Tuesday, October 28, 2008

Love Scar

Chickenpox nye dah baik dah. Tapi masih meninggalkan kesan2 degil yang makan masa nak hilang. Orang kata nak cepat hilang jangan makan kicap. Tapi aku hentam je makan ape benda pun.

Dalam banyak2 parut bekas cacar kat badan aku nih.. ada satu yang menarik hati... pelik gak camne bleh jadi gitu. Mungkin mengikut mood tuan punya badan kot. ;-) Hahaha..

Monday, October 20, 2008

working

Hari ni start keje semula selepas 2 minggu cuti sakit. Yay! Bukan seronok ape.. tapi seronok sebab dapat keluar dari kebosanan di rumah.

Cuti 2 minggu ni ok la. Takde la bosan sangat sebenarnya sebab Danish dan Irfan ada kat rumah. Kalo aku duduk cuti 2 minggu sorang2 kat umah.. mau bosan tahap dewa punya.

Sepanjang cuti.. aku mengabehkan menonton 2nd season Big Love yang baru nak keluar kat HBO this end of month. Lepas tu aku abehkan Gilmore Girl's season 5 and 6. Sekarang tgh pulun nak abehkan seaoson 7 (final season) tp nampak gaya cam lambat sket ar sbb dah start keje. Habeh semua CSI dan numb3rs yang repeat dan non repeat yang belom tengok sume aku khatam. Grey's Anatomy, Ugly Betty dan Desperate Housewives jer blom khatam. Takpe la.. nanti aku borong boxset lagi.

Huhuhuhu.. masuk keje rasa cam teruja je. Lebih2 lagi my relationship is back to normal and i can say that it seems like going somewhere. Opss.. takleh cite byk2. Takot bad luck plak kang. Lagipun untuk mengelak daripada terlalu excited. Kalo tak jadi kang.. sedih plak. Ngehehe..

Monday, October 6, 2008

can u get chicken pox twice in a life time?


Daripada hari Jumaat lagi aku dah komplen sakit kepala, sakit perut, tak sedap badan dan demam. Hari Sabtu aku hentam tido sepanjang hari. Aku ingat esoknya hari Ahad dah bleh kebah la. Biasa lah.. biasanya demam abis kuat pun 1-2 hari je kan.

Tapi jangkaan meleset. Pagi ni siap ada bintik-bintik merah plak tumbuh.. lagi banyak dari semalam. Dah la hari Ahad semalam ada motogp Australia (sebbaik Rossi naik podium nombo dua daripada pole 12!!! caya la Rossi!! opss selingan), pukul 2 camtu cousin aku Abg Man sefamily plak datang beraya. Anak dia Dania baru 5-6 tahun gitu tapi kene diagnos leukimia. Kesian budak tu.

Dah petang gila.. baru Along hanto aku gi klinik. MasyaAllah.. kemain ramai orang sakit dimusim perayaan nih rupanya. Lama gak la menunggu. Aku dah rasa cam nak baring je atas lantai klinik tu.

Masuk jumpa doktor.. bgtau la aku demam. Lepas tu tunjuk la bintik-bintik merah yang ada. Memula tu doktor kata tu bukan chickenpox. Lepas tu cerita la kat dia yang Irfan dengan Danish baru je lepas kena chickenpox 2 minggu lepas. Dia tak puas ati lagi. Dia kata chickenpox bukan setakat bintik merah jer. Dia mesti berair (gelembung air). Owhhh... itu pun ada doktor. Tapi tak banyak sbb saya dah pecahkan. Hahahaha..

Tabiat buruk aku. Pantang jumpa jerawat.. apetah lagi gelembung air. Abis semua aku picit. Kehkehkeh.. lepas tu kena la marah dengan doktor. Dia kata jangan picit pecahkan gelembung air tu. Biar dia pecah sendiri. Aku sengih-sengih je lah. Then baru la dia cakap.. "oooo iyelah chickenpox". Lepas tu aku tanyalah balik boleh ke kita kene chicken pox dua kali sebab aku pernah kena chicken pox masa primary school dulu. Dia kata "memang ada possibility" sambil sibuk tulis-tulis. Ooooo.. aku punyalah ingat yang kalo kita dah pernah kena chicken pox kita takkan kena lagi for second time.

Dia kata lagi.. jangan mandi 5 hari. Mandi pun lap-lap dengan tuala basah jer. Aku dah buat muka ketat (ingat sini mcm kat Cameron ker takyah mandi.. time ni dah terbayang dah betapa seksanya nak tunggu baik nanti).

Doktor bagi ubat demam, ubat tahan gatal, ubat sapu dan cuti mc seminggu. Balik rumah.. panas dah makin kurang. Tapi makin itchy. Bintik-bintik kuar kat muka, scalp, chest, tummy, back dan sket-sket kat kaki. Uwaaa... dah tak comel dah!!! (auww..)

Aku google pasal chicken pox ni tadi. Ada yang cakap mana boleh kena chicken pox twice. Ada yang cakap dia dah kena chicken pox 8 kali dah. Ada yang cakap tu bukan chicken pox tapi Shingles (adik beradik chicken pox yang berasal dari virus yang sama). Huh! Apa-apalah!! Yang pasti sapa nak tolong garu belakang aku nih????

Saturday, October 4, 2008

Raya Mood!!!

Hari kedua lebaran. Pagi-pagi Mak Lang and the geng dah sampai untuk beraya. Lepas tu kitorang beramai-ramai konvoi balik kampung Lubuk China di Melaka. Sampai di Melaka dalam pukul1 ke 2 gitu la. Tok Ngah dan Uwan Ngah tinggal berdua since makcik and family pi berjalan. Alahai siannya dgn dorang berdua. Uwan Ngah tu dah uzur. Sakit kaki tak bleh nak bergerak sangat. Kitorang plak datang serbu ramai-ramai gitu. Last-last aku dengan Kak Long la yang buat air, hidang ketupat rendang sume. Cousin aku yang lain sumenya ddk rilek jer kat ruang tamu. Memang clear kat muka Tok Ngah yang dia tak selesa kitorang yang kemas-kemas dapur dia. Ye lah.. orang tua. Penuh dengan adab. Ape ke halnya plak tetamu datang ke rumah tetapi tetamu yang siapkan makan minum sendiri. Takpe Tok... kitorang pahammmm.. tak menyusahkan pun :D Dia plak nak halang.. dia sendiri pun tak tere dalam bab kerja2 menghidang orang pompan. Sudahnya dia berdiri je la tengok kitorang buat keje. Hahahaha..

Tengah kecoh-kecoh tu rombongan Uwan Andak dari Bukit Belacan plak sampai. Wahhh lagi la gamat. So rombongan baru dah sampai aku wat tatau je la. Pepandai dorang la plak layan diri sendiri. Kehkehkeh kejam ke aku???

So.. dalam kul 3 kitorang pi Felcra Ramuan China plak. Pi umah saudara belah Tok Ngah lain mak ke gitu lah. Kurang pasti. Nanti la bila susur galur keturunan Che Mat yang tengah diusahakan oleh Pak Chu siap nanti bleh la cite panjang2 pasal sedara-mara kat Melaka nih. Dengar Mak Lang cite pasal susur galur adik beradik dia pun dah bleh buat aku pening kepala.. Inikan pulak kalo satu keturunan. Gulp! Tapi bagus la jugak kan :D bleh kenal dengan sedara-mara yang kita tak pernah tau dan kenal ;-)

Jam dah pukul4 dorang still sembang gelak2 lagi. Isk.. ni kul bape nak gerak balik Kuala Pilah (kg belah arwah Mak) plak nih? Akhirnya dapat gerak gak la kitorang ke kg belah arwah mak plak. Dari Melaka ikut Tampin, Johol tembus pekan Kuala Pilah (makaihh jammed gila) dan akhirnya sampai ke kg dalam pukul6 ke 7 gitu lah. Dah gelap. Disertai dengan ujan lebat.

Lepas makan malam lebih kurang. Kitorang ke rumah Mak Ngah. Tapi tutup tadak orang. Kitorang stret je la balik KL. Perghhhhhh.. seperti yang dijangka.. Bukit Putus jammed!!

Sampai KL dah tengah malam. Mandi dan tak sedo ape dah. Letih gila.

Esoknya, hari ketiga lebaran. Melepak seharian kat umah abah. Lewat petang aku dah rasa lain macam. Tak sedap badan. Masuk bilik tido. Sedar-sedar dah kul8. Sume orang marah2 aku tido time maghrib. Aku cakap aku sakit pale dan badan start panas. Telan panadol 2 bijik dan sambung tido sampai pagi tadi. Rasa okey la sket. Tu la yang boringnya demam di hari raya.

Thursday, October 2, 2008

Raya Mood!!

Hari pertama lebaran. Kitorang ke rumah abah di Bandar Tasik Selatan. 5 minit je dari rumah tapi tengah malam gak baru sampai. Hahahaha jauh gila balik "kampung" ek?

Rutin aidilfitri.. lepas sembahyang sunat aidilfitri, sessi mohon maaf dan sarapan pagi bersama keluarga. Tahun ni kitorang pakai tema warna biru.. owhh you look blue!!! So here's my small family :D My parents, my brother and my sis in-law, me and my two nephews...
Lepas tu berjalan ke rumah Mak Lang kat Ampang Tasek. Aik!! Rumah tutup? Mana pulak Mak Lang menghilangkan diri? Jeng jeng jeng... rupa-rupanya tahun ni mak lang ubah strategi. Dia plak serang rumah orang.. wakakakaka.. Kitorang ke rumah Pak Teh kat Ampang Permai. Wahh ramai kat sana rupanya. Mak Lang anak beranak, Pak Chu laki bini pun kat sana. Hahaha..

Next destination kitorang join konvoi ke Puchong plak umah Pak Andak. Pak Andak aku nih single father. Tapi rendang hijau dia sedap wooo.. huhuuhu..

Dah kenyang.. kitorang ke Telok Panglima Garang dan Meru plak umah Mak Long dan Pak Ngah sebelah mummy. Fuhhh.. kenyang sekali lagi. Kehkehkeh...

Settle 4 buah rumah hari nih! Burpp alhamdulillah.. Selamat Hari Rayaaaa!!!!