ahaaaa... anyway... cik zura masih cik zura... belum bertukar menjadi cik puan ye... heh.. perlu ke bgtau kat semua org?
Ok. Sila tukar topik.
Sekarang kita dah masuk bulan Jun. Tiba-tiba dah setengah tahun. Awal tahun aku berjalan ke HCM untuk kali kedua.. eh masa bila kali pertama? hahahaha... duluuuuuu aku pergi tahun 2012 dgn rombongan cik kiah.. penuh satu bas. Kali ni aku buat itinerary sendiri... jalan-jalan sendiri sahaja dengan bebudak opis... boleh dikira rombongan jugak kot.. 9 orang mak dara aku bawak jalan-jalan.. hehehe
So.. itu lahnya... sejak jadi solo traveller nih... semakin ramai yang offer nak jadi travel buddy aku. Tak berani pergi travel sorang-sorang kata mereka-mereka ini. Itu yang sampai ke HCM dua kali tuh...
Anyway... so far.. sebenarnya tempat yg aku betul-betul travel sendirian hanyalah di Fukuoka, Sydney, Italy (Rome-Pisa-Florence-Venice-Milan) dan London. Aku mula berani pergi travel sorang-sorang ni pun masa aku attent short course JICA selama sebulan di Kitaksyushu, Japan tahun 2011. Nak pergi berjalan-jalan di tempat yang tak banyak signboard omputeh ni kenalah kuatkan semangat menggoogle sana-sini sebelum ke mana-mana. Takut juga kalau sesat barat tak jumpa jalan balik ke hostel...haru nanti. Walaupun Kitakyushu tu di kira kampung gak... tapi tak ramai manusia yang boleh ckp omputeh.. Alhamdulillah berjaya jugak aku travel dari Kitakyushu ke Fukuoka sensorang semata-mata nak pergi Premium Outlet (masa tu JPO belum wujud daaaa)... gitulah kisahnya aku memula berani nak berjalan sorang-sorang ke sana ke mari... kalau ada jodoh.. mungkin lepas tu boleh ke sana ke mari berdua pulak.. ecehh..
Jadi blog ni mungkin boleh ditukar fungsinya... daripada aku merapu-rapu cerita ntah apa-apa.. kita buat dia jadi travel blog plak.. ok tak? MESTI LA BOLEHHHH!!! (hehehe sendiri tanya sendiri jawab..)
tak pun... di kala mood memasak aku datang... kita main masak-masak okey!!
Tuesday, April 9, 2013
sweet 33
Dalam pada duk sibuk bersihkan sawang-sawang dalam blog ni... rupanya usia pun dah meningkat. Alhamdulillah umur dah bertambah setahun lagi.
Tahun 2013 ni baru aje masuk 3 bulan 9 hari. Sepanjang tempoh ni Dia telah kurniakan aku perlbagai kemudahan/ kesempatan / rezeki yang sangat indah dan bermakna sepanjang 33 tahun ni.
Pertama, aku kesempatan berziarah ke Eropah, berkelana selama sebulan di empat buah negara berbeza. Sungguh aku bersyukur kerana semua persiapan yang dibuat serta perjalanan yang ditempohi dipermudahkan. Nanti lah aku bercerita panjang berkenaan solo trip tersebut. Terlalu banyak nak diceritakan dan terlalu banyak gambar nak dipilih.
Kedua, dalam tempoh 3 bulan 9 hari ini aku berjaya memenuhi keperluan kursus 7 hari setahun untuk penjawat awam. Itu pun ada berderet-deret lagi kursus/taklimat/bengkel yang akan dihadiri sepanjang tahun ini.
Ketiga, yang paling tidak disangka adalah penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang jabatan bagi tahun 2012. Subhanallah! Sungguh tak sangka. Alhamdulillah hasil kerja aku dihargai akhirnya. Walaupun kriteria penerimaan APC ni takde la canggih mana sbb adanya kuota setiap tahun. Still, aku tetap bersyukur.
Keempat, kereta kesayanganku WanJay telah berwajah baru. Makin semangat berdating dgn WanJay selepas ni. Selepas diketuk dan dicat semula semakin hensem WanJay nampaknya. Berseri-seri! Haha..
Kelima, belum sempat SKT dimasukkan ke dalam HRMIS, aku dah merayau ke dua tempat peranginan utama negara (untuk bekerja semestinya.. hehe) iaitu Genting Highlands dan Langkawi. Nothing to proud of. Tapi siapa yang tak suka dapat makan angin sambil bekerja?
Keenam, I just realised that I lost my mother when I was 18, but Allah gives me another 3 mothers to love and cherish my life to the fullest. They are an amazing women and I adore each of them. My stepmom, my 'future' MIL and my boss. I cried when I realised this fact and again.. thank you Allah.
Kesimpulan, hari ke 9 dalam bulan keempat pada tahun ini membuatkan aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan bernafas, berkelana dan menikmati bumi Allah serta mengenali para mahklukNya.
Alhamdulillah.
Wednesday, January 2, 2013
2013
Standard entry awal tahun adalah to wish everybody dan diri sendiri HAPPY NEW YEAR!! Amcam celebrate? Macam² style orang meraikan kedatangan tahun baru.. tak kuasa aku nak type panjang lebar org lain punya cara plak kannn...
So apa aku buat celebrate tahun baru?
Hahaha.. kedatangan tahun 2013 disambut dengan dengkuran. Sedang elok tengok movie New Year's Eve kat tv tiba² ayam dah berkokok penanda subuh... padahal bila check fb punya la ramai yang komplen tak bleh tido sebab bunyi mercun.. hahahaha... punya la tido tak sedar diri..
Esoknya public holiday... beriya bangun awal dengan harapan dapat bersiar² di shopping complex berdekatan... tapi gua kena lepak rumah sebab ada plumper dtg nak repair paip bocor kat bilik air along dan segala paip bocor di dalam atau di luar rumah.. ppppffttt!!
Jawapannya... layan tv seharian la.. sesambil praktis tulis 2013 dengan betul... keh keh keh...
Wednesday, December 5, 2012
Siapa
Adakah mustahil merindui orang yang kita tak tau siapa gerangannya namun diyakini kewujudannya ada..
Adakah mustahil merindu dan mencintai dia yang tak tau bagaimana paras rupa...
Awak...
Sudah2lah bersembunyi.. bukalah hijab dan tunjukkanlah diri...
Tuesday, November 6, 2012
Test!
Dah lama aku donlod app nih.. tp takde masa nak belek2. Lagi pun mmg takde idea nak tulis apa2. Letih duk bermonolog sendirian kottt.
Byk trip yg aku dh pegi. Tp malas nauzubillah nk conteng2 kt sini. Gambo pun main haplod kt fb je. Kosser nk hedit. Er tp bila masa plak aku rajin edit gambo kan? Ada org nk ajar PS free or murah sgt2 pun aku tak pegi. Huhu..
Tp kan sejak pakai tepon pandai ni aku jd makin malas bukak laptop. Sian miss pinky terabai.. abang wanjay pun ikut terabai.. turn adik estri pulak kerja kuat ikut aku sana sini.. haha..
Eh byk nya nk cerita!!! >_<
Tiba2 byk idea.. err ada sapa2 yg rajin nk tolong typekan? Aku tukang ckp je.. bleh gitu..? Haaaa Akak s-voice bleh kot. Hehe..
Saturday, August 25, 2012
5 hari beraya
Hari pertama meriah tahun ni sbb along and family turn beraya di rumah abah tahun ni. Pagi2 lepas abah and along balik dari masjid, kitorang start dengan sesi maaf-maafan dan amik gambar. Danish siap merajuk2 dengan aku sbb aku suruh dia ikut turn utk bersalaman. Hek eleh.. pasal benda tu pun merajuk2.. #nyampah. Lepas breakfast.. kami 2 kereta pergi beraya ke Klang. Rumah Pak Ngah di Meru dan Mak Long di Teluk Panglima Garang. Lepas tu kami singgah ke rumah mak Kak Long di Serdang. Yeah.. settle 3 buah rumah.
Hari kedua, Kak Long Anor and family dtg beraya ke rumah. Lepas tu kitorang berkonvoi sesama balik kg. Before tu kita start dengan rumah Pak Long Jamal di Kajang. Balik kg ikut LEKAS. Jalan lancar cuma stuck sekejap dkt simpang Senawang-K.Pilah. Kami ikut jalan lama. Heaven. Tak jam dah lepas tu sampai la kt Lubuk China. Tok Ngah dan Uwan Ngah ada kat rumah. Sila buat mcm rumah sendiri ye. Ahaks. Sembang punya sembang sampai ke petang. Hajatnya nak sambung ke kg K.Pilah pulak. Tapi dah petang sgt. So kami terus balik aje.
Hari ketiga, hajat semalam nak balik kampung diteruskan hari nih. 3 jam perjalanan!!! 3 jam Ampang - K.Pilah. Adoi.. Sungguh tak munasabah. Perjalanan pergi dah pasang niat nk beli daging salai.. tp nampak gaya dgn jalan jem gila teruk... punah la jawabnya. Pi rumah Mak Ngah.. tapi bertutup tadak org. Dia pi beraya agaknya. Kami proceed ke rumah Mak Lang. Haaa ado oghang eh. Borak borak borak borak borak. Pukul 5 kami bertolak balik. Lol.. satu rumah je?? wakakakaka.. kami balik ikut jalan Jelebu.. straight keluar kt belakang rumah. Perjalanan amik masa 2 jam gak la. Dah semakin banyak kete ikut jln hutan nih. Good... goood..
Hari keempat, kami bertolak ke utara. Target bertolak pukul 8. Tapi kami gerak kul 8.30. Ok la tu kan. Target sampai Ipoh pukul 10 tapi terbabas pukul 12. Hahahaha sbb berhenti lama sgt dkt RnR rawang. Tak susah nak cari rumah bos kak long kat Gunung Rapat. Tak jauh lps keluar dari tol simpang pulai. Pukul 2 kami bertolak ke Sg.Siput pulak. Singgah solat di Masjid Hospital Ipoh. Kenduri kawen si Hidayat dkt Lasah. Ikut kan map mcm dekat. Rupa-rupanya jauh masuk ke dalam. Ingatkan dah sesat barat dah. Telefon ayah si Hidayat. Dia bukannya nak guide.. tp dia suh kami tunggu nnti dia dtg amik. lollllll... tunggu punya tunggu.. sampai rumah pengantin nak dekat pukul 5!!!!!!!!!!!! tu diaaaaaaaaa!!! wakakakakak.. lps mkn2 dan amik gambar.. teruskan perjalanan ke Kuala Kurau. Tapi dah lewat sgt. So singgah tido kat Taiping lah. Ikut jalan lama keluar dkt K.Kangsar. Banyaknya kereta. Rupa-rupanya memang jam gegila kt highway plus arah selatan. nasib baik kitorg nk ke utara. huhuhu... keluar tol changkat jering singgah tapau kt McD Simpang. Sesambil tu call Seri Malaysia. Aiyoo.. fully booked. Last2 dpt bilik kat Legend Inn. Hentamlah. Kami nk tido sehari je pun.
Hari kelima, meneruskan perjalanan ke Kuala Kurau lepas breakfast kat restoran seberang hotel. Balik hotel dah pukul 11.30. Sedang elok la nak checkout. Sampai kat rumah Tok tu dah tgh masuk zuhur. Sembang sembang sembang. Petang sket tak igt puku berapa kitorang bertolak balik. Singgah di Ipoh rumah MakCik Peah cousin abah. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila tak jumpa. Ada la dlm 14 tahun. Dia siap masak kuey tiaw goreng yg sedap gila ah dingdong. Lepas borak2 dia ajak pi rumah anak dia si yeop. Memang sgt lama la tak jumpa Yeop dan Intan. Tapi la ni Intan keje. Takpa lah.. umah si yeop nya kt simpang pulai. Memandangkan mmg otw nk balik kl. So hentam aje lah. borak borak borak rupa2nya dia keje kt kuwait. kenal la dgn si sue. lollll.. ape punya kecik dunia. lps tangkap2 gambar kami meneruskan perjalanan balik kl. pukul 10 mcm tu baru sampai rumah.
Hari keenam, lepak flat di rumah.
Hari ketujuh (today), lepak flat lg di rumah.
Esok hari kelapan, lepak lg kot. lusa dah masuk keje. >o<
Thursday, August 16, 2012
Office Attire
Rule no.1 : Jangan pakai baju yang korang pakai pegi kelab malam.
Rule no.2 : Jangan pakai baju kedut-kedut or ada stain mark.
Rule no.3 : Jangan pakai mekap dan sembur perfume berlebihan.
Rule no.4 : Jangan biarkan kuku tak terurus.
Rule no.5 : Jangan pakai skirt pendek sangat.
Rule no.6 : Jangan pakai baju yg tak 2 size bigger than you. Pakai la yang ngam-ngam dgn badan.
Rule no.7 : Jangan pakai tank-top / halter
The full article you can read here.
Hmmm... what do you think?
Salam Lebaran
Berbulan lamanya blog ni ditinggalkan begitu sahaja. Ramadhan tahun ini pun tidak sama dengan tahun sebelumnya. Tahun ini Ramadhan agak menyedihkan kerana sibuk dengan urusan dunia. Sebelum Ramadhan lagi jadual dah penuh. Semua benda nak diselesaikan sebelum Ramadhan sehingga terdetik dalam kepala...
"sepanjang bulan puasa tak boleh buat kerja langsung ke depa nih?"Minggu pertama Ramadhan aje yang ok skit. Itu pun sbb segala planning di tunda ke minggu berikutnya sbb my boss pi outstation tergempar ke Yokohama, Jepun. Tiga minggu berturut selepas tu aku kerap pi outstation. 1st ke Kota Bharu, kemudian ke Johor Bahru, kemudian attend meeting 3 hari di Shah Alam dan terakhir ke Kota Kinabalu pulak.
Nak memadamkan perasaan bersalah atas kesibukan urusan duniawi nih.. aku banyakkan membaca. Yang bestnya tiga² buku yang dibaca sepanjang Ramadhan adalah saling berkait antara satu sama lain dan ditulis oleh pengarang yang sama. Dimulakan dengan buku Perempuan Nan Bercinta, Karbala dan diakhiri dengan Tuhan Manusia. Kesemuanya adalah karya Faisal Tehrani. Ada aku tulis review pendek dalam Goodreads.
Anyway, kita hentikan aje cerita² duniawi nih. Sesungguhnya aku memang tak pandai nak buat e-kad raya yang cantik² mcm korang. Ada banyak yg cantik² aku tgk dalam google. Tp takot nak sedut.. kang org kata aku kaki plagiat plak kang.. haha.. nak tak nak aku bedal aje la yg paling simple dan paling command kita pernah tgk.
Di kesempatan ini.. aku ingin mohon jutaan maaf kepada sesiapa yang melewati blog aku yang banyak merapu nih. Maaf sekiranya ada salah silap dan terguris perasaan terhadap entry² yang pernah aku post selama ni. Maaf sekiranya korang tertunggu new entry (mode perasan tak ingat dunia..haha). Maaf segala maaf lah. Semoga korang semua dipanjangkan umur dan dimurah rezeki.. semoga dapat kita berjumpa lagi di Ramadhan akan datang. InsyaAllah.
Monday, February 6, 2012
Bandung 2011 - part 5
Anyway, dalam part 3 aku ada cite pasal Kampung Daun kan? Kampung Daun ni tempat makan tau.. boleh juga tempat beristirehat.. nyamannnnn gila tempatnya...
Perjalanan dari pusat bandar Bandung ada la dalam sejam kot (sorry dah lupa sebenarnya). Ok.. byk membebel plak.. So here's the piccas..
![]() |
| Yey dah sampai.. |
![]() |
| kami pilih pondok S12 |
![]() |
| santai-santai aja... tunggu order sampai |
![]() |
| gini rupa pondok tu sebelum kami sampai |
![]() |
| ayam bakar |
![]() |
| bebek/itik bakar bumbu bali |
![]() |
| pisang keju |
![]() |
| ni Faze punya.. apentah namanya.. lupa dah.. |
![]() |
| mkn es krim time sejuk pun sedapp |
![]() |
| kenyang perut suka hati (sila abaikan double-chin yg menyakitkan mata ittew) |
![]() |
| we didn't get a chance to use this kentongan sbb the biller dkt sebelah pondok kami aje... huhu |
![]() |
| menapak semula ke parking lot.. jauh jugak rupanya.. |
![]() |
| sesambil tu sempat gak pose |
![]() |
| dah sampai kt luar |
more piccas available in my facebook, blog faze or facebook faiz..
(ya tuhan.. malasnya nak buh link.. uwaaaaa)
so ni kira abis la entry about Bandung ea... hihihi
Bandung 2011 - part 4
Aci tak???
wakakakakaka..
Aku pun dah lupa kejadian-kejadian yg berlaku..
so I leave you with the piccas ok..
Aktiviti penting adalah nyopping-nyopping-nyopping la..
Let's.....
Pasar Baru
![]() |
| Selamat Datang!!! |
![]() |
| Masih awal.. byk kedai langsir blom bukak.. bedal aje la kedai memana.. mama tempah utk sliding door.. mahal gak kot.. but worth it katanya.. |
![]() |
| supir suggest nyopping di sini - D'Fashion |
![]() |
| pre-hunting |
![]() |
| bersama hasil tangkapan |
![]() |
| Hasil tangkapan sebenar.. hahaha |
![]() |
| Mummy pesan tudung bawal ada manik sulam - sila habiskan 500ribu yg diamanahkan.. erk! pilih jgn tak pilihhhhhh... |
![]() |
| testing Burberry jacket sementara tunggu alter my Levi's - tak jadi beli - menyesal (how do I know that I'll need it later for the next trip.. huwaaa) |
*opsss.. tiada gambar di sini.. busy membeli-belah dan kehujanan..
Rumah Mode
![]() |
| Almost setengah hari kat sini.. byk ni aje ko beli? gggggrrrrrrr... |
Walaubagaimanapun.. HASILNYA TIDAK MENGECEWAKAN..
![]() |
| Penuh mintak ampun!!!! Tu pun ada tak masuk lagi tu.. sampai kena 'tumpang' beg org.. huwakakaka.. |
Kesimpulannya.. I grab what I want walaupun ada beberapa penyesalan.. bkn menyesal beli tp menyesal sbb tak beli.. wakakakaka.. nyah kau dari sini shopaholic!!!
Motif utama ke Bandung telah tercapai!!!!!!!
Kami tak pergi kemana-mana pun tempat menarik macam Tangkuban Perahu dan sebagainya sbb awal2 lagi dah set mind.. kali ni ke Bandung HANYA utk shopping. Jalan-jalan tengok pemandangan MAYBE next time ok (^_^) insyaAllah....
Sunday, February 5, 2012
buku
Tiba-tiba kita dah masuk bulan februari ea? Azam nya konon nak more blogging ini tawun tapi kelaut jugak nampaknya. Hahaha..
Awal tahun ni kemain busy di opish. Bos ku tetiba di serang panick attack bila keluar berita audit nk mai bertapa 2 bulan di opish. Kami pun kena kerahan tenaga untuk menyiapkan editing monograph yg dijanjikan tahun lepas! Muahahaha.. terkangkang kami duk mengedit 3 hari 3 malam. Uhuks!! Nasib baik la masing-masing tabah orangnya. Hehehe..
Lps tu duk sibuk dengan penetapan SKT. Ahaks! Penetapan SKT di RnD mmg camtu lah. Tetiap tahun sentiasa havoc! Tahun ni masih bz dgn cik MURNI. Ada jugak dijemput menyertai geng-geng projek baru dan diumpan dgn gaji menanggung disana. Hmmm.. takpe lah. Kerja sendiri pun dah cukup byk.
Ni apehal jalan cerita tak sama dengan tajuk nih? Hahahaha.. well.. baca aje lah seadanya ea ;-)
Nak cerita pasal buku sebenarnya. Aku dah makin rimas dgn buku-buku yg semakin menggunung nih. Banyak btul yg blom dibaca sebenarnya. Hahaha.. tu la nafsu nafsu. Kesukaan nombor 5 mmg suka pegi book fair. Last year pergi big bad wolf book fair kt mines. Borong 10+ buku. Tahun ni pergi karnival karangkraf borong 10 buku lg. Pegi times book fair kt Viva Homes.. sebbaik pergi time blom gaji.. beli 2 buku aje. Adei.. I really need a real book shelf. I need space!!!
So many books to read and so little time.. T_T sad sad sad..
Thursday, January 19, 2012
Sayonara 2011!!
Bismillahirahmanirrahim.
The very first entry for year 2012. Sungguh tega aku tidak menulis blog selama berbulan-bulan ea. Banyak betul benda nak borak. Mahu sambung from where I stopped? Yeahhh..
From Julai - December 2011 macam² perkara dah terjadi. Apart of workload yg banyak (read meeting, seminar, workshop, report writting, etc), travelling pun byk juga (of course travel for work je la yg byknya). Hihihi.. Banyak btol gambar yang boleh dishare. Mostly aku buh kat fb lah. Nak layan instagram.. aku takdak smartphone nk pakai. hahaha..
Jom kita recap. Apa yang ko bz kan thn lps Cik Zura? Sampai tak pedulik langsung dgn blog nih. 2 entries je sempat buat? Tu pun entry kesian. Hahaha..
July
1. Berjalan² dan nyopping di Bandung with friends. Perabeh duit tanggung kerja. Pergi jutawan. Balik papa kedana. Adoi la.
2. 1st time tgk teater!! Best. Jumpa kawan lama. Radio host fafau. Dapat tiket free.
3. Kursus landuse portal kat PD yang aku tak faham pun ape dia ajar. Haha. Sempat meluang masa pi lepak dgn ex-roomate kat Ilham Resort. Alhamdulillah, member dah jadi manager skang :)
4. 1st time pi Sarawak. Of course this time pergi sbb ada keje. MURNInet!! KL-Kuching-Miri-KL.
5. 1st time pi photog outting with sifoo.com @ K.Selangor. Pakai camera pinjam & tak tau apa² about dslr.
Ogos
1. My name was nominated to attend a short course for one month @ Japan. Low carbon society course. Not my specialty. Tunggang-terbalik isi application form and submit kat JPA.
2. Bulan puasa. Rilek² aje.
3. Celebrate Eid Aidilfitri & Hari Merdeka simultaneously. Haha.. hari ini dalam sejarah.
September
1. Mood lepas cuti raya. Hancur!!! Haha..
2. Bengkel MURNInet Ke-2 tetap on! Kali ni dkt Renaissance Hotel.
3. Bought my 1st dslr. Entry level aje. Nikon D3100 kat amcorp mall.
4. Lepak with my ex-coursemate Aziel yg dah jd wedding photog. Belajar basic dslr lah. Beli mahal² tak reti guna buat ape?
5. Result for JICA short course dah keluar. Alhamdulillah rezeki aku agaknya nak pi Japan foc. Kalut la buat preparation sume. Blur dan jiwa kacau sket time nih.
6. Tak cukup dengan kalut tu, tambah pulak dengan public speaking utk Hari Inovasi Jabatan. 1st time masuk pertandingan public speaking. Orang lain before raya dah siap text speech. Aku ni lagi 3 hari baru hegeh² nak cari info & type the speech. Blom masuk practice lagi tu. Sempat la rehearsed depan bos. Kena la baiki sket². Esok nak pertandingan, malam ni baru prepare note kecik² tu incase terlupa atas stage. On hari kejadian, alhamdulillah.. rezeki aku agaknya, dapat la menang 3rd prize! Haha.. lawak btul. Depa komen "dulu sekolah selalu masuk choral speaking ke?" LOL
7. Ready mental and physical utk kembali masuk kelas!!
October
1. Rupa-rupanya it takes about 3-4 days for me to digest that I'm actually in Japan! Hectic schedule. Slightly confuse and blur during classes. Hahaha.. menatang apakah low carbon society ittew? Bluwek!! Pecah pale nak absorb within speed of light.
2. Start enjoying my staying in suburb Fukuoka. Slowly fall in love with Japan!
3. Sedih nak balik Malaysia. Hujan emas di negeri orang.
November
1. Lemau. Org lain sibuk beli/donlod drama korea. Aku sibuk beli/youtube drama Jepun. Apa punya perasaan ntah? Lama jugak amik masa nk adjust semula to Malaysian routine. Nak jadi cite bos pun takde sbulan sbb menunaikan fardu haji. Anak buah kemain rilek kat ofis. Layan blues.
2. Pi kursus seminggu kat Atom Negara. Sensei saya shantek! Japanese. Sorg lagi sensei uncle² from Holland tp PR kat Thailand. Org faham ke tak faham ke tido ke main iphone ke.. dia caaaaaaaakap je tak benti².
Disember
1. 1st time pergi Sabah. Of course 'cik Murni' jugak yg sponsor.
2. Jalan² ke Hadyai with friends. Kali ni ahli ronggeng bertambah sorang iaitu kak z turut hadir memeriahkan suasana.
3. Jalan² ke Morib. Attend meeting. Bapak jauh la morib tu. Nama je Selangor. 100km plus plus dari rumah. Lebih kurang mcm pergi PD. lol.. tapi tempat meeting best. Urusetia bg aku duduk chalet cantik sorang². Sgt selesa.
4. Jalan² ke Langkawi. Attend meeting ICT. Apobondo ntah aku discuss kat sana. Berapi² bg idea. Ntah faham ke idak urusetia kat sana. Haha. Disebabkan kempunan nk makan coklat from swiss, maka aku borong berkilo-kilo coklat yg ada cop Made In Swiss. Pueh ati den.
Ahaks! Pandai tak akak buat summary? Nanti la kalo ada umur panjang aku buat detail entry satu² ea.
Thursday, November 3, 2011
peniruan
Banyak perkara dah terjadi since last July.
Perlu ke buat summary? Haha..
Anyway.. now aku nak cerita about status di facebook.
Aku jarang buh apa-apa pun kt my status tu melain ada perkara penting or bizzare things happened..atau tersangat-sangat-sangat-sangat bosan. Segala status bertema "laporan harian" akan sedaya-upaya untuk dielakkan.
So.. I don't consider myself as popular among friends. Aku berpendapatan.. less information u give on your profile.. less umpatan yang ko terima.. ye tak?
Nak jadi cerita.. semalam aku bosan dan mengantuk sesangat kat opis. Al-maklum.. sejak baru balik dari holiday cum crash-course selama sebulan kat negara matahari terbit sana.. I felt a lil bit down. Err tu dah cerita lain tu.
Ape aku nak cerita ni about facebook status. Focus.. focus..
So semalam aku buh status nih..
Standard aje bunyi nya kan..
Lepas tu.. balik rumah.. dating dengan chenta aje.. tak tgk facebook dah..
Hari ni.. masuk ofis.. aku pun scroll lah news feed.. saja update dgn cerita kawan²..
tetiba terpandang status sorang "kawan" aku nih..
Aik.. sama? Peminat kah? wakakakaka..
Actualy "kawan" yang ni aku tak berapa kenal pun.. aku rasa budak² kerani kat HR sana kot.. ramai beno keraninya.. mana nak cam yang mana satu kann..
So.. benda kecik aje.. peniruan status..
pedulik kan lah..
sian korang kena baca entry takdak modal gini ek?
wahahaha *gelakjahat*
Monday, July 11, 2011
MRT logo contest
For all you know, hasrat Malaysia untuk mempunyai MRT adalah 100% kompom. Dah mula meninjau tapak laluan dengarnya. Huhuhu.. bagus lah. Walaupun aku tak pernah naik MRT (please take note that MRT dan LRT adalah dua benda yg berbeza) tapi tetap teruja lah... ntah mcm mana pulak rupanya ya... adakah hensem ala futuristik atau klasik mcm gerabak KTM? hahaha... sama-sama kita nanti kan..
Tiba-tiba.. kelmarin dapat sms from one of the bosses kat ofis tu. Rupa-rupanya belio telah menyertai MRT logo contest dan memohon jasa aku yang baik lagi comel ini untuk mem'vote' logo belio. Ooooooo... ada logo contest rupanya. Aku ni tangan pengkor.. tak kreatif nak design-design logo nih. Tukang komen pandai lah.
