Monday, August 18, 2008

pijak

Hahahaha.. Spek mata ku dipijak untuk kali kedua!! Yay!!


Tahun lepas, si Sue pijak sampai patah.
Tahun ni, aku pijak sket lagi nak patah.


Hahahaha.. Senget tak spek aku?

Tuesday, August 12, 2008

ISO dan Audit Dalam

Hahahaha.. MDCH ke arah ISO 9001:2000.. weeehoo..

So far, hanya pegawai2 je yg diberi pendedahan ape itu ISO. Aku yang taktau menahu pasal ISO pun tetiba dilantik jd JuruAudit Dalaman. Wakakakakaka!!!

Pada pendapat peribadi aku, untuk mencapai ISO bukanlah perkara ad-hoc yang dibuat dan selesai dalam masa 2-3bulan. It takes time. Mula2 sekali, pengurusan kena betul dan berada di jalan yang benar. Beri pendedahan dan knowledge about ISO secukupnya pada semua kakitangan. Then baru la nak lancar ISO ke ape ker.. Ni macam buat keje tergesa2. Maybe hanya menurut arahan daripada pihak atasan.

So.. nak kata apa?

Saturday, August 9, 2008

08.08.08

Bukan taksub, sekadar meraikan tarikh yang sangat bermakna bagi kawan2 aku. I'm happy for them as they're part of my happiness. Big congratulations kepada Cyn dan Suraya kerana pada tarikh ini.. mereka dianugerahkan satu lg title dalam hidup mereka.

Pertamanya, pada tarikh ini lah, Bye - my bestfriend from highschool dianugerahkan title ISTERI. Keduanya, pada tarikh ini lah Suraya - my other bestfriend from highschool dianugerahlan title IBU.

Dua title yang sangat bermakna dalam hidup seseorang. Meriah sungguh hidup aku dengan ucapan tahniah. Walaupun terkilan sbb tak dapat tgk Bye bersanding (since majlis kendurinya bertembung dgn my cousin's reception). Tapi aku happy sbb dapat gak sumbang tenaga untuk majlis dia walaupun sumbangannya kecil sangat. Bye selamat dinikahkan dengan 2 kali lafaz oleh tok kadi yang kelakar orangnya pada pukul 10.33 malam, hari mulia hari Jumaat, 6 Syaaban 1429H bersamaan 8 Ogos 2008.

Suraya pula, selamat melahirkan baby girl sulungnya di HUKM pukul 2.50 ptg. Hari Jumaat, 6 Syaaban 1429Hijrah bersamaan 8 Ogos 2008 belum sempat lg menjenguk di hospital. Planning nya mungkin besok kut. Nanti dah jumpa empunya badan baru boleh nak story mory.
So, skang.. aku nak pi bersiap2 nak ke rumah Bye even majlisnya dah lepas. Ada gambo nnti aku tampal ler kat sini ;-)

Wednesday, August 6, 2008

susah hati part 3

update.. officer dari Wisma Putra baru je call aku. Dia mintak confirmation samada btul ke aku ada hantar surat. Prosedur biasa lah. Takut ada orang main-main anto surat.

So, officer tu minta alamat dan nombor telefon umah ME. Aku bagi aje la details yang dia nak since surat tu pun berniat nak mengesahkan news kat website tu. Mengakulah yang aku not related to ME.. tapi dalam surat tu aku bgtau la nombor contact abg ngah ME in case permohonan aku tu invalid.

susah hati part 2

Lepas dapat kebenaran daripada family ME, aku amik masa nak siapkan surat untuk dihantar ke Wisma Putra Putrajaya. So, lepas meeting garispanduan pembangunan bangunan sementara di atas tanah TOL pertanian bersama agensti teknikal berkaitan di Pejabat Tanah aku pun fax surat tu.

Abang Ngah pun ada follow up kat embassy kat sana tapi susah sket la sbb skang kang waktu tengah malam kat sana. Hahaha.. takpe la. Wish for the best lah. Harap2 sume ni false alarm je.

Monday, August 4, 2008

susah hati

Malam tadi masa on the way ke rumah bakal pengantin kita cik Cyn.. Faze call aku. Shock and sad news. Taktau mcm mana perasaan aku sekarang. Sumenye ada campo baur. Marah, bengang, sakit hati, sedih, sayu, takut, etc etc etc..

Al-kisah, sudah kecoh 2-3 minggu ni family ME cari dia. Sbb dia langsung tak dpt dihubungi. Call handphone tak dapat, sms tak reply, email tak reply, ym tak online, call rumah asik masuk voicemail..

Akhirnya, Faze tergerak hati nak google nama ME and her husband.. dan inilah result yang keluar >>> www.mcall.com/news/local/police/all-5atown.6502323jul12,0,1245263.story

Aku tatau camne nk mintak tlg. :((:((:((:(( Ya Allah.. harap2 ME selamat dan dapat kembali ke tanahair.

PC Fair 2008

Last day of Pikom PC Fair August 2008. Finally, I managed to buy and owned a notebook. Three of us, Aku, Faze and Lan jalan-jalan ke LowYatt Plaza. Fuh.. tak ramai orang sbb sume pi serbu KLCC kut. Hahaha..

Pukul 10 Faze touchdown kat LCCT terus dia call aku. Bergegas la bersiap. Pukul 11 camtu sampai LowYatt dan bermulalah sessi pencarian harta karun. Huhuhu..

1st lappy yang diperkenankan oleh kedua-dua juri yang ditempah khas ialah Toshiba Intel Pentium Dual Core Duo 1.8 Ghz, campo Win Vista Home Ori dan 3 gb ram (RM2276).

Jalan-jalan lagi.. 2nd lappy pulak Acer AMD Turion 2.0 Ghz, campo Win Vista Home Ori dan 3 gb ram (RM2210).

Jalan-jalan lagi.. jumpa Dell Intel Dual Core 2 Duo, campo Win Vista Home Ori dan 2 gb ram (RM2400).

Selepas 7-8 kali selesai tawaf, akhirnya para juri dan banker yang dilantik memutuskan pemenangnya adalah pilihan yang kedua.

Sementara tunggu settlekan setup notebook tu... kitorang yg kelenguhan kaki pi makan-makan kat restoren jepun yg sukar diingati namanya. Aku pekena bento chicken spicy. Yummyyyy...

Kesimpulannya, kami bertiga pulang dengan sengihan yang panjang sbb masing2 dapat beli ape yg dihajatkan. Oh ya... selingan. Kak Long pun ikot sama mengorder numeric keyboard dan thumbdrive 8gb. Masing-masing dibeli dengan harga RM50 dan RM78 setiap satu.

Malamnya, tak sempat nak pegang pun notebooknya. Aku ke rumah bakal pengantin cik Cyn kita di Gombak. Sessi mengambil order bunga-bungaan. Tengah malam baru sampai rumah semula. Terus terlena sampai pagi. Letih siot..

So, right now aku tgh mengonlinekan diri pakai notebook baru la. Bau kedai lagi nih. Huhuhu... Terima kasih daun keladi diucapkan kepada kedua-dua juri hakim yang mengiringi keberangkatan beta ke Plaza LowYatt semalam dalam memberikan buah fikiran dan skill mengejas yang tinggi. Hahahaha.. lebiu all!!!! Muahhhhh!!!!