Monday, May 17, 2010

apebendantah

Hari Jumaat lepas tetiba aku naik angin dengan big boss. Mula-mula... aku telah dilantik untuk menguruskan penyediaan buku cenderamata untuk APC secara paksarela. Fine! Berkhidmat untuk negara la katakan. Walaupun aku tak faham apa-apa pun proses menyediakan satu-satu buku tersebut. Blur sungguh la ni namanya. Unprepared and unaware ape benda yg telah di buat, sedang dibuat dan telah dibuat.

Daripada pengalaman senior staff kat sini takde banyak masalah. Design buku bagi aje kat syarikat cetak. Depa ada designer sendiri. Kita bagi konsep je.

So fine. Aku delegate pada senior staff yg biasa buat. Tup2... huru hara jadinya. Top management tak suka dgn cover yg designer buat. Padahal masa aku buat survey pada semua staff.. depa kata cantik. Naik maigraine aku dibuatnya. Dengan designer sekali naik mengamok. Ape lagi yg tak kena??

Sudahnya hari Sabtu aku 'keje overtime yang tak berbayar' and pergi ke ofis designer kat Sg.Buloh. Aku terangkan balik konsep mcm mana yg depa patut buat. Aku pun melangut la berdiri belakang designer tersebut tengok depa buat keje. Eh... dalam masa 2 jam dah boleh siap 4 alternatif. Boleh je siap. Yang bising2 membentak-bentak kat aku 'tak boleh buat' tu pasal apa? Hantu betul lah..

Pukul 12 aku blah... tatau nak pi mana. Sudahnya aku singgah ke MBO Galaxy Ampang. Nama je dekat dengan rumah.. tapi tak pernah pegi pun. Hangin punya pasal... aku pun singgah. Terus beli tiket tengok Ironman2. Haaaaaa... saya sangat sukaaaaaaaaaaaaaa sbb free parking dan sangat tak ramai orang. Wakakakaka....

Petang pun boleh berehat dgn aman. Siap bawak budak2 pi main basikal kat playground.

Esoknya... aku sibuk mengemas rumah. Ntah kena penyakit apa... rambut berguguran merata2. Sakit hati nak menyapu... last2 aku vacuum je semua. Tuko cadar, tuko langsir, dobi baju dan segala mcm lg lah. Keje itu sahaja dah sampai ke petang. Hahaha..

Bila anda susah hati... pergi lah menonton wayang sorang2..
Bila anda susah hati... kemas lah bilik anda..
Bila anda susah hati... get a good resttttt...!!!!

Friday, May 14, 2010

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

This entry is dedicated to everyone who didn't read yahoo! news article provided by ConsumerReports.org

I believe at this moment everyone had account in facebook. So, you should read the full article here and respond accordingly.

7 things to stop doing on facebook are :-
  1. Using a Weak Password
  2. Leaving Your Full Birth Date in Your Profile
  3. Overlooking Useful Privacy Controls
  4. Posting Your Child's Name in a Caption
  5. Mentioning That You'll Be Away From Home
  6. Letting Search Engines Find You
  7. Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised
Hmmm.. lemme check.
  • Done! Instead of using alphanumeric technic you should mix your password with upper and lower chase letter at least 8 acsara. Change your password okay.
  • Done! I already change my full birthday date.
  • Nope! The other way to do it is... don't post anything personal on any social website.
  • I don't have child (yet).
  • Done!
  • Nope! Why not? Let them find you. Just limit your personal info online.
  • Again. I don't have children to supervise.
Brava! Can I considered that I'm respond correctly? Hahaha.. in certain cases 'kepala batu' tu tetap ada. Pape jadi ko tanggung la sendiri ye. Tanggungjawab aku to share with others dah lepas. How about yours?

Wednesday, May 12, 2010

kotak



I'm in the mood menampal balik fwd email yg aku dapat. Walaupun kat hujung tak cakap pun suh fwd or panjangkan kpd orang lain... tapi tak pedulikkkk... nak tampal gak kat sini.. sila baca.
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka
mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka hanya membelanjakan RM0.35sen sahaja iaitu menggunakan sebatang PENSIL!
Kerana hanya ingin menulis di ruang angkasa.

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, sabun tercicir tak masuk dalam kotak ketika kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli kotak sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak menggunakan komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu. Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita:

Selalu lah mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan
jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
Huhuhuu... bagus kan? Masalah yang besar tak perlu di tangani dengan cara yang besar juga. Kita hanya perlu think out of the box dan capai penyelesaian mudah dengan cara yang murah. For me it's total victory ;-)

books i read

Tolongggg... sebenarnya aku ada tebiat yang tak berapa semenggah iaitu suka membeli novel walaupun dah tau dah mmg takdak masa nak baca. Sama juga dgn dvd atau dvd boxset. Suka beli.. then susunnnnnn atas para... baca atau tengok nya belum tentu lagi.. huhuhuhuhu...

