Dah lama tak tulis dan sememangnya takde bakat pun nak tulis karangan panjang2.. Sepanjang work and living kat Cameron nih ada la 3 kali aku balik KL. Rumah pun baru je setup pelan-pelan. Beli itu.. beli ini. Kira berjimat cermat juga lah. Bukan sebab apa.. sebab gaji memang tak dapat lagi.
Mitosnya.. gaji untuk kakitangan kerajaan lantikan baru memang ambil masa nak diproses dan pembayaran gaji dimasukkan dalam akaun. Harap2 dapat la gaji sebelum raya. Kalo ujung bulan.. maknanya aku beraya ala kadar je la.. (eh.. bila masa pulak aku beraya beriya-iya nih? hahahaha.. mmg setiap tahun ala kadar pun.. ngeee).
Lebih kurang 2 minggu lagi kita dah nak menyambut Aidilfitri. Cuti awal2 lagi dah apply... bermula dari lapor diri 13 Julai hingga hujung tahun nanti.. jumlah cuti yang available utk aku ialah 14 hari. Tapi.. untuk cuti raya tahun nih.. aku tak bercuti lama pun. Hari kelima raya aku dah start kerja.
So dikesempatan aku mengonlinekan diri ni.. (bukan selalu aku boleh online camgini).. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri yang tak berapa lama lagi nih. Baju raya aku dah siap.. korang punya macam mana?
No comments:
Post a Comment