Tuesday, March 4, 2008

Bandoeng 2008.. Part1

huhuhuuhu.. bukannya sebulan.. tapi berbulan bulan bulan bulan bulan aku tak update ek? sejak keje gomen nih.. kemain lagi sibuknya. Marah betul la pada orang yang memula "buat wayang" kata kerja dgn kerajaan nih best.. rileks.. masuk pukul 8 balik pukul 5. Citt podah!!!.. toksah la dipercaya temberang beso dorang nih. Try dulu apply.. dah masuk keje.. lps tu baru kita crite okeh ;-)

So... aku nak crite mende lain sebenonya. Last month.. bulan februari.. bulan kasih sayang.. bulan kita menyambut thn baru cina.... aku & dia (ecewah.. saspen nih) tetiba kepala masuk angin dengan selamba je klik² dekat internet di website http://www.airasia.com/. huwahhahaahha.. hinggalah jari durjana ittew telah menempah tiket cuti-cuti melawat indonesia tahun 2008 ke Bandung, 3D2N. Swipe card tak ingat dunia.. kami berdua totalnya RM1053 sahaja.

Aku yang baru seken time nk keluar negara nih mmg seksaited la gamaknya. Mula dengan camera, beg sampai la ke selipar.. semuanya barang pinjam.. huhuhu (time kaseyy faze... lengkali aku pinjam lagi).

Kitorang pegi 4-6hb Feb 2008. Dengan nasihat dan kiriman-kiriman yang berjela penuh semuka A4 paper maka kitorang pun depart kul9 pagi waktu Malaysia 4 Feb tu.. sampai di Bandung Lapangan Terbang Bandara Hussien Sasteranegara pukul10. Kalau tgk gaya beg tu macam nak duduk Bandung tu sebulan!! ekekekekek ni Faze punya pasal la nih.

Dari airport amik cab terus ke Hotel Sukajadi. Sebbaik dah call mlm td yang kitorang nak early check-in. Cantik hotelnya.. sangat puas hati. Aku rasa ada la dlm 3 1/2 star kut. Interior tu biasa la.. ala-ala jawa.. ala-ala bali.. ala-ala indonesia laaa.... Antara airport ke hotel tu takde la jauh pun. Berdasarkan sumber² yang boleh dipercayai.. perjalanan hanya 15-30 minit jer. Tapi disebabkan Kota Bandung ni terkenal sangat dengan gelaran Kota Macet maka dlm 30 minit gak la baru sampai. Tambang taxi 35000 rupiah. Tadi kt LCCT aku dah tuko duit. Ada la sejuta rupiah dalam poket (Cit bunyiknya berjuta tapi sebenonya baru beberapa ratus hengget je :D )

Masa dalam perjalanan tu.. ternampak signboard beso 'Carrefour' dan 'Sogo'. Memang tak jauh daripada hotel la. Lepas check-in, tanpa membuang masa kitorang terus la menapak ke 'carrefour' dan 'sogo' yang kitorang nampak td. Terasa cam dekat... tapi jauh la jugak sebenonya. Adalaaa dalam 1-2km gitu. Bila dah sampai.. baru la perasan signboard beso kt depan tu..

"Paris Van Java". Oooooo ini ke Paris Van Java yang selalu timbul dkt google kalo di search place of interest at bandung. Rupa-rupanya Paris Van Java nih shopping mall. Barang-barang kt sogo tu lebih kurang standard la harga dia dgn yg dijual dkt sogo kt KL tu. Tempat ni tak ramai orang. Maybe weekdays dan tengah-tengah bulan. Pusing satu shopping complex.. ternampak panggung wayang. Teringin gk nak memeningkan kepala tgk cite omputeh translate to bahasa indonesia. Bila tgk list movie yg ada... hmmm... humpp.. aik apesal sume movie lama nih? Kat Malaysia dah berkurun cite Enchanted nih tau. Iskk.. kensel...

Jalan² lagi.. terjumpa toko buku. Gayanya ala-ala mph la. Terbeli la cosmopolitan bulan februari 2008 Edisi Indonesia. Kat sana.. ko kene bayar dulu.. lepas tu tunjuk resit dan baru boleh collect magazine yg dibeli tadi. Ooooo gitu citenye ek. Layan!! Sempat la beli 1 notebook kecik (senang nk tulis belanjawan nanti) dan 1 buku panduan tempat-tempat menarik siap dgn address dan satu peta beso Bandung. Semua sekali 60000rp. Gulp.. ape benda yg mahal nih??

Lepas tu.. kitorang lunch di errr ape ke nama restoren tu ntah. Try makanan tempatan. Aku makan Nasi Soto dan Bye makan Mee. Total untuk lunch 37998rp. Usai lunch terserempak dgn kedai muzik. Aku pun borong la 5 bijik cd. Kebanyakkannya cd Dewa19 yang lama2 (mana nak cari dkt Malaysia?). Total 222000rp.. bila di convert ke Ringgit.. purata dalam RM16 seCD. Ahaks!!!..

Singgah di carrefour beli padlock kecik untuk luggage bag dan sebotol air mineral. Dalam petang rembang gitu.. kitorang gerak ke Cihampelas Street by foot! Ampeh punya map.. tgk dlm map mcm dekat sgt... lenguh gak la kaki berjalan sebenonya. Sampai di Cihampelas Street aka Jeans Street.. kitorang pun masuk la dari satu kedai tepi jalan tu ke satu kedai yang lain. Beli jugak la baju blaus 2 helai. ehehehehehe... Before tu singgah di McD minum air (leteyy woo berjalan). Kalo nak tau dah sampai Cihampelas Street ke belom.. korang tgk kiri kanan.. kedai2 dia byk tak patung2 beso atas bumbung... tepi dinding.. kira macam landmark dah kot. Hahahahaha.. Ni aku ada amik gambo RAMBO buat kenang-kenangan. Rambo ni kat seberang jalan dari McD tu jer.

Huhuhuhu...Dah gelap.. kitorang jalan kaki lagi.. alamak.. ujan turun tetiba.. seronok sgt berjalan sampai tak perasan hari nak hujan. huhuhuhuhu...

Sedang berlari-larian di dalam gerimis hujan tu.. tiba² kitorang sampai di satu tempat yang macam best... Menganga tengok signboard!!! Cihampelas Walk!!!! a.k.a CiWalk bak kata orang tempatan. Muahahahaha.. Sampai juga kitorang ke salah satu tourist attraction yang disenaraikan dalam list yang disediakan oleh kawan si Cyn.
CiWalk ni actually shopping mall.. ingat nak beli t-shirt tulih BANDUNG.. tp dia spell BANDOENG.. creative design dia.. comel-comel belaka... tp size plak takde.. aiyaaa.. pusing satu shopping complex.. Cyn beli selipar hiking untuk cik-abang-nya. Aku plak pusing punya pusing sekali jumpa seluar jeans Victoria Beckham... Masuk fitting room.. Eh.. Ensemnya daku berjeans baru. Belek harga 133900rp.. convert tu Ringgit dalam RM53. Tak toleh kiri kanan.. Laju je gi kaunter. Hahahaha... Ada satu wallet M&G ni pun cantik gak.. tp tatau pesal budget sgt. So tak jadi le beli.

Lepas keluar masuk every single kedai yang ada dlm shopping mall tu tanpa membeli apa-apa.. kaki pun dah letey.. kitorang pun singgah ler dinner kat restoren kat luar CiWalk tu.. Restoren Baso Malang Karapitan. Ingatnya nak makan baso. Tapi nampak cam tak sedap jer. Ahax.. kensel.. kitorang order ape ke benda ntah.. lupa dah.. gambo je yg ada... namanya den lupo!
Dah kenyang.. snap2 gambo sket.. lps tu tahan cab dan balik hotel.

Tuesday, October 2, 2007

Ramadhan 1428H

Dah lama tak tulis dan sememangnya takde bakat pun nak tulis karangan panjang2.. Sepanjang work and living kat Cameron nih ada la 3 kali aku balik KL. Rumah pun baru je setup pelan-pelan. Beli itu.. beli ini. Kira berjimat cermat juga lah. Bukan sebab apa.. sebab gaji memang tak dapat lagi.

Mitosnya.. gaji untuk kakitangan kerajaan lantikan baru memang ambil masa nak diproses dan pembayaran gaji dimasukkan dalam akaun. Harap2 dapat la gaji sebelum raya. Kalo ujung bulan.. maknanya aku beraya ala kadar je la.. (eh.. bila masa pulak aku beraya beriya-iya nih? hahahaha.. mmg setiap tahun ala kadar pun.. ngeee).

Lebih kurang 2 minggu lagi kita dah nak menyambut Aidilfitri. Cuti awal2 lagi dah apply... bermula dari lapor diri 13 Julai hingga hujung tahun nanti.. jumlah cuti yang available utk aku ialah 14 hari. Tapi.. untuk cuti raya tahun nih.. aku tak bercuti lama pun. Hari kelima raya aku dah start kerja.

So dikesempatan aku mengonlinekan diri ni.. (bukan selalu aku boleh online camgini).. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri yang tak berapa lama lagi nih. Baju raya aku dah siap.. korang punya macam mana?

Thursday, August 16, 2007

welcom to CAMERON HIGHLANDS!!!!!

Dengan ini.. hari ini secara rasminya aku memulakan kerja sbg pegawai kerajaan di Cameron Highlands. Yeahooo..!!!

Tuesday, August 14, 2007

Newly wed: Sue & Naza

Alhamdulillah... Suraya one of my best friend dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya incik Naza.
Disebabkan hari Jumaat aku cuti.. so aku dgn Bye dan Pidut dan anak sedara Pidut jalan-jalan ke Masjid India naik LRT temankan Sue pi buat henna kat kedai Awin. Si Bye pun ikot sekali buat henna. Hehehe diakan pengapit terhormat.. tp dia buat sebelah je la.. kang overwrite pengantin plak kang kalo buat dua-dua belah tangan. Sementara dorang tunggu henna tu kering.. aku sempat la pegi jalan-jalan.. terbeli la tudung cotton corak-corak yang aku suka tu. Kitorang beli henna serbuk tu untuk operasi menginaikan jari si Sue plak. Murah jer satu kotak RM1.30. Lepas henna kering.. kitorang terus balik rumah Sue. Mula operasi membancuh dan menghennakan jari jemari Sue. Bye la tukang bancuhnya. Aku tukang pasang selotep jer kat jari Sue supaya henna yang dibungkus kat jari tu nanti jadi smooth lurus dan cantik. Dengan Pidut dengan aku-aku sekali terjebak pakai henna. Pidut dapat 3 jari (macam dia plak pengantin.. nguwahahaha) dan aku dapat satu jari je (malas aku nk pakai semua-semua jari macam wedding Faze dulu.. balik opis abeh sume org igt aku dah kawen.. ciss). 3-4 jam gak la Sue pakai henna tu. Bila bukak tengok oren jer. Tensen btul. Tak puas hati.. kitorang bancuh lg sekali. Kali ni letak arang plak. Haaaa.. dari warna kehijauan henna tu sampai dah jadi legam tepek kat jari Sue. Hahahaha.. pastu siap bungkus plastik tangan Sue. Aku malas nak pakai henna second round. Aku biorkan aje. Dah siap sume.. baru balik tido.

Besoknya, tgh hari camtu Bye datang.. kitorang gi Semua House nak pi usyar baju Sahara Manjalara. Racun punya racun.. akhirnya aku terbeli gak ar sehelai RM59. Sebbaik aku tak beli dengan seluarnya sekali. Budget beb.. gua takde gaji 2 bulan!! Uwawaawawa..!!!!

Balik rumah.. mandi dan bersiap for Sue and Naza's big day!! Majlisnya lepas asar kat Masjid Pandan Indah. Kitorang pi amik Sue kat rumah dan terus ke masjid. Cantik Sue berbusana pengantin warna putih sedondon dengan pengantin lelaki. Sekali lafaz jer Sue dah sah jadi Puan Suraya.. dinikahkan oleh ayahanda sendiri. Sure syahdu punya la. Memang sayu pun.. Masa salam-salam ipar-duai dia dah nangeh-nangeh. Nanti kita skodeng fotopages zuhri atau redmedia kut ada gambo Sue mengalir ayaq mata. Huhuhuhu.. lepas dah settle amik gamba dalam masjid.. kitorang duk belek gambo yang diambik guna camera Bye. Sekali nak jadi cerita camera tu jatuh tersembam ke carpet masjid. Lens dia stuck.. terus takleh off camera tu.. siap bunyik-bunyik sekali. Adeh.. cuak gila! Lepas try beberapa kali baru la lens tu ok dah bleh off. Tapi zooming plak problem. Zoom wide ok... tapi bila zoom lagi dia terus off. Walaupun bukan camera aku.. tapi aku plak yang bengang bila camera rosak atau buat hal. Ekekekeeke.. sudahnya.. lepas bagi lens tu eksesais on-snap gambo-off byk-byk kali then baru dia kembali seperti biasa. Sian lens tu.. terpeleot kot masa jatuh tadi.

Ni dalam kete on the way nak ke masjid. Sue tengah berdebor tu. Huhu..





Dah Settle dah.. Aku plak yang happy semacam. Muahahaha..

Aku, Sue, Cyn

So, lepas settle akad nikah.. ada la majlis ngeteh sket. Aku makan popiah je.. sedap plak popiah tu. Sebbaik aku sempat rembat 4 bijik. Ekekekeke.. Tetiba ujan.. dan kitorg pun kembali ke rumah Sue. Lepas maghrib cam gitu.. kitorang berangkat pulang. Sebab ada agenda nak ke Jusco Maluri nak cari hadiah utk Sue. Lepas siap-siap... kitorang ke Jusco Maluri. Tak pandang kiri kanan.. terus tuju kat bahagian jual comforter. Memang Sue sendiri yg rekues comforter masa tanya dia nak hadiah ape utk wedding dia. Huhuhuhu.. mentang-mentang tengah sale.. memang jimat belanja laaa :D tapi jadi rambang mata sbb byk yg cantik-cantik dan murah-murah.

Lepas beli hadiah.. kitorang ke rumah Sue semula. Sampai je kitorang keluar semula ke Keramat sbb Sue nak pegi amik kek icing 3 tingkat dia. Believe it or not... kek tu harga RM300 jer!! Gila murah la. Cantik pun cantik... Hmmm...

Sampai umah.. makan dinner dulu. Lepas tu baru pakaikan henna kat kaki Sue plak. Pakai henna belen-belen semalam. Bye taram lukis bintang kat kaki Sue. Wakakakakaka.. lantak la. Janji makcik-makcik dia tak berbunyi kaki pengantin kosong takde henna. Dah settle pakai henna. Tolong Sue tampal 'terima kasih' kat kotak coklat nak bagi tetamu esok. Kejap je dah settle. Tapi drebar kitorang si Pidut pegi ikot Sani tampal signboard kat simpang. Aku, Sue dgn Bye sempat tertido tunggu dia balik amik kitorang.

Ahad.. hari majlis persandingan Suraya dan Naza. Pagi-pagi Bye dan Sham dah sampai umah aku. Aku jadi tukang mekap si Bye lagi. Haaaa jangan tak caya... Sham pakai blusher!! Hahahaha..!!! Adei la.. dah besarrr anak mak ek ;-)

Pukul 11 camtu kitorang dah sampai umah Sue. Aik! Pengantin tak start mekap lagi. Haaa best!!! Maknanya sempat la aku tengok proses mekap dari mula sampai abeh. Yahoo!!! Mekap artist untuk Majlis Bersanding ni freelancer namanya BANI.. Cantikkkkkk sangat dia mekap. Nampak natural jer. Macam-macam jenis bedak dia letak. Yang bestnya takde plak nampak tebal mekapnya. Isk.. kagum.. kagum..

Pukul 1 camtu.. HUJAN beb!! Sebbaik hujannya sekejap-sekejap je. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Catering yang Sue pakai ni sedap-sedap lauk pauknya. Hmmm.. Antara kawan-kawan yang datang : Didie, Mas Zam, Mas M, Nadie, Ireen, Dora, Azue, Ciken, Fiza Shar, Selinah, Elly Chik, Memem, Dezy..

Lewat petang lepas majlis dah settle.. Bye gi KL Sentral amik mak dia balik dari Bintulu. Aku duk lepak rumah Sue lagi. Tunggu malam.. acara bukak hadiah. Pukul 9 baru aku sampai rumah.
To Sueraya dan Naza: Selamat Pengantin Baru and all the best for you both. Muahs!!

Thursday, August 9, 2007

Sobar

Hangin satu badan!!!!!!!!

Semalam aku ke JRS. Niatnya nak settlekan mapping sektor pengangkutan untuk draf awal RTDSPT. Paginya aku ke Prima Damansara. Ambik baju kurung yang lama aku tempah kat bini Babad si Sue. Biasa la.. bila dah jumpa tak sah kalo tak sejam. Bersembang-sembang.. sambil tu aku hantar 7 pasang baju lagi kat dia. Nguwahahahaha.. semuanya kain² yang aku baru beli kat Melaka hari tu la. 2 pasang aku mintak urgent. Sepasang nak buat baju raya. Sepasang lagi baju batik yang menjadi tema wajib bagi pegawai kerajaan pada 1 dan 15hb setiap bulan. Dalam simpanan ada sepasang je baju jurung batik. Nak tak nak... terpaksa la aku urgentkan yang sepasang tu. Dah settle sume.. aku direct ke Klang ikut NKVE.

Di JRS.. cam biasa.. buat cam opis sendiri. Hehehe.. pegi lunch plak dulu before buat keje. Aku sempat siapkan map utk cadangan overall dengan BP1-6. Punya la lembab pc dorang. Penuh dgn virus ke ape? Ecehhh.. mcm la pc aku kat opis nih tak penah kene serang virus. ekekekekek.. sedar tak sedar pukul 10 baru aku gerak balik rumah. Tu pun sebab perot aku dah rasa semacam.. masuk angin. Sebelum gastrik menyerang.. baik aku blah mencari makanan sesiap. Tapi kat situ area penempatan cina. Jadi sukar la nak mencari makanan halal. Aku decide direct balik rumah la. Besok boleh dtg lg siapkan map² tu sume.

Jadinya.. hari ni tadi aku ke JRS lagi. Tapi baru je duduk... Sya ckp dorang baru dapat komen terbaru dari Haji Shariff Pejabat Projek Alor Setar pasal report kitorang. Aku rasa dah buat best gila la untuk report tu.. tapi bila bukak tgk... hoh!! dia nak report aku tu ditukar jadi format jadual plak. Adei.. apesal lak tuko² nih? Hari tu byk kali aku tanya.. nak buat format jadual ker nak ikut format biasa. Manis je mulut berkata² buat la cam mana pun takpe. Banyak gila nak kene tukau. Semuanya ada 14 BP tau. Tu baru report. Blom masuk bab mapping lagi. Sure la semuanya bertukau. Huwarrghhh..!! Dah la esok hari last aku bekerja kat opis nih. Mana sempat aku nak betulkan. Hanginnnn!!! Hanginnnn!!!

Sudahnya aku kemas kertas² sume.. chio balik opis semula. Sampai tertinggal Cosmo August Edition yang baaaruuu je aku beli kat sana. Cizzzz..!! Sabar je la wehhh..

Minggu depan aku dah berhenti kerja. Dah tu sapa nak betulkan report² ni semua?

Monday, August 6, 2007

Jalan-jalan Cari Makan

Aku baru je balik dari Melaka. Kak Long gua dah ajak ke Melaka plak lagi. Dia baru dpt bonus dan bercadang nak membelanja adik² dia makan² di Umbai. Adoi!! Sebbaik la bukan aku yg ditugaskan menjadi drebar. Aku cuma jadi Navigator jer.. tukang tunjuk arah. Hahaha sebbaik la aku dah tere sket jalan kat Melaka. Cuma kat Bandar je la tak tere sbb aritu kerja tak fokus kat pusat bandar.

Hari Sabtu weekend lepas.. pukul 11 aku tlg Along hanto kete dia gi basuh. Kononnya nak bertolak pukul 2.. tapi pukul 4 baru hegeh² kat Serdang lagi. Muahahahaha.. 5 biji kete konvoi berderet. Semuanya adik² dan adik² ipar Kak Long. Termasuk anak² buah.. dgn mak Kak Long. Kak Ani ikot tapi dia terus ke Umbai mlm kang. Si Ayen je yg tak ikot. Merajok ape benda ntah.

Dekat highway siap jammed plak lagi sbb dorang tgh construction nak jadikan 3lane. Pukul6 lebih ar baru sampai Melaka. Kak long book 2 apartment dk Garden City Apartment. Landmarknya kat sebelah Balai Polis Bandar Hilir. Ok la rumahnya. Bersih.. ada 3 bilik.. 3 bilik air.

Lepas maghrib kitorg gerak ke Umbai. Sesampai je gila full dgn manusia kat Umbai tu. Ingat nak makan kat Parameswara tu.. tapi full takde tempat. Last² makan kat gerai no.5 je. Entah berapa ekor ikan kak long order. Semua dah lapar makan mcm pirahna. Sampai je licin... eekekekekekekek. Sengkak² perut makan. Puas ati laa kiranya.

Ahad pagi.. pegi cari breakfast ngn Along dan Kak Long. Mamak tu terperanjat kitorang order roti canai 20 keping bungkus. Hahahahaha..

Lepas check out.. kitorang ke A Famosa. Dah macam rombongan Cik Kiah bila kitorang jalan beramai². Jalan² kat tinggalan A Famosa... tangkap gambo ramai² kat Kapal Terbang lama dgn gerabak keretapi lama KTMB dan depan A Famosa. Lepas tu ada lak adik² Kak Long yang pegi naik beca hias bunga². Kemain lagi beca sekarang.. ada cd player tau. Naik seround kene caj RM10. Kalo nk pegi jauh sket dorang caj RM20. Ok la tu kalo nk kenang penat lelah dorang kayuh. Kak Long pun naik gak dgn Danish. Si Danish siap tido lg masa abg beca tu bawak jalan². Hahaha. Dah penat naik beca.. kitorang masuk Muzium plak. Aku dgn Along la paling lama belek² segala benda dlm muzium tu sampai dorang sume hairan ape yg best sgt dlm muzium tu. Hahaha.. nak buat camne. Family aku dgn family dorang lain.. kitorg suka dan meminati sejarah. Wakakakaka....

Keluar muzium perut dah lapar gila. Tengok² dorang semua ada kat McDonalds. Aik.. td kata nak makan asam pedas. Haha.. aku pun tak kuasa nak tunggu² lagi. Bedal je burger yang ada. Perot dah kenyang.. kitorang tersinggah kat kedai kain Astana Moda kat baru bukak tu plak. Berpinau mata kat kedai tu. Kain ela cantik².. murah² plak tu. Kak Long borong sampai 9 pasang. Aku pun sama... 7 pasang. Memandangkan aku akan berkerja gomen tak lama lagi.. mmg sedang elok la aku beli kain ela byk² buat baju kurung. Huhuhu..

Disebabkan lama sgt kat kedai kain tu.. cadangan nak ke zoo lah.. taman buaya lah.. semua ntah ke mana.. terussss je balik kl. Sampai kl singgah plak dulu ke rumah abah&mummy. Kak Long beli satay plak. Bagi mummy 2 pasang kain ela yg kitorang beli td. Aku bg sepasang.. kak long bg sepasang. Abah plak bagi kitorang t-shirt Bali. Haritu Abah gi jalan² ke Bali dgn company pakcik Meor. Abah cerita spec dia kene kidnap dgn beruk kat Bali. Hahahahahaha... gila punya beruk. Kalo curik makanan tu paham la jugak. Ini spec pun nak disambarnya. Sian abah susah nak membaca. Sembang punya sembang.. tgh mlm baru kitorang sampai rumah.

Terasa macam dah berminggu tak balik rumah. Padahal sehari je. Hahaha..

seminggu

Sebenarnya dah seminggu lebih aku tak update. Alasan kali ni.. aku outstation jadi mandur site survey kat Melaka. Seminggu aku kat sana. Hari Selasa minggu lepas.. pegi keje mcm biasa. Ingat nak siapkan mapping utk SPT. Tapi aku kene ke Jasin urgent. So terpaksa la serah kan kat Heda. Kesian juga sbb Isninnye tu dia baru jer masuk keje lps 2 bulan cuti bersalin. Senja baru aku hegeh² nak balik umah.. mandi.. siap².. sumbat kain baju dlm beg dan terus chio ke Umbai. Terus tuju rumah mak bos. Dari pukul8 dia dah tunggu. Hehehe..

Sampai dah pukul 11 lebih. Rasa bersalah gak la sbb makcik tu kene tunggu aku lewat cam gitu. Memandangkan dah nak tgh mlm... aku tumpang tido je la kat umah dia. Esoknya pagi² pukul5.30 dah bangun. Siap² pukul6 dah tunggu budak² survey ni kat kedai kopi. Hari pertama ni aku bagi dekat sket la. Suruh dorang buat survey kat Tehel. Actually Tehel tu tak termasuk pun dalam kawasan RTD Jasin tapi masuk dalam kawasan RKK Hang Tuah Jaya. Pukul 10 aku balik ke Umbai dan jalan² cari hotel murah. Hotel pertama yang selesa aku jumpa.. dekat Semabok. Rate RM69. Nak check-in tapi awal lagi. So aku ke Tesco dulu lunch. Lepas tu check-in dan amik beg kat rumah mak bos. Aku kurang selesa nak ddk situ lama² sbb terasa mcm mengganggu dan menyusahkan jer. Aku pagi² buta sebelum subuh dah kene get ready nak keluar. Malam baru balik. Lepas tu.. bukan resmi aku datang rumah orang ddk rilek goyang² kaki. Dan orang tu plak sure la layan aku cam tetamu. Nak bg makan la.. minum la. Sungguh tidak selesa sbb makcik tu dah tua. Nyusahkan dia jer nak tanggung makan minum aku. Dah la aku plan dalam seminggu gak aku kene stay kt Melaka ni. Kalo ddk hari ni.. besok balik.. takpe gak. Jadi kesimpulannya aku pun ddk lepak la kat hotel tu. Untuk tak kecik kan ati makcik tu aku ckp la aku ddk rumah kawan. Takot gak aku kut dia kata aku mengada² takmo ddk rumah kg. Huhuhu..

So.. macam tu la tiap² hari. Pukul6 dah ada kat kedai kopi. Bagi borang dan direction kat mana budak² ni kene buat survey. Kalau perlu aku hantar to that location. Aku hanto la. Lepas tu pusing kat semua simpang² tgk ada yg mengulau ke idak. Malamnya aku bz plan utk besok plak. Sapa kene ddk simpang yg situ... sapa ddk simpang sana.

Hari Sabtu dan Ahad.. takde survey. Aku malas nak balik KL. So aku pegi round 1 Jasin. Tengok² site. Detect survey location dalam map. Dah settle.. pegi lepak Mahkota Parade la.. Giant la.. Tesco la.. Jusco la.. Sempat la singgah ke rumah ex-staff si Jamal masa pegi tgk site kat Durian Tunggal. Petangnya cari hadiah untuk newly wed Sarel dan Efi. Aku beli comforter kat Jusco. Sale 70% jadi RM155++ jer. Malam tu jugak aku terus ke rumah pengantin hanto hadiah. Tak sangka plak ada majlis berinai siap ada bunga api dgn berarak bersanding. Pengantin siap bersanggul lintang bagai. Wahhh!!! Terasa kat planet mana ntah sebab aku jer yang bert-shirt berjeans. Hahaha.. mana la aku tau!!!! Anyway takde la gambo kat sini sbb aku mmg tak bawak dan takde camera.

Esoknya Ahad aku merayap ke Mahkota Parade layan Harry Potter. Aku rasa biasa je. Takde tak best spt yg diwarwarkan. Hmmm... atau aku mmg dah set mind awal² not put high expectation on that pilem spt saranan kawan² yg dah tgk dulu. Papehal aku suka official website dia. Hahahaha.. sbb bleh main game expecto patronum!!!

Senin ada last job... buat survey kat simpang dkt2² je. Tgh hari tu aku check out dan check in kat rumah min&ceqpah kat pokok mangga. Malam tu gak aku bayar duit budak² nih. Selasa... aku settlekan list TLK untuk Merlimau dgn Jasin. Esoknya pagi² baru aku balik KL.

Selesai tugas kat Melaka.

Petangnya aku ke ofis. Besoknya aku ke Meeting OSC kat Legend Hotel. Walaupun aku x start keje kat MDCH tapi aku nak pegi jugak meeting tu. Tak bleh claim pun lantak la... aku nak pegi jugak. Pegi meeting tu naik LRT jer. Park kat Cempaka dan terus ke PWTC. Senang gila. Jumpa ramai kawan² dan had a better view about my new job. Takpe.. pelan-pelan kayuh. Aku tau masuk je keje kat sana nanti.. ada banyak cabaran menanti. Harap² aku kuat dan mampu menjalankan tugas dgn baik.

Berkhidmat untuk Negara.