Thursday, May 28, 2009

Ulat Gonggok

Ulat gonggok size 5 ditemui!!!! Muahahahaha!!!

Dalam pada semua warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands tengah sibuk mengemas ofis.. Muncul seekor gergasi!!!! Giant ulat gonggok.

Sebenarnya entry kali ni berkait rapat dengan entry aku yang terdahulu Binatang Gebu dan Montel yang sering ditemui di Cameron Highlands nih. Serangga yang biasanya kita tgk kecik.. mmg besor dan sihat walafiat di sini.

Pencemaran Air Sungai

Kecohhh!! Kecoh sekejap hari tu bila Karam Singh Walia dan TV3 buat laporan pasal kualiti air sungai di Cameron Highlands.

Ikutkan hati... aku malas nak komen. Dalam pada warga Cameron Highlands duk sibuk buat persiapan untuk keberangkatan DYMM Sultan Pahang.. tetiba keluar pulak berita camgitu. Terus tuanku tak tak jadi datang. Ada 2 hari je lagi patutnya dia sampai. Kesian tengok persiapan yang berjalan lancar.. 90% dah siap.. tetiba tak jadi. Hmmm takpe lah.... ada la hikmah lain pula disebaliknya kut.

So.. selepas isu air sungai tercemar ni reda.. baru laaaa nih aku nak komen sket. Letih juga kawan-kawan duk telefon, ym, sms dan email bertanya "eh boleh ker pi Cameron Highlands sekarang ni? ada air ker?"

Astaga.. yang dilaporkan tercemar adalah air sungai... bukannya kualiti air minum. Mari kita petik kata-kata ucapan YH Dato' YDP Majlis Daerah Cameron Highlands dalam meeting semalam...
"Kualiti air minum di daerah Cameron Highlands adalah terkawal dan selamat untuk diminum kerana ianya adalah air yang telah dirawat dan loji rawatan air di Kuala Terla sering dipantau untuk menjaga kualitinya"

Jadi, kepada semua bakal-bakal pelancong yang berhajat untuk bercuti ke Cameron Highlands tidak perlulah risau berkenaan dengan isu pencemaran air sungai tu yer. Tindakan-tindakan oleh jabatan yang berkenaan untuk atasi isu tu pun dah berjalan.

Terima kasih juga la pada TV3 sebab kita ni menegur menunjukkan kita sayang pada yang ditegur. Cuma orang-orang yang tidak berkenaan janganlah mensensasikan isu tersebut sehingga kebersihan air wuduk pun dipertikaikan. Yang pi amik wuduk tepi sungai tu kenapa? Gunalah air paip yang disediakan... ;)

Wednesday, May 27, 2009

Pulut Kuning

Takde arah tujuan pun pulut kuning ni disediakan. Hari sabtu lepas.. aku dan Ina melepak di rumah Sue. Kitorang gi pasar pepagi buta nak beli bahan-bahan nk masak pulut kuning dan puding caramel ni lah.

Tapi sesampai di rumah Sue. Aku menggolekkan diri di ruang tamu bergulung dalam comforter.. Arghhh nyamannn!!! Tapi sempat lg melayan 'bad mood' aku time tu yang terjadi atas sebab-sebab yang tak dapat dihuraikan. Huhuhu.. so takde la aku ke dapur dan menghadiri kelas memasak Cik Ina lagi.

Tengah hari pun tadak selera nak makan. Dah petang baru teringat nak makan. Jamah la pulut kuning sket.. lawan plak dgn ikan masin.. fuhhhh.. Ni kalo ada sambal ikan bilis ni pun best.

Arghhhh!!!! Makan makan makan makan makan makan makan...

Wednesday, May 20, 2009

Seminar Anti Dadah

Lepas bekfes pagi td.. tgk ofis jd lengang.. Aik!! Mana semua org pegi? Ooooo ada Seminar Anti Dadah bersama ADK Daerah Batang Padang, Perak yang dibuat kat Dewan Jubli Perak, Tanah Rata. Boleh tahan la encik tu bg talk. Tak ingat plak namanya sapa. Takde la ngantuk sangat. Cuma boring jer. Tup tup dah 2 jam dia bercakap rupanya.

Baca risalah yang dorang bagi pasal jenis-jenis dan nama dadah. Isk.. buat aku kompius aje. Satu jenis dadah.. ada macam2 nama timangan. Sebbaik aku bukan keje polis bahagian narkotik. Mampos nak kena ingat semua nama-nama pelik tu. Hahaha.. Rupa antara jenis dadah pun aku tak berapa nak cam. Meth aje la yg senang nk igt sbb dia cam rumput kering kaler ijo bulat2.

Lepas abeh seminar, dorang panggil nama untuk Ujian Air Kencing. Dulu masa perhimpunan bulanan dorang dah buat dah separuh kakitangan. Skang ni sesapa yg tak dipanggil sesi pertama tu.. di panggil pada sesi ni termasuk la nama Aku.

Jeng.. jeng.. jeng.. mula la terpikir dalam kepala.. "Eh aku skang mmg amik ubat (drugs) under medication".. LOL nak susah hati tu kenapa??? Kan doktor ada bg surat perskripsi ubat. Kah kah kah..

So.. selepas beratur mengikut nama... Sampai la giliran aku. Untuk Urine Test, pegawai-pegawai dari ADK akan tunggu kt pintu tandas semasa korang buang air. Malu gak... tapi dorang ngadap ke pintu lah. Hahaha.. saspen je...

The result is clean.. walaupun encik yang membuat test tu muka berlagak nak mampos bila aku tanya ape fungsi kertas kaler2 yang dia guna untuk celup dalam botol tu. Ada masalah ke kalo dia ckp.. "yg ni utk ganja.. yg ni utk heroin.. yg ni utk sekian-sekian..". Sebbaik aku tak tanya soalan mencabar minda yang lain pada encik tu. Huh!!

Selesai Urine Test... urusetia seminar ada sediakan makan tengah hari.. mari kita serbulah walaupun perut kenyang. Ahaks..

Meh buat iklan jap...

Update 18 June 2009

Memandangkan ramai sangat yang eksiden masuk ke entry ni nak cari info pasal Seminar Anti Dadah atau perkara2 berkaitan dengan jenis-jenis dadah etc etc etc. Serta... aku pun malas dan tak kuasa nak upload segala isi kandungan pamplet dan brochure berkenaan dengan dadah yang aku dapat masa ikut seminar nih.

So.. klik aja di sini okeh ;) ada macam2 info kt situ.

Mesreeeeeeeee...


Sudahkah anda menukar kad anda? Saya sudah!!! Cehhh tetiba dah jadi cam iklan anti dadah plak rasanya. Kah kah kah.. Kelmarin pi malam2 hari nak buat penukaran kad ni depa kata tak bleh. Siang sahaja. Aik.. So semalam waktu lunch hour. Aku mengambil kesempatan ke stesen petronas Brinchang.

Memula tu petronas hantar surat kat alamat surat-menyurat aku kat KL. Hokehhh.. nanti saya tukar ye encik. Tapi ada klausa dalam syarat-syarat penukaran tu.. camne ntah ayatnya.. lebih kurang gini.. "mata ganjaran yang diperolehi daripada kad mesra petronas sahaja yang layak dipindahkan ke kad yang baru"..

So, mati-mati la aku ingat.. hanya point yg dapat masa isi minyak kat stesen petronas je bleh ditransfer. Point yang kita dapat masa guna di kaunter2 real rewards (cth : carrefour) tak akan ditransfer.

Itu la yang menyebabkan aku mcm malas nak tukar ke kad baru. Tapi kalau tak tukar.. semua point yang ada tu burn cam gitu jer. Jadi untuk mendapat kepastian, aku tanya la kat adik kaunter penukaran kad tu. Adik tu cakap, klausa tu bermaksud "semua point yang kita dapat menggunakan kad lama yang kaler oren ni tak kira la petronas ke real rewards ker akan ditransfer ke kad baru tapi mengambil masa sehingga 90 hari untuk proses transfer"...

Oooooooo... kisahnya. Dengan sengih2 menyedari kebongokkan diri sendiri.. maka aku pun sign aje la borang untuk tukar kad yang baru. Oyya.. actually ada option satu lagi untuk penukaran nih iaitu menebus mata ganjaran kat kaunter2 real rewards. Tapi takpelah.. aku sendiri pun tatau berapa dah point yang aku dapat.

Kalo ikutkan.. dah beribu2 agaknya. Sejak mula beli kereta tahun 2005. Bleh dikira dengan jari berapa kali aku isi minyak selain daripada petronas. Membeli-belah di carrefour pun aku duk swipe jugak.. hehehehe... bior ler. Lagi 90 hari bleh la nak check brape point yg aku ada. Mungkin boleh check di mana-mana... cuma aku je malas nak cari kat mana tempat nak check. Lantak lah!!

Kata-kata terakhir... support-lah barangan / jenama buatan Malaysia. Ceeewaahh!!

.

.

.


Update!!! 15 June 2009

Few days back.. tetiba aku received call dari sorang pompan ni. Dia kata dia dari real reward dan skang tgh promo real reward card holder yg ada 5000 points and above utk aktifkan insurance. Katanya setiap real rewards card holder ada insurance ni cuma blom aktif je lagik.

Aik.. aku agak kekompiusan nih. So aku cakap.. aku dah transfer point kad real reward mesra to petronas mesra. Yes!! Dia agreed. Tapi katanya tak semua point pegi ke kad petronas mesra yang baru. Aku ada balance 6000 point utk real rewards. Kalo aku bersetuju untuk aktifkan that insurance under apebenda nama insurance company tu ntah.. maka dia akan deduct 5000 point dari real reward card which I dont have.. dan aku dikehendaki add up RM78 to make the activation.

Hoh!! sangat2 kompius gini. So, kad real reward petronas itu masih boleh digunakan ker? The lady ckp dia akan email brochure about insurance activation tu. Sampai ke sudah takde apa2 email yg aku terima. Huhuhuhuhu..

It makes me wonder if ni semua adalah agenda insurance company sahaja. Tapi curious gak.. about real rewards point tu. Arghhh!! Lantak lah.. point real rewards tak bleh di bawa mati...!! Biorkan aje lah..

this is my card..

Semalam sampai satu parcel. Rupanya unit aku punya name card dah siap. Amacam? Cantik tak? Design buat sendiri. Color management pun pilihan kami seofis beramai-ramai. Kos pun poket sendiri. Cuma part logo OSC tu jer aku ikut kat dalam buku manual OSC. Aci la kan?

Owh aku edit sket.. takkan nak bg terang benderang.. not good publish your details sesuka hati via internet right? Lagi pun this is business card.. digunakan hanya untuk perkara-perkara berkaitan kerja sahaja. Jangan plak korang sesuka hati nak call sdn. bhd. ye... mmg tidak akan dilayan. Warning nih!!!

Tuesday, May 19, 2009

New Mummy-To-Be

Dari minggu lepas aku duk berdebar tunggu berita gembira dari my best friend - Baizura. Khabarnya dah 38 weeks preggie. Meh tgk gambo dia yg aku kidnap dari fesbuk.
Malam tadi dia sms to inform yang dia dah admit ke PMC bangsar. InsyaAllah ceaser dijadual esok pukul8.30 pagi.

Pagi tadi tengah busy keje.. terima sekali lg sms dari suami-nya yang terchenta.
"Baby boy dah selamat masuk ke alam dunia. 3.6 kg pukul 9 am."

Wahhhh.. seronoknya!!! aku berym dengan mood yang sungguh happy bersama Suraya. Dia lagi la tak sabar. Kalo bleh nak pi visit lunch hour ni. Huwaaa!!! Nak ikutttttt...

Takpe.. minggu depan aku datang visit ye ;) anyway.. many many congratulations to both Baizura dan Pidut. Alhamdulillah dua-dua khabarnya selamat. Tak sabar nak balik KL pi visit dan gomol2 anak orang... Hahaha..


Update : 3.07pm

I'll manage to call the husband. Sungguh gumbira bunyik nya. Sampai cameron highlands dengar suara baby boy duk teriak. Sedang breast feeding. Sabar ye.. minggu depan auntie zura dtg gomol ;) yihaaa..