Tuesday, July 29, 2008

Paintball

Finally dapat gak aku menjoinkan diri main paintball "FREE". Anjuran Pusat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dgn kerjasama Persatuan Paintball Malaysia (kalau tak silap gitu la bunyik persatuannya.. hehehe). Bertempat di padang bola Tanah Rata. Ada 3 team dari Majlis Daerah. Ofis aku tutup hari ni sebab aku dengan budak2 staf sume join paintball.. Wakakakaka..

Bukan la nak join sangat, tapi memandangkan Borang SKT untuk tahun ni dah pun sampai atas meja.. so berazam la takmo kosongkan bahagian "aktiviti" dalam borang tu. Nanti dapat markah kosong lagi mcm tahun lepas.

So everything must have a first time kan.. Ni mmg first time main paintball. Dengarnya sakit kena tembak dengan pallet tu. Tapi takpe.. tak try.. tak tau kan ;-) Pukul2 camtu aku dgn Sue dah terpacak tepi padang. Lepas tu kat bawah khemah.. team referee dari MRPM bg brief sket pasal rules game nih. Bunyik macam susah.. byk beno step dan rulesnya. Tapi takpe la.. try dulu.

3 team dari Majlis.. "Kambing Batu", "Black Maria" dan "Charlie's Angels". Hahahaha.. sape la bubuh nama team kitorang nih. Team aku semuanya bebudak OSC dan kak Asmah. Team anak dara la kiranya.

Yang kelakarnya, kitorang la satu-satunya team all-girls yang berjaya masuk semifinal. Terasa cambest gak la. 1st game aku kena tembak kat betis. 2nd game aku dapat tembak orang dan kena tembak kat kepala. adeih.. bisa pusing..

Semifinal.. aku kena tembak kat paha. Sakit gila sbb tracksuit yg aku pakai tu nipis. Muahahaha.. Pallet yang dorang pakai ni yang jenis berwarna hijau dan merah fluorecent. Si Sue sampai lebam sana-sini. Padahal dia la yang paling beriya nak join paintball pagi td. Wakakakaka.. Si Sal lebam kat rusuk. Aku dengan Rina je yang tak berbirat teruk.

Overall.. tetiba baru perasan yang aku dah mula enjoying life semula. Terasa hidup lebih seronok, gembira dan bermakna ;-). Saya sangattttt sukkkkaaaaa!!! Hahahaha...

Opss.. meh tengok gambar-gambar sekitar game.

Sebelum start game.

Semifinal. "Black Maria" lwn "Charlie's Angels"

Pallet / peluru yang digunakan ;-)


Selepas game.

Antara kecederaan yang diperolehi. Sakit woo...!!

Wednesday, July 23, 2008

PCOS treatment part 3

Last July the 12th... pagi2 aku rempit balik CH untuk jumpa gynae yang reschedule hari tu. Sampai Hospital CH dalam pukul10.30. Ramai jugak orang. Lepas menunggu siap tertido atas sofa kat tempat menunggu tu.. akhirnya dengar suara cik nurse panggil nama aku.

Jumpa doktor... Aku pun hulur kalender. Ape ntah dia tulis-tulis dalam medical card aku. Biasa la.. tulisan doktor.. susah mo baca.

Dia tanya bila aku plan nak get married. Gulp! Kalau masa mula-mula dulu aku takde jawapan nak bagi but things was different this time *auww*... Dengan suku konfiden aku jawab "Dalam setahun dua lagi doktor".

Dia angguk-angguk macam paham perasaan aku masa tu *ahaks*. Lepas tu dia cakap "Now kita off medication ok... kita bagi you (nama ubat) sahaja". Aku mcm blur-blur sket sebab tadi kata 'off-medication' tapi lps tu dia bagi aku ubat. Apakah ertinya semua inih?? *sigh*

Monday, July 21, 2008

welcome home wanjay

Akhirnya WanJay dibenarkan keluar wad. Weekend lepas.. hari Sabtu aku gi amik WanJay kat worksyop. Nampak cam ok. Try test drive... tapi tak banyak benda bleh detect sbb jalan tgh jammed.

Along la orang paling happy sbb aku pulang semula kete dia. Hahaha..

Tuesday, July 15, 2008

sesi sebaran OSC

Dijadualkan hari Khamis ni ada sesi sebaran dan taklimat terperinci prosedur dan proses OSC bersama JPBD kat Jabatan Belia kat Bukit Kiara. Last2 semalam... JPBD call kata tak jadi, dipospond ke satu tarikh yang belom confirm lagi sbb KSU nak jumpa dengan semua pegawai OSC.

So tak jadi la aku turun KL esok. Jumaat la baru turun KL.

komplen membina part 2

Hari sabtu.. aku balik Cameron. Dalam kul 11 camtu aku call worksyop tu lg. Katanya kete dah siap. Dah boleh datang ambik. Yeahooo!!! Dengan pantasnya aku call Along.. kawtim suh dia pi amik sbb org worksyop tu ckp sesapa pun bleh datang amik.

So semalam hari senin.. Along sms bgtau yang kak long masuk wad. Tatau la sakit ape.. doktor tgh nk find out. On top of that, petang2 lepas balik keje time hujan lebat basah kuyup... Along pun pegi la ke worksyop tu. Check2 semua... org worksyop tu confirmkan kete aku dah bleh bawak balik. Dah puas ati.. Along pi la amik kawan dia kejap sbb camne plak dia nak angkut moto dia tu naik kete.

Bila sampai balik worksyop tu dgn berhujan kuyup sekali lagi bersama kawannya dgn tujuan nak bawak balik kete aku... tetiba uncle kat worksyop tu cakap... tak bleh bawak keluar kete tu. Dia kata ikut law... owner kena datang ambil.. sign paper... lps tu baru boleh release kete. Hohh?

Along sudah hot... Segera call aku. Aku pun hot sama la.. Dah tanya berulang kali bleh amik ke idak.. bleh amik ke tidak.. sapa2 pun bleh amik.. bukan owner pun boleh dtg amik... last2 jadi cam gini. Haiyaaaa... lu cakap belit2 la...

So.. Along maleh nak bebel pjg2.. hati tgh risau bini dalam wad. Aku plak jauh kat Cameron. Kiranya.. weekend ni la aku balik amik kete. Ampeh btul. Ingatkan.. since aku pakai kete Along skang bawak gi Cameron so bila ada kete aku kat dia.. bleh la dia guna kot2 nak pi memana.

Along cakap.. worksyop tu nak ikut law ye.. Nanti ko pegi amik kete.. ko jgn sign ape2 paper. Ko pun ikut law jugak.. ko ada hak nak test drive dulu. Kehkehkeh.. Waarrrr!!!! Die!! Die!! Die!!

Aku tatau mende.. aku ikot je :D

Friday, July 11, 2008

komplen membina

Kalau hari tu kemain aku duk bagi puji-pujian kat Kurnia Insurance. Tapi skang aku dah berubah fikiran. Maybe dorang punya customer service mmg tip top (ntah2 sbb aku pompan call toll free nangeh2... tu pasal la effisyen kot.. muahahaha).. tapi bila sampai kat part adjustor dia.. kantoi..!!

LEMBAB nak mampos. Bayang la aku eksiden 8th Jun and skang dah 11th July tapi tak settle2 gak lagi. Si worksyop mmg la cakap dowang papehal tunggu adjustor.. kang main buat jer tapi adjustor tak approve.. sapa mo bayar?

So selepas series of kursus yang aku attend sepanjang kecederaan WanJay kesayangan... dengan penuh "ayu"nya aku call adjustor tu. Menurut akak kat worksyop tu.. ekceli kete tu dah siap. Tapi masa test drive.. ada bunyik2.. so mcm ada benda kene tukar la. Tu yang panggil adjustor dtg tengok balik. Masalahnya.. dah dekat 2 minggu tapi tak muncul2 gak.. Hanginnn satu badan!!

Itu la nya. Nak marah-marah pun tak guna. Lagi dilambatkan kang.. tak ke naya. Semalam aku call la adjustor tu... katanya dalam petang2 sket mo pi worksyop tengok kete aku. Tapi pagi td aku call worksyop.. still tak kunjung tiba. Gua sudah hot la ini macam.

Aku sempat tolong mummy clearkan virus yg menyerang pc dia nih. Pukul 3 petang aku call lagi adjustor tu. Eceh dan dan tgh on the way nak ke worksyop. Aku pun ckp la "ok.. kejap lg i jumpa you kat worksyop".. Padahal aku tgh lepak2 kat KLCC tunggu kak long. Kak long demam.. aku ditugaskan jadi drebar la. Alang2 aku pun singgah maxis centre nak tuko simcard hotlink aku yg berproblem tu. Kene virus kut sbb asik surf intenet jer. Alang2 aku tuko ke 3G terus. Pueh ati den.

Al kisah... esok pagi akan ku follow up lagi dgn encik adjustor tu. To be continue.......

Thursday, July 10, 2008

Orientasi JPBD

Selepas setahun berkhidmat akhirnya JPBD pun panggil la pegawai2 yang ditempatkan di OSC ni untuk Orientasi Jabatan. Pegawai2 di JPBD pun ada dipanggil sekali. So buat pertama kalinya diterangkan kedudukan pegawai2 OSC ni yang mana sebenonya kitorang adalah pegawai kader JPBD yang ditempatkan di JKT.

Astaga... dah setahun berkhidmat.. tapi ni la pertama kali diberitahu!!! Selama ni bermatian la ingatkan kitorang ni adalah pengambilan JKT dan sentiasa pelik2 kenapa macam ada dua "ibu" yang menjaga kebajikan kitorang. Rupanya.. mmg OSC ada dua "ibu" pun... Hahahaha..

Taklimat orientasi nih diadakah di Institut Latihan KWSP Bangi atau nama manjanya ESSET. Selama 3 sengah hari bermula pada hari Isnin lepas sampai la tgh hari tadi.

Taklmat yang diberikan mmg aku suka la.. Cerita pasal profession.. how to behave as an officers... grooming.. kepimpinan.. and what not. Tapi aku bukan nak cerita pasal kursus.. tapi kursus kali nih dengan peserta yang lebih kurang sama macam induksi. Natijahnya.. tiap2 hari kitorang asik keluar berjalan. Hahahaha..

Hari Isnin.. kitorang ke Alamanda Putrajaya. Makan steamboat beramai2 di Johnny's.. lepas tu tgk wayang cerita kelakar Get Smart kat GSC. Tak sangka lawak bangang cite tu. Hahahaha..

Hari Selasa.. petangnya kitorang bersukaneka. Main pas2 bola tenis, lari sambil pegang kayu dan main bola beracun. Memang sakit tekak asik ketawa. Malamnya, kitorang ke Metro Point plak. Hajat nak main bowling.. tapi boleh tersalah ke Plaza Metro. Wakakakaka.. Tapi akhirnya berbowling gak la kitorang. Pusat bowling baru. Agak best jugak la kat situ.

Hari Rabu.. malam terakhir. Kitorang ke Kajang lagi sekali. Kali ni pi makan sate kajang kt Hj Samuri. Ramai btul yang mengekor kali nih. Si Isa (Matrade - kursus induksi) pun join sekali. Budak2 induksi yang lain tak sempat diberitahu dan dorang pun jauh2 nak mai kajang or bangi. Takpa la.. lengkali kita kuar lepak2 lg ok ;-)

So... tgh hari td abeh la taklimat orientasi. Diberitahu yang next week ada bengkel utk OSC lg dan nama aku ada dalam program. Turun KL lg nmpknya ;-)

Thursday, July 3, 2008

main kabus

Syok btul pi keje hari ni. Nyaman berkabus. Dah lama Cameron tak berkabus tebal-tebal cam gini. Si Sue yang baru beli point and shoot gila la mengambil gambo. Tak pasal aku dan Kak Ya pun terjebak sekali. Kwang Kwang Kwang...

Ni la gambo di sekitar ofis Cameron Highlands City Council ;-)p/s : sapa kata Cameron tak sejuk?