Thursday, November 11, 2010

HP or Dell?

Seminggu ni takdak keje lain melainkan duk mengusyar website Dell dan HP. Ye.. saya berhajat untuk membeli laptop untuk kegunaan diri sendiri.

Selama 10 bulan ni aku menggunakan laptop ehsan hakmilik k*rajaan. Bukan laptop canggih2 pun. Intel core centrino tahun 2006 saja. Pegawai cabuk je pun kan :) Baru2 ni Unit NKRA memulangkan semula pc desktop yang dipinjamkan kepada mereka. Depa dapat desktop lagi canggih wooo.. Dengan prihatinnya bos pun agih la kat aku sebijik. Pc tersebut cuma elok sket je sengalnya dari laptop yang aku pakai. Sudahnya atas meja dah jadi mcm cc. Satu pc and satu laptop. Hehehe..

Minggu lepas ikut along pi lowyatt. Saja la buat lawatan sambil belajar untuk Irfan dan Danish. Tp mcm biasa la depa duk berlari2 tp agak terkawal sbb pergi ke tempat yang depa tak biasa pergi. Kalau carrefour ke tesco ke mmg dah berguling2 dah kut. So, dapat la aku mengambil kesempatan mengusyar brosur2 dan membelek2 laptop yang banyak depa duk susun depan kedai tu sambil menunggu along bawak Irfan dan Danish ke toilet secara bergilir2. Hehehe.. tapi aku tak beli menda sgt pun. Beli USB 4 port yg baru, card reader dan mp3 player untuk kereta (memandangkan cd player WanJay dah wosak, nak beli baru.. perodua kata rm6++, lain kali la ye WanJay..)

Balik dari lowyatt... hari Isnin.. misi mengusyar website pun bermula.

Tiba2 hari selasa, satu block office ni blackout pasal air air-cond compressor kat ats bumbung tu burst out. Abis tingkat 3 basah. Sebbaik aku duk kt tingkat 2. Tapi mmg tak buat keje seharian. Bos ajak meeting sambil borak2. Mati kutu bila takdak elektrik. Usaha nak usung laptop ke block sebelah pun takdak. Takdak mood nak buat keje. Letih nak angkut buku2 rujukan, kertas2 semua and buat keje kt tempat org. HR kata, keje2 baikpulih ambil masa 3 hari. Gulp! Ini mcm nak kena SOHO je. Huhuhu.. tapi katanya kontraktor akan cuba siapkan keje2 baikpulih menjelang esok.

Hari rabu tgh hari, alhamdulillah. Bekalan elektrik kembali pulih. Syabas!! Busy dgn preparation saat akhir utk bos-bos yang akan fly pi meeting kat JB. See u next week bos ;-) meeting elok2. Hehehe.. oleh kerana ketiadaan bos.. maka misi pencarian laptop persendirian yang tergendala pun disambung semula.

Based on Dell website.. their're offering 14R Inspiron Laptop with inte core i5, 500gb HDD, 4gb ram, 1gb ATI radeon for RM2,499. A limited time promo.

While according to HP website.. their're also offering a tempting and quite similar spec with their new launch HP G42-381TX also at price RM2,499. Pening wooo nak pilih antara dua model nih. Hati kata go for HP. But it ain't pavillion tho. Baru sgt keluar. Blom ada review yg meyakinkan. Hmmm..

Ok blom abis dilema memilih personal laptop, mai pulak desktop baru kat ofis nih. Yeahuuuu!!! Laptop sengal segera dipulangkan semula. Tapi pc sengal masih berada bwh jagaan pihak tuan. Hmmm... dah jd mcm cctv controller meja aku nih. Ada 2 bijik lcd monitor bersaiz biasa. Takde la canggih sangat pun. Aku bukannya keje dgn advertising company. Hahaha..

ada dua je pun monitor... kecoh btul lah..!!!
But still... persoalan berkenaan dengan pilihan antara HP or Dell masih blom selesai. InsyaAllah akan ku rembat jua salah satu daripadanya :-) harap2 dengan bantuan Faze (my personal IT advisor) yang tiba2 tak sihat semalam dan mc sampai jumaat akan berjaya memecahkan kebuntuan.

See u at next entry. Ciao e baci!

Sunday, November 7, 2010

k-drama

Bermula dengan Secret Agent Miss Oh Hana.
Settle melayan berbelas episode..
Ok tobat... takmo layan drama series dah.. letih nak susun schedule..

Tetiba tersambung dengan Bread, Love and Dreams.
Layan lagi drama series.. dalam 20 plus episodes jugak..
Bila dah tammat... cubaan kali kedua tobat takmo layan drama series lagi..
tup tup..

Skang layan Sunkyunkwan Scandal pulak.
Hantu btul KBSW ni.
Wakakakakaka..


Ni tadi baru teringat nak download OST drama2 yang best nih. Terjumpa plak blog yang bersesuaian. Ape lagi... terus tukar ringtone lagu raya lah. Wakakaka.. korang tau tak... orang lain semua dah nak raya haji.. tapi ringtone aku duk "selamat hari raya aidilfitri mulia lagi" ko tau...

Al-kisahnya.. aku dah lama tak tengok drama korea atau jepun sbb penuh dengan elemen sedih dan sangat tak bagus untuk kesihatan mental aku yang tak berapa nak betul ni. Jiwa kacau sokmo. Emosi terganggu. Wakakakakakakak..

Sebenarnya, bukan hanya drama korea... tapi segala drama bersiri termasuk CSI. Aku jadi malas sbb everytime mengikut drama series.. segala benda akan dischedule according to tv schedule lah. Hahaha... yang paling lemau adalah masa outstation. Mana ada kedai mamak bukak channel 391!!!!! 701 tersangat susah nak jumpa..!!! vision four tu ko toksah mimpi lah nak tgk cite korea..

Adei la... tapi Sunkyunkwan Scandal ni storyline ada sket mcm cite rakyat China yang budak pompan menyamar jadi lelaki and masuk sekolah for education. Mmg memenuhi kriteria wajib tonton. Kelakar storyline plus barisan pelakon yang ensem² dan comel²... saya sangat sukaaaaaaaaaa~!!!!

Mari tonton bersama² setiap Isnin dan Selasa pukul 9.03pm di channel 391 astro.. i loike!

Monday, October 18, 2010

missed out

Lately ada 3 events yang aku terlepas dan takde kesempatan nak pi. Ketiga-tiga event ni bertindih dengan program lain :( kes wrong timing la ni. Sedih sbb tahun depan blom tentu ada lagi program yang sama. Si Danish mungkin masuk pra-sekolah tahun depan. No more tadika. Nak tunggu Aqil masuk tadika... lambatttt lagi. Pink Shopping Nite tu insyaAllah ada lagi kot tahun depan. Tanam pokok bakau... wallahu a'lam. Hmm...  takpe lah... jom tengok aktiviti yang diriaukan sangat tu.

09.10.10 - Hari konsert tadika si Danish. 
Berbulan si Danish paksa aku tengok dia praktis menari kat rumah. Hahaha... budak-budak.. layankan aje. Kadang2 nak alih perhatian dia... aku suh dia show off his steps. Mamat tu pun naik syiok lah bila kita show interest at his talents kan. Dia dancing lagu portugese called jingli nona. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Role perempuan dgn lelaki semua dia take over. Hahaha.. so cuteeee...

tak percaya? meh tengok ni... ;)
hensem tak saya? - Danish
kecik no.. tak tau mana satu.. haha
On the same date aku pi kuantan to attent Iena's wedding. Sampai KL pun dah malam. Aku taktau kat mana dorang buat konsert ni. Kalo idak bleh la aku pi tengok konsert tadika pakai baju labuci lip lap lip lap. Ahaks!!

12.10.10 - Pink Shopping Nite @ Mid Valley. 
This second event yang aku terlepas ialah acara kesukaan wanita seantero dunia.... membeli-belah!!!! Tiap2 bulan wajib beli 3 magazines; cosmopolitan, intrend dan Eh!.... ehehehe basically about women and fashion. Biasa la... kita kan mmg suka tengok orang yg cantik2 sambil perasan cantik. Oppss!!

Dah simpan hajat nak pi... tapi terlupa on 12th tu aku dah berada di port dickson to attent meeting RSJ. Duduk kat Ancasa Allsuite Resort and Spa. Semua orang duk puji2 tempat tu. Cantik la. Makan sedap la. Bilik besar ya amat lah. Swimming pool best lah. Karaoke best lah. Suara aku sedap lah. Eh..?? Yang tu kita cerita di lain entry ok ^_^

Ok.. back to Pink Shopping Night yang aku terlepas tu... actually the event aim for raising funds for the breast cancer welfare association. Sapa2 yang baca magazine Harper's BAZAAR, Malaysian Women Weekly, CLEO or Cosmopolitan Oktober issue akan dapat 1 Pink Shopping Card. Then guna the card to shop at participant retailer and get up to 50% discount. Huwargh.. tempting gila. Siap dah aim nak pi 'menyumbang' kan emolumen kat Bonita. Tapi...... itu lah. Aku kena pi buat keje. Hehehe... It's ok. Harap tahun depan depa buat la lagi program mcm ni. Kena pergi jugak. Noktah.

15.10.10 - PERSADA's activity @ Kuala Selangor.
Program pemuliharaan alam semulajadi - tanam pokok bakau. Teringin gila nak pergi!!!! 3 minggu lepas lagi si Nina dah ajak join sekali. Meh tengok tentatif program.


Tapi bulan oktober bulan bahasa kebangsaan ni penuh dengan program keje. 12-14 aritu aku outstation ke Seremban utk meeting RSJ. Bos pening kepala mikir skt utk tahun depan, dengan kitorang2 sekali ikut pening. Bos awal2 dah warning 15hb tu jangan bercuti :( dah tu camno? 15 petang dah start program. Uwaaaa...

One activity really caught my eyes was pi tengok kelip-kelip kat Kg.Kuantan. I've been there before masa kat uni dulu. Tak ingat tahun brapa.. tahun 2001 agaknya. Punya la lamaaaaaa..!! Tshirt gambo kelip2 seko tu pun dah lama masuk muzium. Sebbaik dapat diselamatkan daripada jadi kain buruk lap pinggan kat dapur. Huhu.. Anyway.. mmg aku looking forward to revisited Kg.Kuantan dan Taman Negara. Both aku pi masa kat univ. Compulsory program to get degree. Hahaha.. tapi kalau tak buat camtu ntah bila masa pulak aku nak sampai. Nak tengok gajah kat Kuala Gandah tu pun tak tau bila :( padahal bukannya jauh kena turun naik kapal terbang pun. sigh...... takpe lah.. yang penting niat.. ^_^ perginya blom tentu..

Sunday, October 17, 2010

igem

Hari ni aku duty kat booth department kt igem conference. This is my first time joining in kerja-kerja sosial to expose and raising public awareness of my department. I'm not surprise that not many people recognise town planning department. Kalau sebut DBKL, majlis perbandaran, majlis daerah... satu negara pun tau. To whom may not know that local government or local authority were standing at 3rd level of government hierarchy under town and country planning act 1976. Ape ke he nye aku cakap omputeh neh? Oooo sbb td seharian duk terbelit lidah bersembang dgn public yg singgah di booth asking question about our presentation material or our department function in general.

Tapi... what is igem? igem is an akronim for international greentech & eco products exhibition and conference malaysia. Feedback from the public and the exhibitor also recognised this 1st time ever exhibition in Malaysia is successful and achieve the goal. Over 80 booths related to green tech and eco product proudly standing at 5 kuala lumpur convention centre exhibition halls. You can find out more here.

Anyway... what's up town planning department with greentech? Ahaaaa.. tricky question ^_^ sbenonya aku pun tak brape paham. Wakakaakakak.. kepada sesapa yg singgah kat booth kitorang tu mintak mahap la ye. Aku ayat baek punya.. korang pun angguk2 macam paham... hahahaha.. nasib korang lah :)

Aku kejenya duk ngutip free pen and beg. Hahaha.. Meh tengok gambo booth kitorang..
tadaaa...
ni saja gatai amik visitor pass sbb ada tulis nama...
exhibitor pass tadak nama.. ada tulis nama department je..

Monday, October 11, 2010

Iena's Wedding

Hehehe.. remember what happened in the year 2006?

We (errr... read as me and WanJay having fun attending various wedding ceremony). At that year, ramai sungguh kenalan yang bernikah :) so this year similar scenarios happened again.. yayy!! (atau aku ni mmg suka pi kenduri kawen? muahahaha..)

So last sunday.. a day before the magic day ten.ten.ten.. dengan gagah berani membelah lebuhraya menuju ke Kuantan. Eleh dekat je pun. Budget 2 jam lebih sket baru sampai sbb takmo speeding (mak letih bayar saman nok..) tetiba sejam sengah dah keluar exit Gambang. Hmmm... magic ke?? *__*

Lantaklah. Janji selamat sampai ke destinasi.

Anyway, nak kena introduce sket.. Iena is my ex-housemate semasa di Cameron Highlands dulu. Ala yang suka masak sedap2 utk aku tu. Haaa igt dah? Anyway.. she's still work and living there. Haish.. jealous. Even I'm grateful that I'm no longer had to stay dkt tempat jin bertendang tu.. but I have to admit that kadang-kadang rindu gak kat suasana calm dan sejuk di Cameron Highlands. Huhuhu you might want to argue on the sejuk part.. but try to live there more than 3 days on the off peak season.. then we talk okeyyyy!!!

Eh teremosi plak disitu. Ok sambung cerita pasal pengantin. Sangat teruja nak pi pasal apa hang tau? Sbb dulu bercinta mcm nk rak dgn mamat A... tiba jemputan mai nk menikah dgn mamat B. Bukankah itu telah mendatangkan persoalan bertubi2 dalam kepala hutak ku ineh.
Apa jadi dgn mamat A? Bila clash? Kenapa clash? Mana kenal mamat B? Bila mamat B masuk minang? Bila bertunang? Mamat B keje mana? Mamat B orang mana? Hantaran berapa? Honeymoon kat mana? Mak datukkkk.... Super penyibuk punya manusia. Hahaha.. takyah la korang nk komen banyak2 sbb pengantin senyum je jawab semua persoalan. Bwek!!!!
Eleh cakap banyak la murai ni. Gambar mana gambar? Erkk... kang aku tepek. Sabar je la cik adik manis.

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Hari Raya

Semalam.

Ada Majlis Jamuan Hari Raya bersama Menteri.
Bertugas sebagai usherer atau orang melayu kata.. penyambut tetamu..
Ada macam kenduri kawin pun ada gak.
Pagi2 dah kecoh pasal protokol orang kenamaan.
Pening jugak dibuatnya bila ramai sangat bos yang tere2 pasal protokol nih.
Layan kan je la ek.

Meh tengok gambar.
Sedut dari facebook Hana :)
Khemah bertema Oren + Putih

Which one is cik-zura? ;)

Dato KP menyambut ketibaan Dato Wira Menteri

Ketibaan anak-anak yatim
Penyambut tetamu
Merah join team Oren
Hehehe.... Makanan tak sempat nak snap semua sebab sibuk makan.
Alhamdulillah... sedap-sedap semua.
Menu
Satey ~ Laksa Johor ~ Nasi Dagang ~ Pasembor ~ Cendol ~ Ketupat ~ Lemang ~ Rendang ~ Buah-buahan Tempatan ~ Air Oren

Thursday, September 30, 2010

Manikam Kalbu - update

Uik!!!

Order 28/9
Payment 28/9
Post 28/9
Receive 29/9

Bravo!!!!!!
Superb service!!!

Reading starts immediately..
Stops at page 25.
Attend Majlis Ziarah Hari Raya.
Today is second day of the Majlis and visit 5 more houses.
Including "his".
Wondering why "he" still looks yummy.
Istighfar since "he" is no more available.
Enjoy meet up the neighbours.
Uncle Rahman makes everybody confuse.
Suara kemain kuat tapi tersalah barisan selawat.
Repeat the selawat beramai2.
He shows slumber face until the the end of selawat.
Enjoy the food at 5th house.
We manage to "collect" 12 variety air kotak.
Back at home by 11.30pm.
Raining out site.
Counting the sheep.
Continue reading tomorrow.

^_^


Sebagai penghargaan kepada marveles service oleh ujanailmu..
Maka dilinkkan beliau di blog ini.
Sharing is caring.