Nampak ape yang aku nampak?
Musim cuti sekolah baru je tamat. Maknanya musim majlis walimatul-urus pun dah reda. Tapi tidak bermakna orang tak buat majlis walimatul-urus diluar musim cuti sekolah. Hahaha..
Gambar ni aku ambil kat simpang tiga Taman Kencana/Pandan Indah on the way nak ambik Sue semalam. Kitorang nak pegi Matta Fair kat PWTC. Boleh baca photo blogging dekat sini. Hahaha.. nasib la bukan aku punya wedding. Saudara-mara datang jejauh niat baik nak merai pasangan pengantin tetapi tak berapa familiar dengan jalan-jalan kat KL ni.. jenuh juga nak mencari 'tempat kejadian' kalau signboard majlis dibuat macam ni. Boleh aje kalau nak printing kertas A4. Tapi biarlah penuh-penuh semuka A4 tu. Gunakan segala ruang yang ada untuk letak nama pengantin dan anak panah ke kiri, kanan atau terus. Nama ibu bapa pengantin optional kalau masih muat ruang kertas.
Sebenarnya signboard majlis nih bukanlah 'keperluan'. Tetapi ia adalah sejenis 'kehendak'. Terutama kalau lokasi majlis tidak mempunyai landmarks atau mempunyai laluan yang tidak jelas seperti terlalu banyak persimpangan dan menyusahkan hadirin untuk berpatah balik di tempat yang sangat jauh disekiranya terlepas simpang yang sepatutnya. Signboard seperti ni selalunya dibuat last minute sementelah banyak lagi urusan lain yang lebih penting hendak diuruskan dalam satu-satu majlis. Lokasi menaikkan signboard majlis ni juga penting. Terlalu dekat dengan simpang akan membuatkan hadirin sukar nak menukar lane jika persimpangan tu sesak ya amat. Entah lah.. kalau buat sebesar alam takut kena saman majlis perbandaran pulak. Hahaha.. Seelok buatlah yang senang dibaca oleh pemandu yang sedang melaram untuk meraikan majlis perkahwinan anda. Kalau sesat barat dan give up nak meneruskan pencarian.. memutuskan untuk pulang sahaja.. kan dah rugi satu hadiah. Hahaha. Ape-ape pun.. map di dalam kad adalah panduan utama. Signboard dipersimpangan hanyalah sebagai rujukan tambahan.
Sekian, terima kasih.
1 comment:
Aku nampak anak panah jek..kalau aku benti nak baca sure accident!! tak pun masuk lokap sebab create traffic kakakakaka...
Post a Comment