Monday, August 4, 2008

PC Fair 2008

Last day of Pikom PC Fair August 2008. Finally, I managed to buy and owned a notebook. Three of us, Aku, Faze and Lan jalan-jalan ke LowYatt Plaza. Fuh.. tak ramai orang sbb sume pi serbu KLCC kut. Hahaha..

Pukul 10 Faze touchdown kat LCCT terus dia call aku. Bergegas la bersiap. Pukul 11 camtu sampai LowYatt dan bermulalah sessi pencarian harta karun. Huhuhu..

1st lappy yang diperkenankan oleh kedua-dua juri yang ditempah khas ialah Toshiba Intel Pentium Dual Core Duo 1.8 Ghz, campo Win Vista Home Ori dan 3 gb ram (RM2276).

Jalan-jalan lagi.. 2nd lappy pulak Acer AMD Turion 2.0 Ghz, campo Win Vista Home Ori dan 3 gb ram (RM2210).

Jalan-jalan lagi.. jumpa Dell Intel Dual Core 2 Duo, campo Win Vista Home Ori dan 2 gb ram (RM2400).

Selepas 7-8 kali selesai tawaf, akhirnya para juri dan banker yang dilantik memutuskan pemenangnya adalah pilihan yang kedua.

Sementara tunggu settlekan setup notebook tu... kitorang yg kelenguhan kaki pi makan-makan kat restoren jepun yg sukar diingati namanya. Aku pekena bento chicken spicy. Yummyyyy...

Kesimpulannya, kami bertiga pulang dengan sengihan yang panjang sbb masing2 dapat beli ape yg dihajatkan. Oh ya... selingan. Kak Long pun ikot sama mengorder numeric keyboard dan thumbdrive 8gb. Masing-masing dibeli dengan harga RM50 dan RM78 setiap satu.

Malamnya, tak sempat nak pegang pun notebooknya. Aku ke rumah bakal pengantin cik Cyn kita di Gombak. Sessi mengambil order bunga-bungaan. Tengah malam baru sampai rumah semula. Terus terlena sampai pagi. Letih siot..

So, right now aku tgh mengonlinekan diri pakai notebook baru la. Bau kedai lagi nih. Huhuhu... Terima kasih daun keladi diucapkan kepada kedua-dua juri hakim yang mengiringi keberangkatan beta ke Plaza LowYatt semalam dalam memberikan buah fikiran dan skill mengejas yang tinggi. Hahahaha.. lebiu all!!!! Muahhhhh!!!!

No comments: