Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Nobody Knows

So let everyone knows....

Errr ok.. maybe not everybody. Arghhhh.. I'm so in pain right now.

Hear listen..


The nights are lonely, the days are so sad
And I just keep thinkin' about
The love that we had
And I'm missin' you
And nobody knows it but me

my heart is callin' you
A million words couldn't say just how I feel
A million years from now you know
I'll be lovin' you still
Beautiful lyrics eh? Jiwang and rusty.. kah kah kah..

Monday, October 26, 2009

I was born to love you

Layan jiwangz meh..

Monday, October 5, 2009

taman bahagia hati kembang

Stesen LRT Taman Bahagia tiada kena mengena dengan ini entry. Hahaha.. yang pasti saya sangat bahagia saat ini..

Hari Sabtu lepas aku call chenta sebagaimana biasa. Tengok2 Andy his bestfriend yang angkat. Kelakar sebenarnya kalau chenta bagi aku bercakap dengan kawan2 dia sbb semuanya tak reti ckp omputeh... dibantainya ckp Italy dengan aku.. aku pun ape lagi.. aku bantai cakap melayu plak dengan kawan dia. Last2 pakat ketawa jer dua-dua. Hahahaha..

Tapi kali ni aku bersembang lama dengan Andy sbb chenta tgh drive. Dorang on the way nak pergi Bern. Hari tu pergi Zurich ambik amp. Kali ni pi amik piano plak. Ntah ape projek ntah. Nak jadi artis plak ker dorang nih? Wakakakaka..

Tiba2 riuh pulak si Andy ni nak bersembang. Aku dengar la dia tanya chenta words in italian and chenta tolong translate for him. Hua hua sangat comel.

Dia tanya bila aku nak gi sana. Aku hentam je ckp next year. Ecehh macam kompiden jek.. poyo betul. Hahaha.. Yang paling aku tak tahan.. dia cakap chenta byk cerita kat dia pasal aku. Hah! Aku ingat org lelaki tak bercerita sgt pasal perempuan sesama dorang. Baik cite pasal kete ker.. muzik ker.. bola ker.. Owh.. tersengih manjang.. maybe sbb chenta dah macam adik-beradik dia kot. Kalo bergaduh dgn girlfriend.. dia pi cari chenta. Kalo tengah bergayut kat phone dgn aku pun dia sanggup pi layan Andy tu kejap, lps tu br sambung layan aku pulak. Memang bestpren la. As for me.. I don't mind. Dorang dah kenal berkawan berbelas tahun. Aku ni kira orang baru dalam hidup dia. Takkan aku nak suh dia pilih antara bestfriend dan girlfriend. Kalau aku kena suruh pilih mcm tu pun aku rasa mcm nak mengamuk. Hahaha..

Yang pasti.. ada satu statement from Andy yang buat aku rasa nak melompat2 happy mcm nak pengsan. Statement yang aku tak pernah dengar daripada chenta sendiri. Apakah statement ittew??? Syyyy.. dendiam.. simpan dalam hati ;) tu pasal hati aku kembang setaman. Hahahaha..

Love is in the air.

Saturday, September 12, 2009

Suara (Ku Berharap)

Encik Chenta introduce me with this song. Indonesian song. Not sure ngetop di Malaysia or not. Di Cameron Highlands ngak dapat siaran radio deh.

Jom dengar dan hayati liriknya. Cocok banget sehhh.. bisa rindu menonggeng gini.. uwaaa..
Hijau Daun - Suara [Ku Berharap]

Disini Aku Masih Sendiri
Merenungi Hari-hari Sepi
Aku Tanpamu
Masih Tanpamu

Bila Esok Hari Datang Lagi
Ku Coba Untuk Hadapi Semua Ini
Meski Tanpamu
Meski Tanpamu

Bila Aku Dapat Bintang Yang Berpijar
Mentari Yang Tenang Bersamaku Disini
Ku Dapat Tertawa Menangis Merenung
Di Tempat Ini Aku Bertahan

#

Suara Dengarkanlah Aku
Apa Kabarnya Pujaan Hatiku
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya

Suara Dengarkanlah Aku
Apakah Aku Slalu Dihatinya
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya

Kalau Ku Masih Tetap Disini
Ku Lewati Semua Yang Terjadi
Aku Menunggumu
Aku Menunggu

Suara Dengarkanlah Aku
Apa Kabarnya Pujaan Hatiku
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya

Suara Dengarkanlah Aku
Apakah Aku Ada Dihatinya
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya

Back To #

Suara Dengarkanlah Aku
Googled and Youtubed the song and end up there are 2 versions of this song. Anyway, both are syahdu dan meruntun kalbu. Nice one ;) Tak percaya? Cuba dengar kat bawah nih.

1. Hijau Daun version.


2. Luna Maya version

Friday, August 21, 2009

33 it is

Happy Birthday!!!!!

Im sorry that I am still not there to celebrate your birthday this year.

Sabarlah..

Tuesday, August 4, 2009

away - Kuala Kangsar

Hola... ada yang bengang ke aku lama tak update? Huhuhu.. I've been away to attend a seminar at Kuala Kangsar, Perak last week.

Okay.. Seminar di Kuala Kangsar mcm cuti-cuti Malaysia lah. 10 minit dah sampai daripada exit toll Kuala Kangsar. Memang suka pegi bandar diraja kat mana2 negeri sbb cantik berhias dimerata ceruk.

Cite pasal seminar pulak.. it's about the same dgn apa yang dibentang dalam seminar yang lebih kurang sama kat Temerloh dan Kuantan. Presenter pun org yang sama.. our beloved head of technical department in JKT, Pn. Aminah. Dia tgk muka aku pun.. dia ckp "eh... orang cameron pun datang ye.." nampak sgt muka seminar kah daku???

Sampai ke Kuala Kangsar dah nak gelap.. pukul 6.30 ptg. Check-in di Resort Sungai Perak. Bagi L.O then baru perasan yang S.U tak sign L.O tuh. Erk! Bagi jelah.

Malam tuh sangat boring. TV ada channel 1,2,3 je. Ayyo.. buntu ini macam. Sebbaik ada bahan bacaan yang baru dibeli smlmnya. Perut lapar aku ke KFC. Wahhh ada pasaraya besor kat sini. Sangat susah mo parking. Sudahnya aku tapau sahaja. Sempat lagi merayau-rayau takde arah tujuan sekitar pekan (pekan ke bandar?) Kuala Kangsar menikmati udara malam. Drive punya drive... eh signboard "Kawasan Istana". Huhuhu...

Esoknya seminar start pukul 8.30. Berlengah2 di bilik. Baju dan tudung semua dah gosok dari rumah. Hari Khamis.. hari batik seMalaysia utk penjawatan awam kecuali yang beruniform. Penuh dewan tempat seminar bersidang dengan peserta. Ramai kawan2 yang aku jumpa. Has, Juwis, Apoi, Encik Adi, Kak Maria, Ijan, Kak Jaja, Kak Asmah, Kak Kazila dan encik urusetia si Rahim. Huhuhu.. mcm tak cukup mulut nak bersembang. Juwis yang baru 2 minggu bertukar ke MD Lenggong ddk sebelah aku. Mentang2 aku dah 90% paham ape benda yang di bentangkan oleh speaker.. berborak sakan lah since nama "Lenggong" sangat dekat di hati. Auwww!!!

Seminar habis pukul5 petang. Aku ada pilihan samada nak bermalam lagi atau terus check-out. Memandangkan L.O tu utk 2 hari. Maka keputusan untuk bermalam satu hari lagi diambil. Jalan-jalan tempat orang... tak perlu tergesa2 walaupun sebenarnya saya sedang bekerja ;)

Hari masih siang.. Dari cerita Juwis tadi.. Kuala Kangsar dan Lenggong sangat dekat. 30 minit dah bleh sampai. Ayyo.. sangat meruntun hati. Takyah fikir panjang2.. terus saja memandu ke Lenggong ikut signboard. Pertengahan jalan baru perasan yang handphone tertinggal kat hotel. Iskk.. harap2 takde pape yang buruk berlaku. Amin!

Ok. Highway Timur-Barat Grik nih lurus sahaja. Sangat teruja bila nampak signboard Tasik Raban. Hahaha.. selama nih makan kat restoran Tasik Raban kat stadium Ipoh. Tapi aku tak pi melawat lah kawasan resort Tasik Raban tersebut. Nanti depress sbb sorang2 :| so teruskan perjalanan sampai nampak simpang ke Pekan Lenggong.

Huhuhu.. kecik je pekannya. 20 minit dah sampai sebenarnya. Ok ok ok guilty.. Im speeding :P ddk melepak di stesen bas. Teringat 17 tahun yang lalu.. ada sorang budak comel pi sekolah naik-turun bas kat situ. Auww.. hanya ada 2 secondary school kat pekan Lenggong. Must be salah satu ialah sekolah yang disebutkan. Tapi handphone pulak tertinggal kat hotel nak bertanya pada orang berkenaan. Isk..
Sekejapan aje aku kat situ. Tak bleh berlama-lamaan. Nanti bleh mendera perasaan ;) maka segera berangkat pulang ke Kuala Kangsar.

Bersiar-siar keliling pekan lagi. Malam tadi jalan2 tak nampak menda... oooo rupanya Istana tu kat sebelah Sg.Perak je. Patut lah gelap semacam. Ambil gambar Masjid Kuala Kangsar yang sangat famous ittew. Tapi sayang Istana lama yang dah bertukar jd muzium as tourist attraction tu dah close. Takpe.. snap gambar sahaja. Time2 mcm gini.. barulah terasa alangkah bahagia kalau ada DSLR. Hmmm.. kalau ada DSLR tapi tak reti guna asik buh automod pun tak berguna jua ;) ok fine.. kehendak tidak sepatutnya melebihi keperluan..
Aku ambil gambar kapal terbang tentera kat tepi roundabout. Haih... tak perasan pun ada kapal terbang tuh. Si Has la td yang cakap. Teringat zaman masa belajar dulu. Cerita kelakar pasal "kawan" kitorang yang berasal dr Kuala Kangsar (ahha Im not going to tell you the storyyyy.. simpan dalam hati). Hahahaha.. kalo tak salah wedding reception dia dibuat di resort yang sama aku duduk tuh. Hmm kebetulan..

Malam tu sekali lagi aku makan KFC. Tengah lepak2 tgk tv.. handphone berbunyi dari panggilan yang dinanti. Aku cerita lah aktiviti bersiar-siar siang td kpd si pemanggil. Sangat teruja bunyinya. Telahanku tepat.. sekolahnya di seberang jirat cina. Now dah tukar nama katanya. Hmmm nostalgia..

Walaupun orangnya jauh disinun.. get into any perkara berkaitan dgn dia di tanahair sudah cukup membahagiakan.

Friday, July 17, 2009

empty

2-3 hari ni bangun pagi.. terasa dunia sangat kosong. Segala-galanya sunyi sepi. Bukan senang nak happy dan bukan susah nak berduka nestapa.

The one I care is down. It suck. Kalau boleh I want to be there and console him. But I was never there.

Bila difikirkan balik.. I think he is just lucky. At least ada juga orang nak ambil tahu about him while he was down and awful at this moment (okkayy.. walaupun via phone dikira ambil tahu juga kan?).

Tapi aku? I don't think there's other person would do that to me. *sigh* so unfair kan? Well, this is life. Need to be tough even I am tired by doing so.

Thursday, June 11, 2009

Malas

Lepas balik dari Kuantan, malas betul aku nak update blog nih. Bukannya takde bahan nak update... tp penyakit malas datang menjelma. *sigh*

Alhamdulillah.. emosi sudah semakin stabil. Dah boleh happy-happy seperti biasa. Chenta pun sudah boleh dihubungi. Cuma dia ada kegemaran baru... "Sori.. abg silent handphone". Huh! No comment :|

Aku pun dah semakin malas nak fikir pape. Lantak lah nak jadi ape pun. Hahahaha..!!! Bukan daku tak chenta.. cuma... it takes two to tango y'know!!! Arghh.. letihhhhh!!!

Cite pasal keje pun bosan juga. Sekarang dalam proses nak "tolak" semula kerja jabatan teknikal dalaman yang duk longgok kat jabatan aku selama ini. Dah berjuta kali aku ckp ni bukan keje aku.. tp korang still tak reti nak buat keje2 tuh... brape lama aku bleh backup korang? brape lama korang nak amik masa utk belajar camne nk buat keje korang sendiri? Kalo nk diikutkan, aku pun amik masa 2 tahun juga nak belajar camne nk settlekan keje2 longgokan tersebut. Iye lah... bukan skop keje aku. Memang la aku tak reti nak buat.. but I'll manage to do it. So, pandai2 korang la nak buat keje korang sendiri ye.

Cite pasal ofis... sekarang tengah sibuk merenovate, cat sana sini, susun meja kerusi perabot dan ubah interior pejabat, sibuk mendesign custom perabot yang diperlukan utk ofis.. sibuk juga nk uruskan program audit dalam ISO yang kena buat tiap2 6 bln.. skang dh bulan Jun.. memang kompomlah tak lama lagi audit luar mo mai check tgk progress kitorg samada still ikut prosedur ISO atau tidak. Jangan dah dapat sijil.. lepas tu kena tarik... haruuuuu!!! Tapi aku pedulik apa... tu keje pengurusan atasan utk pastikan org2 bawahan menghayati program ISO tu. Bukan setakat nak dapat nama je sbb pensijilan ISO tu dapat semasa zaman "pemerintahan" ko.

Whatever!!!! Aku malas dah nak fikir pasal masalah orang lain. Masalah aku sendiri tak settle lagi. Orang cakap.. kalau asik tanggung someone else mess lelama kita sendiri boleh sakit jantung. Maka, sayangilah jantung anda. Kehkehkeh..

Mari kita pi poco-poco ;) yeahhhh!!!

Saturday, May 30, 2009

Normal kah?

Tahun depan umor aku bakal cecah 3 series... Kalau BMW memang saspek lah kan.. huhuhu.. tapi walaupun dah berusia aku rasa aku masih tak paham dengan perangai encik bernama adam.. eh.. kaum adam la.. takde kena mengena dgn org bernama adam ye... terima kasih.

Izit normal sekiranya 'chenta' anda tiba2 hilang tanpa kabar berita? Langsung tidak dapat dikesan. Aku tak boleh fikir di mana salah dan silapnya sbb kami tak pernah bergaduh pun. Setakat tak puas hati dgn pendapat masing-masing tu biasa lah.. dan takdelah sampai bertekak bagai (hmm.. mungkin sbb aku tak pandai bergaduh agaknya).

Orang lelaki mmg takot ke kalau kita bukak cite about future? Pada pendapat aku.. takot dan problem mikior about future boleh di atasi... with good communications. Tapi macam mana nak selesai if u simply blah. Mungkin ada sesengah tu fikir.. apa yg aku hadapi sekarang ni perkara remeh jer. Aku je yang fikir bukan2. Dia kat sana ntah-ntah sedang mengalami masalah yg lebih besar dan dasyat drpd komitmen dia to our relationship. Huh.. im tired of being a positive thinker.. aku bosan dan letih berada dalam keadaan yang tak pasti..

I miss my single life (ecehhh statement.. skarang pun serupa mcm single juga maaa.. hahaha kompius dgn status diri sendiri). Tak semak fikiran. Cuma sunyi je lah.. tapi.. aku bebas nak berangan pasal apa benda pun. Hahaha..

Tapi sampai bila mahu single? Sampai bila mahu takut dengan opposite gender? Bila aku cuba memberanikan diri.. 'dia' pulak yang takot. Dah la 'awak' tu jauh beribu ribu ribu ribu batu. Kalau dekat lain cite lah.. bleh 'belai-belai' tanya apa masalah ko sebenornye yeop..

*sigh* saya keletihan.. i want to move on.. tapi setiap kali.. aku dipaksa to move backward or stuck at the same place.. kalo muda-muda dulu at least aku ada kekuatan nak 'keluar' drpd 'tempat' tu.. hmmm..

Mungkin saya kena kuatkan semangat untuk 'berhenti berharap' selepas ini ;) maybe it's better.

Thursday, April 9, 2009

Aku Punya Kamu

Today.. exactly one year ago. I fall in again..
Thank god.

I dedicated this song to YOU.



Faizal Tahir - Aku Punya Kamu

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahgia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga aku punya kamu

Wednesday, March 4, 2009

Is This LOVE?

Aku dapat offline from my chenta. Dia bagi link videoclip kat youtube. Jom tengok bidio dan hayati liriknya... auwww..



White Snake - Is This Love

I should have known better
Than to let you go alone
It's times like these
I can't make it on my own
Wasted days, and sleepless nights
An' I can't wait to see you again

I find I spend my time
Waiting on your call
How can I tell you, babe
My back's against the wall
I need you by my side
To tell me it's alright
Cos I don't think I can take anymore

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
This must be love
Cos it's really got a hold on me
A hold on me

I can't stop the feeling
I've been this way before
But, with you I've found the key
To open any door
I can feel my love for you
Growing stronger day by day
An' I can't wait to see you again
So I can hold you in my arms

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
This must be love
Cos it's really got a hold on me
A hold on me

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
Uih.. bleh tahan jiwang rock btul chenta aku nih. Kehkehkeh..

Wednesday, December 31, 2008

Love Bug

I just fall in love with this song. Dedicated specially to my beloved one.

This is a female version I found tru the net.


Jonas Brothers - Love Bug

(Chattering)
Called her for the first time yesterday

Finally found the missin' part of me
I felt so close but you were far away
Left me without anything to say

(CHORUS)
Now I'm speechless, over the edge
I'm just breathless
I never thought that I'd catch this Lovebug again
Hopeless, head over heels in the moment
I never thought that I'd get hit by this Lovebug again

(Chattering)
I can't get your smile out of my mind

[I can't get you out of my mind]
I think about your eyes all the time
You're beautiful but you don't even try
[You don't even, don't even try]
Modesty is just so hard to find

(CHORUS)
Now I'm speechless, over the edge
I'm just breathless
I never thought that I'd catch this Lovebug again
Hopeless, head over heels in the moment
I never thought that I'd get hit by this Lovebug again

Kissed her for the first time yesterday
Everything I wished that it would be
Suddenly I forgot how to speak
Hopeless, breathless
Baby can't you see?
Now I'm...
YEAH, OH


Now I'm speechless, over the edge
I'm just breathless
I never thought that I'd catch this Lovebug again
Now I'm hopeless, head over heels in the moment
I never thought that I'd get hit by this Lovebug again
OhhhLovebug again

(Chattering)


Tuesday, December 30, 2008

Felice Anno Nuovo! or Happy New Year!!!

This new hijr year and also masehi year very soon.. I decided to learn a new language. As far as I'm concerned.. I finally strongly found the need to learn new language (ecehhh.. ckp omputeh pun lintang-pukang.. ada hati nak belajar bahasa baru ye? hahaha).

But anyway, I'm buying myself a perfect book for slow reader a.k.a student like myself. The title as you may seen.. "Italian Phrases for dummies". It's only cost me RM31.50 and easily found at any major bookstore nationwide.

I chose that book apart of many books like that at language section because I found it's really useful, easy and fullfill enough the basic mouthing you have to know.

So far.. I start with counting number. Since I'm familiar with Spanish (gara-gara betty yo soy la fea, intrusa, maria mercedes dan beberapa telenovela spanish yg hot satu ketika dulu.. aku tak ingat dah tajuk2 nya.. huhuhu..) so it's easier for me to understand Italian. My beloved boyfriend once said.. it's took 1 - 2 years of hardwork to fully understand, add vocabs, sharpen your grammar and finally speaks perfecto Italian.

Whoaa.. Kena pi sekolah nih.. Takpe la.. this is only a start. Maybe I need to go for classes with proper teacher after this.

So.. how's yours? Any goal to achieve next year? ;-)

Monday, October 20, 2008

working

Hari ni start keje semula selepas 2 minggu cuti sakit. Yay! Bukan seronok ape.. tapi seronok sebab dapat keluar dari kebosanan di rumah.

Cuti 2 minggu ni ok la. Takde la bosan sangat sebenarnya sebab Danish dan Irfan ada kat rumah. Kalo aku duduk cuti 2 minggu sorang2 kat umah.. mau bosan tahap dewa punya.

Sepanjang cuti.. aku mengabehkan menonton 2nd season Big Love yang baru nak keluar kat HBO this end of month. Lepas tu aku abehkan Gilmore Girl's season 5 and 6. Sekarang tgh pulun nak abehkan seaoson 7 (final season) tp nampak gaya cam lambat sket ar sbb dah start keje. Habeh semua CSI dan numb3rs yang repeat dan non repeat yang belom tengok sume aku khatam. Grey's Anatomy, Ugly Betty dan Desperate Housewives jer blom khatam. Takpe la.. nanti aku borong boxset lagi.

Huhuhuhu.. masuk keje rasa cam teruja je. Lebih2 lagi my relationship is back to normal and i can say that it seems like going somewhere. Opss.. takleh cite byk2. Takot bad luck plak kang. Lagipun untuk mengelak daripada terlalu excited. Kalo tak jadi kang.. sedih plak. Ngehehe..

Monday, September 15, 2008

Dedicated Song

tiba-tiba terdengar theme song x-files berkumandang. sms dari ‘chenta’ lah. sms nya berbunyi begini..

“I want to dedicate this song for you.. perfect mansions (mountains of the sun) by virgin steele.. check in the internet for lyric and song.. muachs”
Virgin Steele - Perfect Mansions
(mountains Of The Sun)


The day is over, the setting of the sun
My wounds are many, evening has begun
A mist is falling before my eyes
My soul is free now to shadow forth and rise

To tread the paths that none has seen
The Mystic Rose, the Empyrean
Gone forever my days of valor
I will meet you in the sun

[Chorus:]
I will stay tonight in your perfect mansions
Where the silver horses run
I will rest my head in fields of glory once more
In the palace of the sky

The gods are mighty, children of the brave
Lord Poseidon, a message on the waves
The age is passing, the white ship rides
A voice is calling way beyond the skies

Tell her that you saw me stand (proud)
And you look into my eyes, (no fear was waiting)
Tell her that her name was on my lips when I died
I will meet her in the sun

[Chorus]

Death makes us innocent, all truths remain
The white ship is summoning, ride the winds of the sky!!!

[Chorus]

We rise above the world and we soar above the waves
With the last of all my breath I slew the best of seven wraiths
Fortune is now waiting like a vulture in the sky
Tears of blood are falling as the god of winter dies
And now we ride... silver horses of night
(Remember)... I'll meet you again in the sun
On holy, holy ground... We ride..

Sunday, August 24, 2008

the 32

Im sorry for not being there on your birthday. I believe that deep inside your heart.. you know that Im always wanted to be beside you. I wish you have a happy day today and everyday.

Friday, June 6, 2008

beside you

Somebody special dedicated this song to me. Dengan gagah aku baru selesai mendownloadnya. Tak dapat 1 lagu.. satu album aku download. Muahahaha..

Thanx... here's the lyrics. Beside You by Iggy Pop from the Album American Caesar.

I been hungry way down in my heart
waiting for a reason
I been hungry like a lot of guys
I want to be beside you

lonely people pass me in the street
waiting for a reason

beside you
grey is turning to blue
you wake up love in me
beside you
everything is new
you wake up love in me

I been hungry way down where it hurts
waiting for a reason
I been hungry like a lot of guys
I wanna be beside you

beside you
grey is turnin to blue
you wake up love in me

beside you
everything is new
you wake up love in me

what a world
i really need you girl
you wake up love in me

beside you
grey is turning to blue
you wake up love in me

beside you beside you
i want to be beside you



Monday, June 2, 2008

kasi pecah la

Yup! Rumah aku kena pecah. Akibatnya.. aku demam 2 hari. Demam terperanjat.

Hari sabtu.. Hari terakhir bulan Mei. Pukul 10 aku keluar ke setapak nak pegi buat allignment kete. 2 jam gak la duk menung kt kedai tayar tu. So dah settle aku ke Puchong, melepak kat umah Zura. Sekali dzul pun dtg lepak jugak. Pukul 8 mlm kang Zura kata dia ada appointment dgn Ija cousin dia. So before that kitorang pegi jalan-jalan ke Kg.Baru beli jamu. Hahahaha... Kitorang jalan-jalan ke Pasar Chowkit. Lama gila tak gi Chowkit rasanya.

Balik Puchong.. Pukul9 lebih baru Ija sampai. Aku dan Dzul pun blah la balik since Zura pun nak keluar. Kakak x join melepak hari ni sbb dia ke Shah Alam attent majlis kawen Bohjan.

Aku sampai rumah dalam pukul10.30. Terus ke dapur nak ke toilet. Sekali tengok abis tingkap nako dapo tu melopong. Besi bawah sekali pun bengkok. Berderau darah aku. Rasanya cam baru lagi. Lepas tu baru perasan.. aik nape keyboard ni ddk atas sinki? Sape pulak alihkan ke sinki. Aku ingat pencuri tu baru je nak start curi... tiba2 aku balik dan tak muat nak keluarkan keyboard tru tingkap. But I was wrong! Doubled check pintu dapur since dari td aku tengok tertutup rapat. OMG... tak berkunci dan selak pintu pun dah bengkok. Aku bukak pintu.. haaaa ambik ko.. grill tu dah kena potong. Gulp!!!

Spontan call Abah. Abah suara rilek aje suh aku pegi balai polis dan buat report. Haiya.. I cant think right now. Dengar suara aku dah cam nak nangis... baru la abah ckp.. "ok ok abah datang sekarang". Tanpa pikir pape aku terus call 999. Aku tak tau nape aku menangis. Trying very hard not to be panick. Pompan ni pick up call.. Aku cite la ape dah jadi. Dia suh aku sabar and dengar je ape yang aku report kan. At the end.. dia ckp "Cik.. cik telefon Telekom directory 103 dan minta nombor telefon balai polis berdekatan dengan rumah cik". WHAT!!!!

Melongo aku lagi sekali. I didnt know what to expect since tak pernah call 999. Im just saying ok and hung the funcking phone up. Dial 103 and ask for IPD Ampang. Sebbaik jumpa pencil and paper nak tulis nombor tepon balai. The police are being very helpful walaupun takde la cepat sgt dia sampai rumah. Ada la dalam sejam sbb tersesat barat nak cari rumah aku. Aku call Zura.. Aku call Dia (I dont have any idea why I have to call him since he is thousand miles away from here... humpp).. Faze call.. Zura call... Cyn call.. I did everything spontaneuosly. Tak fikir langsung...

Abah sampai.. Polis sampai.. Buat report. Barang kemas arwah abis kene kebas. I've no idea ape benda yang ilang kat bilik Along. Nak call dia aku tak sampai hati nak bagi tau. Ye aaa dia tengah tenangkan jiwa nak beramal ibadat menunaikan umrah. No, Im not going to told him anything. Lepas polis balik... Pakcik Din dan Uncle Ho datang. Dorang nampak kereta polis kat luar and courious la kan. Bleh plak kitorang sembang gelak2 kat luar kat tengah jalan. Abah decide to sleep over temankan aku. Takot orang jahat tu dtg balik or maybe polis nak datang balik. And they did.. Pukul 2 pagi polis datang balik. Kali ni forensic team plak yang datang. Memula aku ingat dorang cuma amik gambar jer. Last2 siap amik fingerprints etc. Aku plak cam... FUYOOO!!!! CSI datang umah guaaaaa!!!! Rasa cam jakun seketika. Selalu tengok CSI kat tv je kan :D huhuhu.. what an experience...!!!

Tapi mmg tak larat tunggu dorang sapu2 serbuk keliling dapur cari fingerprints. Tak sedar bila aku tertido. Bangun esoknya.. Abah dah balik. Tatau pesal aku nangis lagi sekali. Rasa dunia sunyi dan takot gila tinggal sensorang. My friends said... Lucky sangat u were not at home semalam... or lucky pencuri tu masuk time takde orang. Kalo dorang masuk time ko tgh tido mati tak sedar diri ntah2 dah jadi kes rogol / bunuh plak nanti. Ya Allahhhh!!!! Seriaunya dengar...!!!

The next day I was collapse. Breakdown. Tak larat bangun. Asik nangis je. Bukan aku nak sangat nangis tapi ada macam2 perasaan dlm otak. Rasa macam nak marah orang tapi tatau nak marah sape. Rasa terkilan.. rasa bersalah tinggalkan rumah. Rasa cam nak demam.. nak muntah.. and what not.

Faze and Zura datang umah. Pack all my things and bawak aku jalan-jalan before tido kat umah Zura. Terima kasih sangat2 kat dua manusia nih since aku mmg tak larat nak balik CH walaupun esok keje patutnya. Should I ask for a leave? Esok aku ada appointment dgn gynea kat HCH. Takpela.. Gynea can wait. Aku pun takmo drive dengan linangan airmata panjat gunung Cameron. Tak pasal masuk gaung. Hisk!!

Special thanks to Dia.. Im very appreciate knowing you.. Give back the colour and taste on my rainy day. Grazie..