Friday, July 3, 2009

Bz = Buntu

Apa mo tulis? Aiyoo sejak dua menjak ni aku bz btul. Tak sempat nk fikir pasal masalah peribody pun. Minggu terakhir bulan Jun.. aku bz dengan Bengkel Audit Dalam (sekali lagi). Hahahaha.. ada tak org gi kursus audit dalam 2 kali? Adaaaa... kitorang lah org itteww *sengih-sengih*

Tapi saya memberi puji-pujian tinggi melangit la kat consultant yang bagi talk sepanjang kursus nih... alhamdulillah kesengalan saya dah beransur pulih. KAH KAH KAH.. sengal rupanya minah nih.

Bukan apa.. ilmu yang baru diperolehi nih senang masuk dalam kepala dan senang pulak untuk difahami. Alhamdulillah... dengan harapan tinggi menggunung agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sbg Ketua Audit Dalam di Majlis Daerah Cameron Highlands ini dengan lebih baik. Tade la mcm thn lepas punya sesi audit... blur kabur-kabur dan tak pasti apa benda yg aku buat.

Ok. Ilmu dah dapat.. sampai time nak praktikkan pulak. Jangan time kursus semua nya ok. Time nak buat tu mula la tanya itu-ini. Hahaha... tp sedaya upaya la buat mana yang termampu. Nak NCR ke tak NCR ke tu blkg kira. Hasilnya, next week aku dah organize sbg minggu audit dalam. Tercabut wayar otak aku dibuatnya nak bahagikan kumpulan audit. 4 auditor aku terpaksa keluarkan daripada list auditor sbb :-

1. 2 orang tu tak berminat nak jadi auditor
2. Sorang tu plak nak benti keje dpt job naik pangkat kt tempat lain.
3. Sorang lagi tu time kursus dia tak dapat hadir sbb cuti pi obesi ( can't blame him sbb dia dah apply cuti daripada awal tahun aritu lg)

Dalam pada sibuk audit dalam ISO... sambung plak dengan kursus audit dalam 5S. Kursus 2 hari tp aku pi sehari je sbb aku pi taklimat NAPIC kat Ipoh. Pun sekali lg aku dilantik jd auditor since aku juga fasilitator 5S. Sekarang ni dah masuk bulan SAPU. Tapi unit aku SUSUN pun blom settle. Pada sesapa yang tatau.. jabatan aku ni diimport daripada KPKT dan diposting ke semua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Labuan yang dikenali sebagai Unit Pusat Setempat (One Stop Centre).

Maknanya, korang pegi la memana majlis daerah sekalipun.. korang akan jumpa unit OSC ni untuk berurusan berkaitan dengan submission pelan pembangunan. Bilangan staf berlainan di antara majlis la sbb tiap2 majlis berlainan workload keje atau berlainan tahap pembangunan dia. Macam kat Cameron Highlands ni pembangunan tade la rancak mana sbb developer pun maleh nak buat pembangunan kat sini since seluruh daerah tertakluk pada Akta Pembangunan Tanah Tinggi. Leceh.. macam2 dokumen nak kena buat. Dan lagi, kat sini dah tak banyak lagi dah kawasan rata yang boleh dibangunkan. Mesti touch slope Kelas III dan IV punya.

Eh.. ni apehal aku melalut panjang2 cite pasal keje nih? Korang paham ker?

Aku nak cite pasal apa sebenonya tadi? Haa.. pasal ofis.. 5S ye? Ok. disebabkan jabatan aku ni semua stafnya diimport termasuk la dengan aku-aku sekali.. so kitorang takde vot atau akaun perbelanjaan sendiri. Bila program 5S ni berjalan... setiap zon diberikan certain amount of money lah utk digunakan. Ye la nak hias ofis.. nak susun fail dalam kabinet nak buat tagging2 tu semua.. nak print atas kertas kaler2 bg lawa dan nak tampal menampal sure kena guna gam yg byk kan.. tapi masalahnya.. budget yg dijanjikan masih belum diperolehi sbb prosedurnya budget tu kena dalam kelulusan majlis melalui Fullboard dan kemudian kena dapat kelulusan peringkat negeri plak. So.. itu yg duk tunggu bilanya MB dan konco2 nya nak bersidang???

Bila jadi cam gini... unit aku je la yg masih ddk rilek takde byk perubahan. Takde kisah sgt pun sbb kitorang br 2 thn beroperasi. Perabot pun ada byk KPKT duk hantar. Again.. Buat aje la kut mana yg termampu. Bila aku suarakan masalah kitorang ni pada koordinator 5S ni dia kata.. zon kitorg pun pakai duit sendiri dulu. Ye la... korang bleh guna vot korang. Unit aku ni nak korek duit tang mana? Duit gaji sendiri ada lah.. kitorang pun bukanlah patriotik sgt sampai berkorban harta benda sendiri untuk mendapatkan pensijilan 5S. Memang dikatakan boleh claim semula... tp dibuatnya kang tak bleh.. apa macam? Sapa nak tanggung kerugian? Duit gaji kita tu kita guna utk diri kita dan keluarga kita.. Bleh ke aku angkut bawak balik segala usaha yg aku dah buat utk ofis tu ke rumah?

Ok lah.. cite sket2 je la pasal kebengongan yang melanda. Dalam dilema pun ada.. rasa cam diperkotak-katikkan pun ada. Last2 skang ni aku wat bodo aje lah. Jadualnya pensijilan 5S tu nak didapatkan lepas raya. Tapi kalo budget tu dapat lepas raya jugak... maknanya lepas raya la baru aku dan staf2 aku start nak SUSUN dan SERAGAM had mana yg sewajarnya. Lantak la sijil ke tak sijil ke... Selagi orang atas tak amik pot.. aku pun tak amik pot. Kalo ko nak marah aku disebabkan zon aku tak buat 5S sbb tarak duit.. aku bleh marah ko balik lah sbb bongok sangat.

Oooo bahasa kasar ye... rilek la. Tak lama lagi staf aku pun akan kembali ke KPKT. Tinggal aku berdua dengan despatch. Kalo majlis tamo bg aku staf.. aku berenti aje la keje kat sini. Apply pertukaran ke Federal jugak. Contoh surat apply pertukaran pun aku dah dapat. Hahaha... tinggal mo alter2 sket dah bleh hantar.

Tapi sebelum tu... aku jugak bz nak buat penyelarasan gaji. Selagi ada peluang up gaji.. kita buat la... hahaha.. cuma skang tgh tunggu penyata kira-kira kwsp zaman tok kaduk aku memula keje. Dah la aku pi kaunter branch kwsp.. depa kata penyata tu takbleh amek kt kaunter. Ampeh btul. Kena tulis surat ke kwsp HQ. Nanti depa hantar penyata tu by post.

Wutever... contoh surat mintak penyata kwsp tu pun dah dapat. Tukar nama & alamat semua dan dah selamat dipos tadi. Wait n see je lah.

Letih dah aku merapu. Main type jer. Ape arah tujuan entry ni pun sukar dikenalpasti. Sapa suka membaca sila la teruskan bacaan anda. Owh bacaan termometer di Cameron Highlands semakin baik. Hari tu panas.. skang dah start nk turun mcm biasa. Eh lari topik lagi?

Dah la.. maleh dah nak tulis. Nak balik packing2 bag. Esok nak gi zoom malaysia... banyak untuk dilawati banyak lagi untuk diterokai. Jom cuti-cuti malaysia ke PANGKOOOORRRR!!!!!!

Monday, June 29, 2009

RIP Jacko

Kecohhh!!!!! Kecoh satu dunia bila Michaeal Jackson meninggal dunia last Thursday. Even aku bukan lah big fans kepada mana-mana artis, tetap terkejut samalah bila news tu keluar.

Sesuai dengan berita tersebut... jualan album pun naik mendadak. Aku la di antara orang yang sibuk membeli. Kelmarin di Mid Valley aku sempat sambar se'album' kat Speedy. Harga RM39.90 for 27 songs. Including top songs such as Thriller, Bad, You Are Not Alone, etc. Lagu-lagu masa zaman Jackson 5 pun ada gak dalam album The Essential Michael Jackson nih.

Kiranya mcm good deal lah since aku pun tak berapa pasti lagu2 top mamat ni keluar kat album yg mana satu. Haha.. so that's why aku preferred album rojak yg mcm ni. Senang cite.

Semalam drive balik Cameron Highlands duk melayan la cd nih. 3 jam drive melalak. Fuhhh confirm sakit tekak. Hahaha..

Friday, June 26, 2009

Haus

Dah sebulan aku memandu dengan didendangkan dengan bunyi-bunyian dari alam ghaib. Ecehhhh.. saspen je bunyik. Hahaha.. takdelah.. saje je opening cam saspen..

Ok. Merujuk kepada rajah di atas, di dapati sepasang brek pad telah digunakan sepenuhnya tanpa teragak2. Ini boleh dilihat kepada rajah kedua di mana permukaan brek pad tersebut habesss licinnn...!!!!!!! Wakakakaka...

Memandangkan saya menyedari kejahilan diri sendiri berkenaan dengan penyelenggaraan kereta sendiri... dan selepas mendapat pandangan pakar (staf2 aku ler yg semuanya pompan kecuali sorangggg je staf lelaki), aku buat dekkkkk je lah kepada bunyik2 yang didendangkan oleh tayar (eh tayar ke yg berbunyik?? ntah.. la..) dengan beranggapan ianya adalah bunyi-bunyian biasa.

Maka selepas sebulan (sbb aku jalan jauh turun bwh bukit Cameron ni sebulan sekali sahaja), tergerak hati la aku nak gi check bunyi-bunyian tersebut kat bengkel kete cermin mata. Haaa ada cite kelakar pasal kedai cermin mata nih. Masa memula dulu since aku bukan berasal dari Cameron.. so pi la tanya kat budak2 ofis ni kat mana nak baiki kereta. Depa pun cakap... "akak pi la servis kat kedai cermin mata kat Brinchang.. kedai dia kat jalan nak pi Juliana (chalet)"

Melopong tak ingat la aku masa tu. Apa tidaknya... aku tanya kat mana kedai nak servis kete.. ape ke halnya pulak dengan kedai cermin mata???? Cermin mata aku elok lagi. Lagipun kalo aku nk repair cermin mata, baik aku pegi Highlands Optic kat Tanah Rata ni aje. Takyah gi jejauh sampai ke Brinchang nun.

Rupa-rupanya, kedai tu dorang panggil kedai cermin mata sbb tokey dan semua pekerja dia pakai cermin mata!!!! Ayyooooooooooooooo!!!!

Ok sambung balik pasal kes break pad tadi ye murid2.. Alang2 aku ke Big Red Strawberry Farm utk beli salad (murah2.. 3 biji salad campur2 between green coral, red coral, butterhead atau romaine lettuce.. depa jual RM5 sahaja woo) since 'ibu mengandung' kat rumah tu sms pesan nak salad.. Jalan balik tu singgah la kat kedai cermin mata. Uncle tu kata... confirm break pad haus.

Tanya harga.. RM70 sahaja. Aku pun malas nak tanya jenis apa.. import dr mana.. sbb kalo dia jawab pun bukan aku tau nak check kualiti ke ape ke..

"Tokeyyy!!! Kasi tukar aje la break pad tu"

Uncle tu siap buat kelas kejap mcm mana dikatakan break pad haus. Hasil kelas tersebut dapat dilihat pada gambarajah di atas. Ooooo.. nampakkah anda perbezaannya??

Isk isk isk... sebbaik la terbuka pintu hati nak suh uncle tu check.. kalo idak makin teruk la jadinya. Dah la break system ni benda yg penting utk orang Cameron Highlands ni. Ape idaknya.. kalo break failure.. mampos la terjun gaung.. elok2 perjalanan Cameron Highlands - Tapah tu sejam.. terus jadi sengah jam je.. wakakakaka..

Kesimpulannya, this is me.. menggunakan sesuatu barang hingga semaksimum mungkin. Yay!

See u at KL this weekend. Happy weekend y'all ;)

Tuesday, June 23, 2009

award mesra mata from sis Alinx

Saya dapat award daripada cik alinx. Huhuhu.. selama aku memblog tak pernah pulak dapat award2 gini.. Kena tagging tu biasa la..

Anyway.. terima kaseyyy pada cik alinx.. Muachss!!!

Since aku tak ramai kawan-kawan yg juga blogger tegar.. So i just kept the award lah. Atau sampai masa terbuka pintu hati nak forward the award to someone else i met via online ni.. aku bagi lah.

Eh!!! Chop chop.. dalam ramai2 tu.. aku rasa.. cik puan lisz dan cik puan faze dan encik lankutu dan cik puan zura dan cik puan heda dan cik puan nadie layak dianugerahkan award nih jugek since dorang je yg tegar baca dan bg komen kt blog tempat aku merapu sorang2 nih.. ;)

oyya.. lupa plak nk bgtau.. kalo encik dan puan-puan sekalian nak tampal kt blog korang.. sukatilah...

Monday, June 22, 2009

senarai semak = pening

Ingatkan boleh la happy bila checklist unit aku dah siap. Berangan la nak hantar ke setiap jabatan teknikal utk dorang bg komen. Berangan juga lps tu blh la hantar kat semua psp yang pernah hantar permohonan kat MD Cameron Highlands nih.

Tetiba dapat pekeliling template seragam senarai semak dari kementerian. Haiyaak.. nak taknak kena la semak balik bilangan dokumen dan pelan-pelan yang agensi teknikal ni nak. Senarai semak yang latest ni pun ada sket memeningkan kepala hotak aku sbb ada certain jenis permohonan di longgokkan dalam satu checklist. Aik!!

So.. bila bos nak update.. bos pun pening daaa.. Kah kah kah kah.. Staf aku mmg saje bg aku pening kot. Manyak syusyah ini machemmm..

Thursday, June 18, 2009

Keropok vs Me = WAR!!!

Attackkkkk!!!

Masih ingat peperangan di antara aku dengan keropok lekor dulu? (sila baca entry disini) Sampai lecur2 tangan. Kali ni aku di attack oleh keropok sagu plak.

Uwaaa.. parut lecur kena bom aritu tak baik lagi.. tambah lg satu parut..

Jadi sekarang.. aku declare WAR dengan keropok!!!!! Saya berikrar takkan menggoreng keropok lekor atau keropok sagu lagi!!! Saya hanya akan makan keropok dengan rakusss sahajaaaaa!!!! KAH KAH KAH KAH KAH..

Huh.. dengan makanan pun nak bergaduh.. hahaha.. lantak la.. sapa suh dia bom aku. Evil keropok!!!!! Tak kira.. Kill Kill Kill Die Die Die!!!!! Warrrr!!!!

Thursday, June 11, 2009

Malas

Lepas balik dari Kuantan, malas betul aku nak update blog nih. Bukannya takde bahan nak update... tp penyakit malas datang menjelma. *sigh*

Alhamdulillah.. emosi sudah semakin stabil. Dah boleh happy-happy seperti biasa. Chenta pun sudah boleh dihubungi. Cuma dia ada kegemaran baru... "Sori.. abg silent handphone". Huh! No comment :|

Aku pun dah semakin malas nak fikir pape. Lantak lah nak jadi ape pun. Hahahaha..!!! Bukan daku tak chenta.. cuma... it takes two to tango y'know!!! Arghh.. letihhhhh!!!

Cite pasal keje pun bosan juga. Sekarang dalam proses nak "tolak" semula kerja jabatan teknikal dalaman yang duk longgok kat jabatan aku selama ini. Dah berjuta kali aku ckp ni bukan keje aku.. tp korang still tak reti nak buat keje2 tuh... brape lama aku bleh backup korang? brape lama korang nak amik masa utk belajar camne nk buat keje korang sendiri? Kalo nk diikutkan, aku pun amik masa 2 tahun juga nak belajar camne nk settlekan keje2 longgokan tersebut. Iye lah... bukan skop keje aku. Memang la aku tak reti nak buat.. but I'll manage to do it. So, pandai2 korang la nak buat keje korang sendiri ye.

Cite pasal ofis... sekarang tengah sibuk merenovate, cat sana sini, susun meja kerusi perabot dan ubah interior pejabat, sibuk mendesign custom perabot yang diperlukan utk ofis.. sibuk juga nk uruskan program audit dalam ISO yang kena buat tiap2 6 bln.. skang dh bulan Jun.. memang kompomlah tak lama lagi audit luar mo mai check tgk progress kitorg samada still ikut prosedur ISO atau tidak. Jangan dah dapat sijil.. lepas tu kena tarik... haruuuuu!!! Tapi aku pedulik apa... tu keje pengurusan atasan utk pastikan org2 bawahan menghayati program ISO tu. Bukan setakat nak dapat nama je sbb pensijilan ISO tu dapat semasa zaman "pemerintahan" ko.

Whatever!!!! Aku malas dah nak fikir pasal masalah orang lain. Masalah aku sendiri tak settle lagi. Orang cakap.. kalau asik tanggung someone else mess lelama kita sendiri boleh sakit jantung. Maka, sayangilah jantung anda. Kehkehkeh..

Mari kita pi poco-poco ;) yeahhhh!!!