Monday, October 18, 2010

missed out

Lately ada 3 events yang aku terlepas dan takde kesempatan nak pi. Ketiga-tiga event ni bertindih dengan program lain :( kes wrong timing la ni. Sedih sbb tahun depan blom tentu ada lagi program yang sama. Si Danish mungkin masuk pra-sekolah tahun depan. No more tadika. Nak tunggu Aqil masuk tadika... lambatttt lagi. Pink Shopping Nite tu insyaAllah ada lagi kot tahun depan. Tanam pokok bakau... wallahu a'lam. Hmm...  takpe lah... jom tengok aktiviti yang diriaukan sangat tu.

09.10.10 - Hari konsert tadika si Danish. 
Berbulan si Danish paksa aku tengok dia praktis menari kat rumah. Hahaha... budak-budak.. layankan aje. Kadang2 nak alih perhatian dia... aku suh dia show off his steps. Mamat tu pun naik syiok lah bila kita show interest at his talents kan. Dia dancing lagu portugese called jingli nona. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Role perempuan dgn lelaki semua dia take over. Hahaha.. so cuteeee...

tak percaya? meh tengok ni... ;)
hensem tak saya? - Danish
kecik no.. tak tau mana satu.. haha
On the same date aku pi kuantan to attent Iena's wedding. Sampai KL pun dah malam. Aku taktau kat mana dorang buat konsert ni. Kalo idak bleh la aku pi tengok konsert tadika pakai baju labuci lip lap lip lap. Ahaks!!

12.10.10 - Pink Shopping Nite @ Mid Valley. 
This second event yang aku terlepas ialah acara kesukaan wanita seantero dunia.... membeli-belah!!!! Tiap2 bulan wajib beli 3 magazines; cosmopolitan, intrend dan Eh!.... ehehehe basically about women and fashion. Biasa la... kita kan mmg suka tengok orang yg cantik2 sambil perasan cantik. Oppss!!

Dah simpan hajat nak pi... tapi terlupa on 12th tu aku dah berada di port dickson to attent meeting RSJ. Duduk kat Ancasa Allsuite Resort and Spa. Semua orang duk puji2 tempat tu. Cantik la. Makan sedap la. Bilik besar ya amat lah. Swimming pool best lah. Karaoke best lah. Suara aku sedap lah. Eh..?? Yang tu kita cerita di lain entry ok ^_^

Ok.. back to Pink Shopping Night yang aku terlepas tu... actually the event aim for raising funds for the breast cancer welfare association. Sapa2 yang baca magazine Harper's BAZAAR, Malaysian Women Weekly, CLEO or Cosmopolitan Oktober issue akan dapat 1 Pink Shopping Card. Then guna the card to shop at participant retailer and get up to 50% discount. Huwargh.. tempting gila. Siap dah aim nak pi 'menyumbang' kan emolumen kat Bonita. Tapi...... itu lah. Aku kena pi buat keje. Hehehe... It's ok. Harap tahun depan depa buat la lagi program mcm ni. Kena pergi jugak. Noktah.

15.10.10 - PERSADA's activity @ Kuala Selangor.
Program pemuliharaan alam semulajadi - tanam pokok bakau. Teringin gila nak pergi!!!! 3 minggu lepas lagi si Nina dah ajak join sekali. Meh tengok tentatif program.


Tapi bulan oktober bulan bahasa kebangsaan ni penuh dengan program keje. 12-14 aritu aku outstation ke Seremban utk meeting RSJ. Bos pening kepala mikir skt utk tahun depan, dengan kitorang2 sekali ikut pening. Bos awal2 dah warning 15hb tu jangan bercuti :( dah tu camno? 15 petang dah start program. Uwaaaa...

One activity really caught my eyes was pi tengok kelip-kelip kat Kg.Kuantan. I've been there before masa kat uni dulu. Tak ingat tahun brapa.. tahun 2001 agaknya. Punya la lamaaaaaa..!! Tshirt gambo kelip2 seko tu pun dah lama masuk muzium. Sebbaik dapat diselamatkan daripada jadi kain buruk lap pinggan kat dapur. Huhu.. Anyway.. mmg aku looking forward to revisited Kg.Kuantan dan Taman Negara. Both aku pi masa kat univ. Compulsory program to get degree. Hahaha.. tapi kalau tak buat camtu ntah bila masa pulak aku nak sampai. Nak tengok gajah kat Kuala Gandah tu pun tak tau bila :( padahal bukannya jauh kena turun naik kapal terbang pun. sigh...... takpe lah.. yang penting niat.. ^_^ perginya blom tentu..

