Wednesday, April 29, 2009

Foot Reflexology

Hari Rabu datang lagi... ahaaa.. masih ingat pada entry kaki bengkak dan bintik merah? Ya.. sejak kakiku bengkak dan kuar redsports.. aku telah menghantar diri aku ke "Rumah Urut".

Hisk.. seram la pulak dengar nama "Rumah Urut" ek? kah kah kah.. sebenarnya mmg ada banyak pusat reflexology kat Cameron Highlands nih. Tapi aku pilih satu je lah. Dah jadi regular customer pun. Bermula kaki aku bengkak sampai la ke hari ni.. dah 4 kali aku pi urut kaki kat situ. Murah jer.. Sejam RM35. Kalo pegi lagi petang nanti.. kali ke 5 lah ;)

Tukang urut aku tuh Uncle Lee. Masa first time pergi semua tukang urut yg muda2 semua taknak urut sbb gemuk bukan main kaki aku masa tu. So Uncle tu ckp elok la dtg urut tiap2 minggu. Redsports yg keluar tu pun disyaki toxic. Since sistem perkumuhan (wahhhhh ayat) aku tak berapa nak betul.

So, tiap2 minggu hari selasa atau rabu atau khamis aku akan muncul kat kedai tu selepas waktu pejabat dalam pukul630 camtu. Kalo waktu yg sama Uncle tu tengah urut tourist ka sapa ka... sanggup aku tunggu atau pi makan2 dulu.

Alhamdulillah.. bengkak mmg 100% dah baik. Cuma tinggal redsport je masih ada keluar once in a while. Tapi dah banyak kurang lah daripada mula2 aku urut kaki dulu. Hasil semasa 'qada hajat' pun semakin memberansangkan. Kalo dulu mungkin dia 'stuck' lama2 dalam badan... tu yg duk kumpul toxic sampai lama2 tak mampu nak kumpul.. dia kuar kat kaki...

So kawan-kawan.. kalau ada masalah sembelit ker, tak lawas ker, sila lah buat detox ye. Minum air kosong byk2 tu penting. Makan apple sehari sebiji pun penting. Sekarang ni aku dalam proses 'memaksa' diri minum air kosong sebotol sehari. Memang la tak cukup 8 gelas.. tapi at least kita cuba untuk berubah untuk kesihatan diri sendiri juga. Walaupun payah sbb aku jarang minum air. Ngeeee...

Sunday, April 26, 2009

tag by Cikgu Liza

1. Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang. jgn tipu2 ek..
2. Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
  • Saya sangat suka gambar desktop saya kerana it makes me "near" to my chenta. Its actually a shot from some mountain at Lago Di Lugano southern Switzerlands bordered with Italy and an hour to Milano.
  • From that shot we can see Lugano Train Station which only 200m away from my chenta's apartment. Tapi dia dah nak pindah next month. Nanti kena cari gambar lain pulak ek.
  • The photo I got from google :D (kira illegal ke tak ek? Mintak maap la ye... saya tak gunakan untuk mendapat keuntungan pun.. just staring the desktop at my free time.. hahaha poyo...)
  • Anyway, I am not being there "yet"... I just admire the beauty from distance ;)
3. Tag 10 orang.. (errr mcm tak cukup org nk di tag aje.. hahaha)
  • Faze
  • Heda
  • Alinx
  • Nadie
  • sape nak buat.. buat lah..
  • ......
  • ......
  • ......
  • ......
  • ......
  • ......
Sekian terima kasih.... ;)

Saturday, April 25, 2009

kelas memasak cik Ina

Aktiviti 'puspanita' minggu ini adalah kelas masakan Cik Ina. Kah kah kah... poyonya. Seumur hidup hanya sekali aktiviti puspanita yang aku join iaitu majlis bacaan yassin minggu lepas ;)

Masakan yang diajar hari nih adalah Ikan Percik. All the recipes boleh diberikan as per request ya. Memang sedap lah.. selalu kita dok makan ayam percik kat pasar malam tu. Harini Ina ajar masak percik. Kalo masih ingat, bulan puasa tahun lepas pun Ina ada buat Ikan Kembong Percik nih ;)
Masakan kedua adalah Lala Masak Serai + Halia + Cili.. aku tatau la nama masakan sebetulnya. My mom's recipe actually ;) Hari nih Lala tersebut dimasak dengan cili api yang pedas ya amat. Rasa mcm nk melompat terjun balkoni dek kepedasannya. Hahahahahaha.. tengok rupa cili tu nampak cam tak pedas sangat. Aku pun takde la buh banyak sgt.. ada la dlm 10 - 15 ulas gitu. Standet la kan? kan? kan? Owh.. yang ni aku pulak jd tenaga pengajar.. anak muridnya adalah si Sue.Masakan ketiga adalah Fatt Choy Masak Sos Tiram. Favourite my chenta.. nyumm..!! Masakan yang ini dimasak sendiri oleh Sue. Tak yah ajar pun ;) pandai betul anak murid sorang nih.Kali ni takde buah-buahan pencuci mulut. Tapi kita minum air mahal.. twister orange berharga RM6.00 sebotol di kedai runcit kat Cameron Highlands nih. Hisk.. mahalnya!!Kelas seterusnya adalah memasak kuih ketayap dan karipap sardin. Tapi kelas masakan dihentikan seketika kerana ketiga-tiga cikgu dan anak murid tersandar kekenyangan di depan tv. Hahaha.. kelas bersambung sebentar lagi ;) kalo jadik kuihnya kang aku upload lg gambonya ek.. tatau la bila.. Cikgu ckp mebi tgh mlm kang baru siap kuihnya. Hahaha mcm org nak berniaga pulak masak kuih mlm2. Takpe... selagi cikgu baik hati nak ajar.. anak murid ikut jer ckp cikgu.. jangan derhaka... kang masak2 tak jadi kang padan muka.. hahahah ;)

To be continue...

Tuesday, April 21, 2009

My Breakfast


Who said Nasi Lemak Daun Pisang dah pupus? Hahahaha.. dengan harga RM1.30 bleh saja di dapati di kedai peberet ku untuk breakfast tetiap hari kat Taman Sedia, Tanah Rata. Walaupun pokok-pokok buah tropika sukar nak hidup kat Cameron Highlands nih.. pokok pisang liar masing boleh dijumpai... maklumlah.. pekan di dalam hutan beraltitud tinggi nih hanya kenal strawberry.. strawberry.. strawberry..

Almost 2 years work and living di sini.. aku sudah muak dengan strawberry. Nasi lemak daun pisang juga menjadi idaman kalbu setiap pagi. Yeah!!!

Apa? Makan berat dipagi hari menggemukkan? Mengantuk? Ape la cetek ilmu pengetahuan betul la korang ni. Makan makanan berat pada waktu sarapan boleh membantu mengurangkan berat badan tau. Hehehehe secara teorinyalah dari apa yang aku baca. So, kita tgk lah tahun depan.. kut kut aku solid semula.. auwww!!!

Thursday, April 9, 2009

Aku Punya Kamu

Today.. exactly one year ago. I fall in again..
Thank god.

I dedicated this song to YOU.



Faizal Tahir - Aku Punya Kamu

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahgia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga aku punya kamu

29 it is

Alhamdulillah.... Syukur pada Mu.
Hari ini 29 tahun yang lalu, pukul 7.49 pagi..
Happy birthday..

Amin segala doa...
Terima kasih pada yang mengingati..

;)

Tuesday, April 7, 2009

Ofis Terbakar


Majlis Daerah Cameron Highlands terbakar!!!!

Tadi aku ada cerita sket pasal ofis guwe terbakar hari jumaat minggu lepas. Terperanjat ayu sekejap la masa sampai ofis pagi Jumaat tu bergelap je. Ingatkan blackout ke ape.

Menurut cerita si Ane (uncle Chandran) our gardener yang buat part-time jadi pak guard. Dia on duty malam tu. Tengah sedap membuta dalam pondok pengawal dia terjaga terbau asap. Ingatkan ape benda.. rupanya main fuse terbakar. Segeralah dia menelefon technician dan technician tersebut segera menelefon Bomba.

Fuhhh... sebbaik kejadian berlaku awal pagi. Kalo fuse tu meletop ketika waktu bekerja amacam? Ngeri juga bila difikir2kan.

Akibatnya..

Hari Jumaat (hari kejadian) - seharian bergelap... semua staf hilang tak dapat dikesan. Ada yang pulang berehat di rumah masing-masing (cuti free). Ada yang jalan-jalan melepak kedai kopi. Ada yang wondering around sekitar ofis (aku ler tu) sambil snap-snap gambar.

Hari Sabtu dan Ahad - kontraktor giat memulakan kerja-kerja pembaikan..

Hari Isnin - pagi masih bergelap tapi petangnya Unit aku dah ada lampu.. syukur alhamdulillah sebab tak perlu melangut dan termenung mcm takde keje nak disiapkan.

Hari Selasa (hari ni lah) - beberapa Unit/Jabatan sahaja yang ada lampu. Menjelang petang baru lah seluruh pejabat terang benderang. Alhamdulillah. Keje2 berjalan seperti biasa. Intenet pun dah disambung semula. Barulah hidup menjadi lebih bermakna. Ye tak? Huhuhuhu..

Al-kisah. Fuse tersebut meletop kerana keadaan bangunan pejabat ni yang dah uzur. Bangunan lama zaman kolonial agaknya mmg macam tu. Ditambah pula dengan pertambahan peralatan elektrik seiring zaman dan pertambahan ruang pejabat untuk menempatkan unit-unit baru yang baru ditubuhkan. Maka fuse tersebut meluahkan perasaan bahawa tidak tertanggung lagi dengan beban yang diberikan.

Ada juga suara-suara sumbang yang berbunyi... elok juga dia meletop.. harap2 dengan kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku ini menguatkan azam pihak kementerian dan pihak kerajaan negeri untuk hulur sket bantuan kewangan nak bina pejabat kami yang baru. Dah 2 tahun pelan bangunannya lulus tapi sampai laaa ni blom start bina lagi. Tak cukup peruntukan punya pasal.