Sunday, January 2, 2011

Chowrasta

Cuti hujung tahun hari tu aku dan Faze bercita-cita nak pi jalan-jalan ke Singapura. Habis thread pasal Singapore aku khatamkan kan cariforum. Tapi last minute tak jadi pasal harga tiket mahal sgt. Iye lah.. last minute baru hegeh-hegeh nak cari tiket flight.. mmg la mahal gila kekdahnya. Nak naik bas terasa ngeri pulak sbb dah banyak kejadian eksiden melibatkan bas nih. Hmmm... sudahnya.. CANCEL je lah. Postpone  tahun depan :)

Disebabkan tak jadi, maka si Faze balik kg and aku pulak meneruskan Plan B. Ikut abah dan mummy jalan-jalan makan kenduri kat Alor Star. Mula-mula abah dan mummy ajak Irfan dgn Danish aje. Last-last.. kami SEMUA duk ikut.. termasuk dengan Nabil sekali. Hahahaha... kak long yg dalam pantang tu kitorang duk bawak jalan. Bising mak dia bila dapat tau. Wakakaka.. tapi Nabil dah berusia 31 hari. Rilek la nenek :)

Kami pi hari Isnin dengan kete Mak Su. Bertolak pukul 12 camtu and straight to Penang. Kendurinya hari Rabu dowh.. tapi saja la pi awal nak jalan-jalan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Singgah di RnR Tapah for lunch. Spend about 2 hours here. Sambung perjalanan and arrive at penang by 6 something. Check-in di Paradise Sandy Beach Resort kat Tg Bungah. Tak jauh dgn Corpthorne Orchid Hotel yang aku duduk masa meeting dulu. Letak beg and terus turun tengok beach. Hehe.. pada pendapat aku.. pantai di Penang ni tak best langsung.. and wonder jugak ape yg chenta duk suka sgt dgn pantai kt sini. Hmmm..

Esoknya kami ronda satu island. Dari Bt Feringgi - Teluk Bahang - Balik Pulau - Teluk Kumbar - Bayan Lepas dan terus masuk Georgetown. Masing-masing blur tak tau nak pi ke mana. Depa ni riuh nk pi cari nasi kandar. Aku pulak cuma ada satu tujuan saja iaitu menghabiskan masa di Chowrasta. Hihihi..

We end up parking di Perangin Mall. Rasanya dekat-dekat Komtar ni ada nasi kandar. Tapi arah mana yang harus dituju? All surrounding building and intersection looks the same!! Bwahahahaa.. sudahnya aku gagahkan diri sms mohon bantuan kt sorang kawan yg mmg org penang. Maka diberitakan penang takdak air hari ni. Most probably kedai tersebut tutup. Adeih... Perut dah lapar gila nih. Sudahnya kami lunch di secret recipe aje. Settle satu masalah.

Lepas tu baru la masing-masing berwajah happy untuk ke tempat lain. Abah ajak pi Chowrasta pulak. Yeahuu!! Berpusing-pusing juga kami sbb masing-masing tak tau jalan. Padahal dekat aje dgn komtar tu. Bwahahahaa.. sampai di area Chowrasta.. along park betul-betul depan balai polis. Aku, abah dan mummy aje yg turun. Mummy dan abah pi beli jeruk dan kawan-kawan jeruk. Aku pulak pi naik tingkat 1 pasar Chowrasta tersebut.

Wahhhh... naik gila aku pi situ weh. Banyak gila used book. Aku jumpa Manikam Kalbu dgn Tawarikh Cinta. Tapi tak beli lah sbb dah ada kat rumah. Sementara aku duk belek tu.. 2 kali abah call suh cepat sbb polis mai datang kt kete suh kitorang blah. Bwahahaha... selama lebih kurang sejam kat situ. Aku berjaya memborong 18 buah novel!! Mari kita lihat siapa yang bertuah ittewww....

Trilogi Saga - Abd Talib Hassan. Borong dari 2 kedai berasingan. Happy gila dapat ketiga-tiga novel.

Yup. Shopaholic Series by Sophie Kinsella. Satu aje yg missing - Shopaholic Takes Manhattan. Well, we can't expect more at secondhand bookshop aite ;) semuanya buku baru.. aku dapat half price berbanding kalo beli buku yang sama kat kedai buku biasa (depa ada jual dlm kotak.. ada semua 5 series exclude shopaholic abroad).

Hmm maryamah karpov ni nyaris nak dibeli secara online atau pun dikedai buku. Nasib baik aku letak balik. Hahaha.. anyway.. kena cari geng-geng dia yg lain - laskar pelangi, sang pemimpi dan edensor. Si cleopatra tu juga pernah nmpk depa duk ulas di internet. Rembat saja dowh.

Cincin Permata Biru pernah baca masa sekolah rendah. Macam ulangkaji pelajaran aje lah gamaknya sbb masih igt jalan ceritanya. Tapi masa tu buku tersebut hanya dipinjam saja. Collection item kut :) ngeeehehehe.. Megalomania hanya jumpa siri kedua. Tak sempat nak bongkar kut-kut terjumpa siri yg lain. Hmm takpe lah.. dapat SAGA full series pun dah cukup puas hati.

Di sekolah, aku bukan pelajar jurusan sastera. Tapi kesempatan berjumpa dgn "buku curi" hasil tangan FT - Perempuan Anggerik di awal-awal pembabitannya dalam penulisan.. bikin aku mahu terguling keseronokan di tingkat 1 pasar chowrasta tersebut. Sudah tidak peduli dgn "tanda" Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia yang nyata terpampang di sisi buku. Hmm... Bendera Di Atas Bukit pula "dicuri" dari Perpustakaan Desa Kg. Tengah Jelutong. Hmmm... aku bersangka baik. Mereka ini meminjam sehingga melampaui tempoh. Langsung tidak tegar untuk membayar denda. Terus dijual di chowrasta. Hmmm...

Again. Aku bukan pelajar jurusan sastera. Tidak berkesempatan untuk mengkaji buku sastera. Belek-belek terasa mcm bagus bukunya. Hehehe.. rembat saja dowh.

Hmmmm.. no comment. Next!!!

Buku baru masih berbungkus plastik. Ada banyak tajuk lain yang seangkatan dgn nya. Tapi masa ni gua dah pokai beb. Hanya RM25 per book. Hard cover ni beb. Gila kalau tak beli sebuah dua. Maka dua tajuk ini lah yang den sambar. Sekadar melepas gian pada tulisan arwah Pak Arena. Happy gila tak igt dapat 2 novel ni.

Okay.. that's it!!! 18 buah buku.. bahan bacaan untuk tahun 2011 :) tapi kan.. cuba korang bayangkan kalo aku spent time more than one hour. Agak-agak brape byk buku aku borong daa.. Nafsu.. nafsu.. tp mcm mana ni? Megalomania series dgn adik-beradik Maryamah Karpov kena dicari juga. Hehehe... takpe.. tahun 2011 ni panjang lg.

Happy hunting and happy reading to myself. Yihaaa!!!

and Happy New Year to all of you my friend. *smooch*

Sunday, December 26, 2010

kak limah dah jadi zomba!

Isnin - Rabu minggu lepas aku gi outstation. Dekat aje.. ke PD. Tak semena-mena penyakit baru menimpa satu department.

cer cite! ce cite!

Kitorang elok aje le buat keje. Ddk kat Ancasa Apartment. Cantik hotel dia. Kali ni ramai ler pengunjung sbb cuti sekolah. Hari tu bulan 10 kami datang lengang aje. Hehe.. Hari Selasa lps dinner steamboat.. kami beryareebaa karaoke. Boss book dua bilik. Mcm biasa.. urusetia yg paling sakan membelasah anak tekak. Hahaha.. dengan peserta sekali kami ajak karaoke sebenonya. Terkejut deme nengok bos aku sporting ya amat. Bos ko ada? Ada?

Esoknya... bos pagi-pagi dah kena balik awal. Kami pun berjimba-jimba la beramai-ramai. Pukul 10 baru nk start keje. Hahahaa.. kejap aje wat keje. Kul 12 dah sibuk nak lunch. Dalam pada tu Ros sempat lg ajak tengok wayang. Ate kita nengok cite kak limah ndak? Jommmmm...

Terus le teman membooking 3 tiket wayang kt times square. Mula-mula nk tengok kt Mid V. Tapi show start pukul 3.50. Tak jadi ler.. aku ni takpe... blom menikah.. takda anak laki. Tu pase la sampai times square peginye. Takpe.. kita pi dekat-dekat opis juge.

Pukul 145 dari PD. Tepat kul 2 aku masuk RnR Seremban isi minyak kat petronas. Pastu.. tepat pukul 2.15 keluar kt tol sg.besi. Waduh waduh... jem pulok nk masuk KL. Sampai di times square dah pukul 2.50. Nak amik tiket lagi.. berlari-larian lah kami kekdahnya.
click maybank2u or cimbclicks payah beno..
aku bayo pakai cc aje.. huhuh
Masuk wayang dah sampai part "Sejak bila kamu pakai willchar ni Ucop?" wakakakakak... blom cecah bontot kt kerusi dah lawak ka? Memang tak terasa langsung masa berlalu. Asik ketawa je kejenya. Part paling tak tahan... si Abby lari dari jamban pastu dia pakai skirt tudung saji. Kuar-kuar airmata aku ketawa. Mamposss!!!!!!!! Wakakakakakaka...

Lepas abeh movie.. tak pandang kiri kanan.. terus menonong balik. Tapi satu benda yg aku notice. Satu wayang ni penuh dengan budak-budak bawah 22 tahun. Wakakakakakak... kami aje ke yg veteren? Adehhh... mmg haru gila pengalaman hari tuh.

Moh tengok official trailer kak limah..


yang ni plak tak berapa nak official la kut.. tengok aje ler.. layan "cinta kristal" best gak :D


Haaa satu lagi... "kita ingat kat orang... orang ingat kat kita..!!!"
Ingat tuuuu... kamu ingat kat dia.. dia ingat kat kamu balik.. hehehehe...

blawok.. blawok.. blawok.. blawok.. kakkaakakka... mmg le tak jadi..!!!!!!!!!!!

Arghh korang pi tengok sendiri ler.. sempat lagi nih (#,~)

Thursday, December 23, 2010

mari kita bayar saman 2

So.... dah bayar saman? Skang ada diskaun. Tunggu apa lagi... moh le kita pi bayar saman!!!

Entry ni sengaja aku buat lambat². Ingatkan takde la ramai sgt yg singgah ke blog neh. Rupanya sama jugek!! Muahaha.. So as off end of November aritu... depa duk bagi 50% diskaun kalo pi bayar saman dalam tempoh 15 hari. Aku pun menghegehkan diri pi register kat myeg.com.my tuh.. Kalo dulu aku maleh nk register bagai kat myeg tu kan.. kali ni aku redho sajos.. huhuhu.. (since kena buh no.tepon masa nak register tu.. esok² ada org telepon nk promote "barang".. sila purak² bisu okeh...! hah.. now u wonder mana depa dapat nombo tepon ko ek? wakakaka)


Jadi bagaimanakah menggunakan perkhidmatan myeg.com.my ini? Hukaloh... sila klik di butang FAQ pada website tersebut dan browse lah website tersebut dgn hati yg tenang.. jgn marah² okkehh..

Al-kisah.... mari kita lihat siapa yang kenaaaa!!!! Langkah-langkahnya:-
  1. Registration username di myeg.com.my - ok dah settle
  2. Klik kat logo PDRM - Enquiry & Payment. 
  3. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan anda. 
  4. Jeng.. jeng.. jeng.. akan keluarkan table seperti iniiiii...
sila klik 2 kali untuk besarkan gambar
Maka tersebutlah kisah.. kali ini 7 saman berjaya kekal tersenarai dalam carta saman aku. Kah Kah Kah.. Manakala 1 saman baru berjaya menerobos masuk ke dalam senarai menjadikan jumlah 8 saman sudah tersenarai. Yaaaa...

Ni ada sket announcement dari PDRM. Cekidaut!!
Gambau tak clear? Eh korang pi buat step kt atas tu.. nnti jumpa lah annoucement sebijik dlm box kaler kuning cam aku bubuh tu. Iskk..

Haaa.. bleh nampak dak dia tulis situ... kalo bayau dalam tempoh 15 hari.. dapat 50% diskaun. Kalo mu bayar 16-30 hari mu dapak 30% diskaun. Hmmm... jap check kalender. 23 Disember 2010. Hmmm.. takde maknanya....!!!! 15 hari ke, 16 hari ke, 23 hari ke... masih dapat 50% diskaun..!!! Gelak jahat sket!! kah kah kah!! tapi tak tau la pulak apa jadi selepas 30 hari. Kita tengok je la nanti ek ;)

Prosesnya sonang baitu... klik saman yg korang nak bayar. Nak klik semua? Bolehhhh... Nak klik 2-3 je? Pun bolehhhhh.... pastu klik kat butang 'proceed'. Lepas tu sama aje kekdahnya dalam entry aku terdahulu. Bezanya cuma kena register aje dowh..

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ULANGKAJI PELAJARAN:
sila klik >> Mari kita bayar saman
sila klik >> Mari kita check saman trafik

Friday, December 17, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?

I got this article trough email from my along. Let's check it out...
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.  Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes... ( nak kena cari buku ni kut )
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu dan jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernahjatuh dalam longkang!!(wakakakakak brilliant gila jawapan..!!!)
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.

Sunday, December 12, 2010

2nd batch books

Ni bukan 2nd hand books tau.

Saja la nak bgtau yang aku dah mengorder novel buat kali kedua dgn ujanailmu. Kalau dulu aku order sebuah buku sahaja. Kali ni tanpa teragak2 aku mengorder 5 buah novel sekali gus!!

Buku-buku bertuah yang menjadi ahli keluarga aku yang terbaru adalah:-
  1. Cinta Fansuri - A.Samad Said
  2. Karipap-Karipap Cinta - Nazri M.Annuar
  3. Bedar Sukma Bisu - Faisal Tehrani
  4. Tawarikh Cinta - Nisah Haron
  5. Saasatul Ibaad - Faisal Tehrani
Semuanya berharga ngam-ngam RM100. Hmmm... membeli online lebih berbaloi agaknya. 5 buah buku hanya perlu bayar RM7 untuk posting. Mungkin ada yang tidak setuju. Tapi pada aku.. mungkin sedikit murah membeli di online.. kerana tak perlu bayar parking... tak perlu bersusah payah nak usung buku ke hulu ke hilir keliling shopping complex. Hmmm.. yang tak best cuma satu.. tak dapat nk cium2.. belek2 buku tersebut. Hehehe..

So seperti yg telah diblogkan earlier.. hanya satu sahaja novel di atas yang usai dibaca which is Karipap-karipap Cinta. Cinta Fansuri tu sedang dalam proses bacaan. Novelnya nipis tapi takboleh tergesa-gesa membacanya. Heeheheehe.. bahasa sastera ni sukar sket aku nak hadam. So pelan-pelan baca ok ;-)

popular n movie

Aku ni pengumpul kad ke? Or maybe discount freak? Huhuhu..

Tadi selepas settle renew passport di putrajaya.. aku ingat nak singgah the mines. Lama betul tak pi sejak depa renovate. Bila sampai je and nak masuk parking.. tengok2 jam gila!! Adei... tu baru nk masuk parking... blom cite pencarian parking lg tu..

Hmmm... so cancel niat and proceed utk balik. Lalu silk nak masuk lekas. Uih! Ternampak Jusco Cheras Selatan yang aku teringin nak pegi tapi tak pergi2 tu. So apa lagi... bagi signal kiri terus lah!!

Ok.. the jusco itself look fine with me. Tak besar gila dan tak jugak kecik sangat. Or lebih kurang sama je besonya dgn Taman Equine. Tapi... apa yg best... kat sini ada TGV! Hihihihi... tengok now showing yg disenaraikan.... Alamak!!! Narnia FULL!! Rapunzel FULL!! Harry Potter plak malam kang baru ada. So The next movie yang menarik on show adalah "the social network". Hmmm boleh lah! Dik, tiket 1 ye :)
source: google
Sesambil nk menunggu tu.. aku pi makan dulu kat tenpanyaki. Menu mcm biasa. Kali ni plus carniforlia roll plak :) lps tu aku ter'shopping' tshirt yg cantik di t:zed.. memikirkan i was LOST my hush puppies loafer and there's a need for flat shoe for very near shopping + holiday so i've decide to by cheap ballerina shoe kaler pink yg ada reben blink-blink ats dia. intai2 juga di vincci tp the price wayyy to expensive for a simple shoe like ballerina. hehehe.. we'll see what's kakak comment(s) about that later ;-)
my pink blink-blink ballerina come with small reusable bag ;) cute!!!
... and then ter'masuk' plak kedai buku popular dan ter'beli' dua buah novel. Siap apply for membership lagik.. so i'd entitle to get 20% discount. Heaven!! Adei.. banyaknya beli novel bulan ni. Total SEBELAS novel!!! dan SATU sahaja yang usai dibaca..

:o OMG!!!


opsss...

Terlupa pulak nak cerita pasal movie tersebut. Starting dgn scene si Mark break up dgn Erica. This scene sungguh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaju depa bercakap. Wakakaka.. lepas tu movie ni tunjuk how he deal with it dan wallaaaa maka terciptalah facebook. Dan ditunjuk juga proses bersidang pasal berebut hakcipta. Memasing claim facebook itu aku yang punya. Details sila google sendiri lah >_<

phewww

Setelah puas bertandang ke merata blog.. akhirnya aku berjaya merenew passport hari nih.. yeahuuuu..!!! Memula aku jumpa banyak blog yang tulis pengalaman yang elok2 saja ketika berurusan dgn pihak berkenaan. Tgk date tahun 2008 - 2009. Ok la tuh.. Lepas tu terjumpa pula yang berdepan dgn bad experience.. tgk date tahun 2010.. Erk!!

Sebenarnya aku ingat nak pi renew semalam. Weekday.. memandangkan ramai org duk blog about how efficientnya the new system named KIPPAS tuh.. left everything in an envelope kt dlm machine tu.. tunggu 1 hour.. then your passport is ready to be collected. Tapi aku sampai ke PBD tu ngam-ngam pukul12. Kalau tengok bussiness hour kat dlm website patutnya depa tutup pukul 1 kan... then jenguk kt dalam tu ada machine yg tengah terbukak... oooo ada keje-keje merepair lah kut. Maka tidak kesampaian hajat lah nak menggunakan KIPPAS tersebut. Di PBD tu cuma sempat ambik gambar pasport sahaja. Amik dkt booth betul2 sebelah pintu KIPPAS. Bagus budak tu.. 3 kali dia snap.. wakkaakka... so comel la sket gambar passport aku kali ni. Gambar yg dulu tu mmg huduh gila tak ingat.. hihihihi... betapa tidak fotogeniknya aku :-) pay rm10 untuk 4 keping gambar.

So hari ni... dengan semangat berkobar.. bangun pagi pukul 6.30 macam nak pi keje je rasanya.. haha.. tapi aku melencong ke Kajang since semalam keadaan immigration office PBD yang sesak dgn manusia. Tak sanggup den. Sampai di Kajang dalam pukul 8.30. Rupanya immigration dah pindah ya? Bukan dekat Plaza Metro Kajang lagik. Rupanya dah pindah ke Komples Perhentian, Jalan Reko.. sket lagi nk masuk Bangi... or mmg dah masuk Bangi agaknya? Ntah..

Naik tingkat 3. Aik.. apasal gelapppppp je? Aku pun bertanya la dkt org kat situ. Lol!!!! Hari ni public holiday rupanya!!! Besdei Al-Sultan Selangor daaaa... %$_#%(_$^*%@ (translation = mana la aku tau hari ni Selangor cuti... aku org KL.. wakakkaak... bengong btul)... dan yang sedihnya bila tgk ada satu family ni duk ikut tercangak2 juga disitu.. depa pun bukan org Kajang / Selangor kah?

Aku turun semula dan duk temenung seketika dalam kete. Camno nih?? Now dah kul 9 plus. Nak rempit ke PBD.. terasa mcm jauh gila je dari Kajang. So aku decide untuk ke Putrajaya sahaja. Kompom tak cuti pasal putrajaya bukan duduk dalam Selangor. Aku tau pejabat tu lokasinya di Presint 15. Masalahnya presint 15 tu kat mana??? Ayyo... aku mmg 'cemuih' sket dgn putrajaya nih.. bukan pasal apa.. road direction signages dia byk yg mengelirukan... nak pi 1 tempat tu dia akan bawak ko pusing 1 putrajaya then only u find the correct path. Ok stop right there.... malas aku nk berceramah pasal signboard kt sana pulak. Maka aku pun call la staff aku yg ddk putrajaya.. bertanya ke mana arahnya nak pi presint 15? Jawapannya.... landmark adalah Alamanda!! Alamanda tu presint 14 la cik mai... Ooooo gitu ka...

And amazingly aku berjaya mencari presint 15 tersebut tanpa sesat barat. Ooooo rupanya dkt area maidin tu. Mula2 tu terlepas jugak sbb 'signboard tiba2 hilang begitu sahaja'... yang terang tertulis disitu adalah Dewan Seri Seroja dan Chansery Place. Alamak! Aku terlupa pulak nk bawak alamat immigration putrajaya (sbb aku bkn nak pi ke sini in the first place.. mmm).. memandangkan kete² banyak parking kt tepi-tepi tu so aku agak disitulah kut tempatnya. Bismillah je lah.. parking dan tercangak-cangak sebentar. Tertulis kat situ 'Bahagian Passport' terletak di Blok B.. tapi all the banner tertulis 'passport 1 Malaysia' tergantung kt pintu masuk ke Blok A. Last2 pakgat kat situ tego... "nak buat passport ya? di sana.. kan dah ada gantung sini kiri kanan" sambil tuding ke pintu (lorong) masuk ke Blok A. Ooooohhh... buat confuse aje. Mmmm nevermind!!

Terus aje jalan sampai ujung. Office tu berbentuk U. Divided into two wings. One wing for immigration, passport department... another wing for Jab. Pendaftaran. Masa ni jarum jam pukul 9.50.. beratur sekejap untuk ambil borang.. isi borang dan tampal gambar sekeping kat depan dan sekeping lg kt blkg borang. Sebbaik aku bawak gambar yg snap semalam. Eh!!! baru perasan!! Apasal gambar ni ada 6 keping? Ohhh rasanya kemain besar depa iklan kat situ semalam.. RM10 untuk 4 keping gambar and RM(tak ingat) untuk 6 keping gambar. Wallaaa.. huhhuu..

Lepas isi borang.. hantar semula ke kaunter 5. Nombor 1120.. jam di dinding pukul 9.53 pagi. Now nombor 1010 di kaunter 8 dan 1045 dikaunter 6. HAH??? oOOooo jangan panik.. kaunter 1-4 ialah kaunter utk submit borang + sewaktu dgnnya. kaunter 5 ambil nombor + pertanyaan. kaunter 6 bayaran. kaunter 7 & 8 tmpt ambil passport yg dh siap.

15 minutes later... nombor 1120 dipanggil.. proceed to counter number 4. Alahai comelnya officer. Muda-muda officer depa noo.. huhuhu.. submit the borang + old passport + photocopied ic + original ic + picit thumbprint on the machine + cop the thumbprint on the borang (using ink)... then wait.

Tik! Tok! Tik! Tok! Observing the area. Hmmm bleh tahan ramai orang.. Especially parents with kids lah. Understood lah now cuti sekolah. Ramai org nak pi bercuti bawak anak-anak agaknya. Maklumlah... now everybody can fly lah katakannnn...

45 minutes later.. nombor 1120 dipanggil lagi.. please proceed to counter number 6 untuk buat bayaran. RM100 for 32 pages passport with 2 years validity. Insist for the receipt. Keep the receipt.

Alright!! Now is the time to find out the real service as advertised. Depa kata.. passport akan disiapkan dalam tempoh sejam selepas pembayaran dibuat. Aku cuba tenggelam ke dalam buku yang sengaja di bawa.. just to kill time... tapi tidak selesa. Sekejap sekejap merenung angka² di papan elektronik. Sekejap sekejap merenung angka-angka dimuka jam di dinding. Sekejap sekejap terpaku mata ke cerita kartun barbie di tv. Hahaha.. entah kenapa.. setiap kali berurusan dgn kaunter² di jabatan kerajaan yang menghidangkan tv... setiap kali akan terpaksa menonton kartus barbie or fairy... huhuhu udah begitu waktu tayangannya.. pasrah je lah..

Tik! Tok! Tik! Tok! Akhirnya jam hampir tiba ke angkat 12. Bermakna sudah hampir sejam aku menunggu. Turut tertulis di kaunter 7 & 8 (kaunter serahan / pengambilan passport) some wording (aku tak ingat the exact words) yang bunyiknya bermaksud begini... "pengambilan passport boleh dibuat tanpa mengikut nombor giliran".. aaaa maknanya.. kalau agak-agak dah siap.. ko pi terjah je kt kaunter tu... hehe

Aku pun apa lagi... nombor blom panggil tp aku dah tercongok kt depan kaunter tu.. duk jeling-jeling kut ternampak nombor 1120 disekian banyak passport-passport yg dah siap :D Yeyyyyyyyyyyy!!!!! Finally!!!! Passport gua dah siappppppppppp!!!! Show the officer your number + receipt.. then he gave you your freshly new passport.. check all the details + sign the passport + sign the form + take your original ic + take your old passport + thank the officer + leave...

Phewww!!! SHOW THE HAPPY FACE PEOPLE!!!! Hahahaha..

so now.. am i cute or not? blaaaaaaaaaaaaaahahahhaah..