Monday, February 6, 2012

Bandung 2011 - part 4

Dah nak dekat setahun baru nak sambung part 4.
Aci tak???
wakakakakaka..

Aku pun dah lupa kejadian-kejadian yg berlaku..
so I leave you with the piccas ok..

Aktiviti penting adalah nyopping-nyopping-nyopping la..
Let's.....

Pasar Baru
Selamat Datang!!!
Masih awal.. byk kedai langsir blom bukak.. bedal aje la kedai memana..
mama tempah utk sliding door.. mahal gak kot.. but worth it katanya..
supir suggest nyopping di sini - D'Fashion
pre-hunting
bersama hasil tangkapan
Hasil tangkapan sebenar.. hahaha
Mummy pesan tudung bawal ada manik sulam
- sila habiskan 500ribu yg diamanahkan.. erk!
pilih jgn tak pilihhhhhh...
Toko Tiga
testing Burberry jacket sementara tunggu alter my Levi's
- tak jadi beli - menyesal  (how do I know that
I'll need it later for the next trip.. huwaaa)
Jalan Riau - Heritage and Summit
*opsss.. tiada gambar di sini.. busy membeli-belah dan kehujanan..

Rumah Mode
Almost setengah hari kat sini.. byk ni aje ko beli?
gggggrrrrrrr...

Walaubagaimanapun.. HASILNYA TIDAK MENGECEWAKAN..

Penuh mintak ampun!!!! Tu pun ada tak masuk lagi tu..
sampai kena 'tumpang' beg org.. huwakakaka..

Kesimpulannya.. I grab what I want walaupun ada beberapa penyesalan.. bkn menyesal beli tp menyesal sbb tak beli.. wakakakaka.. nyah kau dari sini shopaholic!!!

Motif utama ke Bandung telah tercapai!!!!!!!

Kami tak pergi kemana-mana pun tempat menarik macam Tangkuban Perahu dan sebagainya sbb awal2 lagi dah set mind.. kali ni ke Bandung HANYA utk shopping. Jalan-jalan tengok pemandangan MAYBE next time ok (^_^) insyaAllah....

Sunday, February 5, 2012

buku

hallo halloo..

Tiba-tiba kita dah masuk bulan februari ea? Azam nya konon nak more blogging ini tawun tapi kelaut jugak nampaknya. Hahaha..

Awal tahun ni kemain busy di opish. Bos ku tetiba di serang panick attack bila keluar berita audit nk mai bertapa 2 bulan di opish. Kami pun kena kerahan tenaga untuk menyiapkan editing monograph yg dijanjikan tahun lepas! Muahahaha.. terkangkang kami duk mengedit 3 hari 3 malam. Uhuks!! Nasib baik la masing-masing tabah orangnya. Hehehe..

Lps tu duk sibuk dengan penetapan SKT. Ahaks! Penetapan SKT di RnD mmg camtu lah. Tetiap tahun sentiasa havoc! Tahun ni masih bz dgn cik MURNI. Ada jugak dijemput menyertai geng-geng projek baru dan diumpan dgn gaji menanggung disana. Hmmm.. takpe lah. Kerja sendiri pun dah cukup byk.

Ni apehal jalan cerita tak sama dengan tajuk nih? Hahahaha.. well.. baca aje lah seadanya ea ;-)

Nak cerita pasal buku sebenarnya. Aku dah makin rimas dgn buku-buku yg semakin menggunung nih. Banyak btul yg blom dibaca sebenarnya. Hahaha.. tu la nafsu nafsu. Kesukaan nombor 5 mmg suka pegi book fair. Last year pergi big bad wolf book fair kt mines. Borong 10+ buku. Tahun ni pergi karnival karangkraf borong 10 buku lg. Pegi times book fair kt Viva Homes.. sebbaik pergi time blom gaji.. beli 2 buku aje. Adei.. I really need a real book shelf. I need space!!!

So many books to read and so little time.. T_T sad sad sad..

Thursday, January 19, 2012

Sayonara 2011!!

^_^

Bismillahirahmanirrahim.

The very first entry for year 2012. Sungguh tega aku tidak menulis blog selama berbulan-bulan ea. Banyak betul benda nak borak. Mahu sambung from where I stopped? Yeahhh..

From Julai - December 2011 macam² perkara dah terjadi. Apart of workload yg banyak (read meeting, seminar, workshop, report writting, etc), travelling pun byk juga (of course travel for work je la yg byknya). Hihihi.. Banyak btol gambar yang boleh dishare. Mostly aku buh kat fb lah. Nak layan instagram.. aku takdak  smartphone nk pakai. hahaha..

Jom kita recap. Apa yang ko bz kan thn lps Cik Zura? Sampai tak pedulik langsung dgn blog nih. 2 entries je sempat buat? Tu pun entry kesian. Hahaha..

July
1. Berjalan² dan nyopping di Bandung with friends. Perabeh duit tanggung kerja. Pergi jutawan. Balik papa kedana. Adoi la.
2. 1st time tgk teater!! Best. Jumpa kawan lama. Radio host fafau. Dapat tiket free.
3. Kursus landuse portal kat PD yang aku tak faham pun ape dia ajar. Haha. Sempat meluang masa pi lepak dgn ex-roomate kat Ilham Resort. Alhamdulillah, member dah jadi manager skang :)
4. 1st time pi Sarawak. Of course this time pergi sbb ada keje. MURNInet!! KL-Kuching-Miri-KL.
5. 1st time pi photog outting with sifoo.com @ K.Selangor. Pakai camera pinjam & tak tau apa² about dslr.

Ogos
1. My name was nominated to attend a short course for one month @ Japan. Low carbon society course. Not my specialty. Tunggang-terbalik isi application form and submit kat JPA.
2. Bulan puasa. Rilek² aje.
3. Celebrate Eid Aidilfitri & Hari Merdeka simultaneously. Haha.. hari ini dalam sejarah.

September
1. Mood lepas cuti raya. Hancur!!! Haha..
2. Bengkel MURNInet Ke-2 tetap on! Kali ni dkt Renaissance Hotel.
3. Bought my 1st dslr. Entry level aje. Nikon D3100 kat amcorp mall. 
4. Lepak with my ex-coursemate Aziel yg dah jd wedding photog. Belajar basic dslr lah. Beli mahal² tak reti guna buat ape?
5. Result for JICA short course dah keluar. Alhamdulillah rezeki aku agaknya nak pi Japan foc. Kalut la buat preparation sume. Blur dan jiwa kacau sket time nih.
6. Tak cukup dengan kalut tu, tambah pulak dengan public speaking utk Hari Inovasi Jabatan. 1st time masuk pertandingan public speaking. Orang lain before raya dah siap text speech. Aku ni lagi 3 hari baru hegeh² nak cari info & type the speech. Blom masuk practice lagi tu. Sempat la rehearsed depan bos. Kena la baiki sket². Esok nak pertandingan, malam ni baru prepare note kecik² tu incase terlupa atas stage. On hari kejadian, alhamdulillah.. rezeki aku agaknya, dapat la menang 3rd prize! Haha.. lawak btul. Depa komen "dulu sekolah selalu masuk choral speaking ke?" LOL
7. Ready mental and physical utk kembali masuk kelas!!

October
1. Rupa-rupanya it takes about 3-4 days for me to digest that I'm actually in Japan! Hectic schedule. Slightly confuse and blur during classes. Hahaha.. menatang apakah low carbon society ittew? Bluwek!! Pecah pale nak absorb within speed of light.
2. Start enjoying my staying in suburb Fukuoka. Slowly fall in love with Japan!
3. Sedih nak balik Malaysia. Hujan emas di negeri orang.

November
1. Lemau. Org lain sibuk beli/donlod drama korea. Aku sibuk beli/youtube drama Jepun. Apa punya perasaan ntah? Lama jugak amik masa nk adjust semula to Malaysian routine. Nak jadi cite bos pun takde sbulan sbb menunaikan fardu haji. Anak buah kemain rilek kat ofis. Layan blues.
2. Pi kursus seminggu kat Atom Negara. Sensei saya shantek! Japanese. Sorg lagi sensei uncle² from Holland tp PR kat Thailand. Org faham ke tak faham ke tido ke main iphone ke.. dia caaaaaaaakap je tak benti².

Disember
1. 1st time pergi Sabah. Of course 'cik Murni' jugak yg sponsor.
2. Jalan² ke Hadyai with friends. Kali ni ahli ronggeng bertambah sorang iaitu kak z turut hadir memeriahkan suasana.
3. Jalan² ke Morib. Attend meeting. Bapak jauh la morib tu. Nama je Selangor. 100km plus plus dari rumah. Lebih kurang mcm pergi PD. lol.. tapi tempat meeting best. Urusetia bg aku duduk chalet cantik sorang². Sgt selesa.
4. Jalan² ke Langkawi. Attend meeting ICT. Apobondo ntah aku discuss kat sana. Berapi² bg idea. Ntah faham ke idak urusetia kat sana. Haha. Disebabkan kempunan nk makan coklat from swiss, maka aku borong berkilo-kilo coklat yg ada cop Made In Swiss. Pueh ati den.

Ahaks! Pandai tak akak buat summary? Nanti la kalo ada umur panjang aku buat detail entry satu² ea.

Thursday, November 3, 2011

peniruan

Dah lama aku tak membebel kat dalam blog nih. Malas sesungguh.
Banyak perkara dah terjadi since last July.
Perlu ke buat summary? Haha..

Anyway.. now aku nak cerita about status di facebook.
Aku jarang buh apa-apa pun kt my status tu melain ada perkara penting or bizzare things happened..atau tersangat-sangat-sangat-sangat bosan. Segala status bertema "laporan harian" akan sedaya-upaya untuk dielakkan.

So.. I don't consider myself as popular among friends. Aku berpendapatan.. less information u give on your profile.. less umpatan yang ko terima.. ye tak?

Nak jadi cerita.. semalam aku bosan dan mengantuk sesangat kat opis. Al-maklum.. sejak baru balik dari holiday cum crash-course selama sebulan kat negara matahari terbit sana.. I felt a lil bit down. Err tu dah cerita lain tu.

Ape aku nak cerita ni about facebook status. Focus.. focus..

So semalam aku buh status nih..

Standard aje bunyi nya kan..

Lepas tu.. balik rumah.. dating dengan chenta aje.. tak tgk facebook dah..

Hari ni.. masuk ofis.. aku pun scroll lah news feed.. saja update dgn cerita kawan²..
tetiba terpandang status sorang "kawan" aku nih..
Aik.. sama? Peminat kah? wakakakaka..
Actualy "kawan" yang ni aku tak berapa kenal pun.. aku rasa budak² kerani kat HR sana kot.. ramai beno keraninya.. mana nak cam yang mana satu kann..

So.. benda kecik aje.. peniruan status..
pedulik kan lah..
sian korang kena baca entry takdak modal gini ek?
wahahaha *gelakjahat*

Monday, July 11, 2011

MRT logo contest

Selingan......

For all you know, hasrat Malaysia untuk mempunyai MRT adalah 100% kompom. Dah mula meninjau tapak laluan dengarnya. Huhuhu.. bagus lah. Walaupun aku tak pernah naik MRT (please take note that MRT dan LRT adalah dua benda yg berbeza) tapi tetap teruja lah... ntah mcm mana pulak rupanya ya... adakah hensem ala futuristik atau klasik mcm gerabak KTM? hahaha... sama-sama kita nanti kan..

Tiba-tiba.. kelmarin dapat sms from one of the bosses kat ofis tu. Rupa-rupanya belio telah menyertai MRT logo contest dan memohon jasa aku yang baik lagi comel ini untuk mem'vote' logo belio. Ooooooo... ada logo contest rupanya. Aku ni tangan pengkor.. tak kreatif nak design-design logo nih. Tukang komen pandai lah.

The contest started on 3rd July and will ended on 3rd August 2011. Sapa-sapa pun buleh join. T & C bleh baca kat sini [klik]. Info lanjut plak bleh baca di sini [klik].

Fuhhhh... to-date.. dah ada 1,000 +/- penyertaan yg dah upload walaupun pertandingan baru bukak seminggu. Macam-macam gaya ada. Ada yang hebat dan canggih gila... ada yg sempoi ya amat.. ada yg mcm zaman 80an pun ada.. ada yg mcm kanak-kanak rebina punya lukisan pun ada...

Jadi... jika anda mmg kaki contest dan mmg superb designer.. marilah beramai-ramai join contest nih!! Hadiahnya bleh tahan.. RM10,000!!! fuyoooo!!! hahahaha.. createlah seberapa banyak logo yang terdaya then upload. Kalo comel.. aku bleh tolong vote. Hahaha..

Diantara logo yg aku rasa bleh blah lah..
and ada banyak lagi yg aku sendiri pun dah lupa yg mana satu aku vote. wakakakakakaka... rambang mata dah bila tgk ada byk yg cantik-cantik.. ngeeeee..

marilah vote beramai-ramai di sini [http://www.kvmrt.com.my/contest/]... undi adalah sangat tidak rahsia!!! hahahaha.. sila jangan undi logo yg tidak cantik dimata anda kerana anda sudah pasti tidak mahu MRT di negara anda mempunyai logo yg buruk.. hihihihi..

good day everyone!

Bandung 2011 - part 3

Percutian 4D3N ni kami hanya lepak di Bandung sahaja walaupun arrival dan departure di Jakarta. Arrival on 28th June dan check-in di Hotel Cemerlang. Fyi, hotel ni terletak kat tengah bandar, bersebelahan dengan Hotel Hilton dan sangat dekat dgn HQ Kartika Sari bakery yang famous ittew. Rate bilik untuk 3 org + 1 extra bed adalah dalam Rp650,000 per day.

Dalam entry terdahulu aku ada ckp pasal reservation hotel ni bukan kami yang buat. Semuanya dibuat oleh pihak agent a.k.a supir kami Inchek Marsel tersebut lah. Call or fb or email him.. and then he will reply with reasonable package which include accommodation and transport. Semua deal ini dibuat oleh cik puan Faze sbb dia pernah deal dgn mamat ni masa ke Bandung last two year. Aku cuma keluarkan ongkosnya sahaja.

Hotelnya sederhana.. 3 bintang. Selesa aje walaupun berhimpit 4 org. Lantak lah.. nak tido aje pun. Siang-siang penat shopping.. malam-malam kami lawan berdengkur lah! Huhuhu..
Pandangan depan
the lobby
the reception counter
ruang makan - breakfast
lift yang dirasakan mcm jauh..
last2 kitorang turun naik pakai tangga aje..
About food and other facilities pun ok aje. Sarapan pagi agak sedap. Disebabkan kami ada extra bed 1. Maka kami kena purchase 1 extra coupon for breakfast lah. Mahal jugak.. Rp75,000 per head. Food nya alhamdulillah.. boleh diterima dek tekak Malaysian. Hari pertama, main coursenya nasi goreng + mee goreng + sayur cendawan + ayam goreng. Hari kedua dia tuko lauknya. Hari ketiga pun dituko lagi. Ok la tu kan? Daripada ko hadap menu yg sama hari-hari. Food yang lain pun ada jugak such as porridge, pastry, dessert, buah-buahan. Yang ini aje tak berubah.. tiap-tiap hari ada. Errr roti dia berubah-ubah jenis kut. Tak perasan plak.

the room aku tak sempat amik gambar rupanya.. hahahaha..

Anyway.. apa yg bestnya.. tiap² hari kitorang pi spa.. alaaa selang 3 bilik aje dari bilik kami. Itu pun disebabkan ramai.. staf spa tu yg mai bilik kami buat urut dan sebagainya. Tak payah susah² keluar bilik pun. Ratenya.. sangat la murah. Pakej paling mahal pun dalam Rp200k +++ aje. Urutan jawa yg bleh tahan sakit jugak untuk kami yg tak biasa mengurut nih. Ngehehehe..

Tuesday, July 5, 2011

Bandung 2011 - part 2

Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Bandung. Terus makan lunch.
Rumah Makan Simpang Raya @ Jalan Dago - makanan padang
atas meja ada bekas kecik air basuh tangan.
jangan berebut. dapat sorang satu..
silakan... ngapppp
ni ayam pop kesukaan ramai.. tiap kali datang RM masakan padang mesti mau order!!!
Buat cicah ayam pop.. nyumm..
gulai otot lembu.. mama makan tapi kitorang tgk aje.. huhu
ulam pucuk ubi @ singkong.. sayuran wajib sbb depa tak hidang sayuran lain..
aku plak tak bleh kalo tak makan sayur.
cicah dengan sambal hijau.. nampak aje cili padi tapi tak pedas pun..huhu
So.. itu ler makanan padang.. tiap-tiap lunch kami serbu restoran atau disebut RM = Rumah Makan masakan padang. Mudah dan murah. 2 hari berturut kami makan tengah hari di RM Simpang Raya ni. Hari ketiga kami lunch di Kampung Daun. Nanti aku blog pasal Kampung Daun di entry lain. Dan sekali makan dinner hari ketiga di RM Sederhana (juga masakan padang.. RM Sederhana ni ada banyak branch.. kami pergi yg tak jauh dari Rumah Mode).

Pasal makan aje aku bleh buat 2-3 entry agaknya. Wakakakaka.. tu belum cerita hotel dan shopping. Hehehe.. tunggu ye ;) petang-petang skit aku tulis pasal hotel plak.