Tuesday, April 9, 2013

sweet 33


Dalam pada duk sibuk bersihkan sawang-sawang dalam blog ni...  rupanya usia pun dah meningkat. Alhamdulillah umur dah bertambah setahun lagi.

Tahun 2013 ni baru aje masuk 3 bulan 9 hari. Sepanjang tempoh ni Dia telah kurniakan aku perlbagai kemudahan/ kesempatan / rezeki yang sangat indah dan bermakna sepanjang 33 tahun ni.

Pertama, aku kesempatan berziarah ke Eropah, berkelana selama sebulan di empat buah negara berbeza. Sungguh aku bersyukur kerana semua persiapan yang dibuat serta perjalanan yang ditempohi dipermudahkan. Nanti lah aku bercerita panjang berkenaan solo trip tersebut. Terlalu banyak nak diceritakan dan terlalu banyak gambar nak dipilih.

Kedua, dalam tempoh 3 bulan 9 hari ini aku berjaya memenuhi keperluan kursus 7 hari setahun untuk penjawat awam. Itu pun ada berderet-deret lagi kursus/taklimat/bengkel yang akan dihadiri sepanjang tahun ini.

Ketiga, yang paling tidak disangka adalah penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang jabatan bagi tahun 2012. Subhanallah! Sungguh tak sangka. Alhamdulillah hasil kerja aku dihargai akhirnya. Walaupun kriteria penerimaan APC ni takde la canggih mana sbb adanya kuota setiap tahun. Still, aku tetap bersyukur.

Keempat, kereta kesayanganku WanJay telah berwajah baru. Makin semangat berdating dgn WanJay selepas ni. Selepas diketuk dan dicat semula semakin hensem WanJay nampaknya. Berseri-seri! Haha..

Kelima, belum sempat SKT dimasukkan ke dalam HRMIS, aku dah merayau ke dua tempat peranginan utama negara (untuk bekerja semestinya.. hehe) iaitu Genting Highlands dan Langkawi. Nothing to proud of. Tapi siapa yang tak suka dapat makan angin sambil bekerja?

Keenam, I just realised that I lost my mother when I was 18, but Allah gives me another 3 mothers to love and cherish my life to the fullest. They are an amazing women and I adore each of them. My stepmom, my 'future' MIL and my boss. I cried when I realised this fact and again.. thank you Allah.

Kesimpulan, hari ke 9 dalam bulan keempat pada tahun ini membuatkan aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan bernafas, berkelana dan menikmati bumi Allah serta mengenali para mahklukNya.

Alhamdulillah.

Wednesday, January 2, 2013

2013

Warning... Cliche article!

Standard entry awal tahun adalah to wish everybody dan diri sendiri HAPPY NEW YEAR!! Amcam celebrate? Macam² style orang meraikan kedatangan tahun baru.. tak kuasa aku nak type panjang lebar org lain punya cara plak kannn...

So apa aku buat celebrate tahun baru?

Hahaha.. kedatangan tahun 2013 disambut dengan dengkuran. Sedang elok tengok movie New Year's Eve kat tv tiba² ayam dah berkokok penanda subuh... padahal bila check fb punya la ramai yang komplen tak bleh tido sebab bunyi mercun.. hahahaha... punya la tido tak sedar diri..

Esoknya public holiday... beriya bangun awal dengan harapan dapat bersiar² di shopping complex berdekatan... tapi gua kena lepak rumah sebab ada plumper dtg nak repair paip bocor kat bilik air along dan segala paip bocor di dalam atau di luar rumah.. ppppffttt!!

Jawapannya... layan tv seharian la.. sesambil praktis tulis 2013 dengan betul... keh keh keh...