Wednesday, August 4, 2010

holaaaaa

Holaaaa blog,

Lama gak aku tak update ek? Too much to say and too little time to write. And baru tadi aku ada masa nak transfer gambar ke dlm laptop. Dah transfer.. malas pulak nk touch up and upload.. huhuhuhuhu..

Banyak benda nak story.. nak start kat mana dulu ntah... tu blom campo yang aku dah lupa what to blog about. Lantaklah. Bukan ada pekdah sgt pun... tulis merapu2 je lebih. Abis kuat pun aku mengadu aku byk kerja. Hahaha.. mmg la banyak.. suka tangguh kerja.. tak baik tau!!

Anyway alhamdulillah. 2 kerja tertunggak tersebut dah nampak bayangnya. Bos pun dah komen.. so ada lah pindaan sket2. Hati dah lega.. so bleh la aku picit2 game kat facebook tu sebentar. Dan jenguk2 blog juga. Eh.. tiap2 hari aku jenguk blog cuma tak sempat nk tulis apa2 je. Regarding on pengesahan dalam perkhidmatan awam pun dah dlm proses. Pegawai hr kpkt tersebut telah dapat dihubungi. Sket time lg dia pos details yg diperlukan. See.. thats why kepala ringan sket.

Minggu lepas lagi la mcm zombie.. siang mlm pikir pasal report.. tu yg boring tu bila buat RnD ni.. mcm buat thesis... nak kena ada kaedah.. teknik.. rujukan.. analisis.. sampel.. bla bla bla..

Muahahaha.. tapi kadang2 seronok gak tulis report.. tgk subject matter la kut.. cuma aku ni malas je. Uhuk..

Friday, July 16, 2010

Rossi is BACK!

Yeyyy punya la suka pagi-pagi dah dengar this very good news kat flyfm masa tengah drive pi keje.. The 'doctor' is back!!!!
ni masa dia jatuh kat Mugello Circuit
-picca from motogp.com-

Gila la.. only after 6 weeks crash patah tulang.. bleh start masuk track this weekend. Huhuhuu... dah 3 kali asyik tengok MotoGP yang bosan since dia tergolek kat Mugello Circuit bulan lepas. Sure gelombang kuning meriah gila kat Germany nanti ek. Dia takdak pun fan kaler kuning tu bersepah kat keliling track. Ini kan pulak time dia masuk balik lps operation. Fuhhh..

Nanti kita tengok sama-sama the MotoGP kalo dia bleh asapkan si Lorenzo tu ek. Boring gila asyik2 mamat tu je naik podium dgn Pedrosa. Sebbaik dua-dua jambu. Wakakakaa..

Happy Mode Officially ON! *wink*

Thursday, July 15, 2010

definitely Jacob


Question : If u had to choose between Edward and Jacob. Which want do you prefer?
Answer : -sda-
Semalam balik dari Penang aku terus singgah ke MBO Ampang. Kali ni tengok pilem kesukaan ramai.. Twilight Saga : Eclipse.

Anyway.. I can't comment much about the movie sbb aku tak baca buku dia. Tapi aku ada tengok kedua-dua movie sebelum nih. Dari 1st movie lagi I keep eyeing on Jacob the wolf. Lebih-lebih lagi bila dah dah potong rambut dan asyik showoff body sampai Edward pun naik bengang. Haha..

So why Jacob? No particular reason. Aku punya suka la nak suka yang mana ye tak? Same goes with my 'future' man.. I'm not putting high standard on 'him'. Aku ukur baju dibadan sendiri. Aku sendiri pun tak tentu hala takkan nak cari yg tinggi sgt standard.. ye tak? Even standard dah turun, itu pun kemain susah nak cari 'the one'. Mungkin sbb aku terlupa nak doa about jodoh kat Raudah dulu kot. Wahhhh... Seruan panggilan sekali lagi ke nih? Hehehe.. insyaAllah.. niat dalam hati..

Bila balik aku terpikir blk about this movie.. apa yang best sangat pun pasal Twilight? Minta maaf banyak-banyak la kpd semua die hard fan depa ni seluruh dunia. Vampire romantik. Agak best jugak. Warewolf romantik pun ok juga. Hensem plak tu. Hahaha.. Kesian plak kat si vampire ni tunggu berkurun-kurun nak jumpa girl yang dia suka. Baik takyah hidup immortal kalau sepanjang hayat tu jiwa kosong je. Errr tak byk beza pun dgn aku yg manusia nih. Cuma aku ni bila-bila masa bleh meninggalkan dunia. Hmm whatever. Sapa lagi nak kesian kat diri sendiri.

Elemen lawak pun ada gak dalam movie nih tau. Especially time si Bella dgn Edward lari pi camping kat atas gunung and depa yang lain tu pi fight dgn The New Born. Datang si Jacob pi peluk gf member tu depan mata sbb si Bella dah nak mampos kesejukan. Hahaha.. tak ke hangin. Tapi nak buat camne kan. Bak kata Jacob "You must admit that I'm hotter than you"..

Kalau aku jadi si Bella.. peratus untuk si Jacob ni tinggi sket kut daripada si Edward. Ko tak payah nak convert jadi kuntilanak. Bleh idop mcm manusia biasa. Protection bagus. Prospek bagus. Ape lagi nak? Cinta? Tu lps kawen bleh develop slow2 sbb chances si Jacob nak tinggalkan ko pun rendah pasal dia yang duk gila kat ko. Hahahaa.. anyway.. aku dah ckp tadi... aku tak baca buku dia. Aku tatau ape jadi. Takmo google pun. Tunggu je la movie seterusnya okeh.

Monday, July 5, 2010

sebal

Dah lama aku tak marah orang dalam blog nih. Hari ni mmg temper gilaaaaaaaaaaaaa!!!

Tahun lepas before hari raya puasa.. aku dah hantar by-hand semua dokumen untuk proses pengesahan dalam perkhidmatan kepada hr jkt. So, bila follow-up depa kata dah hantar kepada hr kpkt. Hati pun lega. At the same time aku pun ada submit untuk proses penyelarasan gaji juga.

Tak lama lepas tu sibuk pulak bila dapat bertukar ke jpbd.

Aku follow up proses penyelarasan gaji tu.. mmg dah ada nama dalam sistem spa. Selamat! Start from April berkuatkuasa dapat gaji tangga baru. Tapi disebabkan bertukar ni... merapu-rapu sket lah proses dia. Takpe lah. Janji proses dah lulus dan bulan depan bleh dapat gaji baru.. insyaAllah.

Anyway mmg sengaja malas nak follow up pengesahan dalam perkhidmatan tu. Tak tau la phobia ape benda ntah. Tapi gatai2 juga tangan call hr kpkt. Tapi manjang la tak dapat bercakap dgn the person in-charge. Aku pun tak berusaha nak call banyak kali. Selama ni.. aku dengar je kawan-kawan duk mengamok pasal urusan dengan hr. Aku plak tak pernah ada bad experience dgn depa. Gaji ke.. cuti ke.. pengesahan lantikan ke.. semuanya okey sahaja dan tak perlu nak follow-up beriya. Tau-tau dah settle.

Tapi kali ni... saja gatai la terbuka hati nak check kat portal spa. Aku pun masukkan nombo kp. Tiba-tiba dia keluar...
Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.
Aik! Takkan daripada tahun lepas si hr ni tak hantar lagi segala maklumat ke spa untuk di proses? Ni mula la nak naik suhu badan. 


Aku pun call la lagi si hr kpkt. Buat pertama kali orang yang dicari tu angkat. Selama ni aku call.. dia bercuti.. atau paling best.. tak angkat langsung!! Segera la masalah tersebut diadukan. Dia bleh cakap. 
Ermmm... tak pernah dengar pulak nama ni. Saya pun baru ambil alih tugas ni daripada pegawai yg dulu.
Adoyai... lemau btul. Aku takut jadi masa surat penyelarasan gaji aritu. Dorang perammmm sbb tak jumpa fail aku. Memang la tak jumpa... pasal buku tu dah selamat sampai kat jpbd nih. Hahaha.. bengong betul lah.

Terus aku call hr jpbd ni pulak. Sebbaik la pegawai yg angkat tu menjawab dengan berhemah segala soalan bernada temper daripada aku. Bukan salah hr kat sini pun kan. Dorang akan cuba sedaya termampu lah. Alhamdulillah... ada gak orang yg nak membantu. Besok kena call lagi sorang officer yang in-charge benda-benda ni. Hari ni dia cuti. Eeeeee..

Thursday, July 1, 2010

the fondest memory in Cameron Highlands

Pagi tadi... Driving to office and stuck dalam jem. There're 4 hot radio channels yang aku duk dengar. Sudah pasti channel-hopping between them lah kannn. Pagi ni topik kat redfm was.. 'what is your fondest memory in Cameron Highlands'. They got this topic because of this article which published on Tuesday.
Cameron Highlands farmers face off with authorities over road project 
By SYLVIA LOOI and IVAN LOH
CAMERON HIGHLANDS: About 400 farmers in Bertam Valley here blocked the main road for three hours Tuesday to prevent enforcement officers from tearing down their farms to make way for a road project.
The farmers used their vehicles to block the road, causing a 2km traffic jam. The standoff lasted from 8.30am to about 11.30am.
Several enforcement officers managed to enter the farms during the standoff, and removed flower pots and destroyed vegetables by the side of the road, although no fights broke out.
Health Minister and MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is also the Pahang MCA chief, and state executive council member Datuk Hoh Khai Mun arrived at the scene to defuse the situation, and asked the enforcement officers to stop their operations.
"Liow said he will meet Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob to discuss the matter," Bertam Valley Village Development and Security Committee chairman Tung Cheok Nam said.
Tanah Rata state assemblyman Ho Yip Kap said about 110 farms were located on a piece of land in Bertam Valley earmarked for the construction of a 79km federal road to Kuala Lipis.
District officer Datuk Mohamad Noor Abdul Rani could not be reached for comments.
At a separate function, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the problem faced by the Bertam Valley farmers would be discussed in Wednesday's presidential council meeting.
"Both the farmers and authorities should cooperate to solve the problem of illegal farming," he told reporters after opening the Cameron Highlands MCA division service centre in Tanah Rata here.
He said the party would prepare a paper on the matter and give it to representatives in Pahang to be brought up at the state exco meeting.
Liow, who was also present at the opening, said the farmers had encroached into road reserves meant for the project.
He said Adnan had agreed to stop all enforcement pending discussions with the farmers.
Hmmm... maleh aku nak komen about the article. FYI, DUN Cameron Highlands adalah BEBAS. Parlimen plak MIC - BN. Aku tak pasti lah jalan baru mana yang diprotes nih. Setau aku jalan baru menghubungkan Kuala Lipis - Lembah Bertam mmg dah lama ongoing construction. Dah nak siap pun. Setelah siapnya jalan baru tu maka Cameron Highlands akan ada 4 akses utama menghubungkan Tapah, Simpang Pulai, Lojing dan Kuala Lipis. Anyway... seperti yang aku cakap tadi... aku tak pasti lah jalan yang mana di maksudkan oleh penulis artikel tersebut. Mungkin ada jalan baru yang lain agaknya.

Kalau cerita pasal illegal farming pulak mmg letih wooo.. orang di PTD (Pejabat Tanah dan Daerah ye bukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tau) mungkin lebih tau duduk perkara terutama my former boss YH Dato' lah. Aku ni dah takde kena mengena dgn CH. sob sob.. tapi gatai juga nak tulis.. huhu

So coming back to tajuk. It's been 6 months I am officially moved back to KL after work and living at Cameron Highlands for almost 3 years. Takde la lama sangat kannn. Tapi.... berapa lama sangat masa diambil untuk jelajah Cameron Highlands anyway? Pekan Tanah Rata tu... ujung sini sampai hujung sana... 15 minit dah settle. Hahaha.. Brinchang? Pusing 1 round abis kuat sengah jam kalau stuck dalam jem. Kea Farm? Kalau jalan saja... sengah jam pun dah settle unless ko singgah setiap gerai dan bargain setiap kali singgah.

Pokoknya... tak lama pun masa di ambil untuk melawat Cameron Highlands. Yang lama adalah... stuck dalam traffic jammed tambah masa yang di ambil untuk tolak selimut ke tepi bila bangun pagi. Haahhaha..

Ok.. in three years of observations.. takkan takde my own fondest memory kan. Check it out :-




The weather - Many people said CH panas and not cold anymore. Sadly.. it's half true. Especially on weekend and peak seasons. Local people (used to be me) mmg seronok dapat panas time weekend sbb kain jemuran kering di ampaian. Kalau idak... amik masa 3-4 hari gak kain baju tu 'lepak' kat ampaian tak kering-kering.. haha.. Tourist pulak menyumpah sbb they expect the cold weather la kan.. tiba2 dapat panas mcm kat lowland pulak.. sure la hangin kan. Hehehe.. kesian. Actually the best timing to go to CH is not on school break or any long weekend and try visit between July - Sept. From my own observation.. masa ni cuaca lagi sejuk berbanding end of year, dan tak yah tunggu lepas hujan nak tengok kabus turun. Time ni la nak jakun kuar asap masa bercakap... huhuhu takyah duk luaq negeri woo to experience it.. 

 read full entry here







Strawberry - One of killer product of Cameron Highlands. Seronok gak lepak2 kat Strawberry Farm. Petik strawberry 2-3 bakul. Lepas tu order strawberry ice cream or pancake. Fuhhh nikmat dunia. Dulu.. time lunch hour.. aku suka la ajak staff pi lepak makan ice cream. Hahaha.. kalau weekend mmg tobat la nak pergi. But weekdays? Heaven!!! My recommended location utk makan ice cream yang best adalah; Raju Strawberry Farm (Kea Farm), Big Red Strawberry Farm (Brinchang) & Kasimanis Strawberry Farm (Tanah Rata).


 read full entry here



Strawberry ice cream kat Raju's Strawberry Farm
 Strawberry ice cream kat Big Red Strawberry Farm



Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Kalau taknak strawberry ice cream.. bleh try home made cone ice cream. Ada macam-macam flavour.. salah satu yg aku suka - passion fruit ice cream. Pi cari kat Time Tunnel Strawberry Farm (between Brinchang and Kea Farm).
Tea Plantation - Ada 2 tea plantation beso kat sini. Satu Boh Tea Plantation dan satu lagi Bharat Tea Plantation. Eh.. Boh Tea Plantation tu ada dua tau. Tapi yang famous adalah yang kat Sg.Palas. Alaaaaaa yang iklan Malaysia Truly Asia kat tv tuuu. Bharat Tea plak mmg betul2 kat tepi jalan. Sebelah kiri kalau korang daripada Tapah. Kalau terjumpa Hummer kat Tanah Rata. Tu kete owner dia la. Aku bangga lah sbb dia Malaysian dan aku kenal dia. huhu statement ape ni? Boh tu plak lain cite lah.. dia multinational company. Anyway.. mana-mana pun best utk lepak2 sambil ngeteh sambil jamu mata sambil makan pie.. auww... heaven!!
Fresh veggie - Before and while stayed at CH, I'm not really appreciate fresh veggie. Nama pun sayur.. sama je la kan. But since I moved back to KL.. wallaaahh susah rupanya nak cari fresh veggie kat KL ni (or aku yg mmg susah nak pergi pasar? kah kah kah). Kalau dulu tiap2 hari makan salad. Now terasa 'mahal' pulak nak beli organic veggie. Ko boleh dapat 3 pokok salad yang rimbun nak mampus for only RM5. Dekat sini.. sepokok tu berharga RM4.99 ;) Hmm.. its your choice. Kuar duit dari poket sendiri. Masuk pun kat tekak sendiri. Sesungguhnya shopping fresh veggie di CH adalah amat menyeronokkan.
Bunga - Sebelum jejak kaki kat CH untuk bertugas.. dah beberapa kali aku pi sana. Masa pergi tahun 2003 with my family ada banyak wild flowers kat tepi jalan. Especially yellow lily. Then aku pegi lagi on 2005 dgn Faze & Yan. Tapi frust sket sbb dah takde bunga kat tepi-tepi jalan. Then 2007 aku pi keje plak kat sana. Masih frust sbb CH got poor town landscape among tourist city kat Malaysia. Ape guna kalau berupaya export bunga sampai luar negara tapi tempat sendiri togel *sigh* sampai la aku bertukar.. mcm gitu juga lah rupabumi CH. Agak kecewa lah walaupun seronok dapat beli fresh flower murah2 kat sana. Sempat la walimatulurus 2 orang my best friend melaram dgn fresh flower specially brought from CH. Hehehe..
So.. which one is the fondest memory of CH? Of course lah dapat cakap-cakap kuar asap kan. Jakunnnn I tell you!!!!

p/s: malas nak tepek gambar... nanti rajin aku buat ek... hehe ada baaaaaanyak lagi gambar sebenarnya... yang buh dalam entry tu sket je.. kedekut gambar betul budak sorang nih.. ;) semoga aku mendapat petunjuk dan hidayah utk mengupload beberapa keping gambar lg.. aminnnnnnnn

















Monday, June 28, 2010

Seremban

Hari ni aku sefamily pi Seremban seperti yang dijadualkan. Ecewah.. banyak la ko punya jadual. Pukul 11 kitorang beramai-ramai pakai baju cantik-cantik pi hantar kak long pi keje. Hahaha.. lepas tu strettttttt ke Seremban ikut highway baru. Sejak testing highway baru tu masa balik dari JB ari tu... kitorang kinda jatuh cinta gak la dgn highway tuh. Punya la seronok nampak signboard Kuala Pilah. Hahaha.. lengkali takyah menderita ikut jalan hutan simpan Kuala Klawang sana nak balik kampung. Errr macam la tiap2 bulan balik kamgung kan. Selagi tak raya takde la nampak muka kat kampung tu der.

Okay.. jumpa abah & mummy kat petronas sebelah giant saujana impian sana. Lepas tu konvoi bersama-sama lah. Abah tunjuk map dalam kad kawen tersebut.
Taman Rasyibah Indah, Jalan Sikamat, Seremban.
Nampak macam tau.. macam tak tau pun ada gak. Takpe lah... kita redah je. Ada 2 exit utk ke Seremban. Satu namanya ape ntah dah lupa... satu lagi Ampangan. Abah kat kete depan dah kompius nak keluar exit yg mana satu. Hahaha.. kitorang kat belakang mengekor aje lah. So bila keluar aje kat exit Ampangan tu... kitorang dah macam tercangak-cangak. Where the hell are we? kah kah kah... mintak mahap oghang somban... den ni namo yo beghanak sanun tapi bumin dibuek eh.. ontah mano toboh eh ni..

Dah sampai ujungggggggg baru la perasan... eh ni rumah kak cik dulu ni. Hahaha... yey sampai simpang jalan Seremban-Kuala Pilah. Abah pi kiri nak ke Paroi. Jalan ni mmg aku familiar sgt la sbb sempat la kerja 3 bulan kat paroi selepas grad. Eh... sehari selepas hantar thesis. Blom confirm grad lagi pun. Nostalgia ek?

Drive punya drive... eh kat mana UiTM Seremban? Kem Sikamat? Adehhhh.. Ini sudah salah jalan daaa.. aku try call Ujang. Classmate aku dulu. Tak pickup call plak. Hantu betul. Akhirnya terpaksa la aku call Has minta nombor tepon Jimi. Ex ofismate masa keje kat paroi dulu lah. Maka dia pun bg la direction ke jalan yang benar. Punya la happy nampak signboard Jalan Sikamat dan signboard kem sikamat. Kitorang pun bagi signal kanan.. masuk ke Jalan Sikamat. Amik ko... sikit punya panjang jalan tu. Langsung tak nampak landmark di dalam peta. Aku dgn along dah maki gila-gila dah kad jemputan kawen tu. Sudah nya berenti tepi jalan tanya kat makcik jual goreng pisang. Dia kata patah balik... jumpa traffic light belok kanan. Jumpa masjid belok kanan lagi. Kitorang pun ikut la saranan beliau. Huh... terus sampai Kolej Tafe. Hahahaha... taman taman taman taman tiba2 jumpa kolej kat ceruk tuh. Gila kesian kalau budak2 tu nak menapak keluar carik bas.

Masalahnya... blom jumpa gak lagi signboard Taman Rasyibah Indah. Takpe... kita test pi terus sampai traffic light kat depan kem.Try belok kanan. Haaaaa jumpa signboard kecik "Nina & Alie". Lahabau betul.

Kitorang pun ikut la signboard kecik tu. Baru la jumpa landmark-landmark di dalam peta kat kad jemputan. Tapi still tak puas ati sbb kedudukan landmark dalam kad tak sama langsung. Sebbaik ada signboard kecik tu. Sebbaik kitorang nampak signboard kecik tu. Serius! Memang kecik.

Akhirnya sampai la ke rumah yang dituju. Itu pun tak sama gak kalau tgk dalam peta kad jemputan. Along cakap apa tau "aku yg bukan town planner ni pun lagi pandai lukis map kut". Haaa amik. kekekekekek pakkan la tuan rumah ni pangkat tok saudara. Kalau kawan-kawan... dah lama kitorang bahasa kan aje. Rasanya selama ni tak pernah pun mengalami kesukaran mencari rumah pengantin walau macam mana simple pun peta nya. Along berasap kepala bila dimaklum kepada tuan rumah... lps tu atok aku tu ckp ape tau.. "ala somban pun sosek"... eeee sebbaik la ni pertama kali aku jumpa ko. hahahaha.. anyway.. saudara mara sebelah abah ni mmg ramai yg kitorang tak kenal. Abah kenal la sedara mara dia. Tapi aku & along mmg 'checkmate' abis la. Bila tanya abah.. dia pun tak reti nak terangkan susur galur sendiri. Mummy pulak tolong jawab padahal dia pun sama mcm kitorang... tak pernah jumpa gak. hahahaha.. abah den..

Kitorang sampai sama time dengan pengantin berarak kompang bagai. Sesak sket lah. Serbu makanan la kan... perut dah kelaparan. Lauk agak best. Aku sempat snap lauk gulai umbut ni je. Suka plak si Aqil makan umbut. Sedap kut.

Lps makan baru la sampai sesi beramah-mesra bersama pelanggan saudara-mara. Rupanya bukan kami aje yang sesat barat. Pak long and geng pun sesat sampai ke Senawang sana. Itu pakai GPS tu. Wakakaka.. Taman Rasyibah Indah takde dalam GPS kut. Yang dah kat senawang tu bukan ke Taman Rasyidah Utama? Huuhuhuhu ntah. Jangn tanyo kek den.

Lagi yang best masa along salam dengan pengantin yang tengah makan beradab.
Pengantin : Terima kasih bang, sudi datang.
Along : Sama-sama, tapi nak bgtau.. saya ni pangkat anak saudara. Tahniah ye pak cik.
Pengantin pun melopong sebentar. Wakakakakaka..

** macam biasa... gambar ditepek kemudian.

Sunday, June 27, 2010

karate kid

Tengah hari semalam aku ke rumah Faze.. kebetulan mak dia mai KL nak uruskan pertukaran adik Faiz ke kolej kat kedah.. Borak punya borak aku terjual 10 pack toxic patch dan 2 helai anak tudung kat mak dia. Muakakaka.. punya la happy. Lepas tu adik Faiz ajak pi shopping.. dia nak beli 2-3 lai tshirt. Aik! Ajak aku? huhuhuhu aku layankan aje.. sure la pegi dgn Faze skali kan..

So hari ni lepas tgk world cup repeat Chile lawan Spain aku pun siap la nak keluar. Tiba2 abah dan mummy sampai. Huhuhuu... biasa la dapat kunjungan hormat cam gini... takkan tiba-tiba aku main blah keluar je kan. Layan borak la dulu. Planning nak pi Seremban esok. Counsin abah kawinkan anak. Ayah cousin abah tu adik beradik lain mak dgn arwah Uwan Yam. Alaaaa... mcm abah dgn Pak Long Jamal la... tapi abah satu mak lain ayah. Ada paham?? Pening? Ada aku kisah ko pening? kah kah kahhhh

Ok sambung... Faze bg sms bgtau dia pegi IOI dulu. Nanti jumpa kat sana lah. Oriet. Mo mantai. Lepas abah dgn mummy balik, aku pun merempit terus ke IOI. Sampai kat IOI aku pun call la dia. Tiba-tiba ko tau dia kat mana? Kat Jusco Taman Equine!!!!! Ayyooo.. apasal ko tak bgtau aku tipahh.... kalau aku tau tadi... baik aku ddk rumah je. Hampeh btul. Mamakkkkkkkk!!!! Hati panas satuuuuuu!!!!

Dah tu nak buat apa kat IOI sorang-sorang nih? Grrrrrrrrr..

Tarik napas kuat-kuat... Hembusssss... Inhale.. Exhale... Inhale.. Exhale.. sampai tingkat 2 Jusco.. ladies department. Tiba-tiba aku terbeli 5 helai t-shirt. Bagusss... terapiiiii minda... terapi lah sangat..wakaakaka

Lama aku tak pi IOI ni. Sejak benti keje swasta dan masuk keje gomen ni bleh bilang dgn jari la bape kali aku jejak kaki kat sini. Rupa-rupanya ruang lantai IOI dah bertambahhh!!!!!!!! Aritu lalu depa tengah construction lagik... dah siap rupanya new wing IOI nih :D suka suka suka... aku terlupa plak Faze pernah cerita pasal TGIF IOI. Sure la kat new wing kan... dulu mana ada TGIF. Tapi aku tak singgah pun kat mana-mana kedai mkn di new wing. Masuk Kenny Rogers jugak. hahahaha.. Depa buh dadah ke dalam mac & cheese depa hah? Hantu betul.. Ada promo baru... 1/4 meal + garden salad harga mcm beli 1 je. Hehehe... gila sayur kan.. order satu. Time nak bayar.. aku tengok ada discount 10% utk rhb cc holder. Ape lagi.. 10% bersamaan rm1.25 pun aku berkira. Kiasu la katakan. tapi cik cashier tak perasan cc aku tu rhb. Dia caj macam biasa. Tak kira!!! Aku nak bil baru. Kelip-kelip adik waiter tu pi ke cashier semula sementara aku ketuk-ketuk pen kat meja macam orang kaya. Poooorahhhh... hahahahahah..

Perut dah kenyang.. aku pi la ukur new wing. Uuuuu ada MNG di IOI.. kehkehkeh... jakun. Dulu cody-cody je kedai kat IOI nih. Bagusss.. ada peningkatan. Terjumpa satu belt yang mcm best kat situ. Sebbaik sedar diri. Maka tak jadi rembat. Baik ko keluarrrr dari MNG tu sekarangggggggggg..

Naik escalator.. nampak kamdar. Wahh.. mmbr aku cakap kain cotton murah kat sana. Jenguk jap.. hmmm... ada diskaun rm6.25/meter. Bleh tahan gak. Belek-belek.... Kembang-kembang bijik mata. Uwaaa.. semua pun cantik. Camne nih?? Menyampah btul shopping kain ela sorang-sorang. Jiwa rapuh. Tak bleh buat keputusan dengan tepat. Hahahahaha.. Sudahnya aku tak beli apa-apa... lalalala

Then 'ter'singgah ke GSC. Tengok movie list. Aaaaa karate kid. Jeling jam. Pukul 430. Show pukul 530. Hmmm... ushar keadaan kaunter. Bleh tahan tak berlingkar sangat nak beratur. Hiyarghhhh!!! Masuk barisan!!! Yeyyyy.... karete kid pukul530 satuuu...

Ada byk masa lagi ni. Kita nak buat apa? Popular! Dulu kat IOI ada kedai buku popular. Bukan ke 1 level dgn GSC? Errr tu kat old wing. GSC kat new wing ni kat level 4. Old wing kat level 3 kan? Aku turun balik tingkat 3. Haaa tekaan ku benar.. popular masih wujud kat situ. Mcm biasa... masuk kedai buku kita terjah fiction section. Scan novel-novel yang ada di pasaran. Hmmmm tak menarik. Lately aku naik menyampah baca novel melayu. Jalan cerita lebih kurang aje. Cintan cintun remaja.. masalah rumah tangga... antara dua darjat.. klise aje semua. Bukan takde yang best.. tp dengan lambakan novel klise cam gitu buat aku muak je. Aku cari penyendal buku. Nak sendal buku-buku yang makin bertambah kat ofis tu. Comel je gambar siput kaler biru. Yup! Blue snail. Huhuhu.. Tapi cam tak best plak beli seketul benda tu aje kan. Last-last aku beli gak novel melayu sebuah. Ape tajuk ntah. Lupa dah.. nanti kita buh dalam stack novel yang belom baca / habis baca tu ek ;-) tambah lagik... bilanya nak baca woi?

So amcam karate kid? Movie ni remake kan? Tapi aku dah lupa la karate kid dulu tu camne. Lupa nak ulangkaji dulu. Takpelah. Layankan aje. Jaden Smith berlakon. Dulu tengok dia berlakon rambut kembang dgn bapak dia dalam movie 'Persue Your Happyness'. Hehehe... banyak kali aku tengok movie tu masa crush dgn mamat broker saham dulu. Now si Jaden tu dah beso. Rambut dah pled cantik-cantik.

Aku tak reti nak buat review kan... tapi ada few things yang aku notice about this movie...

  1. Tukang jaga projector GSC IOI ni bikin hati panas. Time iklan okey je. Movie dah start baru ko nak ejas-ejas itu projector. Crowd dah jerit suruh ulang balik.. tapi depa buat bodow je. Dulu ada sekali... lampu lupa padam. Dah suku movie baru nak padam. Eeeeee patut la aku dah lama tak tengok wayang kat IOI ni pasal operator cam tah pape.. tapi manusia mudah lupa kan... thats why laaa.. 
  2. Si Jaden ni bagus berlakon. Tak sesia mak-ayah pun pelakon. 
  3. Bila ada Jackie Chan... jadik lawak gak movie nih. Tapi 1st time tengok Jackie Chan nangis. Touching gak ar. 
  4. Aku belajar perkataan baru hari ni.. xiao = little
  5. Masa scene Xiao Dre lawan final dgn si Cheng.. bukan setakat crowd dalam screen je bersorak... crowd luar screen pun bersorak tepuk tangan. Hahahaha... teruja gak aku. Actually scene lawak yang menjadi pun depa tepuk tangan beramai-ramai gak. Huhuhuhu... bersatu hati ke apa nih? Ada hidden camera rakam audien ke? Wakakakaka.. 

Tatau kenapa... almost everytime aku tengok wayang... kak long akan sms aku. Wakakakaka... suratan atau kebetulan? Padahal dia bukan tau aku pi tengok wayang pun. Isk.. Kali ni dia pesan KFC plak. Layannnn... mak buyung mmg macam-macam..

Woi... dah pukul 1 pagi!!!!!!!!! Esok nak bangun pagi.. laundry baju before pi Seremban. Aku mo tido dulu lah. Guten Natch!!!