Sunday, October 17, 2010

igem

Hari ni aku duty kat booth department kt igem conference. This is my first time joining in kerja-kerja sosial to expose and raising public awareness of my department. I'm not surprise that not many people recognise town planning department. Kalau sebut DBKL, majlis perbandaran, majlis daerah... satu negara pun tau. To whom may not know that local government or local authority were standing at 3rd level of government hierarchy under town and country planning act 1976. Ape ke he nye aku cakap omputeh neh? Oooo sbb td seharian duk terbelit lidah bersembang dgn public yg singgah di booth asking question about our presentation material or our department function in general.

Tapi... what is igem? igem is an akronim for international greentech & eco products exhibition and conference malaysia. Feedback from the public and the exhibitor also recognised this 1st time ever exhibition in Malaysia is successful and achieve the goal. Over 80 booths related to green tech and eco product proudly standing at 5 kuala lumpur convention centre exhibition halls. You can find out more here.

Anyway... what's up town planning department with greentech? Ahaaaa.. tricky question ^_^ sbenonya aku pun tak brape paham. Wakakaakakak.. kepada sesapa yg singgah kat booth kitorang tu mintak mahap la ye. Aku ayat baek punya.. korang pun angguk2 macam paham... hahahaha.. nasib korang lah :)

Aku kejenya duk ngutip free pen and beg. Hahaha.. Meh tengok gambo booth kitorang..
tadaaa...
ni saja gatai amik visitor pass sbb ada tulis nama...
exhibitor pass tadak nama.. ada tulis nama department je..

Monday, October 11, 2010

Iena's Wedding

Hehehe.. remember what happened in the year 2006?

We (errr... read as me and WanJay having fun attending various wedding ceremony). At that year, ramai sungguh kenalan yang bernikah :) so this year similar scenarios happened again.. yayy!! (atau aku ni mmg suka pi kenduri kawen? muahahaha..)

So last sunday.. a day before the magic day ten.ten.ten.. dengan gagah berani membelah lebuhraya menuju ke Kuantan. Eleh dekat je pun. Budget 2 jam lebih sket baru sampai sbb takmo speeding (mak letih bayar saman nok..) tetiba sejam sengah dah keluar exit Gambang. Hmmm... magic ke?? *__*

Lantaklah. Janji selamat sampai ke destinasi.

Anyway, nak kena introduce sket.. Iena is my ex-housemate semasa di Cameron Highlands dulu. Ala yang suka masak sedap2 utk aku tu. Haaa igt dah? Anyway.. she's still work and living there. Haish.. jealous. Even I'm grateful that I'm no longer had to stay dkt tempat jin bertendang tu.. but I have to admit that kadang-kadang rindu gak kat suasana calm dan sejuk di Cameron Highlands. Huhuhu you might want to argue on the sejuk part.. but try to live there more than 3 days on the off peak season.. then we talk okeyyyy!!!

Eh teremosi plak disitu. Ok sambung cerita pasal pengantin. Sangat teruja nak pi pasal apa hang tau? Sbb dulu bercinta mcm nk rak dgn mamat A... tiba jemputan mai nk menikah dgn mamat B. Bukankah itu telah mendatangkan persoalan bertubi2 dalam kepala hutak ku ineh.
Apa jadi dgn mamat A? Bila clash? Kenapa clash? Mana kenal mamat B? Bila mamat B masuk minang? Bila bertunang? Mamat B keje mana? Mamat B orang mana? Hantaran berapa? Honeymoon kat mana? Mak datukkkk.... Super penyibuk punya manusia. Hahaha.. takyah la korang nk komen banyak2 sbb pengantin senyum je jawab semua persoalan. Bwek!!!!
Eleh cakap banyak la murai ni. Gambar mana gambar? Erkk... kang aku tepek. Sabar je la cik adik manis.

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Hari Raya

Semalam.

Ada Majlis Jamuan Hari Raya bersama Menteri.
Bertugas sebagai usherer atau orang melayu kata.. penyambut tetamu..
Ada macam kenduri kawin pun ada gak.
Pagi2 dah kecoh pasal protokol orang kenamaan.
Pening jugak dibuatnya bila ramai sangat bos yang tere2 pasal protokol nih.
Layan kan je la ek.

Meh tengok gambar.
Sedut dari facebook Hana :)
Khemah bertema Oren + Putih

Which one is cik-zura? ;)

Dato KP menyambut ketibaan Dato Wira Menteri

Ketibaan anak-anak yatim
Penyambut tetamu
Merah join team Oren
Hehehe.... Makanan tak sempat nak snap semua sebab sibuk makan.
Alhamdulillah... sedap-sedap semua.
Menu
Satey ~ Laksa Johor ~ Nasi Dagang ~ Pasembor ~ Cendol ~ Ketupat ~ Lemang ~ Rendang ~ Buah-buahan Tempatan ~ Air Oren

Thursday, September 30, 2010

Manikam Kalbu - update

Uik!!!

Order 28/9
Payment 28/9
Post 28/9
Receive 29/9

Bravo!!!!!!
Superb service!!!

Reading starts immediately..
Stops at page 25.
Attend Majlis Ziarah Hari Raya.
Today is second day of the Majlis and visit 5 more houses.
Including "his".
Wondering why "he" still looks yummy.
Istighfar since "he" is no more available.
Enjoy meet up the neighbours.
Uncle Rahman makes everybody confuse.
Suara kemain kuat tapi tersalah barisan selawat.
Repeat the selawat beramai2.
He shows slumber face until the the end of selawat.
Enjoy the food at 5th house.
We manage to "collect" 12 variety air kotak.
Back at home by 11.30pm.
Raining out site.
Counting the sheep.
Continue reading tomorrow.

^_^


Sebagai penghargaan kepada marveles service oleh ujanailmu..
Maka dilinkkan beliau di blog ini.
Sharing is caring.

Monday, September 27, 2010

Manikam Kalbu

Kat luar kemain lebat hujan mencurah-curah. Kepala dah tepu tak tau nak tulis apa lagi kat report nih. Kete plak parking kemain jauh kat bawah pokok ceri. Payung spare plak terlupa nak bawak keluar dari kereta lps pakai hari tu.

Lepak la kat ofis dulu sementara tunggu teduh. Baik aku surfing apa-apa yang patut daripada mengejar traffic jam di Loke Yew sana. Hmm.. blog hopping sudah.. mengorek harta karun di facebook pun sudah.. energy sudah kehabisan. Sejak kebelakangan ni aku naik bosan dgn farmville dan cafeworld di facebook. Dan mafiawars jugak. Habis ku reject semua game request dari game2 berkenaan. Yang asyik merequest tapi liat membalas budi pun direject jua. Hahaha... padan muka korang semua.

Dalam pada duk ralit belek game di facebook. Rupa-rupanya aku sempat shopping novel online. Dimasa-masa bosan menunggu teduh ni aku jengah blog inchek Faisal Tehrani. Tiba-tiba terbeli novel Manikam Kalbu di www.ujanailmu.com.my

Dah lama daku mencari. Asyik out of stock di MPH Mid Valley. Hanya itu kedai buku yang mudah dikunjungi. Yang lenlain aku nda kuasa nak pergi. Hajat itu ada tetapi kudrat kata tidak mengapa. Sudahnya ku beli online aje. Katanya dalam beberapa hari akan sampai lah ke rumah.

Hajat dihati juga sedang mencari sebuah lagi novel, tapi tak ketahuan tajuknya. Dulu masa lepas SPM aku suka pergi Perpustakaan Negara untuk pinjam novel. Suka baca tapi tak ingat tajuk dan author. Jalan cerita sahaja yg aku ingat sampai sekarang. Sangat teruja sekiranya dapat baca semula novel2 tersebut. Owh.. kalau tak salah... salah satu novel tersebut bertajuk Ngayau. Ada aku jumpa tadi masa lalu-lalang di google.

Cerita pasal novel. Genre bagaimana yang korang suka? Novel melayu atau english? Hmmm aku pastinya lebih membaca novel melayu. English ni tak berapa pandai lah. Sekarang-sekarang saja baru terbuka pintu hati. Ajaibnya faham pula jalan cerita. Siap ketawa-ketawa dan cakap-cakap seorangan mcm org gila. Owh.. korang semua pasti dah biasa dgn sindrom begini. Atau mungkin korang juga sama mcm aku agaknya.

Aku suka novel atau movie yang happy-happy. Yang berbentuk hikayat, epic atau biography pun ok juga. Sebenarnya aku minat sejarah dan archeology. Apa-apa lah yang boleh menambah pengetahuan yang cetek. Discovery channel? National geographic? Owh... itu mesti. Lebih mudah daripada membaca. Hahaha.. dasar pemalas.

Eh.. aku mau cerita apa sebenarnya? Oooo... Manikam Kalbu yang dicari-cari akhirnya ketemu jua. Tak sabar nak tunggu dia menjelma di tangan abang posmen :)

Sabar. Sabar itu indah... kan?

Hujan dah teduh. Jom kita redah banjir kilat... yey!!!!

Monday, September 20, 2010

GG's Wed



Selamat Pengantin Baru
to my cousin :)

.
.
.
.
.

I like this photo the most. Comel betul dua-dua.


.
.
.
.
.

note: 
More photo @ my fb.