Saturday, May 31, 2008

PCOS treatment part 1

Yay! Finally abeh jugak akunya 6 months treatment after diagnose PCOS 3 years ago. Hahaha.. lama gila diagnose.. tapi skang baru buat treatment. Sebbaik bukan sejenis penyakit berjangkit. :D

So next week akunye first appointment with gynea after treatment. Tatau la lepas ni nak buat treatment ape plak. Tapi since aku amik treatment.. everything nampak cam ok jer..

Monday, May 26, 2008

Opocot meletop!!!

Hari dah malam bila Along bgtau kawan dia nak datang. Pukul10.. bibik dah masuk tido. Sudahnya aku dan kak long la kene buat pape persiapan untuk tetamu. Pagi tadi Along ada game paintball. Nak jadi cerita.. menang plak tu nombor 1. Balik umah.. jalan kaki pun dengkot-dengkot.

Kak long nak goreng keropok lekor... aku tolong balik2 kan jer. Sekali.. kabooommmm!! Kena attack dengan kopok lekor yang melompat kuar kuali. "Ehhhh.... idop lagi kopok ni!!" kak long cakap. Hahahahahahaha...

bahananya.... melecur separuh tangan kanan. Dah macam kene dera je rupanya. Sebbaik cepat² letak tangan bwh air paip sinki. Lps tu tuam dengan ais. So cantik la parutnya. Takde gelembung² air yg pedih mcm selalu tu. Aku dalam hati... sebbaik tak kene muka. Cukup la sekali parut kene minyak kat muka masa 1st year dulu. Hhahahaha pegi kuliah dengan plaster gambar kartun² kat muka.

kenduri kawen back2back

Musim cuti sekolah datang lagi.. Maknanya musim kenduri kawen ler. Weekend baru ni aku attend 2 majlis. Majlis Anna adiknya Sueraya dan Majlis my school buddy Sham. kununnya nak ke rumah Sue dalam pukul10.30, lepas tu konvoi dgn Cyn ke rumah atuk Sham di Kuang dalam pukul11 gitu. Last-last... pukul12 aku baru hegeh-hegeh nak ke rumah Sue. Cyn call tanya aku kat mana. Dia dah lama siap. Hahahaha.. Dia pun terus ler ke rumah Sue dulu.

Pengantin pompannya tengah lagi bersiap, aku dan Cyn dan tunangannya Encik Pidut dah bersiap nak ke Kuang pulak. Terasa jauh plak Kuang tu walaupun dah pernah pegi masa si Sham bertunang dulu. Mebi sbb aku drive sendiri kut. Hahaha..

Kitorang sampai ke Kuang dalam pukul1.45 gitu. Pengantin sedang bersantap. Alahai cantiknya kawanku yang tomboi manjang zaman skolah dulu berbusana pengantin. Ahaks..!!! Congratulation my friend... Semoga berkekalan hendaknya dan dikurnia rezeki anak-anak very soon ;-)

Wednesday, May 21, 2008

burpp

Semalam dapat rezeki lagi. Kali ni ikan kembong dan lala. Aiseyman.. asik cerita pasal makannnn je. Hahahaha... Nasib la montel!!!

Balik rumah, terus call mummy. Tiga kali mintak resepi nak masak lala ni. Tapi kali ni baru ada lalanya untuk dimasak. Kali ni baru tulis btul² atas kertas. Kalo idak main ingat² jer. Kehkehkeh..

So, ini la hasilnya. Lala version mak aku. Penuh dengan 'sampah-sarap' merangkap serai dan halia yg banyak gila. Hahahaha.. mummy tak ckp banyak mana. Aku main taram je la ikut suka hati. Housemate aku kata pedas. Mmmm.. mau taknya. 'Sepokok' gak la cili api aku tumbuk. Muahahaha.. adei la..
Kalu aku amik tender lala. Ina plak amik tender ikan kembong. Dia masak percik. Fuhhhhh!! Harus buncit diriku hari inih..

Lily

Hari ahad ingatnya nak gi tengok Narnia Prince Caspian. Tapi tak book pun. Ingat nak walk-in je. Tapi bila sampai Sunway Pyramid tak teringat langsung nak tengok wayang. Time dah nak balik baru la teringat. Kehkehkeh...

Kitorang lepak Jusco. ME beli kipas dan bantal. Aku plak beli pasu bunga. Teringat kat bunga Lily yang aku bawak balik dua hari lepas, aku rendam dalam baldi je kat bilik air. Nampaknya macam dah start kembang. Wangi plak tu. So.. aku pun saje² beli pasu untuk letak bunga tu. Esok kan ada kenduri.. bleh la showoff kat jiran tetangga anak dara Tuan Haji Madzalan nih keje kat Cameron Highlands. Bleh bawak balik bunga cantik². Lagi pun lengkali aku bawak balik bunga.. takde la kalut nak bubuh bunga dalam jag air lagi... kehkehkeh. Eh.. kene beli satu untuk mummy jugak nih. Tapi lengkali la. Beli satu dulu.
Sampai tengahmalam jugak ler kitorang melepak kat Sunway Pyramid ni. Aku dah ngantuk² tercongok kat meja starbuck tuh. Haa ckp pasal starbuck... Starbuck will opening SOON at Cameron Highlands. Yay!!

welcome home

SELAMAT PULANG KE TANAHAIR!!!

yaaa.. begitu la bunyik banner yang kitorang buat untuk menyambut kepulangan ME ke tanahair. Wakakakakaka.. takde la.. just kidding. Tak kosser nak bentang² banner.. dia pun kompom tak kuar² dr arrival hall tu kang.

Sian ME... tiap² tahun balik mesia nk tengok final konsert AF. Wakakakakaka... satu lagi lawak sadis daripada adik dia. Ye la.. last year pun dia balik time² gini gak.

Hari Jumaat lepas.. lepas keje aku terus berkejar balik KL. Sampai KL dalam kul 9-10 gitu. Siap² lebih kurang.. slowtalk ngn Along nak pinjam kete. Start kete dan terus ke rumah Faze. Sori la ek Lan, esok ko tido semula dengan Faze ye ;-)

Pepagi subuh.. kul6 aku dah kejut si Dzul. Janji amik dia kat Jusco Taman Equine kul6.30-6.45 gitu. Kul6.30 kitorang duk tawaf jusco 3 kali. Tak muncul² juga mamat ni. Lambat kalu... TINGGAL!!! Sebbaik isi minyak dulu kat petronas. Si Dzul pun sengih² sampai. Katanya bukan dari puchong, tapi dari Damansara. Baru balik dating.. blum tido² lagi. Kehkehkeh..

Sampai ke KLIA around 7.30-7.45 cam gitu. Call ME... dia dah lama touch down. Tengah tunggu encik beg keluar. Kitorang pun parking ler. Cari dia kat arrival hall. Punya la panjang leher tengok setiap orang yang keluar. Tapi bila aku tgk kat area pintu nak keluar ke area limo tu.. aih... cam kenal jer pompan nih. Chitt!!! ME dah sengih² tengok kitorang duk cari dia. Hahahaha..

Janji nak pulang kete kat Along kul10. Kena rushing juga nih. Stret ke PJ... Bit dah tunggu kat sana. Kitorang bekfes nasik lemak daun pisang kat kedai mamak. Sumbat dua bungkus terus. Huhuhuhu.. on the way balik bebel sorang². Sengkak perut!!

Hantar ME balik umah dia. Hantar Faze. Hantar Dzul. Aku stret balik umah. Kepala dah start pening² tak cukup tido dan rehat. Tapi dah janji nak gi basuh kete Along dulu sebagai ganjaran dia bg pakai kete. Harus aku terlelap kat car wash ni kang. Zzzzzzzzz....

Friday, May 16, 2008

ikan kaloi.. (KOT)

Ikan kaloiiii...
Timbul laa...

Muahahaha.. rezeki semalam.. ada orang bagi.. Depa kata ni namanya ikan kaloi... aku mmg buta huruf pasal ikan-ikan nih.. ye la kot namanya kaloi.. hentam je la..

Ni housemate tgh rancak nak siang ikan.. sebbaik sempat snap.
kalo idak.. dah jadi sweet sour dah.. kekekeke..
alhamdulillah.. murah rezeki..

alahaiii...

Bila bosan..
duduk dalam bilik meeting berjam-jam..
macam-macam boleh jadi...

Wednesday, May 14, 2008

Gilaaaaaaaaaaaa!!!

Huwarrrghhhh!!!!!

Aku boleh jadi gila dan sakit jiwa dengan sekalian orang bodoh yang bekerja di sekeliling aku nih. Bodoh sikit² dan ada inisiatif nak memajukan diri tu takpela jugak. Ini... keje dah berpuluh tahun.. tapi ape benda pun tak reti...!!!!!!

Yang paling tensen.... bila kebodohan dia tu menyusahkan orang lain.. terutamanya AKU!!!!!

Huwarghahahahahaha...

Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tongonggggggggggggggggggg!!!

Ko memang tongongggggggggggg!!!

sekian terima kasih... :-)

Thursday, May 8, 2008

Kiki + Felix

Dalam kesibukkan.. dapat juga gambar anak² Kiki dan Felix. Comel ya amat...!!!

Ni Kiki dalam pantang



So, yg mana satu aku nak amik jadi anak angkat nih ek???? hehehehe... gambo bawah sekali.. dari kanan : coco - betina, rellic - jantan dan pinkie - betina.

Monday, May 5, 2008

Minatang Gebu dan Montel

Aku tak tau la kenapa minatang yang sepatutnya kecik kat bawah.. tapi sumenye giant² belaka kat cameron nih. Udara sihat dan makan daun segar kot. Kekekeke...