Aktiviti 'puspanita' minggu ini adalah kelas masakan Cik Ina. Kah kah kah... poyonya. Seumur hidup hanya sekali aktiviti puspanita yang aku join iaitu majlis bacaan yassin minggu lepas ;)
Masakan yang diajar hari nih adalah Ikan Percik. All the recipes boleh diberikan as per request ya. Memang sedap lah.. selalu kita dok makan ayam percik kat pasar malam tu. Harini Ina ajar masak percik. Kalo masih ingat, bulan puasa tahun lepas pun Ina ada buat Ikan Kembong Percik nih ;)
Masakan kedua adalah Lala Masak Serai + Halia + Cili.. aku tatau la nama masakan sebetulnya. My mom's recipe actually ;) Hari nih Lala tersebut dimasak dengan cili api yang pedas ya amat. Rasa mcm nk melompat terjun balkoni dek kepedasannya. Hahahahahaha.. tengok rupa cili tu nampak cam tak pedas sangat. Aku pun takde la buh banyak sgt.. ada la dlm 10 - 15 ulas gitu. Standet la kan? kan? kan? Owh.. yang ni aku pulak jd tenaga pengajar.. anak muridnya adalah si Sue.Masakan ketiga adalah Fatt Choy Masak Sos Tiram. Favourite my chenta.. nyumm..!! Masakan yang ini dimasak sendiri oleh Sue. Tak yah ajar pun ;) pandai betul anak murid sorang nih.Kali ni takde buah-buahan pencuci mulut. Tapi kita minum air mahal.. twister orange berharga RM6.00 sebotol di kedai runcit kat Cameron Highlands nih. Hisk.. mahalnya!!Kelas seterusnya adalah memasak kuih ketayap dan karipap sardin. Tapi kelas masakan dihentikan seketika kerana ketiga-tiga cikgu dan anak murid tersandar kekenyangan di depan tv. Hahaha.. kelas bersambung sebentar lagi ;) kalo jadik kuihnya kang aku upload lg gambonya ek.. tatau la bila.. Cikgu ckp mebi tgh mlm kang baru siap kuihnya. Hahaha mcm org nak berniaga pulak masak kuih mlm2. Takpe... selagi cikgu baik hati nak ajar.. anak murid ikut jer ckp cikgu.. jangan derhaka... kang masak2 tak jadi kang padan muka.. hahahah ;)
To be continue...
3 comments:
siyes mahal.. tapi mahal pun kat giant dia jual 5.79 je.. beza berapa sen sgt.. tapi memang syok la tgk itu ikan percik.. kuah dia tuh buat mcm mane ek? macam nak masak rendang ke?
by the wa.. jawab la tag aku.. heeeeee
kuah dia tu mcm nk masak ape ek.. ntah.. aku bukan reti pun..
tp ni bhn2 dia...
serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering sume blend... pastu masak dgn santan.. buh asam keping sket. bagi pekat.. tadaaaa... dah siap. ikan tu pulak bakar cam biasa jer.. tade buh pape pun..
oh ye garam dan gula secukup rasanya.. selamat mencuba.. hahahaha
Post a Comment