Tuesday, March 27, 2007

IYER.. salah aku..

BENGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Huh sakit kepala dibuatnya. Sebbaik kerja aku dah settlekan semlm. Hari ni aku gi kerja cam biasa. Hari kedua kena tulis masuk/keluar ofis dalam buku log. Tapi aku tak tulis pun. Nyusahkan orang jer buku log-buku log ni. Kalau kena keluar pegi meeting ker ape ker.. tulis aje la log dlm borang claim mileage tu. Ape la bingai...

Tapi bukan pasal buku log tu yg buat aku tensen. Tapi pasal satu-satunya digicam yang aku ada yang aku sayang. Sejarahnya, aku beli camera ni sebab terpengaruh dengan member aku ni yg ada camera cam ni gak tp lain model. Camera aku nih.. Contax U4R buatan Kyocera Japan. Camera ni biasa jer. Setakat 4.0 megapixles dgn 3x optical zoom. Cuma dia ada swing lens attached to the camera body la. Nipis dan memenuhi keperluan untuk org single cam aku yg suka amik gambo diri sendiri sorang-sorang. Hehehehe..

Sayangnya sebab aku bersusah-payah mengirim pada kawan mintak tolong dia belikan camera tu untuk aku masa dia pegi training kat Jepun 3 bulan (tenkiu tayau). Aku bayor cash terus kat dia bila dia balik sini. Bukannya seratus dua ringgit Malaysia tapi dekat sebulan gaji aku la time tu.. tahun 2005.

Yang bengang nya... Memang aku biasa bawak camera ni ke hulu hilir dan duduknya dalam handbag. Handbag aku pulak bukan la poket doremon penuh dgn macam-macam benda. Ada wallet, handphone, bussiness card holder, camera, kunci kereta, lip balm dan lipstick. Aku pun tak ingat camne kecelakaan ni bleh berlaku. Sedo-sedo bila aku nak transfer gambo masuk pc. Aik.. pesal LCD dia cam pelik je. Arrrghhhhhhhhhhhhh...!!! Toreh muka pun tak kluar darah time tu. Bengang btul la. Mebi aku terhempap handbag dengan file bertimbun atas meja ni and liptick dlm handbag accidently terhempap the LCD screen. It's only a soft-but-not-so-soft impact la since the LCD surface itself tak retak. Tapi the behind part of the LCD je yang cedera rasanya. I couldn't tell how serious of the broken la.

Macam ni lebih kurang tahap kecederaan LCD screen camera aku. Ni gambo jumpa kat flickr sorang mamat ni yg ada problem sama cam aku. Tapi dia nya model SL300RT*. Dia punya problem solution: beli camera baru.. which I certainly can't do anything with that right now *sigh

Aku try gak amik gambo lepas kejadian tu. Tapi takleh nak amik gambo kalo air mata duk genang-genang kan? *sob*

And the worst part is.. as far as I concern, there is no local distributor or service center for this camera brand. Adeh.. time tulis ni kepala dah berpinau pening. Hantar kedai camera biasa pun dorang takleh buat ape. Takde expertise brand Contax kat Malaysia ni agaknya. Nak beli camera baru apakan daya.. mana nak cekau duit. Aiskk.. Jiwa kacau dibuatnya. Please help.

No comments: