Monday, June 9, 2008

kerana ambulans

Semalam... aku kuar dgn Me dan kakak. Kitorang plan kuar dedekat jer ke IOI Mall. Aku tgh preparation nak cari barang-barang untuk BTN dan kursus induksi next week. Beli baju kurung sekolah, beli tshirt long sleeves dgn tracksuit selai. Beli buku Malaysia Kita dgn stationery sket. Beli kasut itam buat pi keje.. etc.

Dah agak petang, kitorang pun balik. Perot dah lapar gila. Mak Me dah siap masak kat umah. Dia masak ayam rendang =p~ perghhhh lama gila tak makan rendang negeri sembilan.

Kuar dari IOI Mall.. stop lampu merah kat traffic light bawah flyover LDP. Aku amik lane kanan sekali. Tetiba ada ambulans dari belakang. Dua bijik kete depan aku dah langgar lampu merah. Aku plak teragak nak ikut dorang. Aku cuma ke depan sket la melepasi garis putih tu nak bg laluan kat ambulans tu get tru. Tetiba ada kete dari Jalan Puchong nak ke LDP dengan laju gila langgar kete aku. Abeh kete aku bahagian depan sebelah kiri. Spec mata tercampak. Nasib baik sgt aku pakai seat belt. Selalunya dedekat aku malas pakai seat belt..

Maybe ada ramai orang dekat2 aku dgn muka2 yang aku kenal. So aku takde la panik mcm 2 minggu lepas. Cina tow truck dah kerumun2 kete. Aku blur kejap. Tak tau nak buat ape dulu. Spontan aku teringat kat insurans, terus call kurnia toll free. Sebbaik aku tak sign ape-ape kontrak dgn cina2 tow truck yg ramai nih. Mamat cina yang langgar aku tu nampak mcm takde pape. Tak bercakap langsung.. senyapppp je. Terkejut kut. Awek dia terus ada kete lain dtg amik.. blah.

Lama jugak kitorang tunggu dalam kete. Kakak kat belakang idung berdarah terhentak dekat seat. Me pulak dah start sakit dada. Aku pun sakit dada. Maybe terkena stereng. Me call Dzul. Sebbaik dia ada kt umah. Aku try call abah dan mummy tapi tak berangkat. Orang kurnia tu call yang tow truck aku tgh on the way. So aku tunggu je la dlm kete. Dzul amik kan gambar kete pakai camera phone aku. Teruk jugak katanya.

Dalam pukul 8 baru tow truck aku sampai. Ronda LITRAK pun sampai. Orang ramai dengan abang LITRAK tu tolak kete aku ke depan sket. Nampak minyak or air leleh kuar. Ada la yang bocor tu :-(

Tow truck aku sampai.. terus bawak pegi balai polis Puchong Jaya. Buat report. Sejam juga la ambik statement. Kakak dari td dah balik. Hubby dia dtg amik bawak pegi klinik. Sian kakak... Tak pasal cedera berdarah bengkak2 badan.

Me dan Dzul ikut aku ke balai polis. Me ckp sakit dada kalo nak tarik napas. :-( aku teringat dia mmg ada history excident. Dapat saman sekeping.. lepas tu drop kan Me kt batu 8. Aku dengan tow truck terus ke worksyop kat pekan lama Ampang.

Abah call... aku ckp, takyah la dia dtg ke tempat kejadian. Ambik aku kat worksyop je la. Lagipun aku kena pindah barang2 dalam kete nih. Dah la byk gila barang aku dlm kete sbb smlm baru shopping grocery untuk umah CH.

Dekat balai polis td baru aku calm nak call "abang". Dia tgh masak lunch. Dia terkejut, marah dan sedih. Nak buat camne.. dah mmg ddk jauh. Tapi tak kisah la tu semua. Aku cuma perlukan love and support jer. Benda2 lain aku bleh usaha sendiri. Tapi kalau dia ada kat sini.. musti aku tak reti nak buat pape plak.

Ada beberapa benda la yang aku realize. First, aku memang tak bernasib baik kebelakangan ni. Second, Me ckp.. Dzul tu seorang kawan yang baik. Time senang dia ada.. time susah pun dia ada. Third, service kurnia insurance memang ok. Time aku call dia layan dengan cepat dan tertib dan rajin follow up. Dia call tanya tow truck dah sampai ker. Masa kat balai pun dia call skang tgh buat ape. Masa sampai worksyop pun dia call lagi sekali tanya dah sampai worksyop ke blom. Hmm.. ntah la. Sebab ni 1st time aku eksiden teruk sampai rabak kete. Takde pengalaman deal dengan insurance, police report dan worksyop. Time macam ni aku teringat sangat kat Along. Nak sangat call dia bgtau situation aku skang camne. Tapi takmo kacau dia since dia kat Mekah tgh beribadat.. Tapi dia balik nnti mmg dia kena settlekan kete aku pun sbb aku mmg takdpt dihubungi kat kursus.

Dari worksyop.. singgah kat Klinik Sentosa Taman Muda. Doktor cakap BP aku normal. Nadi pun normal. Time ni aku tak rasa sakit kat memana selain dada. Doktor bagi pain killer, ubat surut bengkak dengan ubat sapu. Then, baru balik.

Sampai umah.. mandi.. makan roti yg beli kt bakery kt IOI td. Gayut kejap dgn "abang", sambung plak sms. Tak lama lepas tu Me sms dia kat spital. Huih!! Terus aku call. Astaga.. memang aku ckp nk bawak dia gi klinik esok. Dia kata dia tak tahan sakit dada. Dzul hantar dia pegi UH. Alahai.. bersalahnya aku....

Bangun esoknya.. baru terasa sakit bahu dan belakang tengkuk. Adeh..

2 comments:

Anonymous said...

everything happen for a reason ... At least kita semua selamat ...

Anonymous said...

Whatever it is - we're all fine!
Like kakak said - things happened for a reason.
No worries...I still love you the same.