Thursday, November 11, 2010

HP or Dell?

Seminggu ni takdak keje lain melainkan duk mengusyar website Dell dan HP. Ye.. saya berhajat untuk membeli laptop untuk kegunaan diri sendiri.

Selama 10 bulan ni aku menggunakan laptop ehsan hakmilik k*rajaan. Bukan laptop canggih2 pun. Intel core centrino tahun 2006 saja. Pegawai cabuk je pun kan :) Baru2 ni Unit NKRA memulangkan semula pc desktop yang dipinjamkan kepada mereka. Depa dapat desktop lagi canggih wooo.. Dengan prihatinnya bos pun agih la kat aku sebijik. Pc tersebut cuma elok sket je sengalnya dari laptop yang aku pakai. Sudahnya atas meja dah jadi mcm cc. Satu pc and satu laptop. Hehehe..

Minggu lepas ikut along pi lowyatt. Saja la buat lawatan sambil belajar untuk Irfan dan Danish. Tp mcm biasa la depa duk berlari2 tp agak terkawal sbb pergi ke tempat yang depa tak biasa pergi. Kalau carrefour ke tesco ke mmg dah berguling2 dah kut. So, dapat la aku mengambil kesempatan mengusyar brosur2 dan membelek2 laptop yang banyak depa duk susun depan kedai tu sambil menunggu along bawak Irfan dan Danish ke toilet secara bergilir2. Hehehe.. tapi aku tak beli menda sgt pun. Beli USB 4 port yg baru, card reader dan mp3 player untuk kereta (memandangkan cd player WanJay dah wosak, nak beli baru.. perodua kata rm6++, lain kali la ye WanJay..)

Balik dari lowyatt... hari Isnin.. misi mengusyar website pun bermula.

Tiba2 hari selasa, satu block office ni blackout pasal air air-cond compressor kat ats bumbung tu burst out. Abis tingkat 3 basah. Sebbaik aku duk kt tingkat 2. Tapi mmg tak buat keje seharian. Bos ajak meeting sambil borak2. Mati kutu bila takdak elektrik. Usaha nak usung laptop ke block sebelah pun takdak. Takdak mood nak buat keje. Letih nak angkut buku2 rujukan, kertas2 semua and buat keje kt tempat org. HR kata, keje2 baikpulih ambil masa 3 hari. Gulp! Ini mcm nak kena SOHO je. Huhuhu.. tapi katanya kontraktor akan cuba siapkan keje2 baikpulih menjelang esok.

Hari rabu tgh hari, alhamdulillah. Bekalan elektrik kembali pulih. Syabas!! Busy dgn preparation saat akhir utk bos-bos yang akan fly pi meeting kat JB. See u next week bos ;-) meeting elok2. Hehehe.. oleh kerana ketiadaan bos.. maka misi pencarian laptop persendirian yang tergendala pun disambung semula.

Based on Dell website.. their're offering 14R Inspiron Laptop with inte core i5, 500gb HDD, 4gb ram, 1gb ATI radeon for RM2,499. A limited time promo.

While according to HP website.. their're also offering a tempting and quite similar spec with their new launch HP G42-381TX also at price RM2,499. Pening wooo nak pilih antara dua model nih. Hati kata go for HP. But it ain't pavillion tho. Baru sgt keluar. Blom ada review yg meyakinkan. Hmmm..

Ok blom abis dilema memilih personal laptop, mai pulak desktop baru kat ofis nih. Yeahuuuu!!! Laptop sengal segera dipulangkan semula. Tapi pc sengal masih berada bwh jagaan pihak tuan. Hmmm... dah jd mcm cctv controller meja aku nih. Ada 2 bijik lcd monitor bersaiz biasa. Takde la canggih sangat pun. Aku bukannya keje dgn advertising company. Hahaha..

ada dua je pun monitor... kecoh btul lah..!!!
But still... persoalan berkenaan dengan pilihan antara HP or Dell masih blom selesai. InsyaAllah akan ku rembat jua salah satu daripadanya :-) harap2 dengan bantuan Faze (my personal IT advisor) yang tiba2 tak sihat semalam dan mc sampai jumaat akan berjaya memecahkan kebuntuan.

See u at next entry. Ciao e baci!

No comments: