Tuesday, March 27, 2007

IYER.. salah aku..

BENGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Huh sakit kepala dibuatnya. Sebbaik kerja aku dah settlekan semlm. Hari ni aku gi kerja cam biasa. Hari kedua kena tulis masuk/keluar ofis dalam buku log. Tapi aku tak tulis pun. Nyusahkan orang jer buku log-buku log ni. Kalau kena keluar pegi meeting ker ape ker.. tulis aje la log dlm borang claim mileage tu. Ape la bingai...

Tapi bukan pasal buku log tu yg buat aku tensen. Tapi pasal satu-satunya digicam yang aku ada yang aku sayang. Sejarahnya, aku beli camera ni sebab terpengaruh dengan member aku ni yg ada camera cam ni gak tp lain model. Camera aku nih.. Contax U4R buatan Kyocera Japan. Camera ni biasa jer. Setakat 4.0 megapixles dgn 3x optical zoom. Cuma dia ada swing lens attached to the camera body la. Nipis dan memenuhi keperluan untuk org single cam aku yg suka amik gambo diri sendiri sorang-sorang. Hehehehe..

Sayangnya sebab aku bersusah-payah mengirim pada kawan mintak tolong dia belikan camera tu untuk aku masa dia pegi training kat Jepun 3 bulan (tenkiu tayau). Aku bayor cash terus kat dia bila dia balik sini. Bukannya seratus dua ringgit Malaysia tapi dekat sebulan gaji aku la time tu.. tahun 2005.

Yang bengang nya... Memang aku biasa bawak camera ni ke hulu hilir dan duduknya dalam handbag. Handbag aku pulak bukan la poket doremon penuh dgn macam-macam benda. Ada wallet, handphone, bussiness card holder, camera, kunci kereta, lip balm dan lipstick. Aku pun tak ingat camne kecelakaan ni bleh berlaku. Sedo-sedo bila aku nak transfer gambo masuk pc. Aik.. pesal LCD dia cam pelik je. Arrrghhhhhhhhhhhhh...!!! Toreh muka pun tak kluar darah time tu. Bengang btul la. Mebi aku terhempap handbag dengan file bertimbun atas meja ni and liptick dlm handbag accidently terhempap the LCD screen. It's only a soft-but-not-so-soft impact la since the LCD surface itself tak retak. Tapi the behind part of the LCD je yang cedera rasanya. I couldn't tell how serious of the broken la.

Macam ni lebih kurang tahap kecederaan LCD screen camera aku. Ni gambo jumpa kat flickr sorang mamat ni yg ada problem sama cam aku. Tapi dia nya model SL300RT*. Dia punya problem solution: beli camera baru.. which I certainly can't do anything with that right now *sigh

Aku try gak amik gambo lepas kejadian tu. Tapi takleh nak amik gambo kalo air mata duk genang-genang kan? *sob*

And the worst part is.. as far as I concern, there is no local distributor or service center for this camera brand. Adeh.. time tulis ni kepala dah berpinau pening. Hantar kedai camera biasa pun dorang takleh buat ape. Takde expertise brand Contax kat Malaysia ni agaknya. Nak beli camera baru apakan daya.. mana nak cekau duit. Aiskk.. Jiwa kacau dibuatnya. Please help.

Monday, March 19, 2007

sesat jalan


Nampak ape yang aku nampak?

Musim cuti sekolah baru je tamat. Maknanya musim majlis walimatul-urus pun dah reda. Tapi tidak bermakna orang tak buat majlis walimatul-urus diluar musim cuti sekolah. Hahaha..

Gambar ni aku ambil kat simpang tiga Taman Kencana/Pandan Indah on the way nak ambik Sue semalam. Kitorang nak pegi Matta Fair kat PWTC. Boleh baca photo blogging dekat sini. Hahaha.. nasib la bukan aku punya wedding. Saudara-mara datang jejauh niat baik nak merai pasangan pengantin tetapi tak berapa familiar dengan jalan-jalan kat KL ni.. jenuh juga nak mencari 'tempat kejadian' kalau signboard majlis dibuat macam ni. Boleh aje kalau nak printing kertas A4. Tapi biarlah penuh-penuh semuka A4 tu. Gunakan segala ruang yang ada untuk letak nama pengantin dan anak panah ke kiri, kanan atau terus. Nama ibu bapa pengantin optional kalau masih muat ruang kertas.

