Wednesday, May 20, 2009

this is my card..

Semalam sampai satu parcel. Rupanya unit aku punya name card dah siap. Amacam? Cantik tak? Design buat sendiri. Color management pun pilihan kami seofis beramai-ramai. Kos pun poket sendiri. Cuma part logo OSC tu jer aku ikut kat dalam buku manual OSC. Aci la kan?

Owh aku edit sket.. takkan nak bg terang benderang.. not good publish your details sesuka hati via internet right? Lagi pun this is business card.. digunakan hanya untuk perkara-perkara berkaitan kerja sahaja. Jangan plak korang sesuka hati nak call sdn. bhd. ye... mmg tidak akan dilayan. Warning nih!!!

Tuesday, May 19, 2009

New Mummy-To-Be

Dari minggu lepas aku duk berdebar tunggu berita gembira dari my best friend - Baizura. Khabarnya dah 38 weeks preggie. Meh tgk gambo dia yg aku kidnap dari fesbuk.
Malam tadi dia sms to inform yang dia dah admit ke PMC bangsar. InsyaAllah ceaser dijadual esok pukul8.30 pagi.

Pagi tadi tengah busy keje.. terima sekali lg sms dari suami-nya yang terchenta.
"Baby boy dah selamat masuk ke alam dunia. 3.6 kg pukul 9 am."

Wahhhh.. seronoknya!!! aku berym dengan mood yang sungguh happy bersama Suraya. Dia lagi la tak sabar. Kalo bleh nak pi visit lunch hour ni. Huwaaa!!! Nak ikutttttt...

Takpe.. minggu depan aku datang visit ye ;) anyway.. many many congratulations to both Baizura dan Pidut. Alhamdulillah dua-dua khabarnya selamat. Tak sabar nak balik KL pi visit dan gomol2 anak orang... Hahaha..


Update : 3.07pm

I'll manage to call the husband. Sungguh gumbira bunyik nya. Sampai cameron highlands dengar suara baby boy duk teriak. Sedang breast feeding. Sabar ye.. minggu depan auntie zura dtg gomol ;) yihaaa..

Monday, May 18, 2009

Meeting dan Makan

Hari ni aku buat meeting dalaman dengan staf. Tak ramai pun stafnya. Staf aku cuma ada 5 orang je. Dalam organization, time meeting dalaman camni la tempat nak suarakan ape benda yang tak puas hati secara betul. Bukan main cakap belakang atau berpiket. Dalam kes aku ni takde la sampai nak berpiket plak kan. Jabatan kecik.. masalah pun kecik ;)

Cuma pasal susunan fail, menda-menda administrative, disiplin staf dan perkara-perkara lain yang dirasakan bermasalah. Sekarang ni kitorang dah nak start dengan 5S. So banyak juga sentuh pasal 5S. Owh ya, sorang staf aku pun akan bertukar. Maknanya jabatan aku kembali dengan 1 kekosongan. Haritu kekosongan pembantu tadbir atau nama manjanya kerani. Bila dah isi, aku punya pembantu teknik plak nak blah. Dia gunakan ijazah dia untuk dapat kerja sama gred dgn aku lah. Good for her. Best of luck di tempat keje baru.

Lepas meeting dalaman, disambung dengan meeting zon untuk 5S. Meeting zon ni bersekali dengan jabatan sebelah sbb kitorg dlm zon yg sama. Aku sebagai fasilitator zon dan Sue sebagai ketua zon. Nama zon kitorang adalah ASTER. Hmm.. nice flower actually ;)Bunga Aster - pic courtesy from google image.

Meeting habis pukul 1. Ngam2 lunch hour. So terus lunch aje lah. Aku masak spaghetti dan tempah kek blackforest. Sebenarnya mmg nak buat birthday party untuk staf2 yang lahir bulan 3 dan 4. Alang-alang buat ler makan-makan lepas meeting dan celebrate utk staf2 yg birthday bln 6 sekali. Hahahaha sekali harung. Jimat belanja btul lah.

Tuesday, May 12, 2009

kelas memasak cik Ina - update

Lama gila baru dapat update... mintak maap la ye. Entry kali ni adalah sambungan kepada entry sebelum nih - kelas memasak cik Ina.

So.. inilah hasilnya. Karipap sardin dan kuih ketayap. Sungguh enak dimakan begitu sahaja sambil melepak depan tv dan bergulung di dalam comforter. Yihaaaa!! Cameron Highlands life style. Mengeram di dalam comforter ;)

Pantai Tg.Sepat

Kelmarin kitorang ada program lawatan ke MD Pekan. Pi jalan-jalan melawat tempat orang untuk belajar pasal 5S. Ape benda 5S? Alaaa yang Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke tu la. No idea? Pi la google sendiri. Maleh aku nak explain.. kah kah kah..

Kitorang sampai Kuantan hari Ahad petang naik kereta pejabat. Staff aku semua naik satu kereta lah. Penuh 6 orang termasuk sorang staff unit COB. Urusetia booking bilik kat Hotel Grand Continental Kuantan. Pukul5 terus ke Megamall amik tiket wayang. Hahahaha.. awal2 lg dah booking tiket wayang.. tgk cite Wolverine. Fuhhhh mmg lawa lah body dia. Eh???

Lepas tengok wayang.. siap2 untuk ke program Kursus Kesedaran 5S plak. Encik yang sama bg talk semasa kursus 5S haritu bagi talk sekali lagi. Huwarghhh ngantuk sbb slide yang sama dan 'cerita' pun lebih kurang.

Dalam kul11 kitorang keluar lagi.. kali ni pi cari Satay Zul. Alamak.. sate dah abeh la kak. Kitorang stretttt ke Pantai Teluk Cempedak yang takde pokok cempedak pun kat situ. Haha lawak tak kelakar ;) perut dah lapar gila nih. Singgah makan kat gerai2 yg banyak kat situ. Huh.. makan nasik putih, tomyam campur dan lauk2 standed untuk 4 orang.. kena paku sampai RM61!!! Cekik darah betul lah!!!

Besoknya bertolak ke MD Pekan. Sampai ngam-ngam kul 9.30. Ada taklimat sket dan buat lawatan ke jabatan-jabatan berkenaan lah. Huhuhuhu.. saya mmg suka. Cantik dan comel2 je tempat keje dorang. Amik gambar pape yang patut dan kumpul idea camne nak implement kat opis kitorang plak.

Lepas abis tour ofis MD Pekan, lunch dan bertolak balik. Kitorang patah balik ke Kuantan nak beli keropok losong dan sata kat Tg.Lumpur. Kali ni ikut jalan kampung dan lalu area Pantai Sepat. Memang cantik la tempat dia. Sunyi je tadak orang. Maybe hari kerja kut.. tengah hari buta plak tu.

Ada beberapa gambar aku sempat snap ;) enjoy!

opss pembetulan...
bukan keropok losong la.. keropok sagu nama dia.. kompius betul la.. kehkehkeh.. sumenye pun sama jer.. ikan juga..

Wednesday, May 6, 2009

Alahai Handphone-ku

Adeh.. semakin menjadi-jadi penyakit gila handphone aku nih. Nak unlocked keypad pun dia bleh 'hang'. Serabut kepala hotak sungguh lah. Nak ke boleh baca 1 sms yang baru masuk pun punya la payah. Beberapa kali 'hang' baru la bleh baca.

Tengah-tengah sedap bercakap pun dia suka 'hang' dan mematikan diri sendiri. Kesian juga pada orang yang ditelepon atau menelepon tu. Tangan aku ringan je nak campak handphone ni ke dinding. Baru jer berkhidmat 4 tahun dah meragam buat perangai. Dah sampai time untuk dilupuskan ker? Hisk!!

Since aku tak mengikuti perkembangan gadget terkini... aku kurang pasti handphone ape yang ok skang nih.. Budget pulak tak berapa nak ada la pulak. Nak tambah serabut kepala aku bila bulan ni sampai la bulan Jun jadual mmg packed dgn keje-keje opis. Hisk hisk..

FYI, Maxis 3G baru je buat testing di Cameron Highlands. Punya la teruja manusia-manusia disini tetiba muncul urup 3G kat handphone. Hahahaha.. tp aku nak teruja apanya.. mmg handphone aku tu tak support 3G. Nak testing maxis broadband plak dah berbulan pulak tak bayo.. mmmm.. duit lagik tuh. Adeh..

Cukup la cerita pasal penderitaan handphone meragam nih. Org kata org pompan nih materialistik. Masalahnya.. kalo ada duit dah lama aku beli handphone baru dan mengurangkan tekanan perasaan menghadap handphone gila yang menyakitkan hati dan jiwa raga nih. Nak buat keje call sana-sini pun mudah. Bukannya guna telefon opis itu tidak mudah.... tetapi nak menunggu operator sambungkan ke nombor yang kita hendak tu... bleh makan setengah hari tau!!! Huh... sakit akallllllllll!!!!!!!!!

Saturday, May 2, 2009

Anak Kucing

Sememangnya aku sangat suka pada insan berbulu yang diberi nama Kucing nih. Comel dan sungguh mententeramkan jiwa di saat menatap wajah kiut dia tuh.

Nak dijadikan cerita... petang hari Khamis lepas.. aku bertolak balik KL selepas kerja. Kali ni aku balik cepat sket dari biasa. Selalu tu.. pukul6 baru hegeh2 nk bertolak.

Biasanya mmg aku memulakan perjalanan ikut simpang Taman Royal Lily dan terus menghala ke Tapah. Depan aku ada dua buah kete iaitu sebijik 4wd dan sebuah kete lagi tak igt jenama apa... tiba2 sket lagi before nk sampai Bharat Tea.. si Fortuna tu berhenti tgh2 jln.

Aik? Pecite? JKR tutup jalan sbb tgh buat construction kt kawasan tanah runtuh kat Bharat Tea tu kah??? Bila dah bergerak semula... baru aku perasan... dpn kete merah tu ada seekor haiwan. Ingatkan anjing sbb mmg byk anjing bersepah2 di sepanjang jalan nak turun ke Tapah.

Kete merah tu pun benti takmo jalan.. rupanya ada seekor anak kucing. Sebbaik Fortuna tu tak lenyek dia. Sebbaik jugak anak kucing tu ddk diam2 masa kitorang lalu. Anak kucing kaler coklat kelabu tu nmpak mcm kompius dan ketakutan. Kemain lagi dia kembangkan bulu dia dan siap acah2 lagi kat kete yang lalu.

Sure dalam hati.. dia tgh panik, kompius dan takut gegila. Takde la beso mana anak kucingnya... dari kepala ke ekor tu panjang dalam sejengkal gitu. Aku nak berhenti tepi nak resque dia bawak ke tepi. Mungkin dia baru lepas kena buang kut. Tak pasan pulak ada plastic bag atau ape kt tepi dia.

Kat belakang aku ada 2 buah motosikal. 1 ada pembonceng... 1 takde pembonceng. Yang ada pembonceng tu berhenti dan aku nampak pembonceng dia turun. Mungkin nak alihkan anak kucing tu ke tepi jalan atau bawak dia ke tempat pembuangan yang elok sket misalnya pasar ke dpn umah orang ker..

Moral of the story.. kut ye nak buang anak kucing.. agak2 la tempat.. ini pi buang kat tengah jalan yang membelah hutan. Dia nak makan apa? Baby lagi... tak reti nak cari makan sendiri. Kesian la sket pada mahkluk tuhan yang lain :( poor kitten..