Monday, July 5, 2010

sebal

Dah lama aku tak marah orang dalam blog nih. Hari ni mmg temper gilaaaaaaaaaaaaa!!!

Tahun lepas before hari raya puasa.. aku dah hantar by-hand semua dokumen untuk proses pengesahan dalam perkhidmatan kepada hr jkt. So, bila follow-up depa kata dah hantar kepada hr kpkt. Hati pun lega. At the same time aku pun ada submit untuk proses penyelarasan gaji juga.

Tak lama lepas tu sibuk pulak bila dapat bertukar ke jpbd.

Aku follow up proses penyelarasan gaji tu.. mmg dah ada nama dalam sistem spa. Selamat! Start from April berkuatkuasa dapat gaji tangga baru. Tapi disebabkan bertukar ni... merapu-rapu sket lah proses dia. Takpe lah. Janji proses dah lulus dan bulan depan bleh dapat gaji baru.. insyaAllah.

Anyway mmg sengaja malas nak follow up pengesahan dalam perkhidmatan tu. Tak tau la phobia ape benda ntah. Tapi gatai2 juga tangan call hr kpkt. Tapi manjang la tak dapat bercakap dgn the person in-charge. Aku pun tak berusaha nak call banyak kali. Selama ni.. aku dengar je kawan-kawan duk mengamok pasal urusan dengan hr. Aku plak tak pernah ada bad experience dgn depa. Gaji ke.. cuti ke.. pengesahan lantikan ke.. semuanya okey sahaja dan tak perlu nak follow-up beriya. Tau-tau dah settle.

Tapi kali ni... saja gatai la terbuka hati nak check kat portal spa. Aku pun masukkan nombo kp. Tiba-tiba dia keluar...
Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.
Aik! Takkan daripada tahun lepas si hr ni tak hantar lagi segala maklumat ke spa untuk di proses? Ni mula la nak naik suhu badan. 


Aku pun call la lagi si hr kpkt. Buat pertama kali orang yang dicari tu angkat. Selama ni aku call.. dia bercuti.. atau paling best.. tak angkat langsung!! Segera la masalah tersebut diadukan. Dia bleh cakap. 
Ermmm... tak pernah dengar pulak nama ni. Saya pun baru ambil alih tugas ni daripada pegawai yg dulu.
Adoyai... lemau btul. Aku takut jadi masa surat penyelarasan gaji aritu. Dorang perammmm sbb tak jumpa fail aku. Memang la tak jumpa... pasal buku tu dah selamat sampai kat jpbd nih. Hahaha.. bengong betul lah.

Terus aku call hr jpbd ni pulak. Sebbaik la pegawai yg angkat tu menjawab dengan berhemah segala soalan bernada temper daripada aku. Bukan salah hr kat sini pun kan. Dorang akan cuba sedaya termampu lah. Alhamdulillah... ada gak orang yg nak membantu. Besok kena call lagi sorang officer yang in-charge benda-benda ni. Hari ni dia cuti. Eeeeee..

2 comments:

kasturi said...

wah..dpt penyelarasan gaji baru..em minta sikit!! hehehe sabarlah sb bukan kite jer ada masalah tu..saya pun sama huhuhu

cik-zura said...

hai cik kasturi... tq 4 ur comment. alhamdulillah. dpt rezeki lebey. hehe... bkn la marah sgt pun cuma cuak sket je psl dh nk abeh tempoh. nak tak nak kena settle kan la. eh... ada masalah dgn hr jugak ke? mm hr kt mana2 pun lbh kurang je... sabar aje lah..