Malam tadi.. selepas sesi merajuk dan memujuk.. aku pi menenangkan diri di Thera.P Spa di Hotel Century Pines. Alaa.. sebelah rumah jer..
Dari minggu lepas lagi dah pi usyar kat banner dan amik flyer kat reception. Ada massages, ada body scrub, ada soak bath, ada sauna, ada juga pakej massage campo body scrub, ada juga facial spa, ada juga manicure dan pendicure spa. Hmmmm harga pun takde la menyakitkan mata. Menarik ni...
Bangun pagi-pagi.. bersemangat 1st time nak pi spa. Hahaha.. Kena sampai 10 minit awal dari appoinment. No hal.. tempatnya pun sekangkang kera je dari rumah.
Aku dan Sue ialah 1st customer hari ni. Kitorang masing2 decide nak try ginger dan coffee body scrub. Yang lenlain tu nanti dulu lah. Wahhh... 30 minit scrub tu terasa cam kejap gila. Bila keluar jer memang terasa ringan badan. Agaknya abeh sume dead skin tu dah tadak.. tu yg terasa ringan kot. Kekekekeke..
Lepas mandi.. dorang jamu kitorang ginger tea dan biskut kacang hijau. Yummm.. sejuk2 gini pekena air panas.
Selepas bayar dgn gembira.. kitorang ke pasar. Cittt.. dah wangi2 pi pasar pulak!! Hahaha.. sue berhajat nak makan nasi ayam. Isk sedapnya.. beli ayam seko dan segala bahan-bahan yang berkaitanlah.
Balik umah, amik Ina yang baru bangun tido.. terus ke rumah Sue pulak. Sesi masak-memasak pun bermula. Dengan Ina jadi ketua chef.. Okey kita mula dengan rebus ayam, masak nasik, goreng ayam, buat sup ayam, sos kicap, sos cili, potong sayur-sayuran dan pencuci mulutnya betikkk...
Nyummmm.. sedapnya menu hari nih.. slurrppp..
2 comments:
makkkk.. sedapnyeee... weh mai, ko tak gih eh reunion kat midvalley tuh? aku pun.. tengok pic anak sue dlm FB.. comel nya..
aku takpi la.. tak larat nak turun naik bukit cameron ni byk kali.
takpe la.. nnti kita reunion kat kenduri kawen didie la.
anak sue sangat la comel. rasa cam kidnap bwk lari. hahahaha..
Post a Comment