Sunday, April 13, 2008

bbQ dalam hujan

mari kita bbQ!!!!!!!!!!!!

Tapi itu la nya. Asal bercadang nk organize bbQ jer musti hujan. This is second time la kitorang nk buat bbQ. Pagi2 cuaca ensem jer.. Pegi pasar Brinchang... beli ayam 3 ekor, beli bahan² nak campo dalam nasik goreng cinabukan kampung pun bukan. Singgah di Pasaraya KS beli rempah ratus untuk rempah ayam. Nyum nyum...

Nak jadikan cerita... since jumaat malam tu tangki umah dah overflow. Aku saspek bola pelampung tangki tu rosak. Air menitik sampai ke tingkat bawah. Abeh basah living room kitorang yg comel tu. Kelakar je tengah² living room tu tadah air dengan baldi, periok, besen segala. Try juga cari kepala paip nak tutup air daripada terus masuk tangki. Tapi boleh tak jumpa!! Dia duduk kat atas siling kut. Bengong btul plumber zaman dedulu nih.

Note: Rumah saya adalah rumah kuarters kerajaan berbentuk cottage zaman British dan penuh dgn ciri-ciri vintage. Dua bilik tidur, bilik air dan tandas di tingkat atas.. Living room, dapur dan stor kecik bawah tangga di tingkat bawah.


Kalau ikutkan hati, nak je pegi beli mende alah set bola pelampung tangki tu yg baru. Tapi rumah anak dara ni takde tangga!! Segala haram tools pun takde. Muahaha..

Masak tetap la masak. Tapi kejap² kena pegi tutup paip air utama. Si Syukri dan Pyan tukang kipas ayam. Ensem la ayamnya daripada bbQ yg lepas. Hangus² sumenye!! Hahaha.. syabasss laa.. Abes berasap satu rumah sbb dorang bbQ kat dpn pintu dapur jer. Nak buat camne.. hujan bah!! bbQ yang lepas pun duk ngipas kt situ gak.

No comments: