Sunday, May 30, 2010

gula

So.. what's up with gula? Limited 2kg per family. SO WHAT? Ni aku bercakap dari segi penggunaan gula kepada family biasa okey.. tokey2 kedai makan, kedai mamak, kopitiam, warung2 tepi jalan, peniaga kuih-muih dan segala mcm bentuk PERNIAGAAN yang menggunakan gula sila duduk sana diam2.
Pada hemat perempuan yang jarang berasap dapur nya inihhhh... ngehehe..
Kita tak perlu banyak stok gula pun dirumah.
Ko masak kari, gulai lemak cili api, asam pedas sume tu dengan gula ke?

Aku agak hairan juga kenapa nak marah2 dgn arahan kerajaan limit pembelian gula kepada 2kg per family? Ok ok ok... maybe pasal lifestyle aku tak sama mcm typical malaysian yang lain KOT..

Tu la... nak buat teh tarik... ko guna gula ke? Bukan ke ko buat teh pekat campo dgn creamer atau susu pekat? Ko buat kuih manis untuk makan petang2 tu tetiap hari ker? Sekali sekala buat la cekodok masin pulak... bubuh jagung ker.. lagi sedap.. hahahah..

Apa alasannya untuk simpan stok berkilo2? Aku sangat tidak faham... Kat rumah aku nak mengabehkan sebalang gula tu punya la lama..

Kalo tengok pada pola pemakanan (eh dah bunyik cam profesor nih) rakyat malaya.. rata-rata masakan yg kita masak menggunakan gula ialah kuih-muih manis, kek, pastri dan sebagainya. Apa yang aku nak tekankan disini ialah... makanan2 ni semua adalah makanan sampingan. Kalau dah tau gula mahal.. kurangkan makan benda2 manis nih.. Kalau nak ikut tekak.. mmg la semua pun nak ditelan tiap2 hari.. nak pulak dapat bini surirumah yg sangat terer masak pelbagai kuih dan kek tiap2 petang mcm Nigella Lawson... perghhhhhh... anak2 pun montel je.. baru darjah 3 dah dapat kencing manis.. lepas tu ko risau belanja ubat, belanja sekolah, belanja groceries (including gula AGAIN)..

Okey.. isu pasal gula ni mmg tak abis2. Aku malas nak amik pot.. cuma hairan aje dgn perangai orang yg merungut2 harga gula naik. Tak mati de kalo dikurangkan amount gula tu wei.. Kitorang satu family dah bertahun minum teh o takdak gula.. tak mati2 pun lagi..

Cadangan kerajaan nak kurangkan subsidi gula mmg elok. Kurang subsidi bermakna harga gula akan naik. Bila dah mahal... takde la hantu2 ni nak pi seludup jual kat sempadan.. maka bekalan gula domestik pun takde la lesap entah ke mana. Rakyat pun takde la bising2 bekalan gula dah licin di pasaran.

Dalam hal ni (subsidi gula dihenti atau dikurangkan) bermakna duit lebihan yg kerajaan ada tu... boleh diguna semula untuk rakyat. Ko ingat nak turap jalan depan rumah ko tu free? Ko ingat ko dah bayar cukai tiap2 tahun gives u credit utk dapat segala benda yg ko nak?

Ini aku cerita dari pandangan rakyat marhaen sahaja okey. Walaupun aku keje kerajaan tapi aku pun rakyat biasa jugak. Mintak maaf lah kalau aku tak sebulu dengan rakyat jelata yg lain yang hingar-bingar marah pasal kenaikan harga gula.

Just my two cent.



- Aku malas nak bercerita pasal isu semasa kat blog nih... tp aku tulis jugak.. hehehe -

Friday, May 28, 2010

sanggul tinggi

Aku terbaca note ni kat facebook by a friend of my friend. She tag the note to my frind so I can read the article.

The note is about sanggul tinggi dan berhijab. Contohnya begini...

Haaaaa biasa nampak kan? Cantikkk!! Nampak tudung tu mcm terletak aje kan? Malah diberitakan ada wanita yang sengaja membeli sanggul palsu dan pakai sebelum berhijab supaya bila nak lilit tudung tu jadi cantik sbb rambut mereka pendek atau tak cukup panjang nak bentuk sanggul tinggi mcm ni.

Aku tak pernah terfikir sanggul begini adalah sejenis fesyen. Dah rambut dia panjang.. terpaksa lah sanggul bagi kemas supaya takde helaian rambut yang terkeluar. Aku pun tak pernah menyangka ada orang yang dengan sengaja membentuk sanggul begini sebagai trend fesyen. Nauzubillah.

Anyway, ada hadith berkenaan pemakaian tudung sebegini sebenarnya... mari kita renungkan bersama...
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Alamak... dah cantik2 gini tapi termasuk dalam golongan dilaknat?Aku bukan pakar agama.. sekiranya ada readers yg berpengetahuan dalam isu ini sila kongsi.. I promise I'll approve every comment/s.

terima kasih..

Thursday, May 27, 2010

rembat

Notice what's missing? please ignore badan kete yg berbulan tak basuh tu ye.. ahaks..

Yapp... my radio antenna kena rembat.... AGAIN!!!!!!

Cilaka punya penyamun!!!

Ok. Calm down.
Ceritanya begini.
Tengah hari tadi... lepas meeting unit..
Pukul 2.30 to be exact..
Kecoh sebentar kat pejabat sbb ada staff dept ni telah menangkap seorang mamat dalam keadaan mencurigakan di parking lot kat ofis nih. Budak ni cakap... muka mamat tu pun mcm mat pit dan muka penjenayah pun..

Rupanya... diberitakan ramai juga yg nampak perilaku mamat tersebut seawal pagi tadi time orang sibuk nak punch card masuk ofis. Duk merayau-rayau dkt parking lot tu.. tp takde sapa kisah pun. Kalau orang gila... biar aje la dia bahgia merayau-rayau.

So, mamat tu ditangkap tengah buat percubaan nak kopak pintu kete. Kena belasah 7-8 das juga kut... tp tukang cerita tak cerita pulak samada dibawa ke polis ke idak..

Staff unit sebelah ni pun terasa cuaklah sbb dia ada lcd dalam kete.. maka dia pun pi la jenguk tengok kete dia yg dikhabarkan dah melopong separuh dah tingkap ketenya.
Aku plak takde la rasa cuak pun sbb aku mmg takde tinggal barang berharga dalam kete.
Malas nak turun naik tangga punya pasal..
aku pesan aje le kat staff tu minta tolong dia tengokkan kete aku sekali.

Alhamdulillah... sihat walafiat katanya.
Takde mana2 tingkap yg pecah.

Tapi happy tidak sampai ke senja bila balik keje tadi..
kete sume dah clear kat parking lot..
Rupanya sempat juga kete aku dirampokkk...

Aku perasan antena tu takdak sbb side mirror yg aku biasa lipat
tiba2 dah berada pada kedudukan normal.
Wiper belakang plak tetiba dah tegak..
Disebabkan dah ada pengalaman antena radio kena rampok
masa kat Cameron Highlands dulu...
Aku pun check sekali la antena tersebut.

Haiyaaaa... mmg kena rembat... cilaka lah dikau sekali lagi wahai syaiton nirrojimmmm!!!

Actually takde la marah sgt... tp mmg aku marah sbb antena radio tu berapa duit sangat pun.. RM30++ je... kalau jual second hand pun berapa sen sangat??? Bongok betul.. nak mencuri.. pi la curi benda mahal2 sket... menyusahkan betul la.. balik td dalam traffic jam... nk melalak seperti biasa pun takdak mood. Padahal masa punch card nk balik td punya la happy mood sbb besok cutiiiiii...

Sakit hati betul nak keluar 30 hengget pi beli antena radio kat perodua.
@#%%^*()&&*&^%#$




Wednesday, May 26, 2010

Shrek The Third - Forever After

Semalam aku pi dating tengok wayang dengan Faze.
Dah lama tak tengok wayang berteman.
Book cite Shrek 3 kat Mid V.
Pukul 5.30 balik keje terus ke sana.
Jalan Bangsar jammed seperti biasa kat simpang yg tgh duk renovate tu..
Lepas simpang tu clear je.. park kete kat the garden cam biasa.
Faze lagi awal sampai... kul5 dia dah tercongok kat Robinson. Haha

Ingatkan sampai ke Mid V ngam2 pukul 7..
Show start pukul 7.15..
Rupanya 6.20 aku dah parking dlm the garden.
Sempat la telan hotdog Carl's Jr sebijik...
Sempat juga jalan2 cuci mata tgk selipar Ipanema kat Studio R.
Gatal juga tangan nak beli satu...
tapi nasib baik nafsu serakah tersebut dapat dihalau cepat2..
hehehehe...

So... Shrek 3 : Forever After.
Teruja nih sbb nak tgk 3D sekali lagi selepas Avatar.
Masih kelakar seperti Shrek sebelumnya.
Paling comel semestinya Encik Puss In Boots yang montel gila.
Wakakakaka.. comel gilaaaaaaa..
Feed Me If You Dare!!! kah kah kah

































Haaaa kali ni ada la tukang amik gambar aku dgn spek mata 3D pinjam ittew.


Tensen je sbb kena pulang balik.
Bak kata Zura... kat amerika takyah pulangkan pun spek mata 3D ittew.
Huahuahuahua.. kompius nak gelak atau nak nangis kejelesan... hiskk..

Show habis lebih kurang pukul 9...
tak toleh kiri kanan... kitorang terus balik je..

Tuesday, May 25, 2010

billionaire

saya sangat suka ini lagu... max volume melalak dalam kereta ketika jammed sangat menyeronokkan.. hua hua hua..

I wanna be a billionaire so frickin bad
Buy all of the things I never had
I wanna be on the cover of Forbes Magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

la la la la la ......




Monday, May 24, 2010

APC - done!

Sibuk.

Ya. Minggu lepas adalah minggu sibuk.
Sibuk menguruskan buku cenderamata APC.
Alhamdulillah. Hari ni segalanya berjalan lancar.
Tinggal confirmation utk perutusan daripada KSU dan KP sahaja.
Itu pun diuruskan oleh Bahagian Korporat.
Giliran aku pula mengerah bahagian lain buat kerja. Huhu..
Tadi aku dah serahkan softcopy design cover buku pada STM dan KEW.
Lega dihati. Boleh concentrate utk kerja hakiki pulak.
Banyak kerja hakiki tertangguh sbb urusan buku APC nih.

Anyway, alang-alang ke Sg.Buloh untuk finalised design dan
isi kandungan buku tersebut.. aku berkesempatan ke
IKEA menikmati meatball.
Hmm.. makan sorang2.. tak sedap mana pun kan ;-)

Sempat juga la aku membeli quilt cover 1 set saiz queen
yang hanya berharga RM39!!!!
Bleh meroyan kalau tak beli. Hahahaha..

Sesungguhnya saya agak happy di hari Isnin yang mulia ini.
Facial clarins pada hari Sabtu lepas pun membawa
pulang kasut vincci 2 pasang.
Ya. Saya sudah sangat lama tidak menshopping sorang2.
Owhh.. nikmat menjadi perempuan.

Maka kita tunggu aje lah hari Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada 3 Jun depan hokeh.
Ada rezeki nanti turn aku pulak naik pentas dapat
cheque seribu $-) pakcik kayo..

p/s: ada yang bertanya apasal tak tepek cover buku APC yang riuh sangat diblogkan inih? special sangat ke sampai aku mengadu berentry2? hmmm... mintak maap.. harta intelek.. kalo ko ditugaskan untuk urus buku APC kat jabatan ko... ko pikir lah sendiri camne nak buat dia cantik, lain daripada yang lain.. tak dapek den nak nolong... wakakakakaka..

ya.. saya kedekut. ko nak idea.. meh belanja aku laptop.. tak banyak.. aku nak sebuah je.. :D *wink*

Monday, May 17, 2010

apebendantah

Hari Jumaat lepas tetiba aku naik angin dengan big boss. Mula-mula... aku telah dilantik untuk menguruskan penyediaan buku cenderamata untuk APC secara paksarela. Fine! Berkhidmat untuk negara la katakan. Walaupun aku tak faham apa-apa pun proses menyediakan satu-satu buku tersebut. Blur sungguh la ni namanya. Unprepared and unaware ape benda yg telah di buat, sedang dibuat dan telah dibuat.

Daripada pengalaman senior staff kat sini takde banyak masalah. Design buku bagi aje kat syarikat cetak. Depa ada designer sendiri. Kita bagi konsep je.

So fine. Aku delegate pada senior staff yg biasa buat. Tup2... huru hara jadinya. Top management tak suka dgn cover yg designer buat. Padahal masa aku buat survey pada semua staff.. depa kata cantik. Naik maigraine aku dibuatnya. Dengan designer sekali naik mengamok. Ape lagi yg tak kena??

Sudahnya hari Sabtu aku 'keje overtime yang tak berbayar' and pergi ke ofis designer kat Sg.Buloh. Aku terangkan balik konsep mcm mana yg depa patut buat. Aku pun melangut la berdiri belakang designer tersebut tengok depa buat keje. Eh... dalam masa 2 jam dah boleh siap 4 alternatif. Boleh je siap. Yang bising2 membentak-bentak kat aku 'tak boleh buat' tu pasal apa? Hantu betul lah..

Pukul 12 aku blah... tatau nak pi mana. Sudahnya aku singgah ke MBO Galaxy Ampang. Nama je dekat dengan rumah.. tapi tak pernah pegi pun. Hangin punya pasal... aku pun singgah. Terus beli tiket tengok Ironman2. Haaaaaa... saya sangat sukaaaaaaaaaaaaaa sbb free parking dan sangat tak ramai orang. Wakakakaka....

Petang pun boleh berehat dgn aman. Siap bawak budak2 pi main basikal kat playground.

Esoknya... aku sibuk mengemas rumah. Ntah kena penyakit apa... rambut berguguran merata2. Sakit hati nak menyapu... last2 aku vacuum je semua. Tuko cadar, tuko langsir, dobi baju dan segala mcm lg lah. Keje itu sahaja dah sampai ke petang. Hahaha..

Bila anda susah hati... pergi lah menonton wayang sorang2..
Bila anda susah hati... kemas lah bilik anda..
Bila anda susah hati... get a good resttttt...!!!!