Sebenarnya signboard majlis nih bukanlah 'keperluan'. Tetapi ia adalah sejenis 'kehendak'. Terutama kalau lokasi majlis tidak mempunyai landmarks atau mempunyai laluan yang tidak jelas seperti terlalu banyak persimpangan dan menyusahkan hadirin untuk berpatah balik di tempat yang sangat jauh disekiranya terlepas simpang yang sepatutnya. Signboard seperti ni selalunya dibuat last minute sementelah banyak lagi urusan lain yang lebih penting hendak diuruskan dalam satu-satu majlis. Lokasi menaikkan signboard majlis ni juga penting. Terlalu dekat dengan simpang akan membuatkan hadirin sukar nak menukar lane jika persimpangan tu sesak ya amat. Entah lah.. kalau buat sebesar alam takut kena saman majlis perbandaran pulak. Hahaha.. Seelok buatlah yang senang dibaca oleh pemandu yang sedang melaram untuk meraikan majlis perkahwinan anda. Kalau sesat barat dan give up nak meneruskan pencarian.. memutuskan untuk pulang sahaja.. kan dah rugi satu hadiah. Hahaha. Ape-ape pun.. map di dalam kad adalah panduan utama. Signboard dipersimpangan hanyalah sebagai rujukan tambahan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 14, 2007

public transport

Kalau ada suara² sumbang ckp² belakang mengata aku tak sokong pengangkutan awam sememangnya nak kene lempang. Buktinya.. kelmarin. Dari Alor Setar sampai ke Ampang, semua mod public transport aku guna. Barulah transport planner namanya! Muahahaha..

Mod public transport pertama yang aku guna.. kapal terbang. Tambang murah dari Alor Setar ke LCC Terminal. Pepagi buta bersiap-siap. Ayah Faze hantar ke airport baru.. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Jam baru pukul 7. Flightnya pukul 8.30. Banyak masa lagi. Jenjalan ke kedai serbaneka kat dalam Airport. Sempat beli novel. Cari tempat duduk.. terus ngadap novel sambil makan kek buah cenderahati tetamu kenduri kelmarin. Pukul 8 camtu masuk departure hall. Mak aii.. kemain ramai orang. Ooo patut la. UUM ada konvokesyen rupanya. Padan la ramai yang check-in dengan bunga² sekali. Dalam kapal terbang tak baca pun novel tu. Saja duduk kat sayap. Walau tak berapa nampak pemandangan kat luar tapi berjaya gak la amik gambo Gunung Jerai. Hehehe.. I love taking pictures semberono-ly.. remember? Sepanjang perjalanan Alhamdulillah.. takde mende berlaku. Cuaca cantik jer. Sampai di KL jam dah pukul 9.40. Delay 10 minit. Lepas tu tunggu ketibaan encik beg plak. Pukul 10 baru beg keluar.

Mod public transport kedua yang aku guna.. bas. Dalam kapal terbang lagi aku dah beli tiket bas sesiap ke KL Sentral. Tambang bas RM9 sehala. Bas baru merah putih. Saja duduk depan sekali belakang pemandu. Air-cond kemain kuat. Tapi saja biarkan. Sementara tunggu bas jalan, sambung ulit novel yang baru beli kat airport tadi. Nanti bila bas dah start bergerak takbleh baca dah. Tak tau la kenapa, mudah pening kepala kalau membaca dalam kenderaan bergerak. Dari LCCT ikut Plus Highway keluar di Sg.Besi. Masuk Lebuhraya Mahameru lalu depan Istana Negara. Keluar Jalan Brickfield, traffic light belok kanan. Lepas tu masuk simpang kiri ke Jalan Bangsar. Pusing KL Sentral satu kali. Masuk Jalan Brickfield balik.. then baru masuk ke KL Sentral. Hahaha.. pusing².

Mod public transport ketiga yang aku guna.. komuter. Dari KL Sentral naik komuter ke Stesen Salak Selatan. Tambang RM1. Train pukul 12.49. Tapi lambat beberapa minit. Dalam train aku cuma layan perasaan jer. Ramai warga indon je dalam train. Dari KL Sentral ke Salak Selatan cuma selang 2 stesen aje. Seputeh dan Mid Valley. Tak sempat nak berangan dah sampai.

Mod public transport ke empat yang aku guna... teksi. Turun di stesen Salak Selatan naik teksi ke rumah abah. Walaupun dekat.. tapi tak sanggup nak menapak ke sana. Dengan beg berat berkilo-kilo (actually 7 kg jer.. hikhikhik), hari panas tengah hari, jalan naik bukit. Isk.. camne la nak panjat gunung nanti ek (saya bercita² nak panjat Gunung Kinabali suatu hari nanti.. ecewah). Lom pape dah pancit. Hehe..

So.. lepas berehat2 seketika kat rumah abah. Aku terus ke Carrefour Jalan Peel. Shopping hadiah kawen untuk Faze. Besok boleh hantar ke rumah dia.

mimpi

entah ape mimpi.. aku creat blog ni. nak kata tade keje.. kemain melambak keje kt opis ni. mungkin blog ni akan jadi 'kawan' baru buat bersembang dan melayan keboringan. even aku bukannya ada byk cherita best yang nak dishare. ehh.. mcm la ada org nak baca ek? huhuhu..