Tuesday, August 14, 2007

Newly wed: Sue & Naza

Alhamdulillah... Suraya one of my best friend dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya incik Naza.
Disebabkan hari Jumaat aku cuti.. so aku dgn Bye dan Pidut dan anak sedara Pidut jalan-jalan ke Masjid India naik LRT temankan Sue pi buat henna kat kedai Awin. Si Bye pun ikot sekali buat henna. Hehehe diakan pengapit terhormat.. tp dia buat sebelah je la.. kang overwrite pengantin plak kang kalo buat dua-dua belah tangan. Sementara dorang tunggu henna tu kering.. aku sempat la pegi jalan-jalan.. terbeli la tudung cotton corak-corak yang aku suka tu. Kitorang beli henna serbuk tu untuk operasi menginaikan jari si Sue plak. Murah jer satu kotak RM1.30. Lepas henna kering.. kitorang terus balik rumah Sue. Mula operasi membancuh dan menghennakan jari jemari Sue. Bye la tukang bancuhnya. Aku tukang pasang selotep jer kat jari Sue supaya henna yang dibungkus kat jari tu nanti jadi smooth lurus dan cantik. Dengan Pidut dengan aku-aku sekali terjebak pakai henna. Pidut dapat 3 jari (macam dia plak pengantin.. nguwahahaha) dan aku dapat satu jari je (malas aku nk pakai semua-semua jari macam wedding Faze dulu.. balik opis abeh sume org igt aku dah kawen.. ciss). 3-4 jam gak la Sue pakai henna tu. Bila bukak tengok oren jer. Tensen btul. Tak puas hati.. kitorang bancuh lg sekali. Kali ni letak arang plak. Haaaa.. dari warna kehijauan henna tu sampai dah jadi legam tepek kat jari Sue. Hahahaha.. pastu siap bungkus plastik tangan Sue. Aku malas nak pakai henna second round. Aku biorkan aje. Dah siap sume.. baru balik tido.

Besoknya, tgh hari camtu Bye datang.. kitorang gi Semua House nak pi usyar baju Sahara Manjalara. Racun punya racun.. akhirnya aku terbeli gak ar sehelai RM59. Sebbaik aku tak beli dengan seluarnya sekali. Budget beb.. gua takde gaji 2 bulan!! Uwawaawawa..!!!!

Balik rumah.. mandi dan bersiap for Sue and Naza's big day!! Majlisnya lepas asar kat Masjid Pandan Indah. Kitorang pi amik Sue kat rumah dan terus ke masjid. Cantik Sue berbusana pengantin warna putih sedondon dengan pengantin lelaki. Sekali lafaz jer Sue dah sah jadi Puan Suraya.. dinikahkan oleh ayahanda sendiri. Sure syahdu punya la. Memang sayu pun.. Masa salam-salam ipar-duai dia dah nangeh-nangeh. Nanti kita skodeng fotopages zuhri atau redmedia kut ada gambo Sue mengalir ayaq mata. Huhuhuhu.. lepas dah settle amik gamba dalam masjid.. kitorang duk belek gambo yang diambik guna camera Bye. Sekali nak jadi cerita camera tu jatuh tersembam ke carpet masjid. Lens dia stuck.. terus takleh off camera tu.. siap bunyik-bunyik sekali. Adeh.. cuak gila! Lepas try beberapa kali baru la lens tu ok dah bleh off. Tapi zooming plak problem. Zoom wide ok... tapi bila zoom lagi dia terus off. Walaupun bukan camera aku.. tapi aku plak yang bengang bila camera rosak atau buat hal. Ekekekeeke.. sudahnya.. lepas bagi lens tu eksesais on-snap gambo-off byk-byk kali then baru dia kembali seperti biasa. Sian lens tu.. terpeleot kot masa jatuh tadi.

Ni dalam kete on the way nak ke masjid. Sue tengah berdebor tu. Huhu..





Dah Settle dah.. Aku plak yang happy semacam. Muahahaha..

Aku, Sue, Cyn

So, lepas settle akad nikah.. ada la majlis ngeteh sket. Aku makan popiah je.. sedap plak popiah tu. Sebbaik aku sempat rembat 4 bijik. Ekekekeke.. Tetiba ujan.. dan kitorg pun kembali ke rumah Sue. Lepas maghrib cam gitu.. kitorang berangkat pulang. Sebab ada agenda nak ke Jusco Maluri nak cari hadiah utk Sue. Lepas siap-siap... kitorang ke Jusco Maluri. Tak pandang kiri kanan.. terus tuju kat bahagian jual comforter. Memang Sue sendiri yg rekues comforter masa tanya dia nak hadiah ape utk wedding dia. Huhuhuhu.. mentang-mentang tengah sale.. memang jimat belanja laaa :D tapi jadi rambang mata sbb byk yg cantik-cantik dan murah-murah.

Lepas beli hadiah.. kitorang ke rumah Sue semula. Sampai je kitorang keluar semula ke Keramat sbb Sue nak pegi amik kek icing 3 tingkat dia. Believe it or not... kek tu harga RM300 jer!! Gila murah la. Cantik pun cantik... Hmmm...

Sampai umah.. makan dinner dulu. Lepas tu baru pakaikan henna kat kaki Sue plak. Pakai henna belen-belen semalam. Bye taram lukis bintang kat kaki Sue. Wakakakakaka.. lantak la. Janji makcik-makcik dia tak berbunyi kaki pengantin kosong takde henna. Dah settle pakai henna. Tolong Sue tampal 'terima kasih' kat kotak coklat nak bagi tetamu esok. Kejap je dah settle. Tapi drebar kitorang si Pidut pegi ikot Sani tampal signboard kat simpang. Aku, Sue dgn Bye sempat tertido tunggu dia balik amik kitorang.

Ahad.. hari majlis persandingan Suraya dan Naza. Pagi-pagi Bye dan Sham dah sampai umah aku. Aku jadi tukang mekap si Bye lagi. Haaaa jangan tak caya... Sham pakai blusher!! Hahahaha..!!! Adei la.. dah besarrr anak mak ek ;-)

Pukul 11 camtu kitorang dah sampai umah Sue. Aik! Pengantin tak start mekap lagi. Haaa best!!! Maknanya sempat la aku tengok proses mekap dari mula sampai abeh. Yahoo!!! Mekap artist untuk Majlis Bersanding ni freelancer namanya BANI.. Cantikkkkkk sangat dia mekap. Nampak natural jer. Macam-macam jenis bedak dia letak. Yang bestnya takde plak nampak tebal mekapnya. Isk.. kagum.. kagum..

Pukul 1 camtu.. HUJAN beb!! Sebbaik hujannya sekejap-sekejap je. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Catering yang Sue pakai ni sedap-sedap lauk pauknya. Hmmm.. Antara kawan-kawan yang datang : Didie, Mas Zam, Mas M, Nadie, Ireen, Dora, Azue, Ciken, Fiza Shar, Selinah, Elly Chik, Memem, Dezy..

Lewat petang lepas majlis dah settle.. Bye gi KL Sentral amik mak dia balik dari Bintulu. Aku duk lepak rumah Sue lagi. Tunggu malam.. acara bukak hadiah. Pukul 9 baru aku sampai rumah.
To Sueraya dan Naza: Selamat Pengantin Baru and all the best for you both. Muahs!!

No comments: