Monday, June 11, 2007

ayam bandar

Selak² utusanonline.. sekali keluar berita follow up pasal ayam. Awal bulan ari tu mmg ada keluar news pasal selsema burung kembali attack malaya. Kali ni kat Sg.Buloh dan berita yang baru baca td adalah berita follow up atas isu td. Meh baca..

DBKL larang bela ayam belakang rumah
Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR 10 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang melarang penduduk di ibu kota menternak ayam dan itik di belakang rumah mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainol Ariffin Pawanchee berkata, cadangan itu dibuat berikutan kes selesema burung dikesan berlaku di Sungai Buloh, Selangor pada 2 Jun lalu.

“Larangan tersebut bertujuan memastikan tiada perantara yang boleh menyebarkan virus selesema burung itu tersebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan Malaysia Peringkat Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Menurut Zainol, draf undang-undang itu akan dikaji oleh Jabatan Hal Ehwal Undang-undang DBKL terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan.

Beliau berkata, draf undang-undang itu juga perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Zainol memberitahu, terdapat 160 kes demam denggi dicatatkan di Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu dan bilangannya menurun kepada 126 kes minggu lalu. Pada minggu ini hanya terdapat 100 kes dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan kes-kes demam denggi bakal memuncak pada bulan Julai dan Ogos ini.

Katanya, Bilik Gerakan DBKL akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk menangani wabak berkenaan.



Baca news ni rasa cam susah nak percaya orang² KL boleh bela ayam & itik sendiri kat belakang rumah.. sampai aku sendiri terlupa yang aku la kecik² dulu tukang kejar ayam dan kacau itik mengawan keliling rumah arwah uwan kat Ampang Tasek tu. ekekekeke.. tapi aku selalu beranggapan Ampang ni hanyalah pinggir KL. Kalau sebut KL tu mesti la di tengah² KL sana. Sempit btul pemikiran.. padahal semua jajahan takluk DBKL tu sendiri malah di kawasan pentadbiran PBT² sekitarnya pun kita masih panggil kawasan KL which is Klang Valley. ekekekekek

Sebut pasal ayam.. aku teringat pada seorang kawan yang memang bela ayam kat belakang rumah. Selalu update kat aku pasal ayam² dia. Walaupun aku membesar kat kg (err Tanah Rancangan Felda tu kategori kampung gak kan? kampung tersusun.. huhuhu) tapi aku tak pernah tau tumbesaran ayam ni sangatlah cepat. Bila kawan aku ni selalu update pasal ayam² dia then baru aku tau yang ayam ni rupanya cepat dewasa. Cepat dewasa maka cepatlah disembelih dan dibuat lauk santapan. nyum nyum...

Mengenai cadangan DBKL nak larang orang bela ayam belakang rumah tu.. aku no komen. Sebab aku tak bela ayam belakang rumah. Aku cuma membela perot hasil memakan daging ayam sahaja. Tapi bagi anda pembela-pembela ayam untuk kegunaan sendiri nih plak.. camne cite? Buat masa sekarang, kawan aku nih tak dpt dihubungi.. nnti dah ada komen dari dia.. aku update lagi.

Happy Birthday Along!!

Actually Happy Belated birthday untuk satu-satunya adik-beradik aku di dunia neh. Tahun nih dah masuk 31 tahun. Semoga panjang umor, murah rezeki dan sihat sejahtera. Birthdaynya semalam.. tapi macam biasa la.. keluarga kecil kami celebrate birthday dengan upacara makan² dan tidak semestinya mkn² ni berlangsung pada exact birthday date si penyambut birthday. Dan memang pun begitulah adanya saban tahun. Kadang² tak celebrate langsung. Dulu² masing² duduk jauh. Hahaha.. family kecik pun susah nak berkumpul ek? Bayangkan kalau family aku berbelas orang. Masakkk..

Ape pun.. malam nanti kitorang nak pegi melepak makan² kat rumah abah & mummy. Along blanje makan pizza (birthday aku hari tu dia suh aku blanja.. kali ni turn dia plak.. ekekeke). Dulu masa Danish belum ada dan Irfan pun kecik lagi.. bleh la makan² kat restoran. Sekarang susah sket sebab dua² tengah lasak gila. Tak larat nak berkejar kutip budak² tu tengah bergolek² atas lantai di khalayak ramai. Baik order pizza.. tapau.. lepak kat rumah.. nak bersepah ker berguling ker... takde la terasa sangat. Ye tak?

Friday, June 8, 2007

teka-teki

Tengah malam buta aku dapat SMS dari Rumet kesayanganku masa kat UTM dulu si Toyan.

Cuba jawab prsoalan ni..
Wujud di hujung dunia.. Duduk di tengah orang
Lebih pada nama.. kurang pada rupa
kecil di China.. besar di Arab
ada di sana.. tiada di sini
ada besar.. tiada kecil
2 di atas.. 2 di kanan
tiada di kiri.. 1 pada emak
2 pada ayah.. tiada pada itik
tidak di rindu.. tapi lebih pada sayang..
Apa dia? hehee :P

aduhhh.. ni macam senang jer nih.. musti HURUF A jawapan dia!!! yeahuuuu!!!! saya tereeeeee!!!!!!

antara kesilapan teknikal dan sifat cuai

Tengah hari.. ada fax masuk. Enquiry form dari satu syarikat engineering. Jelas kat situ dialamat utk Shinpo Industrial Supplies. Aku cuma tgk sekali lalu dan abaikan. Mungkin tersalah hantar kut. Dalam hati terbit gak rasa kesian. Tapi lantaklah.. not my problem.

Petang.. tengah siap² nak balik. Ada fax masuk lagi. Isk.. dah rembang petang baru hegeh² nak hantar fax. Aku tengok sekali lalu masa nak off mesin fotostet. Aik.. ini fax untuk Shinpo Industrial Supplies jugak. Kali ni aku mula tengok secara saksama kedua-dua fax.

Hmm.. macam ada yang tak kena je. Aku pegi balik kat mesin fax dan cuba call enpon sendiri. Nombor yang keluar kat skrin enpon memeranjatkan aku! Eh ni bukan nombor fax ofis nih!!!! Aku bandingkan dengan kertas fax yang diterima td. Sama. Aiseymen.. macam mana nombor fax ofis nih bleh bertukar plak nih? Patut la minggu ni takde langsung fax diterima.

Terasa bangang tetiba. Kesian pun ada. Marah pun ada. Kalau takde fax in kedua ni.. mesti sampai bulan depan pun aku tak perasan (since semua kerja clerk dan admit aku buat sendiri kat ofis nih.. ape nk buat.. company kecik.. aku la clerk.. aku la despatch.. aku la officer.. blom naik pangkat jd bos je lg). Kesian pada yang menghantar fax. Kesian juga pada yang menerima fax sebab fax tu bukan utk ofis ni. Mcm mana nak take action. Habis tu nombor fax yang betul untuk ofis ni dah pergi ke mana? Ni yang rasa macam nak pukul orang ni. Segala fax in ke nombor sebenar ofis nih kami tak dapat. Kalau ada tender nak masuk.. tak ker rugi namanya? Petang tu jugak aku suruh Dayat maklumkan kat bos. Kebetulan dia nk ke rumah bos. Mende² macam gini bior bos aje yang uruskan. Dia ada ramai 'contact'.

Kesimpulannya.. macam mana bleh jadi gitu? Tak lain dan tak bukan mestilah telekom sendiri yang punya angkara. Maybe technician dia baru bekerja hari pertama dan supervisor dia suruh buat kerja mudah sambungkan talian telefon dekat sekian-sekian premis dekat sekian-sekian pencawang yang selalu kita bleh tengok tepi jalan tu. And mamat ni tergabra ke ape ker terswitch cable untuk nombor fax opis aku dan nombor fax Shinpo tu (agaknyalah!!!). Mangsanya.. kita la. Aku sebenarnya dah penat nak 'bergaduh' dengan perkhidmatan telekom ni. People won't care to pay extra for better services. Tapi trend syarikat utiliti sebegini yang berada dibawah dasar penswastaan semuanya menuntut caj perkhidmatan yang pelbagai tetapi memberi perkhidmatan yang buruk. Terlalu banyak contohnya terbentang depan mata. Tindakan menswastakan perkhidmatan utiliti sebegini memang baik pada dasarnya. Tetapi relevan kah kalau hasilnya begini? Tak payah cerita la layanan dikaunter servis yang sedaya upaya dielak kalau perlu berurusan. Nasib baiklah sekarang ni semua bil boleh dibayar online. Sesungguhnya aku menyampah berurusan dengan syarikat utiliti (tak kisah la air ke, api ke, telefon ke; etc). Tapi nak buat camne.. memang kita bergantung pada mereka nih untuk rutin harian. Sokong atau bantah? Terpulang..

=======================================

Ada info tambahan. Bos masuk opis kejap td. Dia dah call telekom. Hasilnya? Rupa-rupanya bukan fax ofis aku je yang kena. Tapi dekat 20 line yang lain pun sama problem. Satu Kinrara huru-hara agaknya! Aduih.. nak kena saman telekom nih. Mau lingkup bisnes kalau mcm gini.

Thursday, June 7, 2007

it's hard to say GOODBYE

Memang berat mengucapkan 'Selamat Jalan' pada orang yang berpergian. Lebih² lagi jika peluang berjumpa lagi tidak ketahuan bila tarikhnya. Pagi² gelap subuh aku dah meredah highway ke KLIA. ME berangkat pulang ke Amerika hari ni. Flight pukul8.50 to Newark via Stockholm. Si Faze kerja sampai pukul5. Tapi masa aku dah n the way tu dia call. Kerja tak abis lagi katanya. Aku straight aje la tak nyimpang² dah. Pergh.. belom pukul7 aku dah selamat sampai airport.

Kalo dulu abang ngah dan parents ME yang hanto ke airport.. kali ni abg long, adik² (accept the newly wed) dan parents dia pun ada. Disebabkan dah banyak kali sangat aku melepak umah ME secara tak langsung family dia pun dah kenal aku. Kawan ME si Julia pun ada datang. Kebetulan Julia nak fetch adiknya yg fly dari somewhere (aku malas nak bertanya).

Tak banyak bersembang pun.. aku pun tatau ape nk cerita. Cuma time nak balik tu. Aku akhirnya dah pandai ikot jalan tak bertol. Dulu ikot situ ada orang bawakkan. Second time sesat barat entah ke mana hala. Kali ni aku berjaya juga keluar di putrajaya dengan cuaknya. Lampu petrol dah abeh tu asik menyala²... dah la aku tak brape sure jalan yang benar nk ke puchong. Huhuhu.. sesambil cuak tu sempat gak lagi call ME last time before dia off naik kapal terbang. Sekali tengah ckp tu putus. Laaaa kredit abeh. Cam ampeh. Sampai opis (cam tak caya jer 15 minit dh bleh sampai opis.. hebat gila laaaa) aku call la dia. Aik ada orang angkat? Laa ada delay sket. Hmm.. take good care of yourself ek ME. Minggu depan pegi Alaska jangan lupa anto poskad gambo beruang kat aku.. ekekekeke..

Nanti kita lepak sesama kat ym like always. Sayonara!

Selamat Pengantin Baru Pak Lah!

Kecoh! Memang kecoh satu dunia semalam bila Pak Lah our beloved Prime Minister buat announcement yang dia akan melangsungkan perkahwinan kali kedua hari Sabtu ni. Seperti biasa.. aku dan beribu umat manusia yg lain pun mengoogle dengan senang hati bakal pengantin nih. Macam² blog/website aku terjah. Ada yang suka.. ada yang tak suka. Memang awal tahun hari tu dah terdengar khabar angin Pak Lah nak kawen. Tapi cam biasa la... gua malas nak amik pot hal² remeh khabar angin politik nih. Haaaa.. ni gua amik dari Utusan Online. Press conference semalam.

TRANSKRIP sidang akhbar Perdana Menteri mengenai perkahwinannya selepas majlis pelancaran Konvensyen Industri Kecil dan Sederhana (SME) 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

SOALAN: Pagi tadi kita telah mendapat khabar gembira daripada Datuk Seri. Boleh Datuk Seri berikan kenyataan lanjut berhubung perkahwinan Datuk Seri yang akan dilangsungkan pada Sabtu ini?
ABDULLAH: Alhamdulillah, saya berasa gembira dan bersyukur kepada Allah kerana wanita pilihan saya ini telah mendapat restu daripada anak-anak dan juga adik-adik saya. Insya-Allah pada hari yang ditetapkan itu akan diadakan majlis akad nikah.

Mengapakah Datuk Seri memilih hari Sabtu?
Sabtu merupakan hari cuti dan kita kena ambil kira kesesuaian masa untuk memudahkan tetamu datang.

Di manakah Datuk Seri akan berbulan madu?
(Ketawa) Tidak rancang pun lagi. Saya perlu bincang dengan orang yang berkenaan.

Bilakah pertama kali Datuk Seri berjumpa dengan bakal isteri?
Saya kenal sudah lama sebab Jeanne merupakan adik ipar Kak Endon (Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood).

Bilakah Datuk Seri melamar Jeanne?
(Ketawa) Saya tidak ingat bila saya lamar Jeanne.

Bolehkah Datuk Seri gambarkan tentang bakal isteri, Jeanne?
Apa yang awak hendak cerita mengenainya?

Maksudnya, apakah yang membuat Datuk Seri memilih Jeanne?
Sebab ada keserasian dan asalkan dia sayang saya bolehlah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz kemudian mencelah: Ada chemistry.


Mungkinkah karakter atau keperibadian Jeanne yang berjaya menambat hati Datuk Seri?
Saya yakin Jeanne boleh jaga saya, boleh jadi teman saya dan itu yang penting.

Mengapakah Datuk Seri apabila ditanya mengenai perkahwinan sebelum ini, Datuk Seri menjawab itu semua khabar angin?
Yalah... memang itu semuanya khabar angin. Semua tarikh yang dikatakan dulu tidak betul. Sebenarnya apa yang dirancangkan ini tidaklah memakan masa yang lama. Saya perlukan sedikit masa sebab saya perlu berunding dengan anak-anak dan adik-adik saya terlebih dahulu. Kemudian saya perlu mencari masa yang sesuai sebab saya terlalu sibuk ke sana dan ke sini.

Adakah pada perkahwinan Datuk Seri kali ini akan diadakan majlis persandingan?
(Ketawa) Tidak ada ... orang tua kahwin (tak payah bersanding).

Adakah Datuk Seri merancang untuk mengadakan majlis resepsi untuk rakyat?
Yang itu belum lagi, nantilah.

Bagaimanakah sebenarnya karakter bakal isteri Datuk Seri bagi membolehkan rakyat tahu siapa bakal isteri Datuk Seri?
Pertamanya, Jeanne seorang yang cukup sederhana dan peramah terutama dengan tetamu yang datang ke rumah saya. Semasa Allahyarham Kak Endon masih ada, Jeanne telah diberi tugas menyambut rakan-rakan dan tetamu yang datang. Mereka datang untuk berjumpa saya atau mengadakan mesyuarat di rumah saya.

Kadang-kadang ada juga pelawat serta rakan-rakan dari luar negara yang datang. Ahli perniagaan pun biasa datang dan begitu juga pegawai kerajaan. Kedatangan mereka ke rumah saya, Jeanne yang uruskan. Jeanne akan menjemput mereka duduk dan menyediakan minuman. Tugas Jeanne itu ditetapkan oleh Kak Endon sebab rumah kami besar dan orang yang datang pun ramai.

Sekiranya diadakan jamuan sama ada besar atau kecil, Jeanne juga yang akan uruskan. Beliau akan mencari katerer, menentukan menu dan tentukan susunan meja dan kerusi serta hiasan. Saya lihat setiap tugas yang diberikan kepada Jeanne dapat dilaksanakan dengan baik. Tidak ada apa-apa yang berlaku yang kerananya saya rasa kecil hati atau rasa hendak marah. Jadi sifat begitu pada saya adalah baik. Jeanne mudah bergaul dengan orang.


Adakah Jeanne seorang yang berdarah campuran?
Ada, tetapi saya tidak pernah tanya lebih lanjut.

Bilakah Datuk Seri mengenali Jeanne?
Saya mengenali Jeanne telah lama. Boleh jadi 20 tahun.

Sejak bila Datuk Seri berkasih dengan Jeanne?
(Ketawa) Baru-baru... kira-kira kurang daripada setahun.

Bagaimana pula dengan hantaran perkahwinan?
Tidak ada hantaran. Perkahwinan ini sederhana sahaja. Ini bukan perkahwinan kali pertama bagi saya, tidak payah hantaran banyak-banyak.

Apakah reaksi Nori, anak Datuk Seri?
Nori boleh terima. Kalau tidak terima, tidak jadilah perkahwinan ini.

Adakah keluarga Datuk Seri kenal rapat dengan Jeanne?
Memang pun sebenarnya. Jeanne merupakan keluarga kami juga sebab sebagaimana saya katakan tadi Jeanne adalah adik ipar Kak Endon. Beliau pernah berkahwin dengan adik lelaki Kak Endon tetapi telah berpisah lebih 15 tahun lamanya, bukan baru.

Dengar cerita Allahyarham Datin Seri Endon sangat sayangkan Jeanne? Benar, kalau tidak Kak Endon tidak suruh Jeanne datang ke rumah untuk bekerja dengan beliau (Endon). Kak Endon sendiri memberi beberapa tanggungjawab yang perlu Jeanne laksanakan di rumah itu.

Betulkah ada orang kata perkahwinan ini wasiat arwah Datin Seri Endon?
Kak Endon tidaklah kata wasiat (ketawa).

Adakah ini pesanan atau cadangan daripada arwah Kak Endon?
Itu pun Kak Endon tidak kata.

Adakah majlis perkahwinan kali ini lebih sederhana?
Jauh lebih sederhana. Memanglah perkahwinan kali pertama besar, kali kedua kecil, kali ketiga lagi kecil dan kali keempat lagi kecil. Saya tidaklah hendak ambil tiga atau empat. Saya berhenti setakat dua sahaja.

Adakah Datuk Seri merancang untuk bercuti selepas bernikah?
Belum ada rancangan untuk bercuti sebab lepas ini saya ada kerja. Saya akan mengadakan lawatan rasmi ke luar negara dan saya akan bawa sekali Jeanne. Bila ada teman perlulah kita bawa bersama (ketawa).

Bagaimanakah hubungan Jeanne dengan Nori?
Baik. Dengan adik-adik saya pun tidak ada masalah.
Mengenai majlis untuk rakyat, adakah Datuk Seri tidak bercadang untuk mengadakannya?

Selepas ini seperti biasa saya akan buat lawatan ke merata tempat dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak. Saya dijemput untuk merasmikan pelbagai program. Pada masa itu saya akan bawa Jeanne terutama dalam program-program yang bersesuaian. Bukan saya suruh mereka buat kenduri besar, cukuplah sekadar menyambut kedatangan kami berdua.

Bagaimanakah pula dengan cincin perkahwinan. Adakah ia sudah ditempah?
(Ketawa) Cincin telah ditempah walaupun agak lewat.

Apakah ingatan Datuk Seri terhadap arwah Datin Seri Endon?
(Kelu seketika) Sayang saya, cinta saya kepada arwah masih kukuh dan saya juga percaya Tuhan telah mencipta banyak ruang di dalam hati kita untuk kita menyayangi orang yang berada di keliling kita. Bila kita bercakap pasal wanita, kita sayang pada emak tapi tidak bermakna kita tidak sayang pada isteri atau cinta pada isteri.

Kita tidak boleh bandingkan sayang kita antara emak dan isteri. Begitu juga sayang kita pada adik (perempuan), sayang kita kepada anak dan sayang kita kepada cucu. Bagi wanita pula, sayang mereka kepada bapa, sayang kepada suami, sayang kepada abang, anak lelaki, cucu lelaki, sudah tentu tidak boleh dibuat perbandingan.

Jadi itulah kelebihan Allah yang menganugerahkan perasaan ini dalam kita menjalinkan hubungan. Jeanne juga sayang dengan Kak Endon. Segala apa di rumah itu terutama gambar-gambar Kak Endon tidak akan diubah kerana itu adalah memori abadi. Jika Jeanne hendak tambah gambar dia... tambahlah.


Datuk Seri, Jeanne berasal dari mana?
Dari Kuala Lumpur.

Bagaimanakah pula hubungan Datuk Seri dengan bakal anak tiri?
Saya menerima kehadiran dua anak perempuan tiri dengan hati yang terbuka. Masing-masing berusia antara lewat 20-an dan awal 30-an.

Apakah panggilan Datuk Seri kepada Jeanne apabila telah bernikah
nanti, sayang ke, darling ke?

Nanti awak dengarlah sendiri dan saya pasti semua akan tunggu bila Pak Lah hendak sebut.

Saya juga mahu nyatakan di sini bahawa berita perkahwinan saya ini telah simaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini dan kepada jemaah menteri.

Satu kenyataan telah pun dikeluarkan untuk pengetahuan rakyat. Perkara ini tidak perlu disembunyikan.

Apakah yang Datuk Seri harapkan daripada rakyat?
Saya harapkan rakyat mendoakan kesejahteraan kami berdua. Perdana Menteri yang lebih gembira boleh melakukan kerja dengan lebih baik. Saya bukan kata saya tidak gembira tetapi saya lebih gembira sekarang.

Adakah kehidupan Datuk Seri akan lebih bermakna selepas ini?
Ya... hidup saya akan lebih bermakna kerana perempuan adalah pelengkap pada lelaki dan itulah kejadian Tuhan. Satu melengkapi satu yang lain.

Siapakah tetamu yang akan dijemput pada majlis pernikahan Sabtu
ini?

Jemputan terhad kepada keluarga terdekat iaitu di kalangan anak-anak saya, adik-adik saya serta pasangan masing-masing. Di sebelah Kak Endon, sembilan orang kesemuanya turut dijemput. Ibu mertua saya, dua besan serta anak-anak mereka juga akan dijemput untuk menyaksikan perkahwinan ini.

Adakah Datuk Seri masih mengamalkan makan madu lebah?
Masih lagi, sejak zaman sekolah hingga sekarang. Kesukaan makan madu lebah adalah sejak saya dari kecil lagi.



Hmm.. macam terbayang je peristiwa 7 tahun lepas masa abah nak kawen dengan mummy. Hehehe.. tapi masa tu aku budak² lagi. Cengeh tak pepasal. Alhamdulillah.. abah skang tak sunyi lagi. Harapnya Pak Lah pun bahagia macam abah. Amin!

Wednesday, June 6, 2007

peminat dan artis : My True Story

Bila kaki dah elok, aku busy semula dengan rutin harian and stuff. Walaupun bengkak dikaki tak surut sepenuhnya tapi kemain galak berjalan kesana kemari. Sabtu lepas aku ke rumah ME lagi.

Let me tell you one story.. Masa kecik² aku sekolah kat Tanah Rancangan Felda kat pinggir Selangor (hehehe.. x byk Petempatan Felda dalam negeri Selangor.. pilih la mana satu pilihan hati.. ahaks). Biasa la zaman peralihan kanak-kanak ke alam remaja.. suka menjadikan artis pujaan sebagai role model. Geng-geng rapat masa tu... Balkish, Noor, Sarah dan Izzu. Balkish ni ayahnya polis dan maknya nurse kat klinik desa. Sepupunya si Noor. Sarah pulak partner sebelah meja dalam susunan meja kelas. Sepupunya si Izzu.

Masa tu tahun 92' kumpulan muzik Exist tengah hangat dipasaran la. Memang perasan habis yang kitorang la satu-satunya Exist's die hard fan yang ada diseluruh Malaysia. Setiap kali keluar news about Exist dalam newspaper/magazine kitorang sanggup korban duit poket harian semata-mata nak beli that particular newspaper/majalah hiburan... potong the article dan lekat dalam buku khas.

Tulis surat to Exist? Oh yes.. sure. Sarah lah jurutulisnya memandangkan tulisan dia yg paling cantik sekali pada pandangan kami. Itu aje la yang terdaya bagi kami peminat-peminat hingusan pada masa tu. Very convensional.. tak kenal komputer, takde internet, takde email, takde blog, tak kenal handphone dan takde SMS. Dunia kami hanyalah di dalam kawasan Felda sahaja. Segala berita mengenai Exist yang berada di luar sana hanya pada tv, radio dan majalah hiburan sahajalah sumbernya. Sampailah suatu hari, kami dapat surat balasan. Gembira toksah katalah. Walaupun surat balasan tu merupakan surat umum yang mengatakan terima kasih atas sokongan blablabla.. dan langsung tak tertulis nama kitorang dalam tu.. fotostet plak tu. Tapi kami tetap happy. Surat ditatap berhari-hari.

Setahun lamanya kami didalam syurga. Terbang dengan kesukaan terbatas terhadap artis pujaan. Dari primary school aku pun dah masuk secondary school. Keluar berita mengenai Exist dan masalahnya dengan pihak pengurusan Jojo's Production dan mula timbul macam-macam 'cerita' mengenai anggota-anggota Exist. Nak jadi cerita aku diterima masuk di sekolah bandar. Bukan bandar dekat².. tapi nun kat Petaling Jaya (masa tu mmg terasa jauh gila la.. mana ada highway lagi masa tu beb). Culture shock toksah katalah. Yang bagusnya.. lama kelamaan aku mula faham. Artis yg aku duk puja selama ni hanyalah insan biasa. Ada kekurangan dan kelemahan sendiri. Tak sempurna dan seindah yg disangka walaupun rata-rata mereka nih jambu-jambu belaka. Sejak itu, aku semakin bijak berbelanja bahan hiburan dan takde lagi artis kegemaran. Phobia siot.. terasa sangat kebodohan dan kehingusan yang nyata. Cettt...

Jadi ape kena mengena "Sabtu lepas aku ke rumah ME lagi" dengan cerita aku tadi? Ahaaaa... Nak jadi cerita.. family ME memang 'dekat' dengan dunia hiburan ni rupanya. Tapi macam la aku amik pedulik. Aku berkawan dengan dia.. yang lenlain tu aku mmg tak amik pot. So, hari sabtu mlm tu adalah Majlis Bermarhaban dan cukur jambul utk anak buah ME yang kecik sekali. Since kendurinya nanti semua lauk-pauk masak sendiri (susah nak jumpa kenduri kawen masak kawah kat KL nih beb)... kiranya ramai la umat manusia datang berewang. Petang tu kitorang ke IOI, cari hadiah untuk si pengantin. Balik rumah.. marhabannya dah abeh. Melepak bilik pengantin sambil mencuba bakat menggubah hantaran last minute yang tak settle lagi macam bakul buah, coklat dan sirih junjung. Pukul1 gak la baru settle. Aik masih ramai lagi orang berkumpul kat bawah khemah. Esok dah nak kenduri ni... tak nak balik ke?

Heran punya heran.. tiba2 riuh sekhemah. Apasal plak tu? Laa.. ada artis budak AF datang. Sape plak yang menjemput. Nak jadi cite... artis ni rupanya dah jd cam anak angkat kepada salah sorang makcik yg reramai tuh. Erk.. aku plak cam terpingga-pingga sbb aku tak kenal sapa artis yg dimaksudkan sbb aku tak tgk AF. Cessss!!! Aku ingatkan ape la yg kecoh sgt td. Hahahaha.. anyway.. papelah makcik... asalkan bahgia ek :D