Wednesday, July 23, 2008

PCOS treatment part 3

Last July the 12th... pagi2 aku rempit balik CH untuk jumpa gynae yang reschedule hari tu. Sampai Hospital CH dalam pukul10.30. Ramai jugak orang. Lepas menunggu siap tertido atas sofa kat tempat menunggu tu.. akhirnya dengar suara cik nurse panggil nama aku.

Jumpa doktor... Aku pun hulur kalender. Ape ntah dia tulis-tulis dalam medical card aku. Biasa la.. tulisan doktor.. susah mo baca.

Dia tanya bila aku plan nak get married. Gulp! Kalau masa mula-mula dulu aku takde jawapan nak bagi but things was different this time *auww*... Dengan suku konfiden aku jawab "Dalam setahun dua lagi doktor".

Dia angguk-angguk macam paham perasaan aku masa tu *ahaks*. Lepas tu dia cakap "Now kita off medication ok... kita bagi you (nama ubat) sahaja". Aku mcm blur-blur sket sebab tadi kata 'off-medication' tapi lps tu dia bagi aku ubat. Apakah ertinya semua inih?? *sigh*

No comments: