Monday, June 21, 2010

mari kita check saman

Hmmm... its been a while aku tak check saman trafik... apatah lagi membayarnya.. muahahahah... So tadi... aku cuba buka myeg.com.my tu seperti entry mari kita bayar saman dulu tuh..

It's turn out yang depa dah upgrade the website.. so you have to register first.. then only you can check your saman. Lol... with registration form.. u need to fill almost everything about your personal details which aku tak berapa gemar sgt..

So... aku cuma nak check aje.. bkn nak bayar pun.. kalau kena bayar pun mmg tak ikhlas.. hahahaha sbb aku speeding bukan cecah 150km/j pun.. setakat 130km/j dgn kereta standard tu ape la sgt kalau nak banding dgn kereta beso milik orang kaya-kaya yang sure boleh pecut 170-200km/j kat highway. So I don't really bother to pay the summon. Senang la ko nak bercakap.. dah buat salah tu bayar aje la kan.. hmmm pendapat masing2.. ni blog aku.. aku tulis pendapat aku aje lah.. takyah nak marah2 tak tentu pasal ok..

Tiba2 datang angin nak mengcheck saman ni sbb depa kata kalau tak bayar saman ekor tak boleh renew road tax? Hmmm.. menyusahkan betul..

Sudahnya aku pun tanya la kat pakcik google camne nak check saman without registration bagai. Maka sampai lah daku ke website kenasaman.com

Mudah aje nak check saman. Guna sms ke DAPAT. Kalau dengar radio channel klfm mcm abah aku... sure selalu dengar pasal sms information ke DAPAT. Susah btul nak igt nombor sms DAPAT nih... 32728.

Errr perlu ke aku tulis step by step mcm entry bayar saman tu? Tak perlu la kut.. korang klik aje kat klik yg aku dah bagi tu. Anyway tu khas utk check saman aje tau. Kalau nak bayar saman online... masih boleh guna step by step tersebut... cuma tambah 1 lagi step iaitu registration kat website myeg.com.my tersebut. Ada paham?

Berbalik pada isu check saman tersebut. Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau! Takkan ko expect aku utk bayar 2k selepuk gitu? Penganiayaan sungguh pada rakyat jelata. Saman orang kaya sudah la. Depa banyak duit. Iskk..

Tu la... sapa suh luluskan dasar pemilikan kenderaan persendirian banyak2? Kunun nak support dasar pembuatan kenderaan buatan tempatan. Sudahnya makin ramai org drive kereta sendiri. Makin sesak jalanraya. Bila sekali sekala terlepas ke highway. Kita pecut lah walaupun bergegar stereng tak ingat dunia. Asyik stuck dalam jam tiap2 hari la katakan.. huhuhu..

Lepas tu pakcik polisi pun dengan setia menjalankan tugas. Tembak ini semua kereta yang pecut laju2 nih dengan niat saman ekor akan mengurangkan kadar kemalangan walaupun tak dapat mengurangkan kadar kemalangan maut. Walaupun sukar nak tembak kereta beso yang laju2 nih.. dapat tembak kereta kurang kuasa kuda ni pun jadi lah. Janji ada orang yang diekorkan. Lepas tu orang yg kena tembak mcm aku ni pun bising2 dalam blog persendirian. Ape pun tak berguna lagi. Hahahaha..

Luahan perasaan nih.. maklum lah... sejak pindah semula ke KL dan jatuh miskin nih... aku sangat berkira pasal duit. Stress pun ada gak dibuatnya. Tapi takpe lah... orang tua2 cakap... duit boleh dicari..

____________________#_#___________________

update:
tiba-tiba entry ni di link di blog anti-kerajaan. ada juga yang link ke email rakan taulan. hahahaha.. luahan perasaan aku bermonolog sorang2 dipolitikkan? ape daaaaaaaaaaa....  

4 comments:

jijah montel said...

aku dgn MM kalu.. campur dua.. 2.4K.. sabar je lah.. ok lah salah kita.. but this doesnt stop the act of speeding.. orang kaya yang bawak keta besar selamba je speeding and tak kisah punya bayar saman.. apa kes bawak beemer 7 series tapi drive 110 jek kan... lepas tu kan.. ko bayang.. jalan dua lane.. had laju.. 6okm/j..
sapa nak bawak below 60 kat jalan 2 lane? isssskkkk..

cik-zura said...

tu la pasal... punya la bangga our highway is very canggih compared to other country last2 kena bawak mcm kura2.. muhahahaha... sesungguhnya aku tensennnnnnn..

mrazz said...

saman yg patut kena blacklist ialah saman yg kena sign depan pakcik otek. yang aku tau G skrg dh takde fulus seh! lihat, betapa senang G nak kolek hasil dgn saman ekor!

cik-zura said...

mrazz.. yg tu mmg setuju sgt. kesalahan terang-terangan sbb u sendiri sign paper saman tu. huhuhu maybe pasal G susah nak kutip saman la dia pi blacklist dgn ekor2 sekali.. anyway.. salah sendiri yg speeding.. terima aje lah..