Sunday, October 17, 2010

igem

Hari ni aku duty kat booth department kt igem conference. This is my first time joining in kerja-kerja sosial to expose and raising public awareness of my department. I'm not surprise that not many people recognise town planning department. Kalau sebut DBKL, majlis perbandaran, majlis daerah... satu negara pun tau. To whom may not know that local government or local authority were standing at 3rd level of government hierarchy under town and country planning act 1976. Ape ke he nye aku cakap omputeh neh? Oooo sbb td seharian duk terbelit lidah bersembang dgn public yg singgah di booth asking question about our presentation material or our department function in general.

Tapi... what is igem? igem is an akronim for international greentech & eco products exhibition and conference malaysia. Feedback from the public and the exhibitor also recognised this 1st time ever exhibition in Malaysia is successful and achieve the goal. Over 80 booths related to green tech and eco product proudly standing at 5 kuala lumpur convention centre exhibition halls. You can find out more here.

Anyway... what's up town planning department with greentech? Ahaaaa.. tricky question ^_^ sbenonya aku pun tak brape paham. Wakakaakakak.. kepada sesapa yg singgah kat booth kitorang tu mintak mahap la ye. Aku ayat baek punya.. korang pun angguk2 macam paham... hahahaha.. nasib korang lah :)

Aku kejenya duk ngutip free pen and beg. Hahaha.. Meh tengok gambo booth kitorang..
tadaaa...
ni saja gatai amik visitor pass sbb ada tulis nama...
exhibitor pass tadak nama.. ada tulis nama department je..

Monday, October 11, 2010

Iena's Wedding

Hehehe.. remember what happened in the year 2006?

We (errr... read as me and WanJay having fun attending various wedding ceremony). At that year, ramai sungguh kenalan yang bernikah :) so this year similar scenarios happened again.. yayy!! (atau aku ni mmg suka pi kenduri kawen? muahahaha..)

So last sunday.. a day before the magic day ten.ten.ten.. dengan gagah berani membelah lebuhraya menuju ke Kuantan. Eleh dekat je pun. Budget 2 jam lebih sket baru sampai sbb takmo speeding (mak letih bayar saman nok..) tetiba sejam sengah dah keluar exit Gambang. Hmmm... magic ke?? *__*

Lantaklah. Janji selamat sampai ke destinasi.

Anyway, nak kena introduce sket.. Iena is my ex-housemate semasa di Cameron Highlands dulu. Ala yang suka masak sedap2 utk aku tu. Haaa igt dah? Anyway.. she's still work and living there. Haish.. jealous. Even I'm grateful that I'm no longer had to stay dkt tempat jin bertendang tu.. but I have to admit that kadang-kadang rindu gak kat suasana calm dan sejuk di Cameron Highlands. Huhuhu you might want to argue on the sejuk part.. but try to live there more than 3 days on the off peak season.. then we talk okeyyyy!!!

Eh teremosi plak disitu. Ok sambung cerita pasal pengantin. Sangat teruja nak pi pasal apa hang tau? Sbb dulu bercinta mcm nk rak dgn mamat A... tiba jemputan mai nk menikah dgn mamat B. Bukankah itu telah mendatangkan persoalan bertubi2 dalam kepala hutak ku ineh.
Apa jadi dgn mamat A? Bila clash? Kenapa clash? Mana kenal mamat B? Bila mamat B masuk minang? Bila bertunang? Mamat B keje mana? Mamat B orang mana? Hantaran berapa? Honeymoon kat mana? Mak datukkkk.... Super penyibuk punya manusia. Hahaha.. takyah la korang nk komen banyak2 sbb pengantin senyum je jawab semua persoalan. Bwek!!!!
Eleh cakap banyak la murai ni. Gambar mana gambar? Erkk... kang aku tepek. Sabar je la cik adik manis.

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Hari Raya

Semalam.

Ada Majlis Jamuan Hari Raya bersama Menteri.
Bertugas sebagai usherer atau orang melayu kata.. penyambut tetamu..
Ada macam kenduri kawin pun ada gak.
Pagi2 dah kecoh pasal protokol orang kenamaan.
Pening jugak dibuatnya bila ramai sangat bos yang tere2 pasal protokol nih.
Layan kan je la ek.

Meh tengok gambar.
Sedut dari facebook Hana :)
Khemah bertema Oren + Putih

Which one is cik-zura? ;)

Dato KP menyambut ketibaan Dato Wira Menteri

Ketibaan anak-anak yatim
Penyambut tetamu
Merah join team Oren
Hehehe.... Makanan tak sempat nak snap semua sebab sibuk makan.
Alhamdulillah... sedap-sedap semua.
Menu
Satey ~ Laksa Johor ~ Nasi Dagang ~ Pasembor ~ Cendol ~ Ketupat ~ Lemang ~ Rendang ~ Buah-buahan Tempatan ~ Air Oren

Thursday, September 30, 2010

Manikam Kalbu - update

Uik!!!

Order 28/9
Payment 28/9
Post 28/9
Receive 29/9

Bravo!!!!!!
Superb service!!!

Reading starts immediately..
Stops at page 25.
Attend Majlis Ziarah Hari Raya.
Today is second day of the Majlis and visit 5 more houses.
Including "his".
Wondering why "he" still looks yummy.
Istighfar since "he" is no more available.
Enjoy meet up the neighbours.
Uncle Rahman makes everybody confuse.
Suara kemain kuat tapi tersalah barisan selawat.
Repeat the selawat beramai2.
He shows slumber face until the the end of selawat.
Enjoy the food at 5th house.
We manage to "collect" 12 variety air kotak.
Back at home by 11.30pm.
Raining out site.
Counting the sheep.
Continue reading tomorrow.

^_^


Sebagai penghargaan kepada marveles service oleh ujanailmu..
Maka dilinkkan beliau di blog ini.
Sharing is caring.

Monday, September 27, 2010

Manikam Kalbu

Kat luar kemain lebat hujan mencurah-curah. Kepala dah tepu tak tau nak tulis apa lagi kat report nih. Kete plak parking kemain jauh kat bawah pokok ceri. Payung spare plak terlupa nak bawak keluar dari kereta lps pakai hari tu.

Lepak la kat ofis dulu sementara tunggu teduh. Baik aku surfing apa-apa yang patut daripada mengejar traffic jam di Loke Yew sana. Hmm.. blog hopping sudah.. mengorek harta karun di facebook pun sudah.. energy sudah kehabisan. Sejak kebelakangan ni aku naik bosan dgn farmville dan cafeworld di facebook. Dan mafiawars jugak. Habis ku reject semua game request dari game2 berkenaan. Yang asyik merequest tapi liat membalas budi pun direject jua. Hahaha... padan muka korang semua.

Dalam pada duk ralit belek game di facebook. Rupa-rupanya aku sempat shopping novel online. Dimasa-masa bosan menunggu teduh ni aku jengah blog inchek Faisal Tehrani. Tiba-tiba terbeli novel Manikam Kalbu di www.ujanailmu.com.my

Dah lama daku mencari. Asyik out of stock di MPH Mid Valley. Hanya itu kedai buku yang mudah dikunjungi. Yang lenlain aku nda kuasa nak pergi. Hajat itu ada tetapi kudrat kata tidak mengapa. Sudahnya ku beli online aje. Katanya dalam beberapa hari akan sampai lah ke rumah.

Hajat dihati juga sedang mencari sebuah lagi novel, tapi tak ketahuan tajuknya. Dulu masa lepas SPM aku suka pergi Perpustakaan Negara untuk pinjam novel. Suka baca tapi tak ingat tajuk dan author. Jalan cerita sahaja yg aku ingat sampai sekarang. Sangat teruja sekiranya dapat baca semula novel2 tersebut. Owh.. kalau tak salah... salah satu novel tersebut bertajuk Ngayau. Ada aku jumpa tadi masa lalu-lalang di google.

Cerita pasal novel. Genre bagaimana yang korang suka? Novel melayu atau english? Hmmm aku pastinya lebih membaca novel melayu. English ni tak berapa pandai lah. Sekarang-sekarang saja baru terbuka pintu hati. Ajaibnya faham pula jalan cerita. Siap ketawa-ketawa dan cakap-cakap seorangan mcm org gila. Owh.. korang semua pasti dah biasa dgn sindrom begini. Atau mungkin korang juga sama mcm aku agaknya.

Aku suka novel atau movie yang happy-happy. Yang berbentuk hikayat, epic atau biography pun ok juga. Sebenarnya aku minat sejarah dan archeology. Apa-apa lah yang boleh menambah pengetahuan yang cetek. Discovery channel? National geographic? Owh... itu mesti. Lebih mudah daripada membaca. Hahaha.. dasar pemalas.

Eh.. aku mau cerita apa sebenarnya? Oooo... Manikam Kalbu yang dicari-cari akhirnya ketemu jua. Tak sabar nak tunggu dia menjelma di tangan abang posmen :)

Sabar. Sabar itu indah... kan?

Hujan dah teduh. Jom kita redah banjir kilat... yey!!!!

Monday, September 20, 2010

GG's Wed



Selamat Pengantin Baru
to my cousin :)

.
.
.
.
.

I like this photo the most. Comel betul dua-dua.


.
.
.
.
.

note: 
More photo @ my fb.

Aidilfitri 1431H


Raya kan sebulan kan? kan? kan?
Still in mood raya kan? kan? kan?
Blom lambat nak wish SELAMAT HARI RAYA!!!! kan? kan? kan?
MAAF ZAHIR BATIN

:)