Sunday, May 31, 2009

Demam Selsema

Sebbaik takde batuk sekali ;)

Selama 2 thn work n living di Cameron Highlands.. aku memang kerap balik KL. Tapi bermula awal tahun hari tuh.. aku cuba limitkan once a month sahaja diperuntukkan untuk baik KL unless terpaksa juga turun daripada bukit Cameron Highands tu such as pi meeting, kursus, seminar, taklimat etc.

But u have to pay a price by doing so ;) Demam dan selsema akan menyerangggg!!!! Perubahan cuaca.. daripada sejuk dan nyaman kepada panas membahang *sob*

Ok. The only thing I like about Cameron Highlands is the weather!! Sejuk dan nyaman... no traffics.. less office work loads compared to other places lah.. kiranya less stress lah. Apa yang aku selalu bebelkan pasal byk kerja tu selalunya drama sahaja lah sbb orang2 di ofis tu sendiri yang suka tolak kerja dorang kat aku. Sapa tak hangin kalo asyik cleaning up someone else mess.. ye tak?

Sooooo.. aku tengah dalam dilema samada nak pi facial appointment tgh hari karang (eh tetiba lari topik kah?)... Camne kalo time tengah pakai mask tu aku terbersin? (ooooo masih dalam topik la woi.. ) Hahahaha.. takpe lah.. nnti sampai kaunter aku tanya la depa camne gayanya ;)

Lagi pun mmg nak ke body shop tengok2 apa yg ada since dorang sms bgtau ada 70% sale walaupun aku tatau mo beli apa. Just tengok won't hurt right ;) kahkahkah..

Dan lagi boleh la ke kaunter JCard untuk tebus rebate RM70 aku tuh :D

Ewahh.. dalam pada demam dan selsema ni gagah juga ko nak merayap ke shopping complex memeriahkan suasana ya?? Iye encik.. saya mmg gagah kerana selepas itu saya akan men'drive' ke Cherating pulak!!!!!! Holiday sambil kerja ;) How I like my work.. di Cameron Highlands sememangnya lah tiap2 hari ko holiday. Balik KL pun dah tentulah mcm org lain balik kg... spent time with friends and family. Pegi Kuantan atau jajahan lain dalam Pahang pun boleh dikira holiday juga kan ;)

Tapi kalo ikutkan hati.. rasa mcm nak baring aje nih.. :( the good news aku dah semakin calm. Biarlah 'chenta' nak melarikan diri pun.. sukati dia lah. Malas dah aku nak fikir apa nak jd pada kitorang. Sampai seruNya nanti untuk memiliki rumah dan tangga.. adalah. Mungkin dengan 'chenta' mungkin dengan orang lain. We'll never knows ;)

Kesimpulannya.. panas gila lah KL nih.. uwaaaaa!!! Sebbaik rashes dan red spots aku haritu dah baik. Kalo idak kompom mcm kera dpt bunga la aku duk sibuk menggaru seadanya.. hahaha. Sebbaik juga air-cond kereta dah repair walaupun terbang RM500.. ampeh btul..

Eh perut lapar.. Breakfast@McD anyone? ;)

Saturday, May 30, 2009

Normal kah?

Tahun depan umor aku bakal cecah 3 series... Kalau BMW memang saspek lah kan.. huhuhu.. tapi walaupun dah berusia aku rasa aku masih tak paham dengan perangai encik bernama adam.. eh.. kaum adam la.. takde kena mengena dgn org bernama adam ye... terima kasih.

Izit normal sekiranya 'chenta' anda tiba2 hilang tanpa kabar berita? Langsung tidak dapat dikesan. Aku tak boleh fikir di mana salah dan silapnya sbb kami tak pernah bergaduh pun. Setakat tak puas hati dgn pendapat masing-masing tu biasa lah.. dan takdelah sampai bertekak bagai (hmm.. mungkin sbb aku tak pandai bergaduh agaknya).

Orang lelaki mmg takot ke kalau kita bukak cite about future? Pada pendapat aku.. takot dan problem mikior about future boleh di atasi... with good communications. Tapi macam mana nak selesai if u simply blah. Mungkin ada sesengah tu fikir.. apa yg aku hadapi sekarang ni perkara remeh jer. Aku je yang fikir bukan2. Dia kat sana ntah-ntah sedang mengalami masalah yg lebih besar dan dasyat drpd komitmen dia to our relationship. Huh.. im tired of being a positive thinker.. aku bosan dan letih berada dalam keadaan yang tak pasti..

I miss my single life (ecehhh statement.. skarang pun serupa mcm single juga maaa.. hahaha kompius dgn status diri sendiri). Tak semak fikiran. Cuma sunyi je lah.. tapi.. aku bebas nak berangan pasal apa benda pun. Hahaha..

Tapi sampai bila mahu single? Sampai bila mahu takut dengan opposite gender? Bila aku cuba memberanikan diri.. 'dia' pulak yang takot. Dah la 'awak' tu jauh beribu ribu ribu ribu batu. Kalau dekat lain cite lah.. bleh 'belai-belai' tanya apa masalah ko sebenornye yeop..

*sigh* saya keletihan.. i want to move on.. tapi setiap kali.. aku dipaksa to move backward or stuck at the same place.. kalo muda-muda dulu at least aku ada kekuatan nak 'keluar' drpd 'tempat' tu.. hmmm..

Mungkin saya kena kuatkan semangat untuk 'berhenti berharap' selepas ini ;) maybe it's better.

Thursday, May 28, 2009

Ulat Gonggok

Ulat gonggok size 5 ditemui!!!! Muahahahaha!!!

Dalam pada semua warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands tengah sibuk mengemas ofis.. Muncul seekor gergasi!!!! Giant ulat gonggok.

Sebenarnya entry kali ni berkait rapat dengan entry aku yang terdahulu Binatang Gebu dan Montel yang sering ditemui di Cameron Highlands nih. Serangga yang biasanya kita tgk kecik.. mmg besor dan sihat walafiat di sini.

Pencemaran Air Sungai

Kecohhh!! Kecoh sekejap hari tu bila Karam Singh Walia dan TV3 buat laporan pasal kualiti air sungai di Cameron Highlands.

Ikutkan hati... aku malas nak komen. Dalam pada warga Cameron Highlands duk sibuk buat persiapan untuk keberangkatan DYMM Sultan Pahang.. tetiba keluar pulak berita camgitu. Terus tuanku tak tak jadi datang. Ada 2 hari je lagi patutnya dia sampai. Kesian tengok persiapan yang berjalan lancar.. 90% dah siap.. tetiba tak jadi. Hmmm takpe lah.... ada la hikmah lain pula disebaliknya kut.

So.. selepas isu air sungai tercemar ni reda.. baru laaaa nih aku nak komen sket. Letih juga kawan-kawan duk telefon, ym, sms dan email bertanya "eh boleh ker pi Cameron Highlands sekarang ni? ada air ker?"

Astaga.. yang dilaporkan tercemar adalah air sungai... bukannya kualiti air minum. Mari kita petik kata-kata ucapan YH Dato' YDP Majlis Daerah Cameron Highlands dalam meeting semalam...
"Kualiti air minum di daerah Cameron Highlands adalah terkawal dan selamat untuk diminum kerana ianya adalah air yang telah dirawat dan loji rawatan air di Kuala Terla sering dipantau untuk menjaga kualitinya"

Jadi, kepada semua bakal-bakal pelancong yang berhajat untuk bercuti ke Cameron Highlands tidak perlulah risau berkenaan dengan isu pencemaran air sungai tu yer. Tindakan-tindakan oleh jabatan yang berkenaan untuk atasi isu tu pun dah berjalan.

Terima kasih juga la pada TV3 sebab kita ni menegur menunjukkan kita sayang pada yang ditegur. Cuma orang-orang yang tidak berkenaan janganlah mensensasikan isu tersebut sehingga kebersihan air wuduk pun dipertikaikan. Yang pi amik wuduk tepi sungai tu kenapa? Gunalah air paip yang disediakan... ;)

Wednesday, May 27, 2009

Pulut Kuning

Takde arah tujuan pun pulut kuning ni disediakan. Hari sabtu lepas.. aku dan Ina melepak di rumah Sue. Kitorang gi pasar pepagi buta nak beli bahan-bahan nk masak pulut kuning dan puding caramel ni lah.

Tapi sesampai di rumah Sue. Aku menggolekkan diri di ruang tamu bergulung dalam comforter.. Arghhh nyamannn!!! Tapi sempat lg melayan 'bad mood' aku time tu yang terjadi atas sebab-sebab yang tak dapat dihuraikan. Huhuhu.. so takde la aku ke dapur dan menghadiri kelas memasak Cik Ina lagi.

Tengah hari pun tadak selera nak makan. Dah petang baru teringat nak makan. Jamah la pulut kuning sket.. lawan plak dgn ikan masin.. fuhhhh.. Ni kalo ada sambal ikan bilis ni pun best.

Arghhhh!!!! Makan makan makan makan makan makan makan...

Wednesday, May 20, 2009

Seminar Anti Dadah

Lepas bekfes pagi td.. tgk ofis jd lengang.. Aik!! Mana semua org pegi? Ooooo ada Seminar Anti Dadah bersama ADK Daerah Batang Padang, Perak yang dibuat kat Dewan Jubli Perak, Tanah Rata. Boleh tahan la encik tu bg talk. Tak ingat plak namanya sapa. Takde la ngantuk sangat. Cuma boring jer. Tup tup dah 2 jam dia bercakap rupanya.

Baca risalah yang dorang bagi pasal jenis-jenis dan nama dadah. Isk.. buat aku kompius aje. Satu jenis dadah.. ada macam2 nama timangan. Sebbaik aku bukan keje polis bahagian narkotik. Mampos nak kena ingat semua nama-nama pelik tu. Hahaha.. Rupa antara jenis dadah pun aku tak berapa nak cam. Meth aje la yg senang nk igt sbb dia cam rumput kering kaler ijo bulat2.

Lepas abeh seminar, dorang panggil nama untuk Ujian Air Kencing. Dulu masa perhimpunan bulanan dorang dah buat dah separuh kakitangan. Skang ni sesapa yg tak dipanggil sesi pertama tu.. di panggil pada sesi ni termasuk la nama Aku.

Jeng.. jeng.. jeng.. mula la terpikir dalam kepala.. "Eh aku skang mmg amik ubat (drugs) under medication".. LOL nak susah hati tu kenapa??? Kan doktor ada bg surat perskripsi ubat. Kah kah kah..

So.. selepas beratur mengikut nama... Sampai la giliran aku. Untuk Urine Test, pegawai-pegawai dari ADK akan tunggu kt pintu tandas semasa korang buang air. Malu gak... tapi dorang ngadap ke pintu lah. Hahaha.. saspen je...

The result is clean.. walaupun encik yang membuat test tu muka berlagak nak mampos bila aku tanya ape fungsi kertas kaler2 yang dia guna untuk celup dalam botol tu. Ada masalah ke kalo dia ckp.. "yg ni utk ganja.. yg ni utk heroin.. yg ni utk sekian-sekian..". Sebbaik aku tak tanya soalan mencabar minda yang lain pada encik tu. Huh!!

Selesai Urine Test... urusetia seminar ada sediakan makan tengah hari.. mari kita serbulah walaupun perut kenyang. Ahaks..

Meh buat iklan jap...

Update 18 June 2009

Memandangkan ramai sangat yang eksiden masuk ke entry ni nak cari info pasal Seminar Anti Dadah atau perkara2 berkaitan dengan jenis-jenis dadah etc etc etc. Serta... aku pun malas dan tak kuasa nak upload segala isi kandungan pamplet dan brochure berkenaan dengan dadah yang aku dapat masa ikut seminar nih.

So.. klik aja di sini okeh ;) ada macam2 info kt situ.

Mesreeeeeeeee...


Sudahkah anda menukar kad anda? Saya sudah!!! Cehhh tetiba dah jadi cam iklan anti dadah plak rasanya. Kah kah kah.. Kelmarin pi malam2 hari nak buat penukaran kad ni depa kata tak bleh. Siang sahaja. Aik.. So semalam waktu lunch hour. Aku mengambil kesempatan ke stesen petronas Brinchang.

Memula tu petronas hantar surat kat alamat surat-menyurat aku kat KL. Hokehhh.. nanti saya tukar ye encik. Tapi ada klausa dalam syarat-syarat penukaran tu.. camne ntah ayatnya.. lebih kurang gini.. "mata ganjaran yang diperolehi daripada kad mesra petronas sahaja yang layak dipindahkan ke kad yang baru"..

So, mati-mati la aku ingat.. hanya point yg dapat masa isi minyak kat stesen petronas je bleh ditransfer. Point yang kita dapat masa guna di kaunter2 real rewards (cth : carrefour) tak akan ditransfer.

Itu la yang menyebabkan aku mcm malas nak tukar ke kad baru. Tapi kalau tak tukar.. semua point yang ada tu burn cam gitu jer. Jadi untuk mendapat kepastian, aku tanya la kat adik kaunter penukaran kad tu. Adik tu cakap, klausa tu bermaksud "semua point yang kita dapat menggunakan kad lama yang kaler oren ni tak kira la petronas ke real rewards ker akan ditransfer ke kad baru tapi mengambil masa sehingga 90 hari untuk proses transfer"...

Oooooooo... kisahnya. Dengan sengih2 menyedari kebongokkan diri sendiri.. maka aku pun sign aje la borang untuk tukar kad yang baru. Oyya.. actually ada option satu lagi untuk penukaran nih iaitu menebus mata ganjaran kat kaunter2 real rewards. Tapi takpelah.. aku sendiri pun tatau berapa dah point yang aku dapat.

Kalo ikutkan.. dah beribu2 agaknya. Sejak mula beli kereta tahun 2005. Bleh dikira dengan jari berapa kali aku isi minyak selain daripada petronas. Membeli-belah di carrefour pun aku duk swipe jugak.. hehehehe... bior ler. Lagi 90 hari bleh la nak check brape point yg aku ada. Mungkin boleh check di mana-mana... cuma aku je malas nak cari kat mana tempat nak check. Lantak lah!!

Kata-kata terakhir... support-lah barangan / jenama buatan Malaysia. Ceeewaahh!!

.

.

.


Update!!! 15 June 2009

Few days back.. tetiba aku received call dari sorang pompan ni. Dia kata dia dari real reward dan skang tgh promo real reward card holder yg ada 5000 points and above utk aktifkan insurance. Katanya setiap real rewards card holder ada insurance ni cuma blom aktif je lagik.

Aik.. aku agak kekompiusan nih. So aku cakap.. aku dah transfer point kad real reward mesra to petronas mesra. Yes!! Dia agreed. Tapi katanya tak semua point pegi ke kad petronas mesra yang baru. Aku ada balance 6000 point utk real rewards. Kalo aku bersetuju untuk aktifkan that insurance under apebenda nama insurance company tu ntah.. maka dia akan deduct 5000 point dari real reward card which I dont have.. dan aku dikehendaki add up RM78 to make the activation.

Hoh!! sangat2 kompius gini. So, kad real reward petronas itu masih boleh digunakan ker? The lady ckp dia akan email brochure about insurance activation tu. Sampai ke sudah takde apa2 email yg aku terima. Huhuhuhuhu..

It makes me wonder if ni semua adalah agenda insurance company sahaja. Tapi curious gak.. about real rewards point tu. Arghhh!! Lantak lah.. point real rewards tak bleh di bawa mati...!! Biorkan aje lah..