Saturday, June 28, 2008

hampir siap

Hari ni aku meluangkan masa menjengok WanJay kat worksyop. Sampai2 jer.. dah nampak WanJay. Kesiannya.. berdebu abis. Tapi seronok sbb dah 80% siap. Tinggal tunggu bumper, cat dan minor work sket lg. Happynya tgk kete aku dah hampir seperti sediakala. Alhamdulillah.. encik insurance pun ok tak byk songeh :D

InsyaAllah next week kete aku dah bleh kuar wad. Cuma sekarang nih dilema gak la.. aku nak balik Cameron dgn ape esok nih. Iskk...!

Friday, June 27, 2008

BTN dan kursus induksi umum

Kursus 15 hari 14 malam terasa macam sekejap aje. Start dengan BTN selama 5 hari 4 malam dan terus sambung dengan Kursus Induksi Umum.

A day before kursus.. along dan kaklong selamat pulang ke tanahair. Dorang dischedule touchdown pukul9 mlm. Tapi delay pukul11.. sudahnya sampai rumah dalam pukul2 pagi. Masa pegi bawak 2 beg... balik dah jadi beranak begnya jadi 4. Huhuhuhu.. standard la kan :D Mummy dan abah pun ada tunggu sekali. Aku time tu dah tergolek kat living room. Sedo2 tour bus dah sampai depan umah. Terus segar bijik mata. Abah da mummy pun bukak la cite ape dah jadi kat aku dalam 2 minggu lepas. Along pun cite yang dia kene attack asma dalam bas dari Madinah ke Mekah. Alhamdulillah takde pape jadi. Ngeri juga kalo pikir dia pegi sana tak balik2. Uwaaaa...

Esoknya, hari 1st aku berkursus, before along hantar aku ke Sg.Congkak.. kitorang singgah ke worksyop kat Jalan Ampang. Along ckp, ni mmg kene claim insurans gak nih. Mahal sangat kalau nak bayar sendiri sbb body kete dah lari. Lepas snap-snap gambar, along pun hantar aku ke Kem Woodvalley Sg.Congkak. Aku antara orang terawal sampai la.

Kitorang start dengan BTN. So urusetia BTN la yang menyambut kitorang. Ukur tinggi dan timbang berat. Yang hairannya, tinggi aku kurang 2cm daripada ukuran masa medical checkup kat hospital dulu dan yang tak berapa hairan ialah berat aku naik 2kg.. hahahahaha...

Aku check-in, duduk sebilik dengan Kak Ayu dari OSC Kuala Selangor. Owh.. senior aku jugak nih. Huhuhu.. 5 hari kursus kenegaraan mmg duk cerita pasal negara, merdeka, perjuangan, perpaduan, disiplin dan macam2 lagi la. Tapi sangat enjoy. Before pegi BTN nih mmg selalu dgr yang BTN ni strict gila, fasi garang2 etc. Tapi rupanya sangat seronok sbb kitorang dapat jurulatih daripada BTN Negeri Sembilan yang kelakar2 dan baik2 belaka.

Masa BTN ni aku group LDK 3. Yang dari OSC.. aku, madslan (pekan), nurul (pasir mas), kamarul (kluang > rompin), yang dari MIDA.. Anor (alor star), navin (KL), yang dari LGM.. Lin (KL), Din (segamat) dan Mahmud Iskandar (Sg.Buloh). Group kitorang jadi group terpantas masa kembara masuk hutan. Jalan dalam hutan 3km plus plus... amik masa 45 minit sahaja. Dah la bukit curam gila. Dengan aku yang sakit kaki gegila (muscle pain) sbb berlari 2km before tu. Hahaha.. bangga gak la dgn team kitorang.

Hari ke 5, kitorang start dengan Kursus Induksi Umum plak. Before daftar untuk kursus.. kitorang amik kesempatan pegi mandi sungai.. yeahooo!!!!!!!!!!!!!!!!! Bestnyaaaa!!!

Start kursus induksi. Time ni dah tak perlu tergesa-gesa dan bergegas sgt macam masa BTN. Tapi, even tak strict tapi kurang seronok. Mungkin boring sbb tiap2 hari ada kelas. Masa BTN dulu pun ada kelas tapi latihan dalam kumpulan. Ada aktiviti dan tak bosan :D

Makanan... biasa la. Standard duduk asrama. Kadang2 sedap, kadang2 tawar, kadang2 masin.. tapi sbb takde pilihan lain.. telan je la rezeki yang ada. Tak makan.. lapar la jawapnya. Yang best masa kursus nih.. kitorang dijadualkan untuk makan 6 kali sehari. Hahaha..

Sempat keluar pegi carrefour Ampang untuk beli barang2 hadiah untuk malam kebudayaan. Terjumpa penimbang berat tu.. Buntang bijik mata tgk aku turun 5kg!!!!!! Hahahaha.. ni semua bahana turun naik tangga pegi kelas, balik bilik, pegi makan. Kem Woodvalley tu tempatnya bercerun sket. Dari bilik nak ke kelas kena pajat tangga. Lepas tu gi makan.. turun tangga. Balik bilik naik tangga balik. Pegi surau kena panjat tangga balik. Fuhh..!!!

Keseluruhannya, 15 hari duduk dalam kem kat celah hutan nih ok la jugak. Lari kejap dari masalah ofis dan dapat jumpa kawan2 baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran akan kenal orang2 dari LGM, MIDA atau pun Matrade. Time ni la asah skill jadi pengerusi majlis, jadi pengacara majlis, public speaking, remind semula cara2 membuat assignment dan menjawab soalan dalam exam. Dah tua2 nih lama tinggalkan assignment dan exam terasa payah gak la. Harap2 nya lulus dalam kedua-dua kursus. InsyaAllah.

Monday, June 9, 2008

kerana ambulans

Semalam... aku kuar dgn Me dan kakak. Kitorang plan kuar dedekat jer ke IOI Mall. Aku tgh preparation nak cari barang-barang untuk BTN dan kursus induksi next week. Beli baju kurung sekolah, beli tshirt long sleeves dgn tracksuit selai. Beli buku Malaysia Kita dgn stationery sket. Beli kasut itam buat pi keje.. etc.

Dah agak petang, kitorang pun balik. Perot dah lapar gila. Mak Me dah siap masak kat umah. Dia masak ayam rendang =p~ perghhhh lama gila tak makan rendang negeri sembilan.

Kuar dari IOI Mall.. stop lampu merah kat traffic light bawah flyover LDP. Aku amik lane kanan sekali. Tetiba ada ambulans dari belakang. Dua bijik kete depan aku dah langgar lampu merah. Aku plak teragak nak ikut dorang. Aku cuma ke depan sket la melepasi garis putih tu nak bg laluan kat ambulans tu get tru. Tetiba ada kete dari Jalan Puchong nak ke LDP dengan laju gila langgar kete aku. Abeh kete aku bahagian depan sebelah kiri. Spec mata tercampak. Nasib baik sgt aku pakai seat belt. Selalunya dedekat aku malas pakai seat belt..

Maybe ada ramai orang dekat2 aku dgn muka2 yang aku kenal. So aku takde la panik mcm 2 minggu lepas. Cina tow truck dah kerumun2 kete. Aku blur kejap. Tak tau nak buat ape dulu. Spontan aku teringat kat insurans, terus call kurnia toll free. Sebbaik aku tak sign ape-ape kontrak dgn cina2 tow truck yg ramai nih. Mamat cina yang langgar aku tu nampak mcm takde pape. Tak bercakap langsung.. senyapppp je. Terkejut kut. Awek dia terus ada kete lain dtg amik.. blah.

Lama jugak kitorang tunggu dalam kete. Kakak kat belakang idung berdarah terhentak dekat seat. Me pulak dah start sakit dada. Aku pun sakit dada. Maybe terkena stereng. Me call Dzul. Sebbaik dia ada kt umah. Aku try call abah dan mummy tapi tak berangkat. Orang kurnia tu call yang tow truck aku tgh on the way. So aku tunggu je la dlm kete. Dzul amik kan gambar kete pakai camera phone aku. Teruk jugak katanya.

Dalam pukul 8 baru tow truck aku sampai. Ronda LITRAK pun sampai. Orang ramai dengan abang LITRAK tu tolak kete aku ke depan sket. Nampak minyak or air leleh kuar. Ada la yang bocor tu :-(

Tow truck aku sampai.. terus bawak pegi balai polis Puchong Jaya. Buat report. Sejam juga la ambik statement. Kakak dari td dah balik. Hubby dia dtg amik bawak pegi klinik. Sian kakak... Tak pasal cedera berdarah bengkak2 badan.

Me dan Dzul ikut aku ke balai polis. Me ckp sakit dada kalo nak tarik napas. :-( aku teringat dia mmg ada history excident. Dapat saman sekeping.. lepas tu drop kan Me kt batu 8. Aku dengan tow truck terus ke worksyop kat pekan lama Ampang.

Abah call... aku ckp, takyah la dia dtg ke tempat kejadian. Ambik aku kat worksyop je la. Lagipun aku kena pindah barang2 dalam kete nih. Dah la byk gila barang aku dlm kete sbb smlm baru shopping grocery untuk umah CH.

Dekat balai polis td baru aku calm nak call "abang". Dia tgh masak lunch. Dia terkejut, marah dan sedih. Nak buat camne.. dah mmg ddk jauh. Tapi tak kisah la tu semua. Aku cuma perlukan love and support jer. Benda2 lain aku bleh usaha sendiri. Tapi kalau dia ada kat sini.. musti aku tak reti nak buat pape plak.

Ada beberapa benda la yang aku realize. First, aku memang tak bernasib baik kebelakangan ni. Second, Me ckp.. Dzul tu seorang kawan yang baik. Time senang dia ada.. time susah pun dia ada. Third, service kurnia insurance memang ok. Time aku call dia layan dengan cepat dan tertib dan rajin follow up. Dia call tanya tow truck dah sampai ker. Masa kat balai pun dia call skang tgh buat ape. Masa sampai worksyop pun dia call lagi sekali tanya dah sampai worksyop ke blom. Hmm.. ntah la. Sebab ni 1st time aku eksiden teruk sampai rabak kete. Takde pengalaman deal dengan insurance, police report dan worksyop. Time macam ni aku teringat sangat kat Along. Nak sangat call dia bgtau situation aku skang camne. Tapi takmo kacau dia since dia kat Mekah tgh beribadat.. Tapi dia balik nnti mmg dia kena settlekan kete aku pun sbb aku mmg takdpt dihubungi kat kursus.

Dari worksyop.. singgah kat Klinik Sentosa Taman Muda. Doktor cakap BP aku normal. Nadi pun normal. Time ni aku tak rasa sakit kat memana selain dada. Doktor bagi pain killer, ubat surut bengkak dengan ubat sapu. Then, baru balik.

Sampai umah.. mandi.. makan roti yg beli kt bakery kt IOI td. Gayut kejap dgn "abang", sambung plak sms. Tak lama lepas tu Me sms dia kat spital. Huih!! Terus aku call. Astaga.. memang aku ckp nk bawak dia gi klinik esok. Dia kata dia tak tahan sakit dada. Dzul hantar dia pegi UH. Alahai.. bersalahnya aku....

Bangun esoknya.. baru terasa sakit bahu dan belakang tengkuk. Adeh..

Friday, June 6, 2008

beside you

Somebody special dedicated this song to me. Dengan gagah aku baru selesai mendownloadnya. Tak dapat 1 lagu.. satu album aku download. Muahahaha..

Thanx... here's the lyrics. Beside You by Iggy Pop from the Album American Caesar.

I been hungry way down in my heart
waiting for a reason
I been hungry like a lot of guys
I want to be beside you

lonely people pass me in the street
waiting for a reason

beside you
grey is turning to blue
you wake up love in me
beside you
everything is new
you wake up love in me

I been hungry way down where it hurts
waiting for a reason
I been hungry like a lot of guys
I wanna be beside you

beside you
grey is turnin to blue
you wake up love in me

beside you
everything is new
you wake up love in me

what a world
i really need you girl
you wake up love in me

beside you
grey is turning to blue
you wake up love in me

beside you beside you
i want to be beside you



Wednesday, June 4, 2008

PCOS treatment part 2

Due to tragedy happened last weekend.. Appointment with gynea di pospond ke next month. Hmmm.. nak buat camne. Bukan aku sengaja skip appointment. Memang teruja sangat nk jumpa doktor. Nak tau if there any improvement. Sabar je la next month ek. Nanti kita cite lg..

induksi umum

Aku ke ofis hari ni setelah sekian lama bercuti. Adeih.. banyak betul permohonan baru masuk. Aku settlekan keje pape yang patut. Especially aku punya minit dan surat-surat yang berkenaan lah.

Pukul10 camtu.. dapat call dari JPBD asking for my IC number. Owhhh!! Aku dijadualkan untuk attend kursus induksi umum this 12th - 26th June. Errk!! Masalah gak tu sbb bulan ni mmg kelam kabut sket since staf2 pun ada yg bercuti dan berkursus jugak. Meeting untuk bulan ni pun blom schedule lg. Next week aku ada bengkel portal kat Shah Alam. Boss plak lom balik ofis nak discuss tarikh. Aiyakkkkk!!! Termenung tengok kalender...

But the good thing is.. cepat abeh induksi maka cepat juga la aku sah jawatan. Yihuuuu!!! Dan cepat juga la aku bleh buat penyelarasan gaji!!!! Kehkehkehkeh...

So... see u at Sg Congkak next week ;-)

Monday, June 2, 2008

kasi pecah la

Yup! Rumah aku kena pecah. Akibatnya.. aku demam 2 hari. Demam terperanjat.

Hari sabtu.. Hari terakhir bulan Mei. Pukul 10 aku keluar ke setapak nak pegi buat allignment kete. 2 jam gak la duk menung kt kedai tayar tu. So dah settle aku ke Puchong, melepak kat umah Zura. Sekali dzul pun dtg lepak jugak. Pukul 8 mlm kang Zura kata dia ada appointment dgn Ija cousin dia. So before that kitorang pegi jalan-jalan ke Kg.Baru beli jamu. Hahahaha... Kitorang jalan-jalan ke Pasar Chowkit. Lama gila tak gi Chowkit rasanya.

Balik Puchong.. Pukul9 lebih baru Ija sampai. Aku dan Dzul pun blah la balik since Zura pun nak keluar. Kakak x join melepak hari ni sbb dia ke Shah Alam attent majlis kawen Bohjan.

Aku sampai rumah dalam pukul10.30. Terus ke dapur nak ke toilet. Sekali tengok abis tingkap nako dapo tu melopong. Besi bawah sekali pun bengkok. Berderau darah aku. Rasanya cam baru lagi. Lepas tu baru perasan.. aik nape keyboard ni ddk atas sinki? Sape pulak alihkan ke sinki. Aku ingat pencuri tu baru je nak start curi... tiba2 aku balik dan tak muat nak keluarkan keyboard tru tingkap. But I was wrong! Doubled check pintu dapur since dari td aku tengok tertutup rapat. OMG... tak berkunci dan selak pintu pun dah bengkok. Aku bukak pintu.. haaaa ambik ko.. grill tu dah kena potong. Gulp!!!

Spontan call Abah. Abah suara rilek aje suh aku pegi balai polis dan buat report. Haiya.. I cant think right now. Dengar suara aku dah cam nak nangis... baru la abah ckp.. "ok ok abah datang sekarang". Tanpa pikir pape aku terus call 999. Aku tak tau nape aku menangis. Trying very hard not to be panick. Pompan ni pick up call.. Aku cite la ape dah jadi. Dia suh aku sabar and dengar je ape yang aku report kan. At the end.. dia ckp "Cik.. cik telefon Telekom directory 103 dan minta nombor telefon balai polis berdekatan dengan rumah cik". WHAT!!!!

Melongo aku lagi sekali. I didnt know what to expect since tak pernah call 999. Im just saying ok and hung the funcking phone up. Dial 103 and ask for IPD Ampang. Sebbaik jumpa pencil and paper nak tulis nombor tepon balai. The police are being very helpful walaupun takde la cepat sgt dia sampai rumah. Ada la dalam sejam sbb tersesat barat nak cari rumah aku. Aku call Zura.. Aku call Dia (I dont have any idea why I have to call him since he is thousand miles away from here... humpp).. Faze call.. Zura call... Cyn call.. I did everything spontaneuosly. Tak fikir langsung...

Abah sampai.. Polis sampai.. Buat report. Barang kemas arwah abis kene kebas. I've no idea ape benda yang ilang kat bilik Along. Nak call dia aku tak sampai hati nak bagi tau. Ye aaa dia tengah tenangkan jiwa nak beramal ibadat menunaikan umrah. No, Im not going to told him anything. Lepas polis balik... Pakcik Din dan Uncle Ho datang. Dorang nampak kereta polis kat luar and courious la kan. Bleh plak kitorang sembang gelak2 kat luar kat tengah jalan. Abah decide to sleep over temankan aku. Takot orang jahat tu dtg balik or maybe polis nak datang balik. And they did.. Pukul 2 pagi polis datang balik. Kali ni forensic team plak yang datang. Memula aku ingat dorang cuma amik gambar jer. Last2 siap amik fingerprints etc. Aku plak cam... FUYOOO!!!! CSI datang umah guaaaaa!!!! Rasa cam jakun seketika. Selalu tengok CSI kat tv je kan :D huhuhu.. what an experience...!!!

Tapi mmg tak larat tunggu dorang sapu2 serbuk keliling dapur cari fingerprints. Tak sedar bila aku tertido. Bangun esoknya.. Abah dah balik. Tatau pesal aku nangis lagi sekali. Rasa dunia sunyi dan takot gila tinggal sensorang. My friends said... Lucky sangat u were not at home semalam... or lucky pencuri tu masuk time takde orang. Kalo dorang masuk time ko tgh tido mati tak sedar diri ntah2 dah jadi kes rogol / bunuh plak nanti. Ya Allahhhh!!!! Seriaunya dengar...!!!

The next day I was collapse. Breakdown. Tak larat bangun. Asik nangis je. Bukan aku nak sangat nangis tapi ada macam2 perasaan dlm otak. Rasa macam nak marah orang tapi tatau nak marah sape. Rasa terkilan.. rasa bersalah tinggalkan rumah. Rasa cam nak demam.. nak muntah.. and what not.

Faze and Zura datang umah. Pack all my things and bawak aku jalan-jalan before tido kat umah Zura. Terima kasih sangat2 kat dua manusia nih since aku mmg tak larat nak balik CH walaupun esok keje patutnya. Should I ask for a leave? Esok aku ada appointment dgn gynea kat HCH. Takpela.. Gynea can wait. Aku pun takmo drive dengan linangan airmata panjat gunung Cameron. Tak pasal masuk gaung. Hisk!!

Special thanks to Dia.. Im very appreciate knowing you.. Give back the colour and taste on my rainy day. Grazie..