Monday, June 2, 2014

buang sawang

AAAHHHCCCCHOOOMMMmMmMmmmmMmmMm!!!

Makoi kemain berdebu dan bersawang blog nih.. lebih setahun tak tulis apa-apa di sini... janji nak tulis about trip to Europe pun tinggal janji aje ek?

Let's see... 2013 aku tulis 3 entry aje? muahahaha... patut la aku takde follower kaw-kaw..

Tahun 2014 ni tahun ke 5 aku bertukar ke KL dari Cameron Highlands... bila tengok arkib.. paling banyak aku mengarut ialah pada tahun 2009. Aku masih bertugas di Cameron Highlands ketika tu (nampak sangat takde keje... ngulor tulis blog je kejenya...) hahahaha takde lah... masa tu stress keje agaknya... perlukan sesuatu untuk luahkan perasaan... errr sesuatu ke seseorang? ahaaaa... anyway... cik zura masih cik zura... belum bertukar menjadi cik puan ye... heh.. perlu ke bgtau kat semua org?

Ok. Sila tukar topik.

Sekarang kita dah masuk bulan Jun. Tiba-tiba dah setengah tahun. Awal tahun aku berjalan ke HCM untuk kali kedua.. eh masa bila kali pertama? hahahaha... duluuuuuu aku pergi tahun 2012 dgn rombongan cik kiah.. penuh satu bas. Kali ni aku buat itinerary sendiri... jalan-jalan sendiri sahaja dengan bebudak opis... boleh dikira rombongan jugak kot.. 9 orang mak dara aku bawak jalan-jalan.. hehehe

So.. itu lahnya... sejak jadi solo traveller nih... semakin ramai yang offer nak jadi travel buddy aku. Tak berani pergi travel sorang-sorang kata mereka-mereka ini. Itu yang sampai ke HCM dua kali tuh...

Anyway... so far.. sebenarnya tempat yg aku betul-betul travel sendirian hanyalah di Fukuoka, Sydney, Italy (Rome-Pisa-Florence-Venice-Milan) dan London. Aku mula berani pergi travel sorang-sorang ni pun masa aku attent short course JICA selama sebulan di Kitaksyushu, Japan tahun 2011. Nak pergi berjalan-jalan di tempat yang tak banyak signboard omputeh ni kenalah kuatkan semangat menggoogle sana-sini sebelum ke mana-mana. Takut juga kalau sesat barat tak jumpa jalan balik ke hostel...haru nanti. Walaupun Kitakyushu tu di kira kampung gak... tapi tak ramai manusia yang boleh ckp omputeh.. Alhamdulillah berjaya jugak aku travel dari Kitakyushu ke Fukuoka sensorang semata-mata nak pergi Premium Outlet (masa tu JPO belum wujud daaaa)... gitulah kisahnya aku memula berani nak berjalan sorang-sorang ke sana ke mari... kalau ada jodoh.. mungkin lepas tu boleh ke sana ke mari berdua pulak.. ecehh..

Jadi blog ni mungkin boleh ditukar fungsinya... daripada aku merapu-rapu cerita ntah apa-apa.. kita buat dia jadi travel blog plak.. ok tak? MESTI LA BOLEHHHH!!! (hehehe sendiri tanya sendiri jawab..)

tak pun... di kala mood memasak aku datang... kita main masak-masak okey!!