Wednesday, May 12, 2010

kotak



I'm in the mood menampal balik fwd email yg aku dapat. Walaupun kat hujung tak cakap pun suh fwd or panjangkan kpd orang lain... tapi tak pedulikkkk... nak tampal gak kat sini.. sila baca.
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka
mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka hanya membelanjakan RM0.35sen sahaja iaitu menggunakan sebatang PENSIL!
Kerana hanya ingin menulis di ruang angkasa.

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, sabun tercicir tak masuk dalam kotak ketika kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli kotak sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak menggunakan komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu. Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita:

Selalu lah mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan
jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
Huhuhuu... bagus kan? Masalah yang besar tak perlu di tangani dengan cara yang besar juga. Kita hanya perlu think out of the box dan capai penyelesaian mudah dengan cara yang murah. For me it's total victory ;-)

books i read

Tolongggg... sebenarnya aku ada tebiat yang tak berapa semenggah iaitu suka membeli novel walaupun dah tau dah mmg takdak masa nak baca. Sama juga dgn dvd atau dvd boxset. Suka beli.. then susunnnnnn atas para... baca atau tengok nya belum tentu lagi.. huhuhuhuhu...

So... sila lihat gambar di atas. Ini la projek terbaru aku. Takdak due date bila nak habis baca kesemuanya sekali. Dalam 6 buku tu... 1 je yg dah settle which is Cocktails for Three by Madeleine Wickham. Yang atas sekali Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid tu on the way. Tengah baca. Walaupun dia yg paling latest dibeli tapi dia yg aku baca dulu. Cinta kepada Sunan mengatasi omputeh yang lain. Hahahaha... dalam gelap pun aku rela kelek si Sunan nih.

Yang Empress Orchid tu aku beli kat Garage Sale anjuran ofis... disedekahkan oleh Pengarah Bahagian Korporat. Aku beli RM3 jer. Masuk duit tabung KMT. Yang lenlain tu mcm biasa la beli kat MPH atau Popular (tak ingat dah yg mana satu beli kat mana). Biasanya aku beli buku yg ada diskaun untuk members... huhuhu.. walaupun hanya murah beberapa ringgit... tapi tak pedulikkkk... janji aku dapat itu diskaun.. asyik cayanunalip je yg kiasu.. melayu pun kena belajar juga rebut sebanyak mungkin peluang untuk pengurangan pengeluaran duit daripada poket... walaupun satu sen!!

Eh... tetiba naik sawan pulak. Hahahaha...

Ni nak cerita apsal buku kan? Dah cerita dah.. dah tu nak cerita apa lagi? wakakakakaka... semuanya pun chicklit book. Aku kureng sket baca novel genre lain. Arwah mak aku dulu banyak buku genre mcm CSI tu. Hmmm patut la anak dia suka tengok CSI ek? Tapi nak membaca novel genre mcm tu kureng sket kecuali kalau RAM yang tulis aku relaaaaaaaa.... muahahaha.. lagi pun masa kecik2 dulu aku suka baca novel kanak-kanak penyiasatan tu.. RM1.90 je satu. Kumpul duit belanja sekolah untuk beli novel tu tiap2 minggu. Pinjam berdozen kat library tu jgn cakap la. Dah beso ni kita tuko selera la plak kan :D

Kalo dapat baring santai kat bawah pokok.. tepi pantai... sambil baca novel... sambil lelap... isk bestnya...

Tuesday, May 11, 2010

minum

Aku ni mmg sangat tak kuat minum air. Especially air masak, kosong, mineral dan sewaktu dgn nya. Typical malay kan... kecik2 dulu pi sekolah pun mak tapau air sirap... air sarsi.. air bandung... masuk sekolah menengah... langsung melenggang.. tak teringin pun nak bawak air.. rasa macam budak kecik jer.. hahahaha... tu la.. tak macam anak chayanunalip tu... sampai ke tua ni hah masih kelek botol air ke sana ke mari.

Aku ni pulak sudahnya sampai ke tua la aku asyik kekurangan air. Atau dalam erti kata lain.. jahil akan kepentingan air dalam badan. Kulit kering tu perkara biasa. Liat pulak tu nak sapu losyen ke ape.. tambah buruk bila tido on air-cond.. bertambah-tambah dehydrated. Tu pasal sekarang instead of whitening products.. aku kena tambah dgn clarins hydraquench untuk dehydrated skin. Padan muka kau!

Anyway.. aku baru dapat email ni tadi... hujung emel si penulis kata forward lah kepada orang lain juga. Tapi disebabkan aku sangat malas mengforward email.. tambahan pulak yg ada kata-kata ugutan kat hujungnya lagiiiiiii aku malas nak forward... maka aku buh kat sini aje lah ;-) bijak tak aku? bijak kannnnnn..

Email aku dapat ni berkenaan dengan waktu terbaik untuk minum. Semua orang pun dah tau kan kita kena minum air berliter-liter-liter setiap hari.. ada doktor yg cakap 1 liter, ada yg 3 liter dan ada juga yg cakap 5 liter. Aku ni nak habiskan sebotol kecik air mineral tu pun hazab. Malas pulak nak google berapa liter sebenarnya nak kena minum sbb aku tau takkan tercapai pun. Hahaha

Meh tengok kebaikkan minum air.. ooo patut la anak chayanunalip cerdik2 noooo...
Ok.. dah tu bila timing terbaek nak minum??
Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.

Two (02)
glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps
lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or
heart attack

Satu gelas ada berapa ml ek? Dalam 300ml mcm tu kan? Maknanya 300ml x 5 intakes = 1500 ml = 1.5 liter. Hmmmm... any comment?

update pembetulan
Korang tak perasan ke kiraan kat atas tu tak betul?
Rasanya kiraan yg betulnya gini takkkkk...

300ml x 2 intake (after waking up) = 600ml
300ml x 1 intake x 3 meals (breakfast, lunch, dinner) = 900ml
300ml x 1 intake x 2 baths (pagi & ptg) = 600ml
300ml x 1 intake (before sleep) = 300ml

So berapa total? 2400ml = 2.4liter..
wallaaaaaaaa... kalo minum sekaligus 2 botol besar air mineral tu ok ker?
Kiranya tak praktikal la pulak ek.. ontah... sapa pakar pemakanan angkat tangan!!!

Monday, May 10, 2010

patah

Akhirnya cermin mata ku patah jua...

Hari Sabtu lepas aku membusykan diri ke Seminar RX Basic. Memang basic gila2 untuk ahli baru mcm aku ni. Very interesting. Tapi aku malas la nak cerita banyak2. Better kalau create another blog cerita khas pasal tu sahaja (mcm la rajin sgt nak ada 2-3 blog... yg satu ni pun selalu bersawang.. hahaha). Kat sini aku cerita pasal aku, aku dan aku sahaja. Ok ke gitu???

Tengah syok2 dengan trainer kat depan bercakap.. tetiba kelekukkkkk!!!!!!

Selalunya bunyi gitu pasal cermin spek ni dah terkeluar daripada bingkai spek. Tapi pelik sket sbb hari tu dah di hantar ke kedai dan di gam gajahkan. Aku pun bukak la spek..

Ehhhhhh.... mana tangkai belah kiri? Wakakakaka dah tertinggal sangkut kat telinga dalam tudung. Check punya check... bukan patah dekat tempat skru.. tapi dkt area2 situ jugak la. Boleh settle kalau di gam gajahkan sahaja.

Aku pun terus la mengadu kat upline aku si Abang Wak. Dia pun tanya la kat staff HQ Worldwellness kalo depa ada gam gajah. Gam takdak... salotep ada!!!!!


Tadaaaaaaaaaaaa!!!! Cian spek aku cedera. Agak pening juga walaupun dah ber'bandage' sbb spec senget dan titik fokus pada spec tu dah lari. Balik rumah.... dengan segera mencari gam gajah atau gam UHU. Kalau jumpa yang kering keras pun takpe... akan ku usaha bg dia cair. Aku cuma nak guna sket jer... sangat sket sbb yg patah tu kecik jer.

Nak jadi cerita.. balik je daripada seminar tu... sesi mengemas rumah pulak bermula. Actually along menganjurkan kenduri doa selamat hari Sabtu lepas. Tapi disebabkan aku dah commit dgn seminar tu.. siap dah bayar.. takkan tak pergi? Along pun decide last minute dan tak bagitau aku dulu planning dia. Sudahnya aku tak attend kenduri di rumah sendiri. Takpe la.. aku tolong kemas pun tak pe.

Kemas punya kemas dalam pukul 11 baru settle. Along ajak pi hantar makanan ke rumah abang sepupu aku. Sampai jer kat rumah dia... dia ajak bersembang pulakkkkkkkkk... pukul 2 pagi dah pedas gila mata aku ni.. baru le balik. Hajat di hati nk pi 7evelen la nak beli gam gajah. Last2 strettttt je balik sbb dua-dua tak tahan mengantuk dah. So bilanya aku nak selongkar almari nak cari gam gajah tersebut?

Sudahnya.... esoknya baru mende alah ni di beli.


Now dah comel balik dah :D selamat duit aku yang tak berapa nak ada ni... takyah pi buat spec mata baru. Yahooo!!!

Friday, May 7, 2010

victory!!

I was not at my desk yesterday. Pi task force SDI kat WTS. The whole day lepak kat sana as urusetia yang tak terurus.. hahaha. Aku tak faham banyak pun daripada perbincangan depa. I'm a new officer.. impossible nk faham a very broad subject mcm SDI tu.

Anyway.. aku bukan nak cerita pasal keje daaaa.. ni nak cerita perkara yang berlaku selepas kerja smlm. Mulanya aku teragak gak nak ke Mid Valley bila tgk minyak kete tunggu masa nak menyala. Jenuh la kalau mati enjin tgh2 jalam jam sbb takdak minyak. Anyway.. gagah jugak ni.. Jalan Syed Putra dah start jem. So aku masuk mahameru dan masuk Jalan Bangsar. Eh mana semua kereta pergi? Oooo tgh beratur kat simpang Jalan Bangsar - Travers yg tengah duk renovate. Lepas tu clear. Eh ajaib sungguh. Aku ke Jalan Maarof dulu isi minyak. Lepas tu baru senang hati kan..

Macam biasa park kereta kat The Garden. Gagah sungguh aku nak keluar ke shopping complex selepas waktu kerja. Sebenarnya aku lebih suka straight balik rumah. Tapi memandangkan cleanser dgn toner mmg dah nak abis... dpt tahu pulak hari ni dgn semalam adalah J-Card Day di Jusco Mid v. Redah aje lah.

Tak pandang kiri kanan aku terus aje ke clarins counter. Sekali lagi ajaib sbb tak ramai orang di Jusco. Selalu tu kan gila-gila punya ramai orang time J-Card Day kan.. Rupanya semua store2 di Mid V pun ada buat sale...!!!! Dan nak lagi pelik bila aku HANYA menghabiskan duit sebanyak RM300. Wakakakakaka... ini adalah suatu KEMENANGAN untuk diri aku yang di kelilingi oleh sale sign di SELURUH Mid V!!!

Aku sampai rumah semalam dengan keadaan masih tak percaya dengan apa yang berlaku. I'm very proud of myself. Yehaaaaaaaaaaa!!! ;o)

Friday, April 30, 2010

ampang-shah alam-mid v-shah alam-ampang

Hari ni aku tak masuk ofis langsung. Agak bengong sedikit agenda untuk hari ni. Pagi lepas hantar Irfan gi sekolah aku terus ke Shah Alam via Kesas. Tak jammed langsung pun. Awal lagi untuk MRR2 kat Tasik Selatan start jammed. Since I'm not rushing.. aku drive dgn agak rilex. DJ radio pun sgt best hari ni.. banyak lagu best on air.

Sampai di Quality Hotel Shah Alam about 8.45am. Program teach in GP start pukul 9. Di urusetiakan oleh unit morfologi. Salah satu unit dalam RnD jugak. Sesi kali ni disasarkan kepada PBT. Teach in ni dipresent sendiri oleh pengarah.

Program dijadual tamat pukul 11.30am. Anyway before 11.30am dah selesai sbb program start on time ;-) aku bergegas ke Mid V sbb ada facial appointment with clarins. Lama gila rasanya aku tak ke Mid V sejak stop buat facial dgn clarins since my beautician si Eunice berhenti kerja dan buat freelance. Anyway aku suka dia buat freelance sbb dia dtg rumah buat facial. Takyah aku susah2 nak keluar. Hehehehe...

Aku ke clarins pun sbb nak redeem complimentary facial voucher white hp plus with sea lily yang aku dapat hari tu. Tarikh tamat voucher tu on 30th April which is today laaaa.. actually aku dah book tarikh 17th lepas. Tapi time tu kan aku baru baik demam. Takkan time lemah2 tu aku nak pi facial pulak kan.

Appointment pukul 12. Bergegas gegila. Bleh plak kemain banyak kete kat Federal Highway time aku nak cepat nehh. Sampai di kaunter clarins dah lewat 10 minit. Wendy gelakkan aku sbb kepenatan berkejar ke sana. Ampeh. The rule is.. facial adalah selama 45 minit. Pukul 12 sampai 12.45. Kalau ko lambat.. dia tolak masa yang ko lambat tu. Tinggal bape minit je ko dapat facial? Kan dah rugi disitu. Selama ni aku mmg tak pernah lambat. Tapi nak buat camne. 11.30 drpd Shah Alam... dah laju gila dah aku merempit tu. Anyway depa tak deduct pun masa 45 minit aku tu sbb ada ample time 15 minit. So aku habis ngam2 pukul 1.

Perut tak berapa nak lapar sbb dah terbiasa tak makan tgh hari. Tgh aku duk jalan nak keluar daripada Jusco tetiba terserempak dgn Sham. My ex-ATPNner. Aku takde la terkejut sangat sbb mmg dah tau dia skang dah pindah ke JKR kat Mid V ni. Tapi aku agak terkejut tgk dia pregnant lagi. Lol. Dah 7 mnths preggy rupanya. Tak tahu menahu pun. Tu la perangai kawan aku sorang ni. Sejak berboipren-berkahwin-bersalin anak sulung mmg kureng nak menghantar berita pada kawan2. Sedap juga la aku melaser 2-3 das. Huhuhhu. Banyak kali dia pesan kat aku supaya jemput dia ke majlis walimatulurus. Erk... majlis yang tak ketahuan bila akan berlangsung tu yang dia berharap nak datang. Hehehehe... no comment!!

Sembang punya sembang tgk jam dah pukul 2. Aku minta diri sbb nak ke Shah Alam semula. Ke hotel yang sama dan bilik seminar yang sama. Event je yang lain. Petang ni ada taklimat pengenalan kpd warga RnD berkenaan dgn peralihan MS ISO 9001:2000 kepada 9001:2008.

Since dah pernah buat mende alah ISO ni masa kat Cameron Highlands dulu... so tak berapa susah la untuk difahami. Anyway subjek ISO ni mmg bosan. Huhuhuhu... Program abis pukul 4.30pm. Minum2 sambil makan cekodok (ape benda seminar kat hotel dihidang cekodok??? cody btul hotel ni...) pukul 5 blah balik la. Ikut kesas sbb tak sanggup nak redah jammed kat federal highway. Huhhu..

Now dah pukul 10.30.. kat tv ada movie twillight. Ulangan untuk kali ke berapa puluh ntah.

ok... watammat laporan harian untuk hari ini... mata dah pedas. Sekarang ni mmg mengamalkan cara hidup sihat. No lunch. Replace with rxlite. Dinner before 7pm. Pukul 10-11pm dah ngantuk gegila. Tido 7 jam. Bangun pagi pukul 6. Good rest ;-) i loike!!!

Ooooo nnti aku cerita pasal cara hidup sihat ni dgn lebih pjg lebar ek. Bila2 ada mood lah. Hehehehe...

Ciao e baci.

Wednesday, April 28, 2010

Aqil's update

Yey... Aqil dah keluar wad semalam. Tapi tak sempat pun jumpa dia. Semalam aku balik kerja dia dah lena dalam buaian. Pagi tadi aku pi keje dia blom bangun lagik. Rindu kat Aqil gigi sebatang... wakakakakak..

Pagi ni aku berjaya deligate keje pasal penyediaan buku cenderamata APC yang ditugaskan kepada RnD. Rupanya pegawai yang attend meeting yang akan handle penyediaan buku tersebut. Walaupun aku tak reti tapi takpe... kita belajarrrrrr. So aku deligate kerja2 penyediaan tersebut kepada kak zah, mek ha dan ezwan. Depa mmg tiap tahun terlibat utk buat buku cenderamata tersebut. Majlis APC tahun ni dijadualkan pada 27 Mei depan. So design buku tersebut mesti disiapkan hari Jumaat minggu depan. InsyaAllah... Malaysia Boleh!!!

Pagi ni juga aku berjaya mendapatkan tempat di seminar Rxbasic. Haaaa jgn tak tau bahawa aku sekarang dah join Meniaga Larut Malam!! Hahahaha... byk benda blh cerita pasal minat terbaru nih.. cuma aku blom bersedia nak cerita dgn korang. Tunggu aje la bila aku dah confident nak tepek gambo terbaru ;-) buat bakar semangat.