Thursday, April 19, 2007

f.e.v.e.r

Tengah lepak-lepak sambil tgk tv lepas balik keje semalam terasa cam tak sedap badan. Mata panas.. napas panas.. nak demam agaknya. Terus kirim 100 plus dekat kak long. Baring kat sofa selubung dengan comforter yang kaklong baru beli tu sambil tengok tv. Adeh.. silap-silap cancel pulak tengok wayang besok. SMS dengan Cyn ngn Sue. Sue ada kenduri tahlil plak esok. Memang cancel la jawapnya. Takpe la.. takkan lari wayang dikejar. Kuikuikui.. Lagipun still akan pergi bercuti tugeder² with Cyn, Sue and Sham this weekend.

Tapi persoalannya.. camne bleh demam? Ermm maybe sbb dah lama aku tak demam rasanya. Last sekali demam September 2005. Masa tu demam tiga hari sampai drip masuk air kat HUKM. Selalunya kalo demam atau selsema biasa, aku malas nak telan panadol/ubat biasa yang beli kat farmasi. Eloknya pergi klinik dan m.c je kat rumah.. berehat. Bila kita demam.. it was a sign that your body needs rest.. alot of rest. Sejak balik ke rumah Ampang nih.. weekend pun tak berapa rehat sangat. Ada je la program. Ini pun masa hari bekerja sedaya upaya untuk tidur dalam pukul 11 malam. Maybe aku perlukan supplement food untuk mengusir kepenatan dan stress bekerja. Hmm... supplement food yang mana satu aku patut ambil ek?

Walaupun demam.. hari ni aku tetap pergi keje. Malam tadi before tidor aku dah telan panadol 2 bijik. Pagi ni dah tak rasa panas sgt dah. Lagi pun aku ada meeting yang wajib attend pagi ni. Aku ke ofis lambat sket. Ingat nak terus pergi meeting pukul 10. Tapi file semua ada kat ofis. Kena la singgah ofis dulu.

Meeting hari ni mengingatkan aku balik pada profesion sebenar as town planner. Selama kerja ni aku terlupa yang aku ni town planner sbb kat sini aku post as transport/traffic consultant dan tak buat kerja-kerja planner. Wakil dari team SPU pun ada hadir meeting utk brief cadangan² dorang yang bersempadanan dengan SPT. Lega sket sbb dapat penerangan/menerangkan laluan monorel bagi kedua-dua kawasan. Hari Isnin bleh report kat bos.. esok takleh.. aku gi holiday.. yeahooo :D

No comments: