Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Seminar Anti Dadah

Lepas bekfes pagi td.. tgk ofis jd lengang.. Aik!! Mana semua org pegi? Ooooo ada Seminar Anti Dadah bersama ADK Daerah Batang Padang, Perak yang dibuat kat Dewan Jubli Perak, Tanah Rata. Boleh tahan la encik tu bg talk. Tak ingat plak namanya sapa. Takde la ngantuk sangat. Cuma boring jer. Tup tup dah 2 jam dia bercakap rupanya.

Baca risalah yang dorang bagi pasal jenis-jenis dan nama dadah. Isk.. buat aku kompius aje. Satu jenis dadah.. ada macam2 nama timangan. Sebbaik aku bukan keje polis bahagian narkotik. Mampos nak kena ingat semua nama-nama pelik tu. Hahaha.. Rupa antara jenis dadah pun aku tak berapa nak cam. Meth aje la yg senang nk igt sbb dia cam rumput kering kaler ijo bulat2.

Lepas abeh seminar, dorang panggil nama untuk Ujian Air Kencing. Dulu masa perhimpunan bulanan dorang dah buat dah separuh kakitangan. Skang ni sesapa yg tak dipanggil sesi pertama tu.. di panggil pada sesi ni termasuk la nama Aku.

Jeng.. jeng.. jeng.. mula la terpikir dalam kepala.. "Eh aku skang mmg amik ubat (drugs) under medication".. LOL nak susah hati tu kenapa??? Kan doktor ada bg surat perskripsi ubat. Kah kah kah..

So.. selepas beratur mengikut nama... Sampai la giliran aku. Untuk Urine Test, pegawai-pegawai dari ADK akan tunggu kt pintu tandas semasa korang buang air. Malu gak... tapi dorang ngadap ke pintu lah. Hahaha.. saspen je...

The result is clean.. walaupun encik yang membuat test tu muka berlagak nak mampos bila aku tanya ape fungsi kertas kaler2 yang dia guna untuk celup dalam botol tu. Ada masalah ke kalo dia ckp.. "yg ni utk ganja.. yg ni utk heroin.. yg ni utk sekian-sekian..". Sebbaik aku tak tanya soalan mencabar minda yang lain pada encik tu. Huh!!

Selesai Urine Test... urusetia seminar ada sediakan makan tengah hari.. mari kita serbulah walaupun perut kenyang. Ahaks..

Meh buat iklan jap...

Update 18 June 2009

Memandangkan ramai sangat yang eksiden masuk ke entry ni nak cari info pasal Seminar Anti Dadah atau perkara2 berkaitan dengan jenis-jenis dadah etc etc etc. Serta... aku pun malas dan tak kuasa nak upload segala isi kandungan pamplet dan brochure berkenaan dengan dadah yang aku dapat masa ikut seminar nih.

So.. klik aja di sini okeh ;) ada macam2 info kt situ.

Friday, March 13, 2009

Gambar lama..

Ekceli aku baru je berkesempatan nak install dan memperguna picasa. Testing-testing buat collage. Ok ker? Bleh la... biasa jer.. tp blom pandai buh text. Nanti aku explore lg ek..

Semuanya gegambar ni di'snap' guna camera orang. Masa ni aku blom beli camera lagi. 3 gambar kat baris atas tu masa malam kebudayaan di Wood Valley Camp, Sg.Congkak bulan 6 tahun lepas. Kitorang ada Kursus BTN dan Kursus Induksi Umum kat sana. 2 minggu duduk dalam hutan weh. Hahaha... bleh selak kat blakang2 cerita masa kat sana.

6 baki gambar ialah masa di ESSET, Bangi. Kitorang ada orientasi dengan jabatan. Tak lama lepas balik dari Sg.Congkak pun. Kitorang pi main bowling dan makan sate kajang kat Hj Samuri. Sangat bestlah memori tersebut.

Thursday, July 10, 2008

Orientasi JPBD

Selepas setahun berkhidmat akhirnya JPBD pun panggil la pegawai2 yang ditempatkan di OSC ni untuk Orientasi Jabatan. Pegawai2 di JPBD pun ada dipanggil sekali. So buat pertama kalinya diterangkan kedudukan pegawai2 OSC ni yang mana sebenonya kitorang adalah pegawai kader JPBD yang ditempatkan di JKT.

Astaga... dah setahun berkhidmat.. tapi ni la pertama kali diberitahu!!! Selama ni bermatian la ingatkan kitorang ni adalah pengambilan JKT dan sentiasa pelik2 kenapa macam ada dua "ibu" yang menjaga kebajikan kitorang. Rupanya.. mmg OSC ada dua "ibu" pun... Hahahaha..

Taklimat orientasi nih diadakah di Institut Latihan KWSP Bangi atau nama manjanya ESSET. Selama 3 sengah hari bermula pada hari Isnin lepas sampai la tgh hari tadi.

Taklmat yang diberikan mmg aku suka la.. Cerita pasal profession.. how to behave as an officers... grooming.. kepimpinan.. and what not. Tapi aku bukan nak cerita pasal kursus.. tapi kursus kali nih dengan peserta yang lebih kurang sama macam induksi. Natijahnya.. tiap2 hari kitorang asik keluar berjalan. Hahahaha..

Hari Isnin.. kitorang ke Alamanda Putrajaya. Makan steamboat beramai2 di Johnny's.. lepas tu tgk wayang cerita kelakar Get Smart kat GSC. Tak sangka lawak bangang cite tu. Hahahaha..

Hari Selasa.. petangnya kitorang bersukaneka. Main pas2 bola tenis, lari sambil pegang kayu dan main bola beracun. Memang sakit tekak asik ketawa. Malamnya, kitorang ke Metro Point plak. Hajat nak main bowling.. tapi boleh tersalah ke Plaza Metro. Wakakakaka.. Tapi akhirnya berbowling gak la kitorang. Pusat bowling baru. Agak best jugak la kat situ.

Hari Rabu.. malam terakhir. Kitorang ke Kajang lagi sekali. Kali ni pi makan sate kajang kt Hj Samuri. Ramai btul yang mengekor kali nih. Si Isa (Matrade - kursus induksi) pun join sekali. Budak2 induksi yang lain tak sempat diberitahu dan dorang pun jauh2 nak mai kajang or bangi. Takpa la.. lengkali kita kuar lepak2 lg ok ;-)

So... tgh hari td abeh la taklimat orientasi. Diberitahu yang next week ada bengkel utk OSC lg dan nama aku ada dalam program. Turun KL lg nmpknya ;-)

Friday, June 27, 2008

BTN dan kursus induksi umum

Kursus 15 hari 14 malam terasa macam sekejap aje. Start dengan BTN selama 5 hari 4 malam dan terus sambung dengan Kursus Induksi Umum.

A day before kursus.. along dan kaklong selamat pulang ke tanahair. Dorang dischedule touchdown pukul9 mlm. Tapi delay pukul11.. sudahnya sampai rumah dalam pukul2 pagi. Masa pegi bawak 2 beg... balik dah jadi beranak begnya jadi 4. Huhuhuhu.. standard la kan :D Mummy dan abah pun ada tunggu sekali. Aku time tu dah tergolek kat living room. Sedo2 tour bus dah sampai depan umah. Terus segar bijik mata. Abah da mummy pun bukak la cite ape dah jadi kat aku dalam 2 minggu lepas. Along pun cite yang dia kene attack asma dalam bas dari Madinah ke Mekah. Alhamdulillah takde pape jadi. Ngeri juga kalo pikir dia pegi sana tak balik2. Uwaaaa...

Esoknya, hari 1st aku berkursus, before along hantar aku ke Sg.Congkak.. kitorang singgah ke worksyop kat Jalan Ampang. Along ckp, ni mmg kene claim insurans gak nih. Mahal sangat kalau nak bayar sendiri sbb body kete dah lari. Lepas snap-snap gambar, along pun hantar aku ke Kem Woodvalley Sg.Congkak. Aku antara orang terawal sampai la.

Kitorang start dengan BTN. So urusetia BTN la yang menyambut kitorang. Ukur tinggi dan timbang berat. Yang hairannya, tinggi aku kurang 2cm daripada ukuran masa medical checkup kat hospital dulu dan yang tak berapa hairan ialah berat aku naik 2kg.. hahahahaha...

Aku check-in, duduk sebilik dengan Kak Ayu dari OSC Kuala Selangor. Owh.. senior aku jugak nih. Huhuhu.. 5 hari kursus kenegaraan mmg duk cerita pasal negara, merdeka, perjuangan, perpaduan, disiplin dan macam2 lagi la. Tapi sangat enjoy. Before pegi BTN nih mmg selalu dgr yang BTN ni strict gila, fasi garang2 etc. Tapi rupanya sangat seronok sbb kitorang dapat jurulatih daripada BTN Negeri Sembilan yang kelakar2 dan baik2 belaka.

Masa BTN ni aku group LDK 3. Yang dari OSC.. aku, madslan (pekan), nurul (pasir mas), kamarul (kluang > rompin), yang dari MIDA.. Anor (alor star), navin (KL), yang dari LGM.. Lin (KL), Din (segamat) dan Mahmud Iskandar (Sg.Buloh). Group kitorang jadi group terpantas masa kembara masuk hutan. Jalan dalam hutan 3km plus plus... amik masa 45 minit sahaja. Dah la bukit curam gila. Dengan aku yang sakit kaki gegila (muscle pain) sbb berlari 2km before tu. Hahaha.. bangga gak la dgn team kitorang.

Hari ke 5, kitorang start dengan Kursus Induksi Umum plak. Before daftar untuk kursus.. kitorang amik kesempatan pegi mandi sungai.. yeahooo!!!!!!!!!!!!!!!!! Bestnyaaaa!!!

Start kursus induksi. Time ni dah tak perlu tergesa-gesa dan bergegas sgt macam masa BTN. Tapi, even tak strict tapi kurang seronok. Mungkin boring sbb tiap2 hari ada kelas. Masa BTN dulu pun ada kelas tapi latihan dalam kumpulan. Ada aktiviti dan tak bosan :D

Makanan... biasa la. Standard duduk asrama. Kadang2 sedap, kadang2 tawar, kadang2 masin.. tapi sbb takde pilihan lain.. telan je la rezeki yang ada. Tak makan.. lapar la jawapnya. Yang best masa kursus nih.. kitorang dijadualkan untuk makan 6 kali sehari. Hahaha..

Sempat keluar pegi carrefour Ampang untuk beli barang2 hadiah untuk malam kebudayaan. Terjumpa penimbang berat tu.. Buntang bijik mata tgk aku turun 5kg!!!!!! Hahahaha.. ni semua bahana turun naik tangga pegi kelas, balik bilik, pegi makan. Kem Woodvalley tu tempatnya bercerun sket. Dari bilik nak ke kelas kena pajat tangga. Lepas tu gi makan.. turun tangga. Balik bilik naik tangga balik. Pegi surau kena panjat tangga balik. Fuhh..!!!

Keseluruhannya, 15 hari duduk dalam kem kat celah hutan nih ok la jugak. Lari kejap dari masalah ofis dan dapat jumpa kawan2 baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran akan kenal orang2 dari LGM, MIDA atau pun Matrade. Time ni la asah skill jadi pengerusi majlis, jadi pengacara majlis, public speaking, remind semula cara2 membuat assignment dan menjawab soalan dalam exam. Dah tua2 nih lama tinggalkan assignment dan exam terasa payah gak la. Harap2 nya lulus dalam kedua-dua kursus. InsyaAllah.

Wednesday, June 4, 2008

induksi umum

Aku ke ofis hari ni setelah sekian lama bercuti. Adeih.. banyak betul permohonan baru masuk. Aku settlekan keje pape yang patut. Especially aku punya minit dan surat-surat yang berkenaan lah.

Pukul10 camtu.. dapat call dari JPBD asking for my IC number. Owhhh!! Aku dijadualkan untuk attend kursus induksi umum this 12th - 26th June. Errk!! Masalah gak tu sbb bulan ni mmg kelam kabut sket since staf2 pun ada yg bercuti dan berkursus jugak. Meeting untuk bulan ni pun blom schedule lg. Next week aku ada bengkel portal kat Shah Alam. Boss plak lom balik ofis nak discuss tarikh. Aiyakkkkk!!! Termenung tengok kalender...

But the good thing is.. cepat abeh induksi maka cepat juga la aku sah jawatan. Yihuuuu!!! Dan cepat juga la aku bleh buat penyelarasan gaji!!!! Kehkehkehkeh...

So... see u at Sg Congkak next week ;-)

Wednesday, April 23, 2008

IPTAR

Last week aku berkursus induksi khusus di IPTAR Angkasapuri. So, lepas berbbq esoknya terus turun kl konvoi dgn family ler. Isnin nya dah stat kursus sampai la hari Khamis. Aku berdua dengan TA aku gi kursus nih. Jumpa la kengkawan yg lain... afa, akhbar, encik adi, apoi.. etc etc. Ni gambo masa hari last kursus. Incik ketua osc bachok yg empunya camera. Baru je dpt email dari dia td. Terus le tampal disini. ahax... cuba teka aku yg mana satu :D