Saturday, August 25, 2012

5 hari beraya

Raya tahun ni agak best. 5 hari berturut kami pi berjalan. Hahaha..

Hari pertama meriah tahun ni sbb along and family turn beraya di rumah abah tahun ni. Pagi2 lepas abah and along balik dari masjid, kitorang start dengan sesi maaf-maafan dan amik gambar. Danish siap merajuk2 dengan aku sbb aku suruh dia ikut turn utk bersalaman. Hek eleh.. pasal benda tu pun merajuk2.. #nyampah. Lepas breakfast.. kami 2 kereta pergi beraya ke Klang. Rumah Pak Ngah di Meru dan Mak Long di Teluk Panglima Garang. Lepas tu kami singgah ke rumah mak Kak Long di Serdang. Yeah.. settle 3 buah rumah.

Hari kedua, Kak Long Anor and family dtg beraya ke rumah. Lepas tu kitorang berkonvoi sesama balik kg. Before tu kita start dengan rumah Pak Long Jamal di Kajang. Balik kg ikut LEKAS. Jalan lancar cuma stuck sekejap dkt simpang Senawang-K.Pilah. Kami ikut jalan lama. Heaven. Tak jam dah lepas tu sampai la kt Lubuk China. Tok Ngah dan Uwan Ngah ada kat rumah. Sila buat mcm rumah sendiri ye. Ahaks. Sembang punya sembang sampai ke petang. Hajatnya nak sambung ke kg K.Pilah pulak. Tapi dah petang sgt. So kami terus balik aje.

Hari ketiga, hajat semalam nak balik kampung diteruskan hari nih. 3 jam perjalanan!!! 3 jam Ampang - K.Pilah. Adoi.. Sungguh tak munasabah. Perjalanan pergi dah pasang niat nk beli daging salai.. tp nampak gaya dgn jalan jem gila teruk... punah la jawabnya. Pi rumah Mak Ngah.. tapi bertutup tadak org. Dia pi beraya agaknya. Kami proceed ke rumah Mak Lang. Haaa ado oghang eh. Borak borak borak borak borak. Pukul 5 kami bertolak balik. Lol.. satu rumah je?? wakakakaka.. kami balik ikut jalan Jelebu.. straight keluar kt belakang rumah. Perjalanan amik masa 2 jam gak la. Dah semakin banyak kete ikut jln hutan nih. Good... goood..

Hari keempat, kami bertolak ke utara. Target bertolak pukul 8. Tapi kami gerak kul 8.30. Ok la tu kan. Target sampai Ipoh pukul 10 tapi terbabas pukul 12. Hahahaha sbb berhenti lama sgt dkt RnR rawang. Tak susah nak cari rumah bos kak long kat Gunung Rapat. Tak jauh lps keluar dari tol simpang pulai. Pukul 2 kami bertolak ke Sg.Siput pulak. Singgah solat di Masjid Hospital Ipoh. Kenduri kawen si Hidayat dkt Lasah. Ikut kan map mcm dekat. Rupa-rupanya jauh masuk ke dalam. Ingatkan dah sesat barat dah. Telefon ayah si Hidayat. Dia bukannya nak guide.. tp dia suh kami tunggu nnti dia dtg amik. lollllll... tunggu punya tunggu.. sampai rumah pengantin nak dekat pukul 5!!!!!!!!!!!! tu diaaaaaaaaa!!! wakakakakak.. lps mkn2 dan amik gambar.. teruskan perjalanan ke Kuala Kurau. Tapi dah lewat sgt. So singgah tido kat Taiping lah. Ikut jalan lama keluar dkt K.Kangsar. Banyaknya kereta. Rupa-rupanya memang jam gegila kt highway plus arah selatan. nasib baik kitorg nk ke utara. huhuhu... keluar tol changkat jering singgah tapau kt McD Simpang. Sesambil tu call Seri Malaysia. Aiyoo.. fully booked. Last2 dpt bilik kat Legend Inn. Hentamlah. Kami nk tido sehari je pun.

Hari kelima, meneruskan perjalanan ke Kuala Kurau lepas breakfast kat restoran seberang hotel. Balik hotel dah pukul 11.30. Sedang elok la nak checkout. Sampai kat rumah Tok tu dah tgh masuk zuhur. Sembang sembang sembang. Petang sket tak igt puku berapa kitorang bertolak balik. Singgah di Ipoh rumah MakCik Peah cousin abah. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila tak jumpa. Ada la dlm 14 tahun. Dia siap masak kuey tiaw goreng yg sedap gila ah dingdong. Lepas borak2 dia ajak pi rumah anak dia si yeop. Memang sgt lama la tak jumpa Yeop dan Intan. Tapi la ni Intan keje. Takpa lah.. umah si yeop nya kt simpang pulai. Memandangkan mmg otw nk balik kl. So hentam aje lah. borak borak borak rupa2nya dia keje kt kuwait. kenal la dgn si sue. lollll.. ape punya kecik dunia. lps tangkap2 gambar kami meneruskan perjalanan balik kl. pukul 10 mcm tu baru sampai rumah.

Hari keenam, lepak flat di rumah.

Hari ketujuh (today), lepak flat lg di rumah.

Esok hari kelapan, lepak lg kot. lusa dah masuk keje. >o<





No comments: