Wednesday, February 11, 2009

Welcome Azim Wafiq

Tengahari semalam Kak Ya dah jerit2 luar ofis bgtau Suzita dah selamat bersalin kat Hospital Ipoh. Seperti yang dijangka... baby boy. Alhamdulillah.. baby dan maknya selamat.. sihat walafiat.

Hari nih... selepas buat surat beranak.. before balik ke kampung di Temerloh.. dorang sempat singgah di ofis. Dah jadi kenduri pulak bila ramai gila serbu nak tengok baby yang ditunggu kelahirannya. Kalau dengar cerita maknya.. memang azab nak dapatkan zuriat. Ini kali ke4 dia mengandung. Alhamdulillah berkat sabar dan full attention dari pihak hospital akhirnya kandungan ke-4 nih takde masalah besar macam kandungan2 yang lepas.

Sejuk mata tgk baby yg comel camnih kan?? Rasa cam nak gigit2 jer.. hehehehe..Tahniah pada Suzita dan suami. Welcome to the world for si comel Mohamad Azim Wafiq.

Saturday, February 7, 2009

Spa dan Nasi Ayam

Malam tadi.. selepas sesi merajuk dan memujuk.. aku pi menenangkan diri di Thera.P Spa di Hotel Century Pines. Alaa.. sebelah rumah jer..

Dari minggu lepas lagi dah pi usyar kat banner dan amik flyer kat reception. Ada massages, ada body scrub, ada soak bath, ada sauna, ada juga pakej massage campo body scrub, ada juga facial spa, ada juga manicure dan pendicure spa. Hmmmm harga pun takde la menyakitkan mata. Menarik ni...

Bangun pagi-pagi.. bersemangat 1st time nak pi spa. Hahaha.. Kena sampai 10 minit awal dari appoinment. No hal.. tempatnya pun sekangkang kera je dari rumah.

Aku dan Sue ialah 1st customer hari ni. Kitorang masing2 decide nak try ginger dan coffee body scrub. Yang lenlain tu nanti dulu lah. Wahhh... 30 minit scrub tu terasa cam kejap gila. Bila keluar jer memang terasa ringan badan. Agaknya abeh sume dead skin tu dah tadak.. tu yg terasa ringan kot. Kekekekeke..

Lepas mandi.. dorang jamu kitorang ginger tea dan biskut kacang hijau. Yummm.. sejuk2 gini pekena air panas.

Selepas bayar dgn gembira.. kitorang ke pasar. Cittt.. dah wangi2 pi pasar pulak!! Hahaha.. sue berhajat nak makan nasi ayam. Isk sedapnya.. beli ayam seko dan segala bahan-bahan yang berkaitanlah.

Balik umah, amik Ina yang baru bangun tido.. terus ke rumah Sue pulak. Sesi masak-memasak pun bermula. Dengan Ina jadi ketua chef.. Okey kita mula dengan rebus ayam, masak nasik, goreng ayam, buat sup ayam, sos kicap, sos cili, potong sayur-sayuran dan pencuci mulutnya betikkk...

Nyummmm.. sedapnya menu hari nih.. slurrppp..

Sunday, February 1, 2009

Dah besar

My youngest staff just turn 21 on last Tuesday.. so we decide to do some makan-makan a.k.a celebration for him. Dah la satu-satunya staff lelaki kat unit aku.. bongsu plak tu. Tahun lepas bday dia jatuh on weekend. This year jatuh on CNY.. pun hari cuti. Takpala.. belated celebration pun kira ok la tuh.
So.. happy birthday Syukri.. keje rajin-rajin.. jangan asik nak mengelat jer. Umoq pun dah tambah setahun lg. Be wiser not older.. okay!

Wednesday, January 28, 2009

Balik Kampung

A day before CNY, abah ajak balik kampung kat Lubuk China sebab tok ngah eksiden motor minggu lepas. Pukul 10 gak la baru gerak dari umah abah. Banyaknya kete kat highway. Musim perayaan mmg hgway penuh dgn kete.

Sampai kat kampung dalam pukul 2. Tok terbaring atas kerusi malas tu. Tulang tangan kiri patah empat. Collar bone pun patah. Belakang abeh lebam itam. Sian sungguh la keadaannya. Tok umoq dah 84 tahun nih. Uwan pun dah la sakit2.. tambah pulak tok eksiden. Sebbaik Mak Su duduk sekali kat situ. Kalo idak.. haru gak la. Dah la dua-dua susah nak berjalan.

Borak punya borak punya borak.. Pukul 4 camtu baru bertolak balik KL. Masuk sempadan Negeri Sembilan ada banyak gerai cendol, goreng pisang dengan ikan sembilang salai. Fuhhhh.. baru tgk signboard dah terliur. Ape lagi.. berhenti tepi la..

Mummy beli 1kg ikan sembilang salai tu.. wakakakaka.. ada la dalam 12 ekor. Kak Long pulak beli cencalok. Tapi kat gerai tu tadak cendol. Nak benti sekali lagi semata-mata nak minum cendol terasa malas plak. Kitorang strettt jer masuk highway.

Jalan balik KL smooth jer.. tak banyak sangat kete. Tiba-tiba.. along jerit "ada eksiden kat depan tu baru jadi.. nampak ada asap.."

Nampak la kete-kete kat depan tu tekan brek. Tak lama lepas tu kitorang lalu la kat tepi tempat kejadian. Fuyoo!! Proton saga baru tu terbabas sampai tercabut tayar depan melintang baik kt tengah highway. Ni kalo kitorang terkebelakang sket nih sure terstuck jammed.

Perjalanan sampai umah berjalan lancar je lepas tu. Alhamdulillah. Kitorang melepak umah abah pulak. Mummy segera masak gulai cili api ikan sembilang salai. Perghhh!!! Jangan jelesss!!! Slurppp!!

Saturday, January 17, 2009

tadak mood

Lama rupanya aku tak update blog. Bz? Takde la sangat.. tiap hari pi keje bukannya ada keje sangat pun nak dibuat since gap antara meeting aku lama sgt. Sume keje dah siap awal.

Bila time tadak keje nih.. mood keje pun kurang. Makan gaji buta je tiap2 hari. Main game, selak-selak fail, draf surat, layan dvd boxset sex n the city season 2, pi makan sejam, lepak sembang2 dgn anak buah yg bz buat SKT dan laporan prestasi tahunan, sms org yang terchenta, buat2 sibuk... zzzzzzz...

Arghhh bosannya hidup aku..!!!

Terpikir gak nak apply bertukar ke bawah bukit Cameron ni.. balik KL. Tapi sapa pulak nak tukar suka sama suka dgn aku kat tempat jin bertendang nih. Isk.. mula la terasa cam nak benti keje jer nih. Uwaaa..

Monday, January 5, 2009

Happy 4th Birthday To Danish

Mohamad Danis Hafiz... My 2nd nephew turns 4 last Saturday on January 3rd. Excited betul nak tiup kek. Our family routine.. kalo celebrate birthday Irfan or Danish.. mmg kena celebrate dua-dua skali sbb nanti bergaduh or salah sorang akan kecik ati. Haiii macam-macam budak2 skang.

Aku sampai umah dari Alamanda dalam Pukul5.30. Kak Long sms bgtau dia tengah hangin sbb dia still tgh tunggu Along tak sampai2. Adei la.. last-last aku la yang kena masak bihun tu.

Sebbaik bihun goreng je. Kalau kena buat Laksa ke.. Nasi Beriyani ke.. garu kepala gak la aku dibuatnya. Hahaha.. Faze jadi tukang kacau rencah. Main taram je campak2 sume benda dalam kuali. Harap-harap sedap lah.. Puhhhhh..!! Hahahaha..

Pukul8.30 start makan-makan. Adik beradik Kak Long sume datang. Banyak gak hadiah si Danish dapat. Huhuhu jeles gak la. Tingat kita kecik2 dulu. Mana ada majlis tiup2 lilin macam ni. Hadiah best2 cam ni pun jangan harap la nak dapat. Hahaha.. nostalgia :D

So.. Happy Birthday Danish. Mak Ngah love you!!! Rajin-rajin pi sekolah. Jangan buas-buas sangat. Dengar ckp teacher. Degil-degil nanti Mak Ngah rotan!!! Hahahahaha..

Oh ya.. Happy 29th Birthday to my friend SURAYA. May god bless you and happy always (I sucks in greeting people.. ye tak?)

Sheikh Muzaffar

Jalan-jalan di Alamanda Putrajaya hari Sabtu lepas. Aku pi cari hadiah untuk Danish. Hajatnya nak beli set Thomas n Friends tu. Memandangkan Irfan dan Danish dah ada yang starter set so aku pun decide nak beli yang medium set. Parents dorang pun beli tambahan satu lagi kawan kepada Thomas which is Ben/Bill. Faze pun beli kawan Thomas which is James. Aku cakap kat Kak Long.. lama-lama satu set Island tu si Irfan dan Danish kumpul. Hahahaha..

Tengah jalan-jalan tu nampak mcm small stage kat tingkat atas. Oooo ada session Sheikh Muzaffar jumpa dengan peminat or promo session utk new release book by himself. Aku dan Faze pun sempat la menyelit kat tengah ramai2 orang nak snap gambo. Kalau nak amik gambar dgn Dr SM kena la beli buku. Hahaha.. takpa la.. tadak mood nk baca buku skang nih.

Meh tengok close-up SM ;-) mmg jambu dalam gambo. But sorry.. He's taken ;-)