The contest started on 3rd July and will ended on 3rd August 2011. Sapa-sapa pun buleh join. T & C bleh baca kat sini [klik]. Info lanjut plak bleh baca di sini [klik].
Fuhhhh... to-date.. dah ada 1,000 +/- penyertaan yg dah upload walaupun pertandingan baru bukak seminggu. Macam-macam gaya ada. Ada yang hebat dan canggih gila... ada yg sempoi ya amat.. ada yg mcm zaman 80an pun ada.. ada yg mcm kanak-kanak rebina punya lukisan pun ada...
Jadi... jika anda mmg kaki contest dan mmg superb designer.. marilah beramai-ramai join contest nih!! Hadiahnya bleh tahan.. RM10,000!!! fuyoooo!!! hahahaha.. createlah seberapa banyak logo yang terdaya then upload. Kalo comel.. aku bleh tolong vote. Hahaha..
Diantara logo yg aku rasa bleh blah lah..
and ada banyak lagi yg aku sendiri pun dah lupa yg mana satu aku vote. wakakakakakaka... rambang mata dah bila tgk ada byk yg cantik-cantik.. ngeeeee..
marilah vote beramai-ramai di sini [http://www.kvmrt.com.my/contest/]... undi adalah sangat tidak rahsia!!! hahahaha.. sila jangan undi logo yg tidak cantik dimata anda kerana anda sudah pasti tidak mahu MRT di negara anda mempunyai logo yg buruk.. hihihihi..
good day everyone!
Bandung 2011 - part 3
Dalam entry terdahulu aku ada ckp pasal reservation hotel ni bukan kami yang buat. Semuanya dibuat oleh pihak agent a.k.a supir kami Inchek Marsel tersebut lah. Call or fb or email him.. and then he will reply with reasonable package which include accommodation and transport. Semua deal ini dibuat oleh cik puan Faze sbb dia pernah deal dgn mamat ni masa ke Bandung last two year. Aku cuma keluarkan ongkosnya sahaja.
Hotelnya sederhana.. 3 bintang. Selesa aje walaupun berhimpit 4 org. Lantak lah.. nak tido aje pun. Siang-siang penat shopping.. malam-malam kami lawan berdengkur lah! Huhuhu..
| Pandangan depan |
| the lobby |
| the reception counter |
| ruang makan - breakfast |
| lift yang dirasakan mcm jauh.. last2 kitorang turun naik pakai tangga aje.. |
the room aku tak sempat amik gambar rupanya.. hahahaha..
Anyway.. apa yg bestnya.. tiap² hari kitorang pi spa.. alaaa selang 3 bilik aje dari bilik kami. Itu pun disebabkan ramai.. staf spa tu yg mai bilik kami buat urut dan sebagainya. Tak payah susah² keluar bilik pun. Ratenya.. sangat la murah. Pakej paling mahal pun dalam Rp200k +++ aje. Urutan jawa yg bleh tahan sakit jugak untuk kami yg tak biasa mengurut nih. Ngehehehe..
Tuesday, July 5, 2011
Bandung 2011 - part 2
| Rumah Makan Simpang Raya @ Jalan Dago - makanan padang |
| atas meja ada bekas kecik air basuh tangan. jangan berebut. dapat sorang satu.. |
| silakan... ngapppp |
| ni ayam pop kesukaan ramai.. tiap kali datang RM masakan padang mesti mau order!!! |
| Buat cicah ayam pop.. nyumm.. |
| gulai otot lembu.. mama makan tapi kitorang tgk aje.. huhu |
| ulam pucuk ubi @ singkong.. sayuran wajib sbb depa tak hidang sayuran lain.. aku plak tak bleh kalo tak makan sayur. |
| cicah dengan sambal hijau.. nampak aje cili padi tapi tak pedas pun..huhu |
Pasal makan aje aku bleh buat 2-3 entry agaknya. Wakakakaka.. tu belum cerita hotel dan shopping. Hehehe.. tunggu ye ;) petang-petang skit aku tulis pasal hotel plak.





























