Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran


Berbulan lamanya blog ni ditinggalkan begitu sahaja. Ramadhan tahun ini pun tidak sama dengan tahun sebelumnya. Tahun ini Ramadhan agak menyedihkan kerana sibuk dengan urusan dunia. Sebelum Ramadhan lagi jadual dah penuh. Semua benda nak diselesaikan sebelum Ramadhan sehingga terdetik dalam kepala...
"sepanjang bulan puasa tak boleh buat kerja langsung ke depa nih?" 
Minggu pertama Ramadhan aje yang ok skit. Itu pun sbb segala planning di tunda ke minggu berikutnya sbb my boss pi outstation tergempar ke Yokohama, Jepun. Tiga minggu berturut selepas tu aku kerap pi outstation. 1st ke Kota Bharu, kemudian ke Johor Bahru, kemudian attend meeting 3 hari di Shah Alam dan terakhir ke Kota Kinabalu pulak.

Nak memadamkan perasaan bersalah atas kesibukan urusan duniawi nih.. aku banyakkan membaca. Yang bestnya tiga² buku yang dibaca sepanjang Ramadhan adalah saling berkait antara satu sama lain dan ditulis oleh pengarang yang sama. Dimulakan dengan buku Perempuan Nan Bercinta, Karbala dan diakhiri dengan Tuhan Manusia. Kesemuanya adalah karya Faisal Tehrani. Ada aku tulis review pendek dalam Goodreads.

Anyway, kita hentikan aje cerita² duniawi nih. Sesungguhnya aku memang tak pandai nak buat e-kad raya yang cantik² mcm korang. Ada banyak yg cantik² aku tgk dalam google. Tp takot nak sedut.. kang org kata aku kaki plagiat plak kang.. haha.. nak tak nak aku bedal aje la yg paling simple dan paling command kita pernah tgk.

Di kesempatan ini.. aku ingin mohon jutaan maaf kepada sesiapa yang melewati blog aku yang banyak merapu nih. Maaf sekiranya ada salah silap dan terguris perasaan terhadap entry² yang pernah aku post selama ni. Maaf sekiranya korang tertunggu new entry (mode perasan tak ingat dunia..haha). Maaf segala maaf lah. Semoga korang semua dipanjangkan umur dan dimurah rezeki.. semoga dapat kita berjumpa lagi di Ramadhan akan datang. InsyaAllah.


No comments: