Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Monday, November 3, 2008

kucing tidur bawak ngigau

Terngiang di telinga lagu yang duduk nombor satu carta Era. Huhuhuhu.. jom kita nyanyi..

Lirik Lagu Mantera Beradu - Malique Feat M.Nasir

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna

Tuesday, October 28, 2008

Love Scar

Chickenpox nye dah baik dah. Tapi masih meninggalkan kesan2 degil yang makan masa nak hilang. Orang kata nak cepat hilang jangan makan kicap. Tapi aku hentam je makan ape benda pun.

Dalam banyak2 parut bekas cacar kat badan aku nih.. ada satu yang menarik hati... pelik gak camne bleh jadi gitu. Mungkin mengikut mood tuan punya badan kot. ;-) Hahaha..

Monday, September 29, 2008

Dr.Fish

Kelmarin.. keluar dgn Along dan Kak Long pi beli baju raya Irfan dan Danish kat The Store. Ramai gak yang membeli-belah disaat akhir ek. Huhuhuhu.. penat gila la shopping bawak budak berdua tuh. Dorang berlari-lari satu department. Kita plak terpaksalah kejar and keep on eye sentiasa kat bebudak tuh. Takmo la peristiwa "budak hilang" berlaku lagi. Isk.. nauzubillah..!! Walaupun geram.. ikutkan je la budak2 tu. Payah sangat.. aku dukung jer walaupun bukannya ringan budak2 tuh. Hampir sama berat 2 guni beras gak la.

So lepas shopping kat The Store, kitorang post budak2 tu balik rumah. Pi Carrefour Ampang plak. Kali ni beli baju melayu dan kasut "wayya" (bak kata anak Bit.. hahaha) plak. Aku terbeli wedges yang cantik dan murah kat Bata. Elok sgt kalo dibuat kasut keje. Huhuhuhu.. Sampai Kak Long pun terbeli jugak kasut yang sama tapi lain warna.

Lepas shopping kat dalam Carrefour dan berbuka kat Restoran RasaMas.. aku tetiba diserang selsema. Huh seksanya menahan hingus dikhalayak ramai. Gulp!!

Tapi sebbaik kejap jer serangan tersebut dan kitorang pi jumpa Dr.Fish. Along kata bagi makan ikan. Hahaha..

Cecah je kaki dalam air tu.. ikan2 kecik tu pun serbu la. For the 1st 5 minutes aku asik tergelak yang tak bleh dikontrol. Hahahaha.. geli-geli ikan tu gigit2 manja kaki. Along plak dah 2nd time jumpa Dr.Fish so dia rilex je lah.

Kak Long tak buat.. dia lepak je tgk kitorang bagi ikan makan. Tengah duk rendam kaki tuh.. ternampak sekor ikan tu mati. Alamak!! Termakan cagu beracun ker? Innalillah.. kesian ikan tu. Aku tunjuk ikan mati tu kat Along. Along cakap.. "dia mati tercekik kut.. tergigit kulit mati keras!!"

Hoh!! Berair mata aku tahan gelak kat situ. Ampeh btul la.. Wakaakakakakakaka... After almost 20 minutes rendam kaki. Ada satu couple pakcik ngn makcik nih terpengaruh dgn kitorang. Hahahaha actually ada discount. 2 person for the price of one.

Bila pakcik tu rendam je kaki dia. Ikan-ikan yang gigit kaki aku dgn Along lari pi kat kaki pakcik tuh.. perghhhhh ramai gila yg terkam kaki pakcik tuh. Ada la suara sumbang sorang uncle kat celah-celah orang ramai tu "ni berapa bulan tak basuh kaki nih?"... eee jahatnya mulut. Sebbaik dia tak mengata kat aku. Pakcik tu jawab "eh ni sume kawan2 nih.."

Monday, September 15, 2008

G2B

Semalam pi jalan2 kat MidValley semata-mata nak beli slipar dan kasut keje. Keadaan kedua-duanya dah uzur gila since aku blasah pakai hari-hari. Especially yang slipar tu lah. My fav slipar dan kasut keje is Crocodile. Very nice and comfy. Even kadang-kadang design ada cam makcik-makcik tapi aku tak pedulik dah skang. Kena pandai-pandailah carik yg design cam ok-ok sket ;-)

Tapi our mission pi MidV smlm adalah untuk mencari slipar ipanema by Gisele Bundchen. Lps surf lebih kurang.. aku jumpa satu beauty forum nih and depa kat sana kata slipar tu ada jual kat MidV. Tu pasallahnya aku terus tuju ke situ. Hehehe..

Sampai Studio R.. tertoleh-toleh gak nak mencari slipar tu.. ooo rupa-rupanya dia bergantungan kat sebelah kanan kedai. Ada 3-4 pasang gak yang nampak ensem dimataku inih. Lepas mentesting-testing antara ipanema or grendha... akhirnya aku beli yang ipanema. Ipanema dengan grendha nih adik-bradik. Satu brand tapi lain-lain model. Slipar getah.. Warna itam instead of gold kat dalam gambar. Ada nama Gisele bubuh kat situ.. harganya RM69.90. Tapi mmg selesalah. No argument. Kat luar kedai tu jugak aku bukak wedges dan sarung slipar baru.. wehoo..

Lepas tu jalan-jalan dalam JUSCO plak. Beli gak wedges dari Crocodile.. RM55.. black plain dan sesuai dibuat kasut keje. Kasut keje nih kene comfort lebih sket sbb kadang-kadang aku gi meeting or keje luar yang kena jalan jauh sket takde la menderita sakit kaki.

Tengah tunggu promoter tu pi amik size yg sesuai.. ternampak satu lg wedges from Nautica. Sangat cantik dan bleh la berangan cam ala-ala Jessica Simpson... Belek-belek.. try punya try.. skali tgk ada diskaun 20% menjadi harga kasut tu RM55 jugak. Hahahaha.. saya sangat suka!!! Dapat slipar, kasut keje dan kasut raya aka kasut function. Memanglah wedges yang seken tu tinggi tapi ketika function or pi kenduri kita byk duduk daripada berdiri. So settlelah upacara membeli-belah kasut pada hari inih. Bila dah berlubang barulah kita bershopping kasut lagik.. ;-) Moga berjumpa lagi dalam masa beberapa tahun. Hahaha.. daaaa...

Thursday, September 11, 2008

no more kelam + suram

akhirnya aku berjaya menambah beberapa kaler dalam blog aku nih... amcam?

asalnya sume jenis tulisan dalam blog nih warna kelabu. tapi skang sudah tuko campo2 buh kaler oren + ijo + putih.. rasanya ensem dah nih kot. memula td ada la cam paria sket. oren ada biru ada ijo ada pink ada.. too many colors.. but now sudah okeh.. tenkiu pada ME dan kakak yang duk bg komen.

aku paling malas buh template... terasa cam semak dan hilang ke'simple'an yg nak ditunjukkan. itu pun incik lankutu dah rachun aku join nuffnang kt tepi tu.. sebbaik la kecik dan tak menyakitkan mata. ahaks...

so.. im happy.. no more kelam dan suram melanda diri... ecewahz..

Friday, May 16, 2008

alahaiii...

Bila bosan..
duduk dalam bilik meeting berjam-jam..
macam-macam boleh jadi...

Friday, July 13, 2007

resakso maghi pulok



adehh.. ni la agaknya yang terjadi kalo otromen org Malaysia... waakakakakakaka!!!!