Wednesday, July 29, 2009

terpalit

Baru lepas mandi bila handphone berbunyik. Nombor area kuantan yg call. Segera lah aku angkat. Tengok2 panggilan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.... dan ada panggilan daripada Dato Suffian YB Dato Setiausaha sendiri.

Hoihhh... apecite?
S : Ni saya nak bertanya berkenaan dengan projek gereja di Tanah Rata tu dah luluskan?

M : Iye Dato, mmg dah diluluskan oleh Jawatankuasa.

S : Ni saya nak tanya pasal surat awak ni.. awak tulis surat kelulusan akan dikeluarkan kemudian.. macam mana ntah awak tulis... jap.. "surat kelulusan rasmi akan dikeluarkan sedikit masa lagi oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kawalan Bangunan".

M : Iye Dato, saya cuma keluarkan surat makluman keputusan mesyuarat kepada pemohon dan Jabatan Bangunan majlis akan keluarkan surat kelulusan rasmi.

S : Awak tak boleh lah tulis surat macam ini. Dah sebulan lebih keputusan tapi pemohon cakap masih belum terima apa-apa surat kelulusan.

M : Minta maaf Dato sebab saya tak mengeluarkan surat kelulusan rasmi. Saya cuma mengeluarkan surat makluman keputusan mesyuarat.

S : Iye.. saya tau bukan awak yang keluarkan surat kelulusan. Tapi awak kena lah pantau bila surat kelulusan tu nak dikeluarkan. At least bagi tempoh sekian-sekian haribulan surat akan dikeluarkan. Janganlah lepas tangan macam ni.

M : ????

M : Baiklah Dato, saya akan betulkan surat saya.

S : Bila awak nak ambil tindakan?

M : Selepas letak telefon ni saya akan maklumkan kepada Jabatan berkenaan untuk ambil tindakan.

S : Nanti telefon saya semula. Pemohon ada dengan saya sekarang ni.

M : Baik Dato.
What was that??????

Tidak lain dan tidak bukan... ORANG LAIN YANG TAK BUAT KERJA MEREKA.. AKU YANG KENA JAWAB KENAPA MEREKA TAK BUAT KERJA MEREKA... wtf!

Tapi macam mana aku nak jawab sbb aku bukan mereka... "eh kenapa ko tak buat keje ko hah? bongok ke apa?"

Terang-terang dalam surat aku tu.. kalau ada papehal nak tau pasal surat tu samada nak tanya bila surat tu bleh dapat.. sila berhubung dgn jabatan berkenaan. Kenapa masih call aku?????? Sbb aku yang sign surat tuh?

Hello..!!! Terang-terang dalam job description aku cuma setakat itu sahaja kerja aku. Unit aku ditubuhkan oleh Perdana Menteri bukan untuk mengambilalih semua tugas di PBT. Aku cuma uruskan hal2 yang dikatakan remeh mcm penerimaan permohonan, asing2kan ikut kategori, hantar pada jabatan teknikal utk dapatkan ulasan, pantau bila jabatan teknikal nak keluarkan ulasan, dah cukup tempoh.. angkat ke mesyuarat utk dipertimbangkan, maklum keputusan mesyuarat pada pemohon, buat minit, angkat keputusan ke fullboard utk endorse. That's it!!! Hal2 teknikal semuanya masih diuruskan oleh jabatan bangunan atau jabatan perancangan kat PBT tu sendiri.

Takde istilah ambil-alih pun. Itu yang 90% manusia yang berurusan dengan PBT tak paham. Padahal peranan aku dan staff aku dan unit aku adalah seragam pada di semua PBT di semenanjung Malaysia.

So dissappointed :(

Huh... hari ni mmg aku tak rasa bersalah langsung pos surat pertukaran ke HQ. Biar mampuslah orang-orang di cameron highlands nih buat kerja mereka sendiri. I don't care anymore..

Orang baik pun lama2 bleh jadi jahat kalau asyik kena tindas.

Dengan segera aku call incik engineer ketua jabatan bangunan. Dia ada kat KL la pulak. Dengan nada garang nak mampos aku bagi arahan tentera suh dia siapkan surat kelulusan tuh. Hahahaha.. bagus juga dia mmg takot dgn pompan rimau nih. Esok jugak dia janji nak siapkan surat tuh. Bagussss!!! Kalo ko buat keje dn cepat dan cekap dan dengar cakap aku yg bijak nih... sure ko tak kena marah selalu dengan aku tau. Aku peduli apa jawatan ko sama level dgn aku atau tidak. Kena marah sket merah2 muka. Hangin btul aku dengan jantan cam gini. Mengorat staff aku pandai pulak. Bukan aku kecik ati ko tak mengorat aku. Tapi aku sakit ati ko lembab sangat nak settlekan keje ko sendiri. Balik2 aku jugak kena back up. Bosannnnnnnnnnnnn!!!!!!

Now.. tade bagi muka dah. Ko dan jabatan ko ambiklah balik keje2 ko nih.

Dulu bos ko beriya taknak terima aku, staff aku dan unit aku kat ofis kecik ko tuh. Sekarang ni bila nampak sendiri yang kitorang ni berguna... byk memberi kebaikkan pada ofis... dah nak kena panggil semula dgn HQ.. baru lah nampak yang kitorang ni bagus.. terbaikkk...

taik lah!!! mmg kali nih betul2 terpalit. Sure my reputation pun hancus. Bayangkan Dato SUK actually call and talk to you by himself. Bukannya dia suh staff dia yg ckp atau pakai surat. Arghhhhh!!!!!!!

Ya Allah Ya Tuhanku.. kasihanilah orang-orang yang teraniaya ini *sob*

Tuesday, July 28, 2009

kuat tido

Tadaaaaaaaaaaaaa...!!! silalah tatap wajah encik Aqil..

kahkahkah.. inilah dia orangnya yang disebut2 ittew.. tgk gambar atas tu.. sebijik cam danish masa kecik2 kan? Kalau dia bukak mata... kemain beso mata dia. Ntah ikut mata sapa...

Sangat kuat tido.. maklumlah baby baru lahir mmg resminya begitu. Melalak tak berapa menyakitkan halwa telinga. Kalau my future child nangis cam gini.. harus ibunya lena sampai ke pagi.. kahkahkah.. adoi.. harap2 bakal mak mertua tidak terbaca blog inih.. *finger cross*

buffalo

Okay.. saya baru pulang dari lowyat dengan menjinjing beg plastik.. Hmmmmmmm...

Setelah cakap2 dgn incik Mel tadi. Maka aku decide utk beli external hdd dan transfer everything kat dalam tu.. and then bg Mel uruskan dengan Highpoint. Yess.. it still takes time depend on tahap kerosakanlah.

It's ok.. terlupa kat ofis ada sebuah lg desktop lebih. About presentation... pakai la laptop ofis.. apehal asil nk pakai harta persendirian? Kerajaan tak suruh pun pakai harta benda sendiri tau!! Sekiranya takde laptop utk digunakan utk presentation dlm meeting... its none of my bussiness ya. Janji meeting on ;)

Akhirnya setelah bertahun cakap-cakap nak beli external hdd akhirnya ku beli jua.Kaler merah tadak stok. Haihh... sure cun ek..

Owh ada org tanya apsal tak tunggu pc fair minggu depan? Minggu depan warranty saya dgn acer abehhhhhhhhhh.. that's why lor...

Adalah lagi org tanya apsal tak beli beso sket.. eh sukati aku lahhhh... banyak tanya betullahhhh...

choices

Bangun pagi ni.. teragak2 nak pegi ke Highpoint atau tidak. Laptop yg sedang digunakan ini hanya ada 2 masalah.

1st, webcam not function (the error said.. webcam not connected) which there was wiring problem I guessed.

2nd, touch mouse is not function also. Lambat perasan masalah tersebut since asik menggunakan external mouse sahaja.

See? Takde masalah besar sebenarnya. Aku get tru forum tadi. Ada yang punya bigger problem than mine. The worst part is they also faced problem when dealing with Highpoint. Bayangkan nak settlekan satu-satu problem took up until 4 months!!! Ayyo.. apasal teruk sangat? Sapa keje technician kat acer sila angkat tangan!!!

So sekarang saya sedang berbelah bahagi mau pergi atau tidak. Aku try call Mel (my other IT advisor), tak berjawab plak. Haihhh!!!

Kakak plak sedang training ngak bisa diganggu... kalo call pun confirm tak jawab juga.

Dear readers, I need your help :(

Anak Incik Potter

Masa test drive tadi.. tiba2 incik Wan Jay sangat bersopan santun didepan mekanik. Huh! Langsung takdak bunyik yg menggerunkan. Sangat berhemah walaupun mekanik duk tekan laju gila atas highway baru DUKE.

Ooookay.. takpe.. baguslah kalau everything is ok. Maybe becos dorang dah tuko belting dgn gear oil.. maybe.. maybe..

Dah tengah hari jumud baru settle everything. Terus balik rumah. Lapar sebenarnya walaupun teringin nak benti kt drivetru selang 2 saat dari service centre tersebut.. muahahaha...

Sampai umah.. layan lunch dpn tv sambil tgk P.S I Love You.. again! Movie yg mampu melelehkan airmata-ku yang tak berapa mahal neh. huhuhuhu.. very the touching.. sangat pandai mereka melakonnya sehingga terkesan dilubuk hati... arghhh kalau dah jiwang karat tuh mengaku aja dong! bwekkk!!!!

Usai lunch.. mari kita melawat website gsc dan tgv. Bleh plak lupa username gsc.. hahahaha... aiyokk.. makin lama aku makin lupa jd org KL. Built-in GPS dalam kepala pun makin kabur-kabur.. hiskkk... susah hati gak dibuatnya..

So... menonton wayang Harry Potter 6.. The Half Blood Prince. Since aku tak baca buku-buku dia.. so I guess the movie is ok... cuman ending kurang memberansangkan. Dan dumbledore mati di akhir movie.. tak cukup sedih garapannya... Itu aja kok..

Yup.. saya menonton sendirian. Perlu belajar ngak bisa berteman. Owhhh.. bukankah sudah tersangat biasa? Udah sampai ke tahap expert gitu. Hihihih..

Planning utk esok? Mahu ke Highpoint Berjaya Times Square... acer service centre since laptop ini webcamnya ngak boleh on. Warranty ada lagi beberapa hari.. elok sgt jika digunakan ketika ini.. lagipun kalau tak pergi esok.. bila lg ada kelapangan nk ke kawasan segitiga emas yang seboleh mungkin dielak dek kesesakannya?

Dan juga mau ke pejabat pos renew lesen memandu. Sangat sangat sangat lupa.. expired on July 7th. Dah lepas pun.. sebbaik tak kena tahan polis ke jpj ke...

Juga mau menonton public enemy (*love* johnny depp).. Faze ckp.. "apasal tak ckp awal2.. lepas training aku bleh teman ko gi tgk wayang".. ecehhhh.... daripada minggu lps aku duk ckp nk ajak dia tgk wayang tp asik aja dgn aral.. ahaks.. takpelah.. aku tidak lagi sama dgn org lain yg punya tanggungjawab lebih.. don't jealous at me because I'm single ;)

Monday, July 27, 2009

major service

I'm at produa service right now. Kalau ikutkan kata hati mmg malas nak turun dari katil pagi tadi. Nama pun sedang bercuti. Bercuti dari karenah pejabat seketika.

Actually I'm online from Dasuki Motors Perodua Service Centre kat sebelah Zoo Negara. Memang selalunya aku servis kereta disini setelah banyak service centre lain yg aku try. More comfortable here I guess. Hence ada wireless juga disini ya ;) me likeyyyy... terjaga juga pokok tanam maya aku tuh bila dapat online.. dan laju juga connectionnya... me likeyyy some more.. hehehe..

So.. aku dah terskip service utk 75000 km. Bukan skip ape pun.. skip sbb aku pegi servis kete kat kedai lain. Tak buat kat perodua.. huhuhuhu.. so kali ni dah 83000km baru nak buat major service. Nevermind.. saya mmg jahil pasal kereta.

Tadi mekanik tu panggil since aku ckp ada bunyi menciutkan bila maintain 100 - 130kmj kat highway. Lain pulak yang dia jumpa.. dia kata oilsealed kat gear box tu leaking. Absorber belakang kiri-kanan pun leaking jugek. Haiyooohhh.. sangat mensusahkan hati.. estimate harga dalam RM900++ uwaaaaa...

Apelagi.. penasihat negara pun ditelefon. Pedulik apa dia bz kat pejabat. Hehehe.. paling mudah.. aku suh aje along bercakap sendiri dgn mekanik tu. Teknik biasa yg aku buat setiap kali pegi worksyop berseorangan. Haih.. bila ntah mau berdua dgn manusia yg jua tere hal2 begini..

Along call semula dgn estimate harga di worksyop lain. Yey lebih murah.. tp tak bermakna aku nak suh mekanik kerjakan oilsealed tu bulan ini juga. Bil utk major service ini pun akan dileret dgn duit plastik juga. Ikutkan hati mmg takmo buat service pun mengenangkan baki dalam bank. Tapi takpe lah.. untuk keselamatan aku jugak yg memandu kesana kesini.

Incik maxis ni duk telefon aku berkali2.. suh bayar bil agaknya. Aku dah suspend pun sibuk suruh byr juga. Mampus kau lah.. huh.. ini yg orang kata perempuan mata duitan? Kalau takde duit macam mana nak teruskan kehidupan? Nak bercucuk tanam sayur-sayuran dibelakang rumah yang bersimen? Hanya mampu bercucuk tanam di alam maya menerusi game 'farm town', 'farmville' atau 'barn yard' sahaja. Dapatlah beribu-ribu coins menjual hasil tanaman. Huhuhuhu...

Apakah motif entry ini? Owhhhh kegemaran terbaru.. menulis entry tanpa hala tujuan. Eh bukankah mmg itu tujuan blog neh diwujudkan? Bermonolog... menulis semborono tanpa batasan. Mengelak menulis mengenai isu semasa, politik, atau apa sahaja yg boleh diperolehi di sumber2 yg maha banyak untuk digoogle.

Blog yang selfish.. cerita berkisar aku aku aku aku aku dan aku sahaja. Selit juga mengenai org lain. Aktiviti yg aku buat. Hal2 yang aku baru tau dan alami. Pokoknya cuma aku saja. Apa ini tiba2 berbicara bahasa indonesia. Huh.. ini si harry kawan chenta punya pasal lah nih ajak aku ngomong ama dia bahasa indonesia.

Tinggal dulu dong.. mau pergi test drive bentar..

rilex

Ahha.. lama rasanya tak tido petang time panas2 cam gini.. muahahaha.. balik KL je mmg lalok semacam. Ngantuk gegila.. tamo tido dlm bilik ada aircond.. nak jugak lepak kt ruang tamu ngadap tv. Sedor2... movie Free Willy tgh on-air..

Hari ni mmg rilek sahaja. Cadang nak gi 'mkn buah' kat jengka terpaksa cancel bila terperanjat tgk bank account balance sendiri mlm td. Ahaks! Ni yang berdebar hati kalau transfer semula ke KL. Sengkek manjang je lah guwe. Haihhh!!

Semalam.. cam biasa ler.. appointment facial. Berazam takmo beli produk lagi.. tapi terbeli jugek new product from Clarins.. dari range hydra-quench. Iye lah.. my skin kinda tensen sbb pertukaran cuaca. Thats why aku suka ddk cameron bcoz its neutralise my oily skin (KOT). Bila blk KL je muka jd berminyak2 cam harem. Nak tgk muka sendiri pun takot :D ngeee..

Semalam juga.. aku berjalan2 satu mall.. sampai kat type R kengkonon nk beli ipanema baru since kasut yg baru pakai tu buat kaki aku sakit. Sekali adik promoter kedai tu cakap.. kalau aku trade-in selipar jenama ipanema or grendha, aku bleh dpt 25% off. Wah!!! Kalau selipar or kasut jenama lain.. dia bg 15% off.. gulp!! mencabar iman sungguh lah. Sayang selipar ipanema ku yg dah nk lerai tu dalam kete.. kete plak bapak la jauh parking kt gardens. Huh.. tensi!!

Aku suh adik tu simpan selipar ipanema tu.. new design.. kaler ijo yg cantik.. konon2 aku nk gi amik selipar yg kt kereta. Tapi bila sampai kat kete... aku terus blah jer.. kwang kwang kwang.. maleh aku nak menapak balik pi tingkat 5 Mid V tuh. Dan magic gila bila smlm aku sampai rumah semula pukul5.30 petang!!! huwahahahaha.. selalu tu selagi tak malam selagi tu blom balik. Ntah ape yg aku ukur kat Mid V tu ntah... kalo beramai tu ok la jugak.. ini sensorang.. hahahaha resmi org bujangan.. mmg gitu kot.. takde ape yg nak dikejarkan..

Hari nih.. aku ke carrefour Ampang.. tolong kak long beli barang2 utk baby dan anak2nya. Si along melayan motornya. Balik dari carrefour.. along nak masak ikan dori.. eh btul ek ejaan? dori.. iyer lah kot.. huhuhuhuh.. jd omputeh celup kejap... kang aku tepek gambo chef mukhridz sedang memasak ikan dori.. tp aku jugak yg peram.. chett.. kira aku assistant chef la ek? bleh laa..

Selalu tu hari ahad ialah hari ulangkaji pelajaran untuk matapelajaran CSI. Sbb aku selalu terbabas hari selasa dan rabu. Iyelahkan.. pengurus pingpong yg berdedikasi.. mlm2 pi tgk anak buah praktis ;) tapi hari ni malas gila nak tukor channel ke AXN.. si Irfan cam biasa... nak main game kt enpon makngah la.. nak tgk disney channel la.. homework takmo buat.. huh.. si danish plak cam kekurangan kasih sayang.. asik nk berkepit je ngn aku.. conteng2 or lukis2 atas kertas.. 2 saat kemudian tunjuk kat aku walaupun aku tatau ape yg dia lukis.. muahahahaha.. kira cantik je lah tu.. but i'm suprise bila Irfan actually can draw. Ohh draw mcm budak2 la.. comel jugak elephant, monkey dan crocodile yg dia lukis walaupun elephant tu cacat takde ekor.. hahaha..

Tadi.. lepas tgk movie kat starworld.. teralih ke ESPN.. aik motorgp? Haaa... sudah lama tak layan motorgp. Tgk motorgp sorang2 takbest sbb walaupun minat tp aku bkn kenal semua rider or team or motor yg digunakan. Segeralah mamat yg sedang repair motor kat ittew dipanggil utk turut serta memeriahkan suasana hari raya.. ahaks..

Race di dornigton park circuit.. betul ke eja? Arghh malas nak google.. kira betul je lah tuh.. Rossi kat petak nombor 1.. yay!! Kat sana hujan.. track basah. Iskk.. mmg sungguh lama tak tgk motorgp since astro aku kat CH takdak sports channel. Rugi jer pun kalau ambik sbb aku cuma tgk motorgp sahaja. Budak2 lain langsung tak layan sukan even bola sepak. Hmm..

So.. kali ni Incik Rossi tergolek di lap 20. Dari nombor 1 kat depan Dovioso (betulkah ejaan dan sebutan? hantam lah) terus kt tempat 11. Mmg saspek la bila dia dpt ended race kat tmpt nombor 5. Eh.. ada pulak yg tanya camne aku bleh terjebak dlm motorgp? Hmmm.. where to start? Since primary school kot. When u have only one sibling and happened to be a brother who enjoyed stuff like that.. sket sebanyak ko akan terikut gak.. dia beli majalah roda-roda (ada lagi ke majalah nih?) aku pun ikut baca especially part dorang pi tour europe naik motor. Masa ni la aku falling in love dgn The Alps and Switzerland *blush* sangat cantik!!! Walaupun tak berpeluang nak pergi dan tgk sendiri tempat tuh. Sket sebanyak aku tau la sket2 kalo korang cite pasal randy de puniet ka (ensem siot).. pasal chris vermulen ka (mmg sebijik cam penyanyi yassin tuh kan).. atau collin edward ka... marco melandri ka.. dani pedrossa ka.. eh casey stoner tu apehal keciciran? Erk.. mampos entry ni kena serang dgn bebudak gp kang... ampunn... saya mmg penyokong 46!!!!! Bukan 52.. kahkahkah..

oK.. dah la.. dasyat sangat merapu kali nih.. guten nacht!!