Kursus 15 hari 14 malam terasa macam sekejap aje. Start dengan BTN selama 5 hari 4 malam dan terus sambung dengan Kursus Induksi Umum.
A day before kursus.. along dan kaklong selamat pulang ke tanahair. Dorang dischedule touchdown pukul9 mlm. Tapi delay pukul11.. sudahnya sampai rumah dalam pukul2 pagi. Masa pegi bawak 2 beg... balik dah jadi beranak begnya jadi 4. Huhuhuhu.. standard la kan :D Mummy dan abah pun ada tunggu sekali. Aku time tu dah tergolek kat living room. Sedo2 tour bus dah sampai depan umah. Terus segar bijik mata. Abah da mummy pun bukak la cite ape dah jadi kat aku dalam 2 minggu lepas. Along pun cite yang dia kene attack asma dalam bas dari Madinah ke Mekah. Alhamdulillah takde pape jadi. Ngeri juga kalo pikir dia pegi sana tak balik2. Uwaaaa...
Esoknya, hari 1st aku berkursus, before along hantar aku ke Sg.Congkak.. kitorang singgah ke worksyop kat Jalan Ampang. Along ckp, ni mmg kene claim insurans gak nih. Mahal sangat kalau nak bayar sendiri sbb body kete dah lari. Lepas snap-snap gambar, along pun hantar aku ke Kem Woodvalley Sg.Congkak. Aku antara orang terawal sampai la.
Kitorang start dengan BTN. So urusetia BTN la yang menyambut kitorang. Ukur tinggi dan timbang berat. Yang hairannya, tinggi aku kurang 2cm daripada ukuran masa medical checkup kat hospital dulu dan yang tak berapa hairan ialah berat aku naik 2kg.. hahahahaha...
Aku check-in, duduk sebilik dengan Kak Ayu dari OSC Kuala Selangor. Owh.. senior aku jugak nih. Huhuhu.. 5 hari kursus kenegaraan mmg duk cerita pasal negara, merdeka, perjuangan, perpaduan, disiplin dan macam2 lagi la. Tapi sangat enjoy. Before pegi BTN nih mmg selalu dgr yang BTN ni strict gila, fasi garang2 etc. Tapi rupanya sangat seronok sbb kitorang dapat jurulatih daripada BTN Negeri Sembilan yang kelakar2 dan baik2 belaka.
Masa BTN ni aku group LDK 3. Yang dari OSC.. aku, madslan (pekan), nurul (pasir mas), kamarul (kluang > rompin), yang dari MIDA.. Anor (alor star), navin (KL), yang dari LGM.. Lin (KL), Din (segamat) dan Mahmud Iskandar (Sg.Buloh). Group kitorang jadi group terpantas masa kembara masuk hutan. Jalan dalam hutan 3km plus plus... amik masa 45 minit sahaja. Dah la bukit curam gila. Dengan aku yang sakit kaki gegila (muscle pain) sbb berlari 2km before tu. Hahaha.. bangga gak la dgn team kitorang.
Hari ke 5, kitorang start dengan Kursus Induksi Umum plak. Before daftar untuk kursus.. kitorang amik kesempatan pegi mandi sungai.. yeahooo!!!!!!!!!!!!!!!!! Bestnyaaaa!!!
Start kursus induksi. Time ni dah tak perlu tergesa-gesa dan bergegas sgt macam masa BTN. Tapi, even tak strict tapi kurang seronok. Mungkin boring sbb tiap2 hari ada kelas. Masa BTN dulu pun ada kelas tapi latihan dalam kumpulan. Ada aktiviti dan tak bosan :D
Makanan... biasa la. Standard duduk asrama. Kadang2 sedap, kadang2 tawar, kadang2 masin.. tapi sbb takde pilihan lain.. telan je la rezeki yang ada. Tak makan.. lapar la jawapnya. Yang best masa kursus nih.. kitorang dijadualkan untuk makan 6 kali sehari. Hahaha..
Sempat keluar pegi carrefour Ampang untuk beli barang2 hadiah untuk malam kebudayaan. Terjumpa penimbang berat tu.. Buntang bijik mata tgk aku turun 5kg!!!!!! Hahahaha.. ni semua bahana turun naik tangga pegi kelas, balik bilik, pegi makan. Kem Woodvalley tu tempatnya bercerun sket. Dari bilik nak ke kelas kena pajat tangga. Lepas tu gi makan.. turun tangga. Balik bilik naik tangga balik. Pegi surau kena panjat tangga balik. Fuhh..!!!
Keseluruhannya, 15 hari duduk dalam kem kat celah hutan nih ok la jugak. Lari kejap dari masalah ofis dan dapat jumpa kawan2 baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran akan kenal orang2 dari LGM, MIDA atau pun Matrade. Time ni la asah skill jadi pengerusi majlis, jadi pengacara majlis, public speaking, remind semula cara2 membuat assignment dan menjawab soalan dalam exam. Dah tua2 nih lama tinggalkan assignment dan exam terasa payah gak la. Harap2 nya lulus dalam kedua-dua kursus. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment