Showing posts with label cameron highlands. Show all posts
Showing posts with label cameron highlands. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Ulat Gonggok

Ulat gonggok size 5 ditemui!!!! Muahahahaha!!!

Dalam pada semua warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands tengah sibuk mengemas ofis.. Muncul seekor gergasi!!!! Giant ulat gonggok.

Sebenarnya entry kali ni berkait rapat dengan entry aku yang terdahulu Binatang Gebu dan Montel yang sering ditemui di Cameron Highlands nih. Serangga yang biasanya kita tgk kecik.. mmg besor dan sihat walafiat di sini.

Pencemaran Air Sungai

Kecohhh!! Kecoh sekejap hari tu bila Karam Singh Walia dan TV3 buat laporan pasal kualiti air sungai di Cameron Highlands.

Ikutkan hati... aku malas nak komen. Dalam pada warga Cameron Highlands duk sibuk buat persiapan untuk keberangkatan DYMM Sultan Pahang.. tetiba keluar pulak berita camgitu. Terus tuanku tak tak jadi datang. Ada 2 hari je lagi patutnya dia sampai. Kesian tengok persiapan yang berjalan lancar.. 90% dah siap.. tetiba tak jadi. Hmmm takpe lah.... ada la hikmah lain pula disebaliknya kut.

So.. selepas isu air sungai tercemar ni reda.. baru laaaa nih aku nak komen sket. Letih juga kawan-kawan duk telefon, ym, sms dan email bertanya "eh boleh ker pi Cameron Highlands sekarang ni? ada air ker?"

Astaga.. yang dilaporkan tercemar adalah air sungai... bukannya kualiti air minum. Mari kita petik kata-kata ucapan YH Dato' YDP Majlis Daerah Cameron Highlands dalam meeting semalam...
"Kualiti air minum di daerah Cameron Highlands adalah terkawal dan selamat untuk diminum kerana ianya adalah air yang telah dirawat dan loji rawatan air di Kuala Terla sering dipantau untuk menjaga kualitinya"

Jadi, kepada semua bakal-bakal pelancong yang berhajat untuk bercuti ke Cameron Highlands tidak perlulah risau berkenaan dengan isu pencemaran air sungai tu yer. Tindakan-tindakan oleh jabatan yang berkenaan untuk atasi isu tu pun dah berjalan.

Terima kasih juga la pada TV3 sebab kita ni menegur menunjukkan kita sayang pada yang ditegur. Cuma orang-orang yang tidak berkenaan janganlah mensensasikan isu tersebut sehingga kebersihan air wuduk pun dipertikaikan. Yang pi amik wuduk tepi sungai tu kenapa? Gunalah air paip yang disediakan... ;)

Wednesday, April 29, 2009

Foot Reflexology

Hari Rabu datang lagi... ahaaa.. masih ingat pada entry kaki bengkak dan bintik merah? Ya.. sejak kakiku bengkak dan kuar redsports.. aku telah menghantar diri aku ke "Rumah Urut".

Hisk.. seram la pulak dengar nama "Rumah Urut" ek? kah kah kah.. sebenarnya mmg ada banyak pusat reflexology kat Cameron Highlands nih. Tapi aku pilih satu je lah. Dah jadi regular customer pun. Bermula kaki aku bengkak sampai la ke hari ni.. dah 4 kali aku pi urut kaki kat situ. Murah jer.. Sejam RM35. Kalo pegi lagi petang nanti.. kali ke 5 lah ;)

Tukang urut aku tuh Uncle Lee. Masa first time pergi semua tukang urut yg muda2 semua taknak urut sbb gemuk bukan main kaki aku masa tu. So Uncle tu ckp elok la dtg urut tiap2 minggu. Redsports yg keluar tu pun disyaki toxic. Since sistem perkumuhan (wahhhhh ayat) aku tak berapa nak betul.

So, tiap2 minggu hari selasa atau rabu atau khamis aku akan muncul kat kedai tu selepas waktu pejabat dalam pukul630 camtu. Kalo waktu yg sama Uncle tu tengah urut tourist ka sapa ka... sanggup aku tunggu atau pi makan2 dulu.

Alhamdulillah.. bengkak mmg 100% dah baik. Cuma tinggal redsport je masih ada keluar once in a while. Tapi dah banyak kurang lah daripada mula2 aku urut kaki dulu. Hasil semasa 'qada hajat' pun semakin memberansangkan. Kalo dulu mungkin dia 'stuck' lama2 dalam badan... tu yg duk kumpul toxic sampai lama2 tak mampu nak kumpul.. dia kuar kat kaki...

So kawan-kawan.. kalau ada masalah sembelit ker, tak lawas ker, sila lah buat detox ye. Minum air kosong byk2 tu penting. Makan apple sehari sebiji pun penting. Sekarang ni aku dalam proses 'memaksa' diri minum air kosong sebotol sehari. Memang la tak cukup 8 gelas.. tapi at least kita cuba untuk berubah untuk kesihatan diri sendiri juga. Walaupun payah sbb aku jarang minum air. Ngeeee...

Wednesday, March 18, 2009

Dilemma..

Sungguh aku berada dalam dilema sekarang ni. Memang masih ada banyak masa nak fikir kan dilema dan penyelesaiannya. Persoalannya sekarang.. this coming July genap 2 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih dalam tempoh percubaan. Belum terima apa-apa surat pengesahan lantikan mahupun pengesahan jawatan daripada JPA/SPA. Kursus induksi umum dan khusus dua-dua dah settle. BTN pun dah pergi dengan jayanya. Exam? Hmm.. the interesting part is skim J tak perlu lulus exam untuk sah jawatan/lantikan.

Basically, tinggal tunggu surat nak sah jawatan dalam perkhidmatan aje lah.

Dah tu ape yang merunsingkan anda? Bukan aku tak bersyukur diterima masuk ke perkhidmatan awam. Syukur sangat2.. matlamat aku untuk bekerja di sektor awam pun semata-mata terletak pada benefit dan tangga gaji yang jauh lebih baik daripada yg aku terima semasa di swasta. Walaupun bila campur claim sebenarnya sama je semasa keje di swasta. Hahaha.. cuma perasaan secure dan tak terbelenggu (fuhh perkataan) dengan krisis ekonomi yang melanda. Yup! Secara terus-terang memang aku tak terasa pun tempias krisis ekonomi. Nak pulak diposting ke tempat jin bertendang yang takde tempat nak menghabiskan duit.

Cerita pasal harga minyak naik.. aku memang sediakala menggunakan kereta jimat minyak. Isi minyak di Cameron Highlands ni mmg untung sbb cuaca sejuk. Penggunaan pun tak banyak setakat pergi keje balik keje sahaja. Abis kuat pun pegi ke Brinchang dan Kea Farm sekali sekala time boring ya amat menyampah di Tanah Rata nih. Perjalanan rumah ke pejabat hanya mengambil masa 2 minit tak termasuk masa nak memanaskan enjin kete tambah lg 3 minit. Total 5 minit dah sampai pejabat. Jammed? Pagi2 buta diwaktu bukan peak season sangat tak sesak. Cameron Highlands hanya dilanda kesesakan jalanraya bermusim sahaja. Itu pun ketara hanya di kawasan Kea Farm sahaja. Waktu balik pun memandu dalam keadaan bosan 5 minit dah sampai rumah. Sangat tensen bila memandu sambil on radio time pegi keje. Lagu blom abis tp dah sampai. Arghhhh.. bleh kata sejak work and living di Cameron Highlands aku mmg ketinggalan carta lagu. Hahaha... takpelah.. tak penting pun.

Cerita pasal harga barang naik.. memang certain goods memang mahal di Cameron Highlands. Especially on fresh fish, meat, chicken etc. Senang ckp menda2 makanan yang diimport dari luar Cameron Highlands. Tapi.. ada kesan sangat ke pada aku? Aku bukannya makan sangat pun. Tinggal berdua dgn housemate. Boring tau.. apatah lagi kalau masing2 bz.. outstation. Alamat dapur tak berasap lah.

Cerita pasal rumah... harga rumah dan sewa rumah di Cameron Highlands memang mahal. Bagi kawasan hulu dan berkepadatan rendah nih patutnya sewanya murah. Tapi tidak di Cameron Highlands. Harga rumah dan sewa rumah adalah sama je ratenya dengan Lembah Klang. FYI, disini tak banyak rumah yang boleh disewa bulanan. Kebanyakkannya pemilik lebih rela menyewakan rumah mereka dengan kadar harian pada cuti hujung minggu dan waktu2 puncak yang lain. Lebih menguntungkan kata mereka. Nasib baiklah aku dapat menumpang di kuarters kerajaan. Campur duit api, air, astro dan bahan makanan.. tiap2 bulan aku bayar RM250 sahaja. Cola tak potong.. ITP pun tak potong.. Hidup aman damai tak banyak karenah segala macam..

Work load? Hmmm.. kalo ikutkan scope of work aku.. keje aku sangatlah simple. Bila dah berkali-kali buat benda yang sama.. lama-lama bleh naik muak. Terasa macam senang sgt keje aku. Ni makan gaji buta ke ape nih? Hahaha.. kalau di semak semula.. aku rasa tak banyak mende yg aku belajar dulu digunapakai dalam keje aku sekarang. Dah nak masuk 2 thn ni aku terasa tersangat bosan dengan kerja aku sekarang :( rasa mcm nak benti kerja dan jadi isteri mithali je.. uhux..)

Dah tu ape kena mengena dgn dilema yang aku nak cerita nih? Hahahah... Eh yg panjang2 kat atas tu semuanya mukadimah je ke?

Sebenonya aku dalam dilema samada nak memohon pelepasan dengan izin atau memohon cuti tanpa gaji atau meletak jawatan...

Fuh.. very serious topic kalau dah sampai bab meletak jawatan.

Hmmm.. walaupun everything is still blurry dan serba-serbi "belom confirm" tapi masih juga menyesakkan fikiran. Saya seorang planner. Town planner yang tak berapa well planned dlm kehidupan. Hahaha.. Oleh sebab itu, think beyond the future is crucial. Takde la mcm Einstein nak fikir pasal hukum gravity ke ape..

Sebenarnya apa arah tujuan entry nih? Owh.. saya dalam dilema. Takpelah... dilema ini akan dihurai dan diungkai selepas bln depan.. apsal bulan depan? cuba jgn banyak tanya ok.. huhuhuhu.. bersambung lagi nanti nanti.. penyelesaian pada dilema tersebut..

InsyaAllah..

Wednesday, February 18, 2009

Imported Tea

Yeahhhh.. entry kali ni aku jadi salesgirl jap.. entry kali ni ditujukan khas buat cik z yang berhajat nak kirim teh dari tanah tinggi.

Selain daripada teh tempatan cap Cameron Valley Tea yang owner dia pakai humvee tu... dan beberapa brand local tea yang lain.. ada juga imported tea yang aku selalu recommend pada kawan2..

Di luar Cameron Highlands, kita selalu jumpa teh daripada macam-macam brand. Ada teh cap Boh, teh cap Lipton, teh cap masjid, teh cap rimau, teh sabah, etc. etc. Ada yang berperisa.. ada yang original.. Ada yang serbuk mengikut gred, ada yang uncang.. macam2 jenis la kiranya.

Di Cameron Highlands ni ada 2 imported flavour tea yang bleh dapat... Mesna dan Zesta. Dua-dua dari Sri Lanka. Before this aku selalu borong teh berperisa dari brand Zesta. But since last Eid dah kehabisan stock. Nak tunggu sampai dari Sri Lanka yang bergolak tu punya la lama. Second option ialah teh cap Mesna.

Teringin nak order? Aku bleh tolong belikan. Once a month aku balik KL bleh la datang amik kat rumah ek... kalo nak COD pun bleh.. aku up sket la duit tambang..

Oh ya.. double click kat gambo atas tu for larger image.. tenkiuuu!!!

Saturday, February 7, 2009

Spa dan Nasi Ayam

Malam tadi.. selepas sesi merajuk dan memujuk.. aku pi menenangkan diri di Thera.P Spa di Hotel Century Pines. Alaa.. sebelah rumah jer..

Dari minggu lepas lagi dah pi usyar kat banner dan amik flyer kat reception. Ada massages, ada body scrub, ada soak bath, ada sauna, ada juga pakej massage campo body scrub, ada juga facial spa, ada juga manicure dan pendicure spa. Hmmmm harga pun takde la menyakitkan mata. Menarik ni...

Bangun pagi-pagi.. bersemangat 1st time nak pi spa. Hahaha.. Kena sampai 10 minit awal dari appoinment. No hal.. tempatnya pun sekangkang kera je dari rumah.

Aku dan Sue ialah 1st customer hari ni. Kitorang masing2 decide nak try ginger dan coffee body scrub. Yang lenlain tu nanti dulu lah. Wahhh... 30 minit scrub tu terasa cam kejap gila. Bila keluar jer memang terasa ringan badan. Agaknya abeh sume dead skin tu dah tadak.. tu yg terasa ringan kot. Kekekekeke..

Lepas mandi.. dorang jamu kitorang ginger tea dan biskut kacang hijau. Yummm.. sejuk2 gini pekena air panas.

Selepas bayar dgn gembira.. kitorang ke pasar. Cittt.. dah wangi2 pi pasar pulak!! Hahaha.. sue berhajat nak makan nasi ayam. Isk sedapnya.. beli ayam seko dan segala bahan-bahan yang berkaitanlah.

Balik umah, amik Ina yang baru bangun tido.. terus ke rumah Sue pulak. Sesi masak-memasak pun bermula. Dengan Ina jadi ketua chef.. Okey kita mula dengan rebus ayam, masak nasik, goreng ayam, buat sup ayam, sos kicap, sos cili, potong sayur-sayuran dan pencuci mulutnya betikkk...

Nyummmm.. sedapnya menu hari nih.. slurrppp..

Tuesday, December 30, 2008

Opss

Hari tu Abah and Mummy boring ya amat duduk kat umah. Pukul 10.15 Abah call bagitau nak mai ke Cameron Highlands. Alamakkk!!! Time cuti sekolah ni.. kat mana aku nak cari bilik hotel?

Call punya call.. akhirnya dapat lah 1 bilik kat hotel yang baru siap awal tahun haritu.. Hotel Titiwangsa. Pukul 3 depa dah sampai. Hahahaha.. confirm jer ada bilik terus packing kain baju, start kete dan bertolak la tuh.

Malamnya.. nak dijadikan cerita.. kitorang bercita-cita nak dinner kat Ye Olde Smoke House yang cantik tu..

Antara gambo yg aku sedut kat google..
Memang dah lama berhajat nak masuk hotel tu. Cuma biasa lah.. bila bendanya dekat.. kita tak berusaha pun nak pergi. Jadi, bila mai pelancong spesel 2 orang ni maka tercapailah hasrat nak pi Smoke House tu.

Aku call staff aku si Syukri. Sembang punya sembang dia kata "jangan risau boss.. situ halal..". Dengan konpiden nya kitorang segerombolan meredah ujan rintik-rintik membelah malam menuju ke Smoke House. Bila masuk jer.. wahhhh.. cantiknya deco...

So.. incik kat reception tu soh kitorang tgk menu dulu. Gulp! Sepinggan je dah cecah RM80. Takpalah.. sekali skala.. So takde masalah. Incik tu jemput kitorang duduk kat kerusi bunga-bunga merah tu pilih menu sementara dia mo arrange tempat duduk.

Lama gak la kitorang mentelaah menu tu. Tiba-tiba datang sorang waiter ni. Dengan concern nya dia bgtau "Are you ready for order? But before that I need to inform that this is a non halal restaurant". Melopong la kitorang semua tgk muka dia. Bila tengok kitorang mcm tak percaya.. baru dia bukak mulut skali lagi.. "Saya tau.. I work here..". Pastu dia blah tergesa-gesa.

Erk.. sebbaik tak start order pape lagi. Lepas tu mai sorang lagi waitress. Mummy pun reconfirm la ape yg mamat td tu cakap. Dia bgtau yang dulu memang ada dua dapur. Satu for halal cooking. Satu lagi for non halal cooking. Dalam menu tak nampak plak ada makanan berasaskan pork and what not.

Malas nak bercerita panjang lebar.. Maka kitorang pun keluar la dengan berat hati. Tak kesampaian juga nak makan kat Smoke House yang cantik tu. Mungkin satu hari nanti dorang dapat chef baru yang bleh masak halal food so bleh la cuba sekali lagi. Ini bukan tulisan nak menjatuhkan perniagaan Smoke House atau apa.. tapi cuma nak cerita pengalaman aku kat sana. Tatau la cawangan Smoke House kat tempat lain camne plak citenya. Wallahu a'lam.

Wednesday, December 10, 2008

Pagi yang dramatik

Pagi-pagi macam biasa aku pi opis. Bulan ni aku masuk opis kul8.30. Sampai kat depan Maybank simpang nak masuk ke ofis tu.. penuh dengan orang ramai. What hepen??

Pastu aku perasan ada lori bomba kat tepi tu dan asap berkepuk kat tengah jalan nak masuk ke ofis tu. Hah? Apa dah jadi?

Astaga.. rupa-rupanya kete staff majlis terbakar. Bomba tengah bertungkus-lumus padamkan api. Aku pun park la kat tepi. Nak pegi dedekat.. takot! Tetiba meletup ke ape ke. Tak ke naya. Yang menarik perhatian aku ialah kete yang terbakar tu kete proton tiara. Erk.. ayahnda ku pun duk beracing dgn kete cam gitu juga. Cuma kete abah tu dah disportkan dek along. Huhuhu..

Bila api dah padam.. bau hangit jangan cite lah. Nampak budak penguatkuasa duk snap-snap gambar. So baru le aku berani pi dedekat. Abis enjin sume terbakar. Tataulah ape sebab-musababnya sampai bleh terbakar. Chief officer bomba yg slalu duk masuk meeting aku pun ada. Dia kata.. kalau cepat buka bonet... simbah dengan alat pemadam api patutnya bleh dielaklah kerosakan yg lagi teruk. Aku dalam hati pun berkata "ada ke alat pemadam api kat opis tuh? tak pernah tengok pun.."

Sebbaik lah akak yang kete terbakar nih baru je beli kete lain. Tataulah brape lama kete nih tak jalan sebenonya. Lupa pulak aku nak intebiu. Tengok rupa pun dah sedih semacam je. Maleh nak tanya pape. Alhamdulillah.. takde kemalangan jiwa dilaporkan. Dengar kabonya pukul7.40 pagi td tengah rancak dia terbakar. Tak pastila plak bila bomba sampai.. tapi time aku sampai tu dah kul8.10 gitu. Isk.. isk.. isk.. dramatik sungguh pagi nih.

Wednesday, September 3, 2008

worm attack

Hari ketiga berpuasa. Bersemangat nak pegi ofis walaupun bersahur dgn ubat jer. Tade selera nak mkn. Budak2 umah tade sorang pun bangun. Nak kejut tak sampai hati. hehehehe...

Bulan ni masuk ofis kul8.30 pagi.. tapi hari ni kul 8 aku dah sampai ofis. Hahahaha.. sampai je ofis lepas punch card dan tengah jalan ke unit aku.. tetiba Sue jerit.. "Wahhh cacing beso..!".. dua-dua kagum kejap tgk cacing gemok menjalar2 atas tar.

Jalan sket lagi.. "eh ada lagi cacing nih.."

Jalan sket lagi.. "ada lagi wehhh..."

Jalan lagi.. "uwaaa ngerinya.."

Jalan lagi.. "eeeeeeeee.. tu ada lagi!!"

Lagi.. "uweeekk.. tak lalu nak berjalan"

Sampai depan pintu unit aku.. "makkk... ada seko lagiii!!"

Aiyokk!!! MDCH diserang cacing gemok...!! Sampai ada 7 ekor duk melepak kat parking lot depan unit aku nih. Ada yang macam nak bunuh diri masuk lopak air.. sbb tatau plak cacing boleh berenang.. Ada yang merengkot kesejukan. Ada yang tengah mengensot ria. Macam-macam aksi ada ;-)
Ni kalo buat umpan mancing.. ikan pun takot nak makan.. huhhuhu...

Thursday, July 3, 2008

main kabus

Syok btul pi keje hari ni. Nyaman berkabus. Dah lama Cameron tak berkabus tebal-tebal cam gini. Si Sue yang baru beli point and shoot gila la mengambil gambo. Tak pasal aku dan Kak Ya pun terjebak sekali. Kwang Kwang Kwang...

Ni la gambo di sekitar ofis Cameron Highlands City Council ;-)p/s : sapa kata Cameron tak sejuk?

Wednesday, May 21, 2008

Lily

Hari ahad ingatnya nak gi tengok Narnia Prince Caspian. Tapi tak book pun. Ingat nak walk-in je. Tapi bila sampai Sunway Pyramid tak teringat langsung nak tengok wayang. Time dah nak balik baru la teringat. Kehkehkeh...

Kitorang lepak Jusco. ME beli kipas dan bantal. Aku plak beli pasu bunga. Teringat kat bunga Lily yang aku bawak balik dua hari lepas, aku rendam dalam baldi je kat bilik air. Nampaknya macam dah start kembang. Wangi plak tu. So.. aku pun saje² beli pasu untuk letak bunga tu. Esok kan ada kenduri.. bleh la showoff kat jiran tetangga anak dara Tuan Haji Madzalan nih keje kat Cameron Highlands. Bleh bawak balik bunga cantik². Lagi pun lengkali aku bawak balik bunga.. takde la kalut nak bubuh bunga dalam jag air lagi... kehkehkeh. Eh.. kene beli satu untuk mummy jugak nih. Tapi lengkali la. Beli satu dulu.
Sampai tengahmalam jugak ler kitorang melepak kat Sunway Pyramid ni. Aku dah ngantuk² tercongok kat meja starbuck tuh. Haa ckp pasal starbuck... Starbuck will opening SOON at Cameron Highlands. Yay!!

Monday, May 5, 2008

Minatang Gebu dan Montel

Aku tak tau la kenapa minatang yang sepatutnya kecik kat bawah.. tapi sumenye giant² belaka kat cameron nih. Udara sihat dan makan daun segar kot. Kekekeke...

Friday, April 25, 2008

strawberry

Uncle ladang strawberry ni kata skang musim panas. Buah strawberrynya kecik. Aku dalam hati "gini punya beso kecik ka? camne plak kalo dikatakan beso tu ek?" Isk isk isk...

Thursday, August 16, 2007

welcom to CAMERON HIGHLANDS!!!!!

Dengan ini.. hari ini secara rasminya aku memulakan kerja sbg pegawai kerajaan di Cameron Highlands. Yeahooo..!!!