So... sila lihat gambar di atas. Ini la projek terbaru aku. Takdak due date bila nak habis baca kesemuanya sekali. Dalam 6 buku tu... 1 je yg dah settle which is Cocktails for Three by Madeleine Wickham. Yang atas sekali Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid tu on the way. Tengah baca. Walaupun dia yg paling latest dibeli tapi dia yg aku baca dulu. Cinta kepada Sunan mengatasi omputeh yang lain. Hahahaha... dalam gelap pun aku rela kelek si Sunan nih.

Yang Empress Orchid tu aku beli kat Garage Sale anjuran ofis... disedekahkan oleh Pengarah Bahagian Korporat. Aku beli RM3 jer. Masuk duit tabung KMT. Yang lenlain tu mcm biasa la beli kat MPH atau Popular (tak ingat dah yg mana satu beli kat mana). Biasanya aku beli buku yg ada diskaun untuk members... huhuhu.. walaupun hanya murah beberapa ringgit... tapi tak pedulikkkk... janji aku dapat itu diskaun.. asyik cayanunalip je yg kiasu.. melayu pun kena belajar juga rebut sebanyak mungkin peluang untuk pengurangan pengeluaran duit daripada poket... walaupun satu sen!!

Eh... tetiba naik sawan pulak. Hahahaha...

Ni nak cerita apsal buku kan? Dah cerita dah.. dah tu nak cerita apa lagi? wakakakakaka... semuanya pun chicklit book. Aku kureng sket baca novel genre lain. Arwah mak aku dulu banyak buku genre mcm CSI tu. Hmmm patut la anak dia suka tengok CSI ek? Tapi nak membaca novel genre mcm tu kureng sket kecuali kalau RAM yang tulis aku relaaaaaaaa.... muahahaha.. lagi pun masa kecik2 dulu aku suka baca novel kanak-kanak penyiasatan tu.. RM1.90 je satu. Kumpul duit belanja sekolah untuk beli novel tu tiap2 minggu. Pinjam berdozen kat library tu jgn cakap la. Dah beso ni kita tuko selera la plak kan :D

Kalo dapat baring santai kat bawah pokok.. tepi pantai... sambil baca novel... sambil lelap... isk bestnya...

Tuesday, May 11, 2010

minum

Aku ni mmg sangat tak kuat minum air. Especially air masak, kosong, mineral dan sewaktu dgn nya. Typical malay kan... kecik2 dulu pi sekolah pun mak tapau air sirap... air sarsi.. air bandung... masuk sekolah menengah... langsung melenggang.. tak teringin pun nak bawak air.. rasa macam budak kecik jer.. hahahaha... tu la.. tak macam anak chayanunalip tu... sampai ke tua ni hah masih kelek botol air ke sana ke mari.

Aku ni pulak sudahnya sampai ke tua la aku asyik kekurangan air. Atau dalam erti kata lain.. jahil akan kepentingan air dalam badan. Kulit kering tu perkara biasa. Liat pulak tu nak sapu losyen ke ape.. tambah buruk bila tido on air-cond.. bertambah-tambah dehydrated. Tu pasal sekarang instead of whitening products.. aku kena tambah dgn clarins hydraquench untuk dehydrated skin. Padan muka kau!

Anyway.. aku baru dapat email ni tadi... hujung emel si penulis kata forward lah kepada orang lain juga. Tapi disebabkan aku sangat malas mengforward email.. tambahan pulak yg ada kata-kata ugutan kat hujungnya lagiiiiiii aku malas nak forward... maka aku buh kat sini aje lah ;-) bijak tak aku? bijak kannnnnn..

Email aku dapat ni berkenaan dengan waktu terbaik untuk minum. Semua orang pun dah tau kan kita kena minum air berliter-liter-liter setiap hari.. ada doktor yg cakap 1 liter, ada yg 3 liter dan ada juga yg cakap 5 liter. Aku ni nak habiskan sebotol kecik air mineral tu pun hazab. Malas pulak nak google berapa liter sebenarnya nak kena minum sbb aku tau takkan tercapai pun. Hahaha

Meh tengok kebaikkan minum air.. ooo patut la anak chayanunalip cerdik2 noooo...
Ok.. dah tu bila timing terbaek nak minum??
Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.

Two (02)
glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps
lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or
heart attack

Satu gelas ada berapa ml ek? Dalam 300ml mcm tu kan? Maknanya 300ml x 5 intakes = 1500 ml = 1.5 liter. Hmmmm... any comment?

update pembetulan
Korang tak perasan ke kiraan kat atas tu tak betul?
Rasanya kiraan yg betulnya gini takkkkk...

300ml x 2 intake (after waking up) = 600ml
300ml x 1 intake x 3 meals (breakfast, lunch, dinner) = 900ml
300ml x 1 intake x 2 baths (pagi & ptg) = 600ml
300ml x 1 intake (before sleep) = 300ml

So berapa total? 2400ml = 2.4liter..
wallaaaaaaaa... kalo minum sekaligus 2 botol besar air mineral tu ok ker?
Kiranya tak praktikal la pulak ek.. ontah... sapa pakar pemakanan angkat tangan!!!

Monday, May 10, 2010

patah

Akhirnya cermin mata ku patah jua...

Hari Sabtu lepas aku membusykan diri ke Seminar RX Basic. Memang basic gila2 untuk ahli baru mcm aku ni. Very interesting. Tapi aku malas la nak cerita banyak2. Better kalau create another blog cerita khas pasal tu sahaja (mcm la rajin sgt nak ada 2-3 blog... yg satu ni pun selalu bersawang.. hahaha). Kat sini aku cerita pasal aku, aku dan aku sahaja. Ok ke gitu???

Tengah syok2 dengan trainer kat depan bercakap.. tetiba kelekukkkkk!!!!!!

Selalunya bunyi gitu pasal cermin spek ni dah terkeluar daripada bingkai spek. Tapi pelik sket sbb hari tu dah di hantar ke kedai dan di gam gajahkan. Aku pun bukak la spek..

Ehhhhhh.... mana tangkai belah kiri? Wakakakaka dah tertinggal sangkut kat telinga dalam tudung. Check punya check... bukan patah dekat tempat skru.. tapi dkt area2 situ jugak la. Boleh settle kalau di gam gajahkan sahaja.

Aku pun terus la mengadu kat upline aku si Abang Wak. Dia pun tanya la kat staff HQ Worldwellness kalo depa ada gam gajah. Gam takdak... salotep ada!!!!!


Tadaaaaaaaaaaaa!!!! Cian spek aku cedera. Agak pening juga walaupun dah ber'bandage' sbb spec senget dan titik fokus pada spec tu dah lari. Balik rumah.... dengan segera mencari gam gajah atau gam UHU. Kalau jumpa yang kering keras pun takpe... akan ku usaha bg dia cair. Aku cuma nak guna sket jer... sangat sket sbb yg patah tu kecik jer.

Nak jadi cerita.. balik je daripada seminar tu... sesi mengemas rumah pulak bermula. Actually along menganjurkan kenduri doa selamat hari Sabtu lepas. Tapi disebabkan aku dah commit dgn seminar tu.. siap dah bayar.. takkan tak pergi? Along pun decide last minute dan tak bagitau aku dulu planning dia. Sudahnya aku tak attend kenduri di rumah sendiri. Takpe la.. aku tolong kemas pun tak pe.

Kemas punya kemas dalam pukul 11 baru settle. Along ajak pi hantar makanan ke rumah abang sepupu aku. Sampai jer kat rumah dia... dia ajak bersembang pulakkkkkkkkk... pukul 2 pagi dah pedas gila mata aku ni.. baru le balik. Hajat di hati nk pi 7evelen la nak beli gam gajah. Last2 strettttt je balik sbb dua-dua tak tahan mengantuk dah. So bilanya aku nak selongkar almari nak cari gam gajah tersebut?

Sudahnya.... esoknya baru mende alah ni di beli.


Now dah comel balik dah :D selamat duit aku yang tak berapa nak ada ni... takyah pi buat spec mata baru. Yahooo!!!

Friday, May 7, 2010

victory!!

I was not at my desk yesterday. Pi task force SDI kat WTS. The whole day lepak kat sana as urusetia yang tak terurus.. hahaha. Aku tak faham banyak pun daripada perbincangan depa. I'm a new officer.. impossible nk faham a very broad subject mcm SDI tu.

Anyway.. aku bukan nak cerita pasal keje daaaa.. ni nak cerita perkara yang berlaku selepas kerja smlm. Mulanya aku teragak gak nak ke Mid Valley bila tgk minyak kete tunggu masa nak menyala. Jenuh la kalau mati enjin tgh2 jalam jam sbb takdak minyak. Anyway.. gagah jugak ni.. Jalan Syed Putra dah start jem. So aku masuk mahameru dan masuk Jalan Bangsar. Eh mana semua kereta pergi? Oooo tgh beratur kat simpang Jalan Bangsar - Travers yg tengah duk renovate. Lepas tu clear. Eh ajaib sungguh. Aku ke Jalan Maarof dulu isi minyak. Lepas tu baru senang hati kan..

Macam biasa park kereta kat The Garden. Gagah sungguh aku nak keluar ke shopping complex selepas waktu kerja. Sebenarnya aku lebih suka straight balik rumah. Tapi memandangkan cleanser dgn toner mmg dah nak abis... dpt tahu pulak hari ni dgn semalam adalah J-Card Day di Jusco Mid v. Redah aje lah.

Tak pandang kiri kanan aku terus aje ke clarins counter. Sekali lagi ajaib sbb tak ramai orang di Jusco. Selalu tu kan gila-gila punya ramai orang time J-Card Day kan.. Rupanya semua store2 di Mid V pun ada buat sale...!!!! Dan nak lagi pelik bila aku HANYA menghabiskan duit sebanyak RM300. Wakakakakaka... ini adalah suatu KEMENANGAN untuk diri aku yang di kelilingi oleh sale sign di SELURUH Mid V!!!

Aku sampai rumah semalam dengan keadaan masih tak percaya dengan apa yang berlaku. I'm very proud of myself. Yehaaaaaaaaaaa!!! ;o)