Monday, July 4, 2011

Bandung 2011 - part 1

Dah lama rasanya tak enjoy pi vacation puas-puas. Selalunya pegi outstation aje..which tak berapa nak syok sgt sbb pergi utk bekerja. Vacation pun kebetulan aje sbb alang-alang dah pi outstation kan? hihihi..

Tapi kali ni.. mmg betul-betul plan nak pi holiday. Idea nak pi holiday ni dah berkumandang daripada awal tahun lagi. Tapi lagi sebulan nak pi baru dapat confirmkan tarikh. Kelam-kabut juga nak apply cuti luar negara (applied to every gov.servant).. Alhamdulillah.. sungguh bernasib baik sbb dapat kelulusan 2 hari before flight tanpa bersusah-payah follow up tetiap hari.

Vacation kali nih pergi berempat dengan Faze, Mama Faze dan adik faiz. Kami book tiket ke Jakarta via Garuda Airline. Murah! RM359 return tickets tax included. Hehehe.. About hotel and transport.. kami book dgn Pak Marsel dari MMtranscorp. 4D3N termasuk airport transfer Jakarta-Bandung-Jakarta.

Hehehe.. so teruja tak nak pi holiday? Kalau ada sesiapa yang bertanya apa agaknya persediaan yang perlu dibuat in advance.. so here's the list..

  1. Passport - check! Passport renewal sejak tahun lepas lagi. RM100 for 32 pages.
  2. Flight ticket - check! Garuda Airlines - RM359 return/person. Tax included.
  3. Hotel+transport - check! Approximately Rp 1.2 million/person.
  4. Itinerary - Check! Berbeza dgn holiday 1st time dulu.. kali ni aku tak surf sgt virtualtourist or tourguide online. Lagi pun tujuan kali ini hanyalah untuk shopping+shopping+shopping+shopping. Safari ke, angklung ke, trans studio ke, tangkuban perahu ke.. semuanya tolak tepi.
  5. Cash - Check! Kali ni dapat rate 357. huhuhu sila tukar ikut ikut ukuran poket masing-masing ya..
  6. Comfort shoe - Check! Terpaksa beli kasut baru. Baru sekarang dapat terima kenyataan hush puppies ku hilang.
  7. Sling bag - Check! I prefer sling bag rather than handbag or shopping bag. My current sling bag dah berumur 6 tahun. Beli masa nak pi Umrah 2005 dulu. Leather good, simple cutting dan masih hensem digunakan dengan lasak.
  8. Luggage - Check! Aku bawak sebuah beg medium size aje. Hanya diisi dengan baju tidur, "adik-adik" untuk 4 hari dan toiletries shj. Akibatnya - pegi beg kosong.. balik beg kembong tak muat siap terpaksa tumpang beg org. Hahahaaha..
  9. Camera - Check! Benda wajib bawak walaupun tua-tua ni aku malas snap gambar.
  10. Mischievous - Check! Benda-benda remeh yang aku selalu terlupa nak bawak seperti Universal Plug Converter, handy plus, berus gigi, ubat gigi, etc.
Ok. Ada apa lagi yang tertinggal? Pandai-pandai korang lah fikir apa lagi nk bawak dikala travel. Mostly aku tak beli benda baru pun untuk travel kali ni kecuali kasut. Gatal tangan juga nak cari sling bag baru. Tapi niat jahat tersebut berjaya dihalang. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kerja-kerja shopping di FO nanti. Wahahaha...

Flight kami pukul 800 pagi waktu Malaysia. Pukul 12 tgh mlm aku sampai di rumah Faze. Lena beberapa jam dan chenta tolong kejutkan pukul 430 pagi. Bersiap-siap dan pukul 6 macam tu dah sampai KLIA. Terus check-in dan breakfast di McD. Ini buktinya.....
Sucinya muka di dinihari. Huhu..
Alhamdulillah flight departure on time. Layan sarapan omelette+videoclips+zzzz.. al-maklum.. bangun pukul 4 pagi. 1st time sampai di Soekarno-Hatta Airport. Blur sket. Imigresen tak banyak songeh. Dia tanya "urusan apa di Indonesia?" dengan suara lemah-gemalai mcm bercakap tak buka mulut. Sampai aku tertonggeng-tonggeng mcm gila iseng kat celah cermin tu nak bagi clear ape dia tanya. Inchek imegresen tu bleh tersenyum simpul and cop-cop.. settle. Huhuhu..

Pak supir a.k.a tourist guide kami muda aje orgnya. Single lagi. Kalo ada sapa berkenan bleh la add friend kt fb sambil berkenalan..wakakakaka.. Dia bawak suzuki APV. Selesa untuk kami berempat. Perjalanan Jakarta-Bandung via highway adalah sedikit scary dengan highway 4 lane jadi 6 lane! Punya la sesak dengan kenderaan. Nak pulak esoknya hari libur (public holiday) Isra' Mikraj. Kiranya ramailah yang bercuti membuatkan perjalanan keluar dari Jakarta macet banget. Anyway... walaupun sesak.. kami selamat sampai di Bandung setelah 3 jam perjalanan. Perut lapar ya rabbi. 
kelaparan sampai jadi bengong seketika..huhu
muka baru bangun tido
pemandangan kota bandung dari atas highway..sket lagi nk masuk pusat bandar
waduh.. kapan sampainya macet begini.. tua dijalan nampaknya..
layan roti keras lebihan breakfast dlm flight tadi
cool grafiti
Okay.. kita dah nak sampai ke destinasi. Aku sambung kat part 2. Wassalam.

Thursday, June 9, 2011

angry birds

Skang ni kat mana-mana org ckp pasal angry birds. Burung marah? gagagagagaaga

At first aku pun tak peduli sangat.. sbb ianya sejenis games app yg boleh dibeli/didownload/diinstall ke dlm iphone/ipad/ipod/android/etc which I don't have any of them, hahaha.

Then, aku cuba google kut2 bleh install kt pc plak kan.. hmm takdak jugak. Tapi aku ada jumpa website yg ko bleh main angry birds tu online. Layan juga la time boring tu duk lastik2 kepala-babiijo-sampai-pecah.. tapi gambonya kecik dan space nk lastik tu mcm tak berapa nk best.

Tapi sekarang anda tidak perlu risau lagi sekiranya kemaruk nk main angry birds tapi takdak gadget yg sepatutnya. Haaaaaaaaaa... semalam baru aku perasan benda alah tu. Arakian, ternampak promo dkt chrome. Yup.. saya mmg suka google chrome. The best so far lah pada pendapat aku. Instead of senang nk bukak google (dah tentu la namanya pun google chrome!).. now depa buat chrome web store pulak. Wahhhh! Ada mcm2 game dan apps kt dlm tu. Setakat nak main angry birds tu bleh install dgn senang hati. FREE plak tu! Mana2 pengguna chrome samada win/mac pun bleh guna chrome web store tersebut.

Memula aku igt bila dah Install Success tu depa install dlm pc. Rupa2nya teeeedaaaakkkk!!! Everytime nk main... ko kena online dulu.. lps tu bukak chrome.. then baru ko bleh klik kt apps tu.. macam niiiiiii...


Ok paham?

btw, cantik tak wallpaper chrome aku? kate spade youuuuuuuuuuuuu!! ahaks!

Oriet.. selamat melastik ok ;) ailapyu lah!!

Wednesday, June 8, 2011

down

I feel down lately. Lebih-lebih lagi bila masuk bulan Jun nih. Sampai chenta pun duk tertanya-tanya. Tapi berat mulut rasanya to tell him the truth. Actually, bulan Jun ni ada 3 majlis walimatulurus. 2 antaranya ialah perkahwinan adik sepupu. Both perempuan. Takde masalah besar sgt pun sebenarnya. Bukannya tak biasa pergi kenduri kawin dan usually takde siapa pun yang bermulut kurang manis tanya 'that killer question' to me anymore.. (or are there people asking and I professionally forgot about it?) Hahaha..

1 lagi tu plak is my ex-boyfriend's wed. Selamba aje dia tag dekat fb. Hmmm patut la sebulan dua ni dia rajin ajak sembang-sembang di fb chat. Yes. He's the only my ex-bf become friends. Ntah kenapa bleh jd gitu. Maybe sebab aku kesian atau baik hati sangat atau dia yang muka-tebal-gila-nak-mampos-siap-mintak-aku-tolong-carikan-dia-kerja. Haaa..

Anyway, disebabkan dia dah nak kawen dan sepupu yg jauh lebih muda pun ikut buat kenduri.. tetiba aku rasa down ni kenapa? Still have feeling for him ke? Errr nope! I'm very much happy with my chenta. Aku down bukan sbb aku tak happy dgn kegembiraan org lain. Bukan juga disebabkan aku dengki. Hmm dah tu apa?

Susah nak explain lah!

One more things yg aku rasa macam tak best ialah perasaan down itu turut membuatkan low self-esteem dan mengganggu kerja sedikit sebanyak. Mood utk menulis merapu kat blog pun takdak. Mood nak makan pun takdak. I tried to get over it with gym, reading, movies, etc.. so far I only manage to get back 10% of my medium-old self. Mana taknya.. kalo baca novel loving2.. aku blk yg stress lepas tu.. then kalo tgk movie loving2 pun the same effects occurs.

Sigh!

Where's the laugh?? Hmmm nasib baik ada chenta yg rajin call and makes my day. Itu pun bukannya boleh berbual lama2. Mahal sgt bil nya nanti. Ya Allah.. please help. Semoga kau permudahkanlah segala urusan kerana kau maha mengetahui segala sesuatu.

Tuesday, June 7, 2011

sms languages

I'm happy to add-chat-meet a lot of niece(s), nephew(s), cousin(s) via facebook. I love to menyibuk in their lives and gives comments at their status. Hahhaha.. but one thing sometimes borders me so much. SMS languages!

Kalo depa setakat chat/sms dgn kawan2 sebaya dan setiap 2 saat tulis luahan perasaan di status facebook dgn bahasa tersebut.. aku tak heran sgt. Lantak depa lah! Asalkan bahagia. Tapi mata-aku-berbulu-rasa-macam-nak-bagi-khutbah-Jumaat bila anak-anak buah ini turut menggunakan bahasa yang sama ketika berbual dgn aku!! TRUELY ANNOYING!!!

Please imagine..

Fruitchild: salam­ ­ mk ngh­ ­, ngh wt peW. bU kmslm.

Yeah.. I have nothing against the languages. I also use the languages kalo bersms dgn kawan². Tapi ketika ber'sms', ber'chatting' dgn saudara-mara yang berpangkat lebih tua dan tentunya berumur lebih tua, maka sedaya upaya aku akan tulis in proper word, meskipun aku tahu dorg bleh baca dan faham sekiranya aku tulis dlm short form ala sms language.

Makanya... itu budak sudah kena sound dgn aku..

Aku : Dear Fruitchild, next time don't write sms word to me ok. tulis elok2 dgn perkataan yg betul.. bknnya mak ngah tak faham apa ko tulis.. but please do respect when talking/chatting/sms with people older than your age.

Lepas tu terus dia sentap menangis mengongoi cakap kat mak dia yang aku buli dia. Erk! Ok aku tipu. Hahahahaha.. aku ni bukan la pakar bahasa berjiwa bangsa. Kadang-kadang BM aku pun kelaut gak. But at least aku elak utk guna sms language dgn mak saudara.. melainkan mak saudara ko umur sebaya atau lg muda tu lain cerita lah..

dah la.. malas aku nk membebel.. kang panjang berjela mcm2 topik plak yg masuk kang.. hahahaha.. aku ada lg sejam nk chowcincau balik rumah ni.. yeahhh!!!!

Monday, May 30, 2011

speechless

Hahaha.. murai dah jadi pendiam kah?

Tak caya?

Ok cuba tengok kat belah kanan tu.. berapa entry aku bebelkan tahun ini?
Wakakakakaka... tiba-tiba terasa lawak.

Anyway.. I'm in a state of otak-blank-tak-tau-nak-tulis-apa-tapi-banyak-benda-nak-tulis-lepas-tu-lupa-apa-aku-nak-tulis.. haaaaa.. sangat kronik okey..

Nak kata takde benda nak ditulis.. ada banyak!!!! Macam-macam boleh tulis sbb blog nih takda restriction. Suka hati aku aje nak tulis apa-apa pun. Nak kata banyak keje.. rasanya minggu sudah aku banyak kerjakan cityville aje. Disamping menghabiskan membaca 2 buah buku pada waktu kerja tanpa rasa bersalah. Ouch!!

Banyak event yang berlaku sebenonya and I don't know where to start (tu la.. padan muka.. tinggalkan banyak sangat potential-new-entry sampai terlupa dan memory jadi tak terurus.. hahaha ada ke kejadian tersebut? memori-tidak-terurus...hentam lah!)

Sekarang ni banyak aktiviti yang aku buat dikala lapang. Baca buku, beli buku (note disini: buku ialah novel fiksyen ok), menonton wayang (yeah.. catching up with my old hobby), layan dvd dramaseries-korea-lama-70-episod-yang-tak-tahu-bila-nak-abis-tengok, aktiviti lanun mp3, chatting and dating secara maya.. hahaha dan beberapa lagi aktiviti yang tak begitu berfaedah tapi seronok dilakukan seperti membuang masa di shopping complex (my other old hobby..hihi).

Kenapa bersusah-payah nak tulis perkara tak berfaedah ini? Eh.. suka hati aku lah!!! I'm in a good mood!!!! Hahahaha..

Dah tu apa yang speechless nya? Hahahaha sukati la aku nak tulis entry tak berkaitan dengan tajuk!!! wakakakkakakaka...

Monday, May 9, 2011

goodreads reading challenge

ahaks!

Sebenonya agak lama jugak aku jadi 'ahli tidur' dalam goodreads tu. Aku masuk pun sbb suka tengok depa berforum dan menyakat secara ilmiah gitu. Tak dapek den nak folo. Dapat jadi pemerhati pun dah cukup seronok. Hehehe..

Salah satu aktiviti group goodreads Malaysia adalah Cabaran Membaca 50 Buku Setahun!

Cuba korang tengok book list depa. Fuhhh.. dasat dasat.. kalo korang tengok list aku pulak... wakakakakakakak... semuanya NOVEL!!!! Takde satu pun yang bersifat akademik.. semua pun hiburan sajos!! *grin*

Ok lah tu.. at least aku cuba juga membaca thick books dan tidak keterlaluan mengulit novel bertema cinta yang bersepah di pasaran. Bukan aku tak baca novel cinta.. tp pilih-pilih jugak lah. Muak juga membaca novel berlainan tetapi jalan ceritanya hampir sama!

So.. tahun ini aku baru membaca 13-14 buku. Kalau tengok susunan buku kat tepi dinding tu.. bleh tahan tingginya. Ada harapan cecah 50 agaknya. Kalau mood membaca itu ada.. akan dihabiskan jua buku-buku tersebut. InsyaAllah...

Bersempena seronok sorang-sorang melayan buku.. aku buh gadget baru kat sebelah kanan tu. Nampak tak? Kalo tak nampak.. lagi 2 kali Jumaat lah jawabnya! Huhuhu..

Thursday, April 21, 2011

nur kasih

adoyai..
lemau btol nak sembang sorang-sorang mcm selalu..
keje byk weh.. hehe alasan.. alasan.. alasan..
aku mengalami writer's block agaknya.. ecewah.. writer la sgt kannn!!!
sampai birthday sendiri pun aku malas nk buat entry.. whoa!!!

so sejak internet kat opis ni jadi laju...
aku duk melayan cityville aje kt fb.. haa kan dah kabo... itu yg dibusykan sebenonya.. haha
eh tak abis lagi..
aku duk melayan youtube dan mengembalikan zaman kegemilangan mendonlod lagu.. hihihi..
best.. best.. best..

kalo ari tu cite pasal hikayat merong mahawangsa..
ni aku nk cite pasal nur kasih the movie plak..
wahhhh.. jarang² btul aku melayan movie skang eh?
masa ada byk terluang.. tp pengisiannya dgn berlibur dirumah saja..
malas gila nk merayau sorang² mcm zaman muda² dulu..

ok berbalik pada nur kasih..
aku sebenonya idak la khatam abeh drama tuh..
kebetulan drama tu on-air masa aku kat CH..
lagi lah gila byk masa terluang masa kat sana kaannnnn..
di tambah pulak masa tu ada housemate yg rajin layan cite melayu..
dan ditambah dgn lakonan ustaz aidil yg mcm ensem dan best gile..
so ai folo je lewww..

next month katanya movie nur kasih nak release..
tgk trailer mmg best gila ah ding dong..
eee sonotnya..
moh kita